1 / 43

ECN 3161 EKONOMI MALAYSIA KUMPULAN 2

ECN 3161 EKONOMI MALAYSIA KUMPULAN 2. SEJARAH DAN PERUBAHAN. Pensyarah:En Mohd Naseem Niaz Ahmad Kumpulan Tugasan:1. Isi Kandungan. Sejarah dan Penubuhan Era Prapenjajahan,Penjajahan, Kemerdekaan dan Baru Kini Ciri-ciri Ekonomi pada Masa Penjajahan Kesan Ekonomi Penjajahan

mai
Download Presentation

ECN 3161 EKONOMI MALAYSIA KUMPULAN 2

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ECN 3161 EKONOMI MALAYSIA KUMPULAN 2 SEJARAH DAN PERUBAHAN Pensyarah:En Mohd Naseem Niaz Ahmad Kumpulan Tugasan:1

  2. Isi Kandungan Sejarah dan Penubuhan • Era Prapenjajahan,Penjajahan, Kemerdekaan dan Baru Kini • Ciri-ciri Ekonomi pada Masa Penjajahan • Kesan Ekonomi Penjajahan • Perubahan dan Kemajuan Ekonomi Sehingga Kini • Rancangan Pembangunan Lima Tahun

  3. Pendahuluan • Struktur ekonomi sesebuah negara berubah mengikut aliran masa bermula daripada sektor pertanian hingga sektor perindustrian dan lain-lain • Perubahan struktur ekonomi boleh berlaku secara sengaja atau secara sendiri • Perubahan berlaku untuk membaiki dan memajukan ekonomi sesebuah negara

  4. Sejarah Perkembangan Ekonomi Malaysia 1.Era Prapenjajahan - Perubahan kehidupan masyarakat daripada menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan penternakan kepada perdagangan menyebabkan wujudnya pusat perdagangan di Gua Kepah dan Pengkalan Bujang(Kedah),Jenderam Hilir(Selangor), dan Kuala Selinsing(Perak) - Kerajaan Kedah Tua yang wujud pada kurun kelima Masihi menjadi pelabuhan antarabangsa yang menempatkan kapal-kapal pedagang dari India,Asia Barat dan negara China - Pembukaan Melaka oleh Parameswara pada penghujung abad ke-14 menjadi titik permulaan bagi sejarah ekonomi dan politik Tanah Melayu - Melaka menjadi pelabuhan entrepot Timur-Barat

  5. - Pedagang dari Timur:China,Jepun dan Indo-China • Pedagang dari Barat:Arab,Mesir,Turki,Benua India dan Burma - Pembesar negeri atau golongan bangsawan ditugaskan untuk mengutip cukai ke atas barang dagangan dan hasil pertanian - Cukai berbeza mengikut kawasan misalnya para pedagang Melayu Melaka dikenakan cukai 3%, pedagang dari Barat dikenakan cukai 6% dan pedagang dari Timur tidak dikenakan cukai sebaliknya digantikan dengan hantaran hadiah

  6. 2.Era Penjajahan - Kekayaan bahan mentah dan kedudukan Melaka yang strategik di antara laluan Timur dan Barat menimbulkan minat kuasa Eropah untuk menaklukinya - Penjajahan oleh Portugis,Belanda,Inggeris dan seterusnya Jepun selama 446 tahun memberi banyak kesan kepada ekonomi Tanah Melayu - Penjajahan Portugis dan Belanda yang mengambil masa selama 313 tahun tidak meninggalkan banyak kesan kepada ekonomi kerana mereka tidak mengeksploitasi sumber secara besar-besaran,selain tumpuan pada perdagangan rempah sahaja - Pemerintah Inggeris membawa perubahan kepada ekonomi negara dengan memperkenalkan aktiviti perlombongan dan penanaman getah

  7. - Imigran Cina dibawa masuk untuk bekerja di lombong dan imigran India bekerja di ladang getah - Sektor pembuatan pada ketika itu melibatkan aktiviti peringkat ringan

  8. 3.Era Kemerdekaan - Kerajaan mula memperkenalkan rancangan pembangunan ekonomi yang lebih teratur iaitu Rancangan Pembangunan Ekonomi(RPE1) atau lebih dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) - Rancangan Penbangunan Tanah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ditubuhkan pada tahun 1956 untuk mengatasi masalah kekurangan tanah di samping meningkatkan pendapatan dan taraf hidup para petani - Rancangan Pembangunan Ekonomi(RPE2) dilancarkan pada tahun 1961 - Kedua-dua RPE memberi tumpuan kepada sektor pertanian sahaja

  9. 4.Era Baru Kini - Ekonomi Malaysia mengalami perubahan yang mendadak akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969 - Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera dipercayai menjadi punca berlakunya rusuhan kaum - Hal ini menyebabkan kerajaan megorak langkah untuk melancarkan beberapa dasar iaitu Dasar Ekonomi Baru(DEB),Dasar Pembangunan Nasional(DPN) dan kini Dasar Perindustrian Negara,Dasar Pertanian Negara,Dasar Pensyarikatan Malaysia,Dasar Penswastaan dan lain-lain lagi

  10. Kita sering tahu, setiap penjajah hanya berminat untuk memajukan sektor-sektor ekonomi sahaja. • Beberapa ciri ekonomi telah wujud. • Antaranya ialah kemajuan dan pembangunan dalam penanaman getah secara perladangan, pengembangan perlombongan bijih timah, tumpuan kepesatan infrastruktur, pengeluaran bahan mentah, dan kewujudan ekonomi dualisme. • Ciri-ciri Ekonomi pada Masa Penjajahan Pengenalan

  11. 1.Perladangan Getah - Merupakan sektor utama untuk pendapatan negara - abad ke-20 getah menjadi tanaman dagangan yang terpenting di Tanah Melayu - pada abad ini, getah mula ditanam secara berskala besar dan permintaan dunia terhadap getah semakin meningkat. - 800000 hektar tanah telah digunakan untuk ditanam secara perladangan dan 70000 secara kebun kecil. - pada masa itu, sebanyak 50% sahaja eksport kasar getah ke luar negara.

  12. Jumlah Keluasan Tanaman Getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu Antara Tahun 1897-1918

  13. 2.Kegiatan perlombongan - Merupakan aktiviti yang tertua di Tanah Melayu. - Aktiviti perlombongan ini bukan sahaja bergantung kepada bijih timah, malah terdapat banyak lagi. Antaranya ialah emas,bauksit,arang batu dan antimoni. - Kegiatan perlombongan telah mengalami pengembangan yang pesat pada 1880-an,melalui kemasukan buruh-buruh cina - Kebanyakkan mereka terlibat dengan ekonomi yang berasaskan eksport. - Contoh:orang Cina melombong, orang India berladang. - Sebelum penjajahan ini, perlombongan telah lama dijalankan. - Tahun 1820, kerja-kerja melombong bijih timah hanya dilakukan dengan cara melampan dan mendulang sahaja.

  14. - Cara- cara sebegini tidak begitu berkesan dan memberi hasil yang begitu sedikit sahaja. - Pertengahan abad ke-19, perusahaan perlombongan dijalankan secara berskala besar telah diperkenalkan. - Kaedah lombong dedah dan cara pam digunakan. - Pada tahun 1898, tanah melayu telah mengeksport lebih kurang 40000 tan bijih timah. Ini bermakna bijih telah menjadi sumber pendapatan yang utama. - Menjelang 1899, aktiviti ini telah memberi sumbangan sebanyak 46% kepada pendapatan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah hasil peningkatan pengeluaran bijih timah

  15. 3.Kepesatan infrastruktur - Kemudahan infrastruktur ekonomi yang begitu pesat telah diperkenalkan. - Penyediaan kemudahan ini berkait rapat dengan aktiviti ekonomi yang telah mereka jalankan. - Perkembangan perlombongan bijih timah telah menggalakan pembinaan jalan kereta api. - Contohnya di antara Kuala Lumpur dan Kelang. - Di Pantai Barat, pembinaan jalan kereta api lebih kepada perkembangan penanaman getah. - Jalan raya juga disediakan. Jalan yang pertama ialah antara Prai dan Melaka. - Kepesatan infrastruktur ini meningkatkan bilangan pekan-pekan dan bandar-bandar kecil di antara jalan-jalan tersebut.

  16. 4.Pengeluaran bahan mentah - Pihak inggeris lebih utama pengeluaran bahan mentah, untuk dieksport ke negara asalnya iaitu Britain. - Pembelian bahan mentah lebih murah dan menguntungkan. - Kerajaan Britain memproses bahan mentah menjadi barang siap atau separuh siap. - Kemudian dieksport semula kepada Tanah Melayu - Revolusi perindustrian telah diperkenalkan pada akhir abad ke-19. - Kilang-kilang baru di Eropah didirikan.

  17. - Revolusi ini membolehkan pengeluaran bahan mentah secara berskala besar. - Rempah ratus tidak diperlukan lagi, sebaliknya bahan mentah lebih diperlukan. - Contoh:proses mengetin di Britain lebih memerlukan permintaan bijih timah. - Permintaan bijih timah di Tanah Melayu semakin meningkat

  18. 5.Ekonomi dualisme wujud - Penjajah lebih pentingkan sektor ekonomi tertentu, dan abaikan bentuk ekonomi yang telah sedia ada. - Sektor ekonomi yang dipentingkan maju manakala bentuk ekonomi yang diabaikan terus dalam bentuk tradisional. - Contoh sektor pertanian wujud ekonomi dualisme iaitu di antara sektor perladangan dan kebun kecil

  19. Kesan-kesan ekonomi penjajah - Terdapat banyak kesan negatif dan masalah yang terjadi kepada ekonomi Tanah Melayu akibat kegiatan ekonomi penjajah. - Antaranya : i-pergantungan tugas ekonomi ii- agihan kemudahan dan kekayaan iii- kemiskinan dan pengangguran iv- kurangnya penglibatan bumiputera dalam bidang moden.

  20. Pergantungan ekonomi • Pada pertengahan abad ke-20 bagi negara-negara membangun, sektor eksportnya bergantung pada beberapa pengeluaran primer. • Sektor pertanian , perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan adalah terletak dalam kategori sektor primer. - Perkembangan aliran ekonomi Malaysia adalah berasaskan ekonomi dualisme(tradisional dan moden).

  21. - Eksport Malaysia kuat bergantung kuat pada getah dah bijih timah. - Era penjajahan Inggeris pada abad ke -20 membawa banyak perubahan dalam struktur ekonomi negara dan berlakulah pergantungan ekonomi. - Negeri Tanah Melayu memainkan dua peranan pasaran yang penting: i)Sebagai pembekal bahan mentah ii)Menjadi tempat pasaran keluaran industri dari England

  22. 2.Ketidakseimbangan agihan kemudahan dan kekayaan - Berlaku jurang perbezaan pendapatan wilayah yang diwakili oleh negeri-negeri Pantai Timur dan Pantai Barat. - Pantai Barat dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan keretapi yang memudahkan kegiatan ekonomi dijalankan. - Kemudahan tersebut disediakan oleh Inggeris kepada kawasan –kawasan yang hanya memberi manfaat atau kepentingan untuk mereka.Kawasan- kawasan yang tidak memberi manfaat seperti Pantai Timur diabaikan.

  23. Pendapatan purata bulanan isi rumah mengikut negeri Sumber:Malaysia RRJP 2 (1991)

  24. 3. Kemiskinan dan pengangguran luar bandar - Orang-orang luar bandar yang kebanyakannya bergiat di sektor pertanian adalah terdiri daripada orang Melayu dan sering kali dikaitkan dengan kemiskinan. - Sektor pertanian ini megalami pertumbuhan yang lembap, daya pengeluaran dan pendapatan yang rendah akibat ketidakprihatinan oleh pihak Inggeris. - Wujud jurang perbezaan pendapatan yang serius antara wilayah bandar dan luar bandar atau antara etnik bumiputera dengan etnik-etnik lain.

  25. - Masalah kemiskinan terus menjadi masalah utama di kawasan luar bandar. - Jadual kemiskinan di Semenanjung Malaysia(%): Sumber: Malaysia, Rancangan Malaysia (1976,1991) Malaysia RRJP2 (1991)

  26. 4. Kurangnya penglibatan bumiputera dalam bidang moden - Bilangan bumiputera yang ramai di sesebuah wilayah atau negeri adalah kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian tradisional. - Sektor-sektor swasta lebih berminat untuk melabur dalam sektor estet dan sektor-sektor ekonomi yang bercorak lebih maju. - Pendedahan yang terhad dengan bidang-bidang moden seperti pertanian estet, perlombongan dan kegiatan perdagangan di bandar oleh kaum bumiputera berbanding kaum-kaum lain.

  27. Perubahan dan Kemajuan Ekonomi Sehingga Kini Dasar dan Rancangan yang Dilakukan oleh Kerajaan • Rancangan Pembangunan Lima Tahun • Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) • Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) • Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) • Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) • Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) • Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) • Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) • Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) • Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) • Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) • Rancangan Malaysia kesembilan (2006 sehingga kini)

  28. 2.Mempertingkatkan perkembangan sektor pertanian - DPN1, DPN 2 dan DPN 3 diperkenalkan. - Sektor pertanian dipermodenkan supaya: • pendapatan pekebun kecil dan petani dapat ditingkatkan. • Meringankan masalah petani di luar bandar. • Daya pengeluaran dapat ditingkatkan - Peringkat awal,kegiatan pertanian bersifat sara diri dan tradisional. - Tanaman industri iaitu komoditi getah diperkenalkan pada 1887. - Tanaman kelapa sawit diperkenalkan pada awal 1960-an diikuti tanaman komoditi koko pada awal 1970-an.

  29. - Kementerian Pertanian telah ditukarkan kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani. - Kelebihan Sektor Pertanian: • Strategi untuk membasmi kemiskinan di luar bandar. • Mempelbagaikan pengeluaran produktiviti berasaskan pertanian. • Meningkatkan eksport sektor pertanian.

  30. 3. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi • Sektor Pertama yang terdiri daripada: • Sektor Pertanian,Perhutanan dan Perikanan. • Sektor Perlombongan dan Quari. - Sektor-sektor ini boleh dilihat dari aspek: a) Pelbagaian mendatar –Menunjukkan penambahan jenis keluaran dan keluaran-keluaran baru. b) Pelbagaian menegak-Menunjukkan peningkatan nilai ditambah melalui aktiviti pemprosesan. • Sektor Pembuatan yang terdiri daripada: • Sektor Perkilangan • Sektor Pembinaan - Sektor Pembuatan digalakkan oleh kerajaan supaya Malaysia tidak terlalu bergantung kepada sektor pertanian sahaja.

  31. 4.Menyeimbangkan pembangunan antara wilayah dan kaum - DEB mula diperkenalkan iaitu semasa RMK2 pada 1970-an bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan pembangunan. - Pengenalan DPN, PIP, Dasar Perhutanan Negara dan Dasar Pembangunan Nasianal merupakan usaha untuk mengatasi masalah ini. - Dasar Pandang ke Timur juga diperkenalkan oleh Tun Dr.Mahathir Bin Mohammad. - Kerajaan akan mengkaji, meneliti dan memilih contoh serta teladan yang terbaik dari Jepun dan Korea dan dipraktikkan oleh rakyat negara ini.

  32. 5. Kemajuan ekonomi sehingga kini - Malaysia mencapai tingkat guna tenaga penuh iaitu kadar pengangguran bawah 5 peratus. - Pertumbuhan KDNK yang memberangsangkan. - Eksport melebihi import negara. - Tetapi pada awal tahun 2000 ekonomi negara menghadapi: - Tetapi pada tahun 1997 sehingga awal tahun 2000 ekonomi negara menghadapi: • KDNK menguncup • Pengangguran meningkat • Nilai mata wang jatuh • Kadar inflasi meningkat

  33. Rancangan Pembangunan Lima Tahun - merupakan rancangan setiap lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia selepas kemerdekaan. - untuk mengatasi masalah sosio-ekonomi dan politik. - kesan peninggalan dasar pembangunan zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

  34. Sebelum DEB 1) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) 2) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) 3) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) • Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) • Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) • Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) • Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) DEB (Dasar Ekonomi Baru) DPN (Dasar Pembangunan Nasional) 1) Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) 2) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) • Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) • Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) DWN (Dasar Wawasan Negara)

  35. Dasar Ekonomi Baru(DEB) - Dilancar oleh kerajaan Malaysia seiring dengan RMK2. - Matlamat- membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum. - RRJP 1( 1971-1990) menjadi asas kepada pelaksanaan DEB.(1971-1990). - Dijalankan menerusi serampang dua mata iaitu: ~ mengurangkan kemiskinan (peluang pekerjaan). ~ susun semula masyarakat (hapuskan pengenalan kaum ikut fungsi ekonomi).

  36. Antara Pencapaian DEB 1971-1990 (matlamat) 8.0% 1971-1990 (pencapaian) 6.7% PERTUMBUHAN EKONOMI Sumber: Malaysia, RRJP 2 (1991) Malaysia, Laporan MAPEN (1991)

  37. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) - Dilancarkan (17 Jun 1991) oleh Tun DR. Mahathir Mohamad (PM ke-4). • Merupakan RRJP 2(1991-2000). • Meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Dimensi baru DPN • Membasmi kemiskinan (golongan termiskin – kurangkan kemiskinan relatif) • Pembangunan pesat masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang aktif. • Pembangunan sumber manusia. • Penyelidikan dan pembangunan. • Penglibatan sektor swasta.

  38. Antara Pencapaian DPN Sumber: Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK 6 (1993) Malaysia, Rancangan Malaysia (1996) Malaysia, RRJP3 (2001) Nota : * Kesan kegawatan 1997-1998

  39. Dasar Wawasan Negara(DWN) - Penggubalan DWN adalah berpunca daripada pengalaman krisis kewangan Asia tahun 1997-1998. - Tema utama “Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara”. • Merupakan RRJP 3 (2001-2010). • Tujuan : - mengukuhkan kekuatan sedia ada dan menangani kekurangan serta cabaran persaingan dunia. • Menggabungkan strategi utama DEB dan DPN.

  40. Teras Pembangunan DWN - Mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi dan mapan. - Memperkukuhkan keupayaan, kemampuan dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran akan datang. - Kecekapan dan produktiviti semua aktiviti ekonomi – memantapkan daya saing Malaysia. - Sektor Swasta – menerajui pertumbuhan ekonomi. - Sektor Awam – sediakan persekitaran yang bersesuaian dan memastikan pencapaian matlamat sosioekonomi.

  41. Kesimpulan • Pelbagai usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi negara • Perubahan diperlukan untuk membolehkan negara Malaysia bersaing dengan negara-negara maju yang lain • Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama menjayakan program-program kerajaan agar Malaysia dapat duduk setaraf dengan negara-negara maju yang lain

  42. Rujukan • Chamhuri Siwar,Surtahman Kastin Hassan & Norshamliza Chamhuri 2005.Ekonomi Malaysia. Selangor:Pearson Malaysia Sdn.Bhd. • Habibah Lebar 1998.Ekonomi Malaysia(Pembangunan Ekonomi dan Teknik Peperiksaan).Shah Alam: Biroteks,Institut Teknologi MARA • Hasnah Hussiin & Dr.Seri Lanang Jaya Hj.Rohani 2007.Pengajian Malaysia.Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd. • Md.Zhahir Kechot Mansor Jusoh 2000.Ekonomi Malaysia:Menghadapi dan Menangani Cabaran.Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

  43. Mohd Rosli Mohamad & Mohd Aslam Gulam Hasan 2003.Pembangunan Ekonomi Malaysia Globalisasi.Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya • Mohd.Yusof Kasim & Md.Zyadi Md.Tahir 1992.Ekonomi Malaysia:Beberapa Isu Utama.Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia • Norizan Yusof 2002.Buku Teks STPM:Sejarah Malaysia.Selangor:Penerbit Federal Publication

More Related