Ziarah syria 2009
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 29

ZIARAH SYRIA 2009 PowerPoint PPT Presentation


  • 71 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

ZIARAH SYRIA 2009.

Download Presentation

ZIARAH SYRIA 2009

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Ziarah syria 2009

ZIARAH SYRIA 2009


Ziarah syria 2009

Di Damsyik, kami tinggal di Zawiyya Syeikh Abdullah Al-Daghestani. Zawiyya ini dijaga oleh Hajjah Arifah dan anaknya, Maimoona yang berasal dari Oakland, California. Berketurunan Cherokee Indian dan Jamaican, beliau berhijrah ke Damsyik lebih 5 tahun yang lalu. Seorang anak lelakinya menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hajjah Arifah seorang yang baik budi dan tinggi adabnya. Masya Allah! Beliau memeluk agama Islam semenjak tahun 1971. Walaupun kami hanya bermalam 3 hari di rumahnya, tetapi kami menjadi rapat. Bila kami berangkat pulang ke Malaysia, saya memeluknya dan berbisik kepadanya, “You are like a mother to me. Thanks for your kindness”, Hajjah Arifah menjawab, “The next time you come here girl, don’t call me, just knock on my door, even in the middle of the night, and I welcome you as one of my own.” Masya Allah, terharu saya diatas ukhwah Islamiah yang terjalin di sini.

Ibu dan ibu2 saudara saya (Mak Teh dan Mak Usu) makan nasi bertalam. Gambar bawah : Ibu bersama Hajjah Arifah dan anaknya, Maimoona


Ziarah syria 2009

Inilah kenderaan rasmi di sekitar Jabal Qasiyun. Jeep kecil yang dipanggil Suzuki oleh orang2 tempatan menjadi teksi utk ke mana2 destinasi Jabal Qasiyun. Sangat efektif dan murah (RM 4 se”suzuki”utk sekali jalan) untuk perjalanan berbukit di sekitar perkampungan kaki gunung Jabal Qasiyun. Tempat duduk limited. Wargamas di benarkan duduk di hadapan. Yang lain, berdiri dan berpautlah pada suzuki. Pengalaman yang hebat.

Kereta Proton Gen 2 di tengah2 kesibukan jalan di Jabal Qasiyun

Seorg anak kecil yg menumpang jeep kami – berpaut dan berlari menyusuri jalan berbukit. Alhamdulillah, tiada apa2. Satu pandangan biasa di sini. Anak2 lelaki berpaut utk dapat “Free Ride”. Bila tiba rumah mereka, dengan selamba mereka terjun. Tiada pula kedengaran budak jatuh tergolek tengah jalan!. Itulah barakah bumi anbia.


Ziarah syria 2009

Pintu masuk ke Maqam Nabi Zulkifli a.s. di Damsyik (Damascus)


Ziarah syria 2009

Bangunan berkubah hijau adalah Maqam Nabi Zulkifli a.s.


Ziarah syria 2009

Di dalam ruang kaca ialah Maqam Muhyiddin Ibnu Arabi


Ziarah syria 2009

Pandangan luar Maqam Muhyiddin Ibnu Arabi


Ziarah syria 2009

Bersama bonda tercinta dan Tuan Guru tercinta, Hajjah Ayesha Abdullah Scott dan suaminya, Syaikh Muhammad Zaid Sani di hadapan Maqam isteri2 Rasulullah s.a.w, Ummu Habibah r.a. dan Ummu Salamah r.a.


Ziarah syria 2009

Pandangan di dalam Maqam isteri Rasulullah s.a.w, Ummu Habibah r.a.


Ziarah syria 2009

Masjid Ummayyah , Damsyik, Syria. Pada awalnya ia dibina sebagai kuil orang2 Rom. Kemudian ditukar kepada gereja kristian dan akhirnya bertukar menjadi Masjid Ummayyah. Di akhir zaman nanti, Imam Mahadi a.s. akan bersuluk di Masjid ini untuk menunggu kedatangan Nabi Isa a.s. yang akan turun membunuh Dajjal Laknatullah. 3 negeri terbaik untuk lari dari fitnah Dajjal ialah Makkah, Madinah dan bumi para anbia, iaitu Syam – Syria, Jordan, Lebanon dan Palestin.


Ziarah syria 2009

Maqam Nabi Yahya a.s. (John the Baptist) di dalam Masjid Ummayyah , Damsyik, Syria. Hanya kepala Nabi Yahya a.s. sahaja yang berada di sini setelah dihukum bunuh oleh seorang raja yang zalim.


Ziarah syria 2009

Perigi lama yang telah digunakan sejak zaman Nabi Yahya a.s. lagi. Perigi ini berada di dalam Masjid Ummayyah , Damsyik, Syria.


Ziarah syria 2009

Pintu masuk ke Maqam Sallahuddin Al Ayubi berdekatan dengan Masjid Ummayyah , Damsyik, Syria.


Ziarah syria 2009

Maqam Sallahuddin Al Ayubi berdekatan dengan Masjid Ummayyah , Damsyik, Syria.

Di sebelah maqam ini terdapat sebuah maqam kosong yang dibuat dari batu marmar, hadiah Permaisuri German kepada Sallahuddin Al Ayubi di atas ketokohan beliau sebagai pahlawan Islam. Setiap batalion tentera salib yang dihantar oleh Permaisuri German untuk memerangi tentera Islam, pasti akan kalah di tangan Sallahuddin Al Ayubi dengan izin Allah swt.


Ziarah syria 2009

Lukisan wajah Sallahuddin Al Ayubi di dalam Maqam beliau. Seorang tokoh pahlawan Islam yang menakluk sepertiga dunia, tetapi apabila beliau meninggal dunia, tiada rumah, tiada harta yang ditinggalkan, kecuali wang sebanyak 4 Dirham. Masya Allah!


Ziarah syria 2009

Papan tanda ke pintu masuk Maqam2 cucu2 dan cicit dan sahabat Rasulullah s.a.w. Antaranya Fatimah Binti Al Imam Husain, Maimunah Binti Al Imam Hassan, Abdullah bin Al Imam Jaafar As Siddiq, dan Maqam Bilal bin Rabah / Bilal Al Habshi muazzin Rasulullah s.a.w


Ziarah syria 2009

Maqam Bilal bin Rabah / Bilal Al Habshi r.a., Muazzin Rasulullah s.a.w.

Menariknya di Syria, salawat ke atas Rasulullah s.a.w akan berkumandang setiap kali selesai azan setiap 5 waktu. Itulah warisan Bilal Al Habshi r.a.


Ziarah syria 2009

Papan tanda di pintu masuk Maqam Syuhada yang terdiri dari 7 orang Ahlul Bait (Ahli keluarga Rasulullah saw) yang syahid semasa peperangan Karbala


Ziarah syria 2009

Maqam Syuhada yang terdiri dari 7 orang Ahlul Bait (Ahli keluarga Rasulullah saw) yang syahid semasa peperangan Karbala. Yang sedihnya, hanya ada 7 kepala syahid yang dimaqamkan di sini. dan kepala2 syuhada itu hancur setelah di tendang2 seperti bolasepak. Betapa tingginya nilai pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan ahli keluarganya serta sahabatnya di dalam menegakkan syiar Islam. Bagi yang meminati sukan bolasepak, renung-renungkanlah….. Berbaliklah kepada riadah yang disukai Rasulullah s.a.w. seperti berjalan, berenang, memanah, menunggang kuda


Ziarah syria 2009

Ini pula adalah Maqam cicit Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Abdullah ibni Al Imam Zainal Abidin bin Ali ibni Al Imam Hussain ibni Al Imam Ali bin Abi Talib.


Ziarah syria 2009

Pandangan perjalanan masuk ke Maqam Ahlul Bait antaranya, Imam Hassan, Imam Hussein, Zainab, Ruqayyah (cicit Rasulullah s.a.w) . Tempat ini memang dipenuhi Syiah. Inilah Makkah ke 2 bagi Syiah. 10 Muharram di sini, bagaikan haji bagi mereka. Sepenuh2 umat akan berada di sini.


Ziarah syria 2009

Maqam Ruqayyah (cicit Rasulullah s.a.w) . Memang penuh dan padat di sini oleh Syiah. Mereka bergantung di sekeliling pagar maqam dan membaling hadiah seperti bunga ke atas maqam. Pernah Tok Guru saya ditegur oleh seorang perempuan Syiah apabila melihat beliau tidak memakai pakaian tradisi Syiah iaitu “Chadur”. Perempuan itu berkata “Why are you here? You are not a Shi’ites” Dengan seyuman manis, pantas Tok Guru saya menjawab, “Neither was Rasulullah s.a.w.” sambil berlalu pergi. Berhati2 jika anda ke sini, kerana terdapat extremist Syiah yang tidak suka kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Ziarah syria 2009

Jabal Qasiyun di tengah2 bandar Damsyik. Terdapat satu maqam yang paling tinggi di atas Jabal Qasiyun iaitu Maqam Arba’in. Terdapat 40 maqam Arba’in (wali wanita) di dalam bangunan ini. Di dalam maqam ini juga terdapat sebuah gua yang menyaksikan pembunuhan pertama manusia di muka bumi, iaitu Qabil membunuh adiknya, Habil.


Ziarah syria 2009

Perjalanan mendaki Jabal Qasiyun dan keindahan kota Damsyik dari atas Jabal Qasiyun


Ziarah syria 2009

Maqam Arba’in di puncak Jabal Qasiyun. Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., Nabi Ayyub a.s., Nabi Luth a.s., pernah mendirikan solat di sini. Di bawahnya terdapat satu tempat yang disebut “Magharat al-ju”, tempat persembunyian 40 Nabi dan di sekitar Masjid Qasiyun ini, terdapat 700 kubur Nabi. Di seluruh Damsyik, terdapat 40,000 maqam para anbia, aulia, solihin dan ahli ibadah. Itulah keberkatan bumi Syria.


Ziarah syria 2009

Apabila Qabil membunuh Habil, gua yang diberi nama Gua Jibrail ini terus menjerit kemarahan. Kelihatan mulut gua berserta lidah menangis dan menjerit menyaksikan pembunuhan manusia pertama di muka bumi. Gua ini hampir tertutup untuk menelan bukti pembunuhan tersebut. Tetapi Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail di dalam bentuk manusia, menahan gua ini dari tertutup. Para malaikat juga turun ke Jabal Qasiyun sebagai tanda turut berdukacita di atas kematian Habil. Sehingga kini, gua ini masih lagi menangisi pembunuhan manusia pertama di muka bumi.


Ziarah syria 2009

Batu yang digunakan oleh Qabil untuk membunuh adiknya Habil. Masih lagi terdapat kesan darah Habil pada batu ini. Subhanallah!

Bekas tapak tangan Malaikat Jibrail yang menjelma sebagai manusia, menahan gua ini dari terus tertutup menelan bukti pembunuhan manusia pertama di muka bumi ini.


Ziarah syria 2009

Di dalam gua ini juga terdapat tempat Nabi Khidir a.s. “bersuluk”. Lihatlah betapa rendahnya bahagian atas gua ini yang hampir tertutup dengan lantai bawahnya.

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang (untuk menjaga anak2 Adam), maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh” (Al-Ahzab: 72)


Selamat menyambut ketibaan ramadhan al mubarak

SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN AL-MUBARAK


  • Login