1 / 31

BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA. Malayan Union (1946). Usaha British untuk menghapuskan negara bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebab-sebab pengenalan Malayan Union. Perjanjian Malayan Union.

manton
Download Presentation

BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

  2. Malayan Union (1946) Usaha British untuk menghapuskan negara bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

  3. Sebab-sebabpengenalan Malayan Union

  4. Perjanjian Malayan Union Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu serta dua Negeri Selat, disatukan. Seorang Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England akan mengetuai Malayan Union. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas. Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan union. Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

  5. Jus soli Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.

  6. Reaksi Terhadap Malayan Union Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold Mac Michael yang mengugut Raja-Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah. Kebanyakan sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak. Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor. Bagi orang Melayu, keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik. Orang Melayu secara prinsipnya menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union. Sebab orang Melayu menentang…

  7. Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Mereka juga kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu. Walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam tetapi zakat fitrah dipungut dibawah nama Gabenor Malayan Union. Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan sebelum ini yang merupakan ketua agama Islam. Justeru, orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.

  8. Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang juga ditolak oleh orang Melayu. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang amnakala ekonomi dan pendidikan mereka akan bertambah mundur. Orang Melayu jiga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka.

  9. Kumpulan orangMelayuradikaldanorangdagangmenyokong Malayan Union • Bersetujudengandasarmenyatukannegeri-negeriMelayumenjadisebuah unit politikuntukmelicinkanpentadbiran • Menyokongdasarsama rata Malayan Union yang akanmenghapuskanhak-hakperlindungankepadaorangMelayu • Menyokongkerakyatan Malayan Union yang terbukakeranamerekabolehmengekalkankerakyatanasalmasing-masing

  10. Mempercayaijanji British yang akanmemberikankemerdekaankepada Tanah Melayu • Menyokongpemerintahan Malayan Union yang bersifatbaratsertamenghapuskansistem feudal Melayudantidakmengiktirafkuasa raja danpembesarMelayu • Berharap agar konseprepubliksepertidi Indonesia dapatdijalankandanseterusnyakonsepMelayu Raya dapatdilaksanakan

  11. Jika Malayan Union terus dilaksanakan di Tanah Melayu… Kuasa raja-raja Melayu akan terhakis Raja-raja Melayu hanya akan menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa Raja-Raja Melayu akan kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu Agama Islam akan terus tercabar kerana zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union dan bukannya Raja-Raja Melayu Status quo orang Melayu sebagai peribumi akan terancam kerana pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang

  12. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang Ekonomi dan pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur Warisan tamadun yang dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka akan hilang Tanah Melayu akan menjadi tanah jajahan British

  13. Tindakan menentang Malayan Union • Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara telah menyuarakan bantahan secara berterusan. • Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai semasa Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Ini berlaku di Kota Bharu dan Alor Setar. • Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

  14. Pada 23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O.) sebagai benteng menentang Malayan Union. • Kongres Melayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. • Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menentang Malayan Union.

  15. Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946 untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946. • Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Williams. • Raja-Raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

  16. ( a ) Faktor-faktorpembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan Raja dan rakyat Perpaduan mereka dapat mengatasi pihak yang menyokong Malayan Union Keupayaan orang Melayu memujuk British Orang Melayu mendesak British menghidupkan semula dasar perlindungan terhadap orang Melayu Desakan ini meyakinkan British membatalkan Malayan Union Sokongan bekas pegawai tinggi British mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham dan Sir Cecil Clementi

  17. Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm Mac Donald dan L.D. Gammans menggantikan Malayan Union Sikap politik orang Melayu yang sederhana dengan menulis dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres, memujuk Raja-Raja Melayu Mereka juga tidak menentang secara kekerasan (tidak mengangkat senjata)

  18. British tertarik dengan cara UMNO Orang Melayu melalui UMNO tidak menuntut kemerdekaan tetapi hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS Piagam Atlantik 1945 meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan

  19. (b) Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Bantahan orang Melayu menyebabkan British membatalkan Malayan Union British menubuhkan Jawatankuasa Ekskutif Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 orang ahli yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu Jawatankuasa Ekskutif mengadakan mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam rundingan dengan British Tuntutan itu ialah menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, menolak kerakyatan terbuka Malayan Union, meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan. Selain itu, mereka menuntut supaya Raja-raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu diakui semula.Ini kerana Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.

  20. Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu perlu diakui semula Perundingan ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu Golongan radikal Melayu dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy Mereka berpendapat Jawatankuasa Ekskutif tidak mewakili semua kaum Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh Golongan radikal menubuhkan AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan UMNO Mereka mengadakan ceramah politik, demonstrasi dan mogok Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948

  21. (c) Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu melalui Perlembagaan Rakyat Singapura disatukan dengan Tanah Melayu Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu Kerakyatan yang sama rata Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab British dan Tanah Melayu Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu

  22. (d) Ciri-ciriutamaPerjanjian Persekutuan Tanah (d) Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu Syarat kerakyatan diperketatkan. Kerakyatan jus soli hanya untuk Rakyat Raja Melayu dan Rakyat British sahaja British mengiktiraf semula ketuanan Melayu Institusi raja dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas

  23. (e) Ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi di peringkat pusat Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan Persekutuan Sultan menjadi ketua negeri Sultan berkuasa melantik Menteri Besar Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri Menteri Besar dibantu oleh Majlis Eksekutif Negeri dan Majlis Perundangan Negeri

  24. (f ) Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 . Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas pentadbiran negara selepasnya Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat Bidang kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu dipulihkan Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri

  25. Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Terbentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri Syarat kerakyatan diperketatkan British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya jelas dalam pentadbiran Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri

  26. Penerusan dasar perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu Status quo Negeri-Negeri Melayu dilindungi Agama Islam dan adat istiadat Melayu teras ketuanan bangsa Melayu Prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu menjadi undang-undang bertulis Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu

  27. (g) Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu & Peranannya Raja-Raja Melayu Sultan Badlishah (Kedah) Sultan Abdul Aziz (Perak) Sultan Ibrahim (Johor) Mereka menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun 1941 Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga patut dikekalkan Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka, perlindungan terhadap orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara

  28. Pembesar Tempatan Dato’ Onn Jaafar(Menteri Besar Johor & Yang Dipertua UMNO) Dato’ Nik Ahmed Kamil(Menteri Besar Kelantan) Mereka bertindak sebagai penasihat kepada raja Bersama-sama mendukung idea penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Bersama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British melindungi kepentingan orang Melayu beserta Raja-Raja Melayu Kerjasama mereka membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama Islam dan bahasa Melayu serta pengekalan institusi Raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948

  29. SPM 2006 Malayan Union telahdiisytiharkanpada 1April 1946 olehpenjajah British • Jelaskan enam sebab British mengisytiharkan Malayan Union? (6M) • Mengapakah kumpulan orang Melayu radikal dan orang dagang menyokong Malayan Union? (6M) • Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah yang akan berlaku sekiranya Malayan Union terus dilaksanakan di Tanah Melayu? (8M)

  30. SPM 2009 • Terangkanfaktor British mengambiltindakandiatas. (10M) • JelaskantuntutanorangMelayusemasaprosespembentukanpersekutuantersebut. (4M) • Berdasarkanpengetahuansejarahanda, apakahkepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalampembentukannegaradanbangsa Malaysia? (6M) Jadual berikut berkaitan dengan perkembangan politik di negara kita sebelum merdeka.

  31. SPM 2011 Malayan Union Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan muslihat British melaksanakan Malayan Union di Tanah Melayu. (8M) Terangkan sebab orang Melayu menentang Malayan Union. (6M) Sekiranya anda sebagai pemimpin pada waktu itu, bagaimanakah anda menentang pelaksanaan Malayan Union? (6M)

More Related