Kerjasama antara
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 43

kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan PowerPoint PPT Presentation


  • 185 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan. bab 4. Pengenalan:. Membina sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukanlah perkara mudah. Latihan berkerajaan sendiri terpaksa dilalui untuk memastikan rakyat tempatan mampu mentadbir negara mereka sendiri.

Download Presentation

kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

kerjasama antara

kaum ke arah kemerdekaan

bab 4


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

Pengenalan:

  • Membina sesebuah negara yang merdeka dan

    berdaulat bukanlah perkara mudah.

  • Latihan berkerajaan sendiri terpaksa dilalui

    untuk memastikan rakyat tempatan mampu

    mentadbir negara mereka sendiri.

  • Rakyat pelbagai kaum juga perlu bekerjasama

    dan bermuafakat untuk memastikan

    kemerdekaan dapat dicapai.

  • Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu

    yang telah berjaya mencapai kemerdekaan

    negara melalui perundingan tanpa

    pertumpahan darah sewajanya kita hargai.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

4.1 Ke arah Mencapai Perpaduan Kaum

  • British telah memberi syarat supaya kerjasama

  • kaum diadakan jika Tanah Melayu ingin

  • mendapatkankemerdekaan.

  • Tujuannya adalah untuk menjamin kestabilan

  • politik dan keharmonian masyarakat.

  • 2. Bagi British, hal ini bagi memastikan

  • pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya

  • di Tanah Melayu.

  • 3. Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah

  • Melayu bermula sejak 1949 apabila timbul

  • kesedaran pemimpin-pemimpin pelbagai kaum

  • berbincang untuk kepentingan bersama


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

LANGKAH

KE ARAH

KEMERDEKAAN


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

A. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum

  • Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community

  • Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949.

  • 2) CLC merupakan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu.

  • 3) Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum.

  • 4) Peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh orang-orang

  • Melayu di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato’ Onn bin Jaafar dan kaum Cina di bawah MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock.

  • 5) Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah.

  • 6) CLC telah mengadakan beberapa rundingan .


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • 7) UMNO yang mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu

  • dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin

  • kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui,

  • seperti:

  • Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan

  • Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran

  • Sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa

    Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

    diwujudkan

  • Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan Majlis

    Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

8) Hasil rundingan dilaksanakan selepas tahun 1951.

9) Kesemua persetujuan ini dicapai sebagai satu kerjasama

kaum untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

B. Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum

  • Menjelang pertengahan tahun 1940-an hingga ke ambang

  • kemerdekaan, parti-parti politik di Tanah Melayu

  • memperlihatkan usaha-usaha ke arah kerjasama antara kaum.

  • 2) Parti-parti politik yang terlibat dalam usaha menjalinkan

  • kerjasama kaum ialah:

    • UMNO 1946 – pimpinan Dato’Onn bin Jaafar dan

      Tunku Abdul Rahman

    • MIC 1946 – Pimpinan K.L. Devaser

    • MCA 1949 – Pimpinan Tan Cheng Lock

    • IMP 1951 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar

    • PAS 1951 – Pimpinan Hj. Ahmad Fuad

    • Parti Negara 1954 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

3) Semasa di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar, UMNO

telah bersetuju menerima cadangan Jawatankuasa Hubungan

Antara kaum untuk melonggarkan syarat kerakyatan kepada

orang asing.

4) Dato’ Onn juga mencadangkan supaya UMNO dibuka keahliannya

kepada semua kaum, tetapi mendapat tentangan daripada

ahli-ahli UMNO.

5) Dato’ Onn turut mencadangkan Sistem Ahli yang memberi

peluang pentadbiran kepada penduduk pelbagai kaum.

6) Apabila UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau

telah menubuhkan Parti Perikatan yang menggabungkan parti

pelbagai kaum untuk menghadapi Pilihan Raya

Majlis Perundangan 1955.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

7) UMNO pernah membentuk pakatan dengan MCA untuk

menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur 1952.

8) MIC memberi sokongan terhadap perjuangan Dato’Onn dan

IMP yang mengasaskan kerjasama pelbagai kaum dalam sebuah

parti politik.

9) MIC akhirnya menganggotai Parti Perikatan pada tahun 1955.

10) MCA telah mewujudkan pakatan MCA-UMNO pada tahun 1952

dan menyertai Perikatan UMNO-MCA 1954 dan kemudiannya

Parti Perikatan 1955.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

11) Independence For Malaya Party (IMP), PAS dan Parti Negara

merupakan parti-parti yang menegakkan kerjasama kaum dalam

satu parti politik . Walau bagaimanapun PAS hanya menerima

keanggotaan pelbagai kaum yang beragama Islam.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

Pendidikan Alat Pperpaduan

  • Sistem pendidikan penting dalam usaha mewujudkan

  • perpaduan kaum, khususnya di kalangan generasi muda.

  • 2) Melalui sistem pendidikan yang sama, penduduk Tanah

  • Melayu akan dapat disatukan dengan perasaan taat setia

  • mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Tanah Melayu.

  • 3) Sistem pendidikan sebelum merdeka belum mampu

  • mewujudkan perpaduan kaum kerana pada masa itu terhadap

  • lima sistem pendidikan yang berbeza, iaitu:


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • Sekolah Agama Islam:

  • (a) Terdiri daripada sekolah agama, sekolah pondok dan

  • madrasah

  • (b) Bahasa Melayu atau bahasa arab digunakan sebagai

  • bahasa pengantar

  • (c) Mengajar terutamanya pelajaran agama

  • (d) Dibiayai rakyat dan orang perseorangan

  • (e) Bebas daripada kawalan British

  • (f) Menyediakan pengajaran peringkat sekolah rendah dan

  • sekolah menengah

  • (g) Lepasan pelajarnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke

  • Indonesia, India dan Mesir.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

ii. Sekolah Vernakular:

(a) Didirikan oleh Kerajaan British

(b) Bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar

(c) Hanya di peringkat sekolah rendah

(d) terletak di luar bandar

(e) Suasana pembelajaran yang serba kekurangan

(f) Awalnya kurang mendapat sambutan kerana tiada

pelajaran Quran.

(g) Lepasan pelajarnya hanya berpeluang melanjutkan

pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

(h) Lepasan pelajar tiada peluang menjawat jawatan tinggi.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

iii. Sekolah Vernakular Cina:

(a) Ditubuhkan sejak akhir kurun ke-19 oleh pihak

persendirian dan parti-parti politik.

(b) Menggunakan bahasa Cina khususnya bahasa

Mandarin sebagai pengantar.

(c) Sukatan pelajaran, guru, buku teks di bawa dari China.

(d) Tujuannya untuk mengekalkan identiti Cina di Tanah

Melayu.

(e) Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan

bahasa Cina.

(g) Mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina.

(h) Menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah

dan menengah.

(i) Lepasan sekolah berpeluang melanjutkan pelajaran ke

pusat Pengajian Tinggi di China.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

iv. Sekolah Vernakular Tamil:

(a) Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai tanggungjawab

sosial

(b) Menggunakan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar

(c) Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan

India

(d) Guru dibawa dari India

(e) Persekitaran belajar serba kekurangan

(f) Hanya menyediakan pelajaran di peringkat sekolah

rendah.

(g) Kurang mendapat sambutan kerana lebih suka

anak-anak membantu di ladang.

(h) Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

v. Sekolah Vernakular Inggeris

(a) Ditubuhkan sejak kurun ke-19 oleh mubaligh Kristian

(b) Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar.

(c) Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan

tenaga pekerja rendah di sektor kerajaan

dan swasta.

(d) Didirikan di bandar-bandar

(e) Pelajar lepasannya berpeluang melanjutkan pelajaran

Ke peringkat kolej dan universiti dalam dan luar negara.

(f) Pelajar lepasan sekolah ini juga berpeluang menjawat

tinggi

(g) Dipandang tinggi oleh masyarakat.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

4) Perbezaan tersebut menyebabkan perbezaan politik,

ekonomi dan sosial semakin buruk sehingga menghalang

perpaduan kaum.

5) Mereka turut terpisah mengikut tempat tinggal dan

mengamalkan budaya serta kepercayaan masing-masing.

Malah, tiada satu bahasa kebangsaan yang boleh memudahkan

komunikasi.

6) Kerajaan British menyedari hal ini lebih-lebih lagi apabila

berlaku penyusupan fahaman komunis melalui sekolah-sekolah

Cina.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

7) Bagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjana

semangat perpaduan, beberapa laporan pelajaran telah

diadakan.

8) Tujuannya adalah bagi memberi cadangan untuk

melahirkan satu system pendidikan kebangsaan supaya

pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam sistem pendidikan

yang sama dan menumpukan kesetiaan mereka kepada

Tanah Melayu.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

CADANGAN

LAPORAN-LAPORAN

PELAJARAN

DI TANAH MELAYU


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • Laporan Barnes 1951

  • (a) Sekolah adalah wajib

  • (b) Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

  • pengantar

  • (c) Sekolah Menengah dan universiti menggunakan

  • bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

  • (d) Bahasa Ibunda diajar jika terdapat 15 orang

  • pelajar yang memohon

  • (e) Sistem latihan perguruan yang sama

  • (f) Sistem peperiksaan dan sistem nazir yang sama


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

ii) Laporan Fenn-Wu 1951

(a) Menolak cadangan Penyata Barnes kerana

mahu terus mengekalkan identiti sistem

pendidikan Vernakular Cina.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

iii) Ordinan Pelajaran 1952

(a) Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu

(b) Sekolah Menengah dan universiti menggunakan

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

(c) Sistem peperiksaan, sukatan pelajaran, latihan

perguruan, dan sistem nazir adalah sama

(d) Pendidikan sekolah rendah adalah wajib.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

iv) Laporan Razak 1956

(a) Mengadakan sistem sekolah umum dengan

bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar

di sekolah rendah dan sekolah menengah.

(b) Pendidikan rendah adalah wajib

(c) Sukatan pelajaran, sistem peperiksaan ,

latihan perguruan, dan sistem nazir adalah

sama.

(d) Pentadbiran pendidikan adalah berpusat.

(e) Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang

pelajar yang memohon.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • Keempat-empat laporan pendidikan itu mempunyai

  • satu hubungan yang jelas antara satu sama lain.

  • 2. Penyata Barnes telah menjadi asas laporan-laporan

  • pelajaran yang lain, dan telah diperakui oleh Ordinan

  • Pendidikan 1952.

  • 3. Walau bagaimanapun, Laporan Fenn-Wu telah

  • menolak menolak penggunaan bahasa Melayu dan

  • Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar , dan

  • menuntut bahasa mandarin menjadi pengantar di

  • sekolah Cina.

  • Dengan itu, Laporan Fenn-Wu telah mengekalkan

  • sekolah aliran Cina sebagai satu sistem pendidikan

  • yang tersendiri.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

4. Keadaan ini menyebabkan matlamat memupuk

perpaduan melalui sistem pendidikan tidak

terlaksana.

5. Penyata Razak 1956 telah menerima Penyata Barnes

tetapi demi tolak ansur politik, penyata ini

membenarkan penggunaan bahasa pengantar

vernakular sepuluh tahun selepas merdeka.

6. Sekolah vernakular akan beransur-ansur menjadi

sekolah umum yang akan menggunakan bahasa

kebangsaan, bahasa Melayu.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

7. Dengan pelaksanaan Penyata Razak mulai tahun

1961, sistem pelajaran kebangsaan semakin menjadi

realiti.

8. Ciri-ciri perpaduan melalui pendidikan dapat dilihat

melalui:

a) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

bagi melahirkan perpaduan di kalangan

rakyat

b) Mengadakan bahasa pengantar yang seragam

bagi sekolah rendah, menengah dan universiti.

c) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem

pentadbiran yang sama dan berpusat.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

4.2 Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri

  • Kerajaan British menetapkan perpaduan kaum

  • sebagai prasyarat bagi Tanah Melayu untuk

  • berkerajaan sendiri.

  • 2) Kerjasama kaum akan menjamin perpaduan rakyat

  • dan seterusnya menjamin kepentingan ekonomi

  • British di Tanah Melayu tidak terjejas.

  • 3) Justeru sejak 1951, British menekankan kerjasama

  • kaum dalam setiap langkah ke arah berkerajaan

  • sendiri.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

Langkah-langkah ke arah Berkerajaan Sendiri.

  • Sistem Ahli 1951

  • Sistem Ahli merupakan suatu sistem pentadbiran

  • yang melatih orang Melayu dan kaum lain dalam

  • pentadbiran Tanah Melayu.

  • Diperkenalkan pada Januari 1951, hasil idea

  • Dato’ Onn bin Jaafar yang mendapat sokongan

  • daripada kerajaan British dan Raja-raja Melayu.

  • Cadangan tersebut selaras dengan hasrat British

  • untuk menjalankan satu dasar yang dikenali sebagai

  • ’dekolonisasi’.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • Kerajaan British berpendapat Sistem Ahli akan

  • dapat mengurangkan tekanan parti Komunis Malaya

  • yang sedang berusaha meluaskan pengaruhnya di

  • kalangan penduduk Tanah Melayu.

  • Sistem Ahli dilaksanakan selama 5 tahun setengah

  • dan tamat pada Jun 1955.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • Ciri-ciri Sistem Ahli:

    • Satu Sistem kabinet bayangan ( seakan-akan

      kabinet menteri di negara merdeka tetapi tidak

      dipilih secara pilihan raya ) yang mengandungi

      beberapa orang pegawai tadbir atau tokoh

      masyarakat.

    • Anggotanya dikenali sebagai Ahli. Misalnya,

      Ahli Pelajaran ( Menteri Pelajaran)

    • Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British

      dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota,

    iaitu:

  • 5 penduduk Tanah Melayu

  • 3 Melayu

  • 1 Cina

  • 1 India

  • 4 pegawai British

  • Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruh Jaya

    Tinggi British.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • Ahli-ahlinya :


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • Pada tahun 1955, Wakil UMNO, Tun Dr. Ismail,

  • Abdul Rahman dan wakil MCA, H.S.Lee telah

  • menganggotai Sistem Ahli.

  • Sistem Ahli menggambarkan proses perpaduan kaum

  • yang kukuh di Tanah Melayu. Ini adalah kerana

  • ahli-ahli yang dilantik adalah gabungan pemimpin

  • - pemimpin pelbagai kaum di negara ini.

  • Sistem Ahli merupakan unsur penting dalam

  • menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai

  • dapat diperjuangkan oleh semua penduduk

  • pelbagai kaum.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • Sistem Ahli juga memberi pendedahan kepada

  • penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui

  • sebuah kerajaan walaupun Tanah Melayu masih

  • dikuasai British.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • b. Kelonggaran Kerakyatan Persekutuan

  • Jawatankuasa Hubungan Antara kaum telah

  • mencadangkan agar syarat kerakyatan Persekutuan

  • Tanah Melayu dilonggarkan.

  • Cadangan ini bertujuan untuk memberi taraf

  • kewarganegaraan kepada golongan imigran supaya

  • mencurah taat setia sepenuhnya kepada Tanah

  • Melayu di samping mengelakkan golongan imigran

  • daripada terus terpengaruh dengan Parti Komunis

  • Malaya.

  • Cadangan ini dipersetujui UMNO, Raja-raja Melayu

  • dan kerajaan British.

  • Kelonggaran syarat kerakyatan ini dibuat dalam

  • dua peringkat iaitu peringkat persekutuan dan

  • peringkat negeri.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • v. Di peringkat persekutuan, kerakyatan dilonggarkan

  • dengan tiga cara, iaitu:

  • secara kuat kuasa undang-undang ( operation of law)

  • secara permohonan (application)

  • Secara naturalisasi ( naturalization)


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

KELONGGARAN SYARAT KERAKYATAN PERSEKUTUAN.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • Kerakyatan di peringkat negeri yang telah

  • dilonggarkan dikenal sebagai Kerakyatan Negeri

  • 1951.

  • Tujuannya bagi melahirkan perpaduan di kalangan

  • penduduk negeri-negeri Melayu.

  • vii. Kelonggaran bertujuan mengiktiraf golongan

  • imigran sebagai rakyat raja Melayu.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

viii. Syarat-Syarat Kerakyatan Negeri 1951


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

ix. Perubahan syarat kerakyatan ini menyebabkan

rakyat Raja Melayu bukan sahaja terdiri daripada

orang Melayu dan orang asli, bahkan juga golongan

imigran. Inilah asas penting sebuah kerakyatan

kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

x. Sebagai tukar ganti kepada persetujuan

orang-orang Melayu terhadap kelonggaran

kerakyatan persekutuan dan negeri itu, Kerajaan

British telah menubuhkan Lembaga Pembangunan

Industri Desa atau Rural Industrial Development

Authority (RIDA)


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

xi. Penubuhan RIDA adalah untuk membantu

meningkatkan taraf sosioekonomi orang-orang

Melayu di luar bandar.

xii. Dato’Onn telah dipertanggungjawabkan menjadi

pengerusi RIDA yang pertama.

xiii. RIDA kemudiannya digantikan dengan Majlis

Amanah Rakyat (MARA) pada 1966 dan

berkekalan sehingga kini.


Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan

  • c) Pembentukan Parti Perikatan

  • Pembentukan parti perikatan merupakan satu

  • usaha parti-parti politik pelbagai kaum bekerjasama

  • untuk mendapatkan kemerdekaan.

  • ii. Pemimpin UMNO, MCA, MIC berpendapat

  • penubuhan Perikatan akan mewujudakn perpaduan

  • dan keharmonian pelbagai kaum.

  • iii. Prinsip kerjasama antara parti politik lebih diterima

  • umum berbanding kerjasama pelbagai kaum dalam

  • satu parti yang pernah diperjuangkan oleh

  • Dato’ Onn melalui IMP dan Parti Negara.


  • Login