1 / 28

MINGGU 08

MINGGU 08. PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK:. PERINGKAT AWAL. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti perkembangan ilmu linguistik peringkat awal, iaitu zaman: > India > Yunani > Romawi > Pertengahan > Pembaharuan. PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK. PERINGKAT AWAL

Download Presentation

MINGGU 08

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 08 PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK: PERINGKAT AWAL

  2. HASIL PEMELAJARAN • Pelajar dapat mengenal pasti perkembangan ilmu linguistik peringkat awal, iaitu zaman: > India > Yunani > Romawi > Pertengahan > Pembaharuan

  3. PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK • PERINGKAT AWAL • PERINGKAT PERKEMBANGAN • PERINGKAT PEMODENAN

  4. PERINGKAT AWAL • ZAMAN INDIA • ZAMAN YUNANI • ZAMAN ROMAWI • ZAMAN PERTENGAHAN • ZAMAN PEMBAHARUAN

  5. PERINGKAT PERKEMBANGAN • Abad ke-18 • Abad ke-19: E.B. Condillac, J. G. Herder, F. V. Schlegel dan A. W. Schlegel, W. V. Humbold, R. K. Rask, F. Bopp, J. Grimm, A. Schleicher • Golongan 80-an dan sesudahnya

  6. PERINGKAT PEMODENAN • FERDINAND DE SAUSSURE • L. BLOOMFIELD • KENNETH L. PIKE • NOAM CHOMSKY • CHARLES FILLMORE

  7. ZAMAN INDIA • Piagam acokadianggap dokumen bertulis yang tertua • Pemelajaran bahasa untuk tujuan ritual. Bahasa Sanskrit digunakan untuk mengucapkan doa dalam buku Veda. Salah sebuah kitab Veda yang terkenal ialah Rigveda • Abjad Brahmin telah digunakan sejak abad ke-5 SM. Abjad ini terdiri daripada 46 huruf, dan diolah dalam rumus bahasa yang dinamakan Sanskrit melalui penyerapan tatacara empiris • Panini telah menghasilkan karya yang berjudul ASTADYAYI yang mengandung 400 pelajaran mengikut gaya komentar Veda yang dinamakan SUTRA. Buku ini merupakan deskripsi lengkap bahasa Sanskrit • Bunyi bahasa dipelajari dengan sungguh-sungguh bukan untuk mengetahui hakikat bahasa, tetapi untuk mendapat hikmah dalam buku Veda

  8. ZAMAN INDIA • Panini telah menyusun lebih kurang 4,000 pemerian tentang struktur bahasa Sanskrit dengan prinsip dan gagasan yang masih digunakan dalam linguistik moden • Panini pernah disebut sebagai one of the greatest monuments of the human intelligence • Pada zaman ini, bunyi bahasa dipelajari dengan sungguh-sungguh bukan untuk mengetahui hakikat bahasa, tetapi untuk mendapat hikmah dalam buku Veda

  9. ZAMAN YUNANI • Ahli falsafah Yunani mula meneliti bahasa sejak 500 SM • Bahasa merupakan sesuatu yang melambangkan tamadun tinggi, dan dapat menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi • Bahasa dianggap suci dan wujud semula jadi. Ini telah menimbulkan persoalan: > Mengapa bahasa manusia tidak sama? > Bagaimana wujudnya bahasa? > Bagaimanakah hubungan antara kata dengan benda/perkara yang dilambangkan? > Mengapakah sesuatu itu dinamakan itu dan dinamakan ini?

  10. ZAMAN YUNANI • Masalah pokok kebahasaan pada zaman ini ialah pertentangan antara fisis (bersifat alami) dengan nomos (konvensi), dan antara ananolgi degan anomalis • Bersifat fisis bermaksud bahasa itu mempunyai hubungan asal-usul, sumber dalam prinsip abadi dan tidak dapat diganti oleh unsur di luar manusia itu sendiri. Setiap kata mempunyai makna secara alami • Bersifat nomos bermaksud bahawa bahasa bersifat konvensi. Makna kata itu diperoleh daripada hasil tradisi atau kebiasaan, yang kemungkinan boleh berobah

  11. ZAMAN YUNANI • Pertentangan antara analogi dengan anomali bersangkutan masalah bahasa itu sesuatu yang teratur atau tidak teratur • Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semula jadi, regular dan logik. Maksudnya bahasa itu bersifat teratur • Keteraturan itulah yang menyebabkan wujudnya tatabahasa. Misalnya dalam pembentukan jamak bahasa. Bahasa Inggeris: boy – boys, girl – girls, book – books Bahasa Arab: muslimun – muslima:ni – muslimu:na muallimun – muallima:ni – muallimu:na

  12. ZAMAN YUNANI • Golongan anomalis atau konvensenis yang disebut THESEIpula mengatakan bahawa bahasa bukan natural, wujud secara konvensyen, tidak seragam dengan pelbagai kelainan. Maksudnya bahasa itu tidak teratur • Alasannya terdapat bentuk jamak bahasa seperti child menjadi children bukannya childs, dan bentuk past tense write menjadi wrote, bukannya writed • Plato dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan perihal hubungan lambang dengan acuannya, iaitu benda dengan nama benda, sama ada bersifat tabii atau kesepakatan, walaupun Socrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya

  13. ZAMAN YUNANI • Plato telah mengetengahkan tiga perkara yang penting, iaitu: * masalah bahasa alamiah dengan bahasa konvensional * bahasa ialah penyataan fikiran manusia dengan perantaraan onoma dan rhema * membedakan kata dalam onoma dan rhema • Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi memang wujud. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ]menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran • Bagi Plato, ayat ialah logos yang berupa rentetan kata yang mempunyai idea yang tuntas. Logosterbahagi dua, iaitu onoma (kata nama) dan Rhema (kata kerja)

  14. ZAMAN YUNANI • Aristotle telah memisahkan kata kepada tiga jenis, iaitu onoma(kata nama), rhema (kata kerja) dan Syndesmoi(kata hubung) • Aristotle juga mengakui wujudnya sistem kala, di samping memperkenalkan konsep neutral, iaitu hubungan antara lambang dengan acuan bersifat konvensional • Aristotle membedakan jenis kelamin kata (gender) menjadi tiga, iaitu maskulin, feminin dan neutrum • Aristotle selalu mengeluarkan idea berasaskan logika. Misalnya, beliau memberikan pengertian, definisi, konsep, makna, dan sebagainya berdasarkan logika

  15. ZAMAN YUNANI • Puak Stoik telah mengetengahkan perkara berikut: * membedakan kajian bahasa secara logika dengan kajian secara tatabahasa * menciptakan istilah khusus untuk kajian bahasa * membedakan tiga komponen utama kajian bahasa, iaitu tanda, simbol, sign atau semainon; makna, yang disebut semainomen atau lekton, dan benda atau situasi * membedakan bunyi yang merupakan bajhagian daripada fonologi tetapi tidak bermakna dengan bunyi bahasa yang bermakna * membahagikan kata kepada empat, iaitu nomen (kata nama), verbum (kata kerja), syndesmoi (kata hubung), dan arthron (kata sandang), iaitu kata yang menyatakan jenis kelamin dan jumlah * membedakan kata kerja lengkap dengan kata kerja tidak lengkap, serta kata kerja aktif dengan kata kerja pasif • Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya.

  16. ZAMAN YUNANI • Kemudian kaum Alexandrian memperluas kelas kata kepada lapan, iaitu onoma(kata nama), rhema (kata kerja), metosche (partikel), arthron (kata sandang), antonymia (kata ganti), prothesis (kata depan), epirrhema (kata keterangan), dan syndesmoi (kata hubung) • Kaum ini telah memperkenalkan buku tatabahasa Yunani yang terkenal, iaitu Dionysius Trax. Buku ini pernah diterjemah ke bahasa Latin dengan judul Ars Grammatika, yang kemudiannya menjadi model penyusunan buku tatabahasa Eropah lainnya • Semua kajian berasaskan teks kuno. Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey. Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno

  17. ZAMAN ROMAWI • Wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan Romawi. Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani • Tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model Yunani. Ini bermakna, pengkodifikasian pemikiran, motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan • Pengaruh bahasa Yunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos, yang kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Appplonius Discollus, M. Terrentius Varro, Priscia dan Donatus

  18. ZAMAN ROMAWI • Pada zaman Romawi, kelas kata telah ditambah, daripada lapan menjadi sembilan, iaitu tambahan numeralia (kata bilangan) • Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik juga berkembang. Kumpulan Stoik membedakan tiga aspek primer bahasa, iaitu: > Senainon: tanda dan simbol > Semainomenon atau lekton: makna > Pragma atau tungchanon: hal luaran, situasi

  19. ZAMAN ROMAWI • M. Terrentius Varro dianggap ahli tatabahasa Romawi yang paling tulen dalam bahasa Latin • Melalui bukunya yang terkenal, iaitu De Lingua Latina, beliau telah merumuskan: > Bahasa itu seragam secara semula jadi > Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna > Penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan etimologi > kelas kata bahasa Latin dibahagikan kepada empat, iaitu kata benda, kata kerja, partisipel dan adverbium

  20. ZAMAN ROMAWI • Priscia melalui karyanya Institutiones Grammatikae telah membahagikan kelas kata kepada lapan, iaitu nomen, verbum, participium, pronomen, adverbiu, praepositio, interjectio dan conjunctio • Karyanya ini dianggap baku hingga kini, dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif, dan paling lengkap seperti yang dituturkan oleh penutur aslinya • Selain fonologi, aspek yang turut dikaji ialah morfologi dan sintaksis • Teori tatabahasa merupakan tonggak utama pembicaraan bahasa secara tradisional

  21. ZAMAN PERTENGAHAN • Ciri utama zaman ini ialah sistem pendidikan Latin. Bahasa Latin menjadi syarat untuk menjadi cendekia kerana bahasa itu menjadi lingua franca, dan dianggap sebagai bahasa gereja, bahasa diplomasi dan bahasa ilmu • Penanda zaman ini ialah sekolastik, iaitu cara mempelajari ilmu yang diperoleh di biara, diskusi orang alim dan golongan aristokrat. Waktu pagi pengajaran, waktu petang perdebatan • Tujuan bahasa zaman ini untuk mengenal pasti penyesuaian antara peristiwa bahasa dengan teori bahasa

  22. ZAMAN PERTENGAHAN • Diskusi bahasa dipelopori oleh golongan Medistae, dan golongan Spekulatif • Golongan Medistae mengagungkan semantik (kajian makna). Mereka menganggap kunci analisis bahasa ialah peralihan fikiran ke dalam bunyi melalui kata dan ujaran. Bahasa bersifat regular dan sarwajagat. Golongan ini juga memperkembang etimologi • Golongan Spekulatifmenganggap bahawa kata tidak mewakili rujukan secara langsung. Kata hanya mewakili benda dalam pelbagai cara, modus, substansi, aksi, kualiti, dan sebagainya. Tatabahasa semua bahasa dianggap sama walaupun dapat berobah secara kebetulan

  23. ZAMAN PEMBAHARUAN • Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian, falsafah dan kesusasteraan • Cendekia zaman ini mengagungkan humanisme. Bahasa dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan kajian ilmiah • Dua hal terpenting zaman ini ialah: > Penguasaan tiga bahasa, iaitu Yunani, Ibrani dan Arab > Pembahasan, penyusunan tatabahasa dan perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Eropah

  24. ZAMAN PEMBAHARUAN • Bahasa Ibrani dan bahasa Arab diakui bahasa rasmi pada abad ke-14. • Bahasa Ibrani dipelajari kerana kedudukannya sebagai bahasa kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru • Beberapa buku tatabahasa Ibrani telah wujud pada zaman ini. Antaranya De Rudimentis Hebraicis oleh Reuchlin. Kata bahasa Ibrani digolongkan kepada tiga, iaitu nomen, verbum dan partikel yang mirip dengan penggolongan kata bahasa Arab, iaitu ismun, fi’lun dan harfun. Ini membuktikan bahawa kedua-dua bahasa ini ialah serumpun • Linguistik Arab berkembang pesat kerana kedudukan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran. Al-Quran boleh diutafsir tetapi tidak boleh diterjemah ke bahasa lain.

  25. ZAMAN PEMBAHARUAN • Terdapat dua aliran linguistik Arab, iaitu aliran Basra dan aliran Kufah. Aliran Basra dipengaruhi konsep analogi dari zaman Yunani. Mereka berpegang teguh pada keregularan dan kesistematikan bahasa Arab. • Aliran Kufah memberikan tumpuan terhadap keanekaragaman bahasa yang dipengaruhi konsep anomali • Kajian bahasa Arab mencapai klimaksnya pada ke-8, dengan terhasilnya buku tatabahasa Arab yang berjudul Al-Kitab, yang lebih dikenali dengan nama Kitab Al-Ayn karya Sibawaihi daripada aliran Basra • Sibawaihi telah mendeskripsikan fonetik secara sistematik artikulasi. Deskripsi bunyi dimulai dari belakang, iaitu daripada bunyi glotal stop ayn

  26. ZAMAN PEMBAHARUAN • Penyurihan kekeluargaan bahasa mula mendapat tempat. Hasilnya dikatakan bahawa terdapat sebelas bahasa induk di Eropah. Empat yang terbesar ialah Yunani, Jerman, Romawi dan Slavia • Laporan tentang bahasa Asia telah diketengahkan oleh pengembang agama Kristian. Antara bahasa yang memainkan peranan penting ialah bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa di India dan bahasa di Nusantara

  27. KESIMPULAN • Perkembangan linguistik peringkat awal merangkumi zaman India, Yunani, Romawi, Pertengahan dan Pembaharuan • Zaman India ditandai oleh karya yang dihasilkan oleh Panini • Zaman Yunani ditandai oleh karya Plato, Aristotle, golongan Stoik, dan Alexandrian • Zaman Romawi ditandai oleh karya M. Terrentius Varo (de Lingua Latina), dan Priscia (Institututiones Grammatikae) • Zaman Pertengahan ditandai oleh golongan Medistae dan Spekulatif • Zaman Pembaharuan ditandai oleh keagungan konsep humanisme

  28. KATA BIJAK PANDAI JIKA ANDA LUNAK TERHADAP DIRI SENDIRI, MAKA KEHIDUPAN AKAN KERAS TERHADAP ANDA. APABILA ANDA KERAS TERHADAP DIRI SENDIRI, MAKA KEHIDUPAN AKAN LUNAK TERHADAP ANDA

More Related