1 / 12

Pak Samad menggunting pokok teh. (ayat aktif) Pokok teh digunting oleh Pak Samad. (ayat pasif)

Ayat Aktif. Pak Samad menggunting pokok teh. (ayat aktif) Pokok teh digunting oleh Pak Samad. (ayat pasif). Ayat Aktif ialah ayat di mana subjek dalam ayat tersebut menjadi pelaku & objjeknya sebagai penerima. Ayat aktif menerangkan benda atau perlakuan seseorang.

loan
Download Presentation

Pak Samad menggunting pokok teh. (ayat aktif) Pokok teh digunting oleh Pak Samad. (ayat pasif)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Ayat Aktif Pak Samad menggunting pokok teh. (ayat aktif)Pokok teh digunting oleh Pak Samad. (ayat pasif) Ayat Aktif ialah ayat di mana subjek dalam ayat tersebut menjadi pelaku & objjeknya sebagai penerima. Ayat aktif menerangkan benda atau perlakuan seseorang. Kata kerja dalam Ayat Aktif mengandungi awalan me- dan ia disebut sebagai penanda Ayat Aktif. Ayat ini mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yg diterangkan. Ayat Aktif & Pasif -Rabiah

  2. Jenis-Jenis Ayat Aktif ~ Ayat aktif transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama yang bertugas sebagai objek atau unsur penyambutnya.~HANYA ayat aktif tarnsitif sahaja yang boleh dipasifkan kerana objek dalam ayat aktif transitif akan dijadikan sebagai subjek dalam ayat pasif. • Ayat aktif • tak transitif 1. Ayat aktif transitif

  3. Kam Swee mengesyorkan supaya gaji para pekerja dinaikkan sebanyak lima peratus. 2. Ramalan cuaca menyatakan bahawa hujan akan turun pada esok pagi. ayat aktif transitif juga boleh mengandungi klausa komplement sebagai penyambut kepada kata kerjanya. biasanya ayat seperti merupakan ayat majmuk. contoh ayat dengan klausa komplement

  4. ~ Selain itu ayat aktif transitif juga boleh mengandungi kata kerja yang menerima 2 objek sebagai penyambutnya.~ Objek-objek ini dikenali sebagai objek tepat & objek sipi.~ objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja.~ Objek sipi pula merupakan objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja. Sultan Selangor menganugerahi bapa Atan bintang kehormatan. Shela mengirimkan kakaknya sepucuk surat. Pelayan itu membawakan Kassim segelas air.

  5. Ayat Aktif Tak Transitif • Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. • Ayat Aktif Tak Transitif tidak boleh dipasifkan kerana ia tidak mempunyai objek. • Ayat Aktif Tak Transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis; • Ayat Aktif Tak Transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. • Ayat Aktif Tak Transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

  6. A.A.TT dengan keterangan yang boleh digugurkan • Ayat aktif jenis ini boleh mengandungi frasa keterangan ataupun tidak. • Frasa keterangan dalam Ayat Aktif boleh digugurkan tanpa mencacatkan ayat itu. • Kanak-kanak itu sedang bermain dengan riangnya. • Manan sedang tidur di dalam bilik. • Asrul sedang mandi di tepi perigi • Budak itu menangis sepanjang malam.

  7. A.A.TT dengan keterangan yang TAK boleh digugurkan • Ayat aktif jenis ini mesti mempunyai frasa keterangan • Ayat itu dianggap tidak lengkap atau salah jika ia tidak mempunyai frasa keterangan • Baju sejuknya ada pada saya. • Teck Keong berasal dari Perak. • Shazmin ingin menjadi seorang guru. • Bas Ekspress Utama ingin menuju ke Selatan.

  8. Ayat Pasif Dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif Ayat Pasif Dengan Kaya Ganti Nama Diri Orang Pertama & Kedua.Ayat Pasif Dengan Kata Bantu Pasif KENAAyat Pasif menggunakan Imbuhan ‘ber dan ‘ke-…-an’ Ayat Pasif

  9. Ayat Pasif Dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif • Ayat pasif jenis ini mempunyai kata kerja pasif yang berimbuhan di- dan ter- • Ayat ini digunakan dengan frasa nama objek orang ketiga. • Kata sendi oleh dalam Ayat Pasif yang menggunakan kata kerja pasif di- boleh gugurkan jika binaan oleh + Frasa Nama diletakkan selepas kata kerja. • Kata sendi oleh dalam Ayat Pasif yang menggunakan kata kerja pasif yang menggunakan kata kerja pasif di- tidak bolejh digugurkan jika binaan oleh + Frasa Nama terletak jauh daripada kata kerja.

  10. Ayat Pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama & kedua • Kata ganti nama diri orang pertama dan kata ganti nama diri orang kedua tidak boleh menerima kata kerja imbuhan pasaif di- • Kedua-dua jenis kata ganti nama diri orang itu diletakkan di hadapan kata kerja dasar. • Kerugian besar itu mesti kita tanggung bersama-sama • Fail ini harus awak pulangkan dengan segera.

  11. Ayat Pasif dengan kata bantu Pasif KENA • Perkataan kena digunakan di hadapan kata kerja dasar dalam ayat Pasif jenis ini. • Kata kerja dasar tersebut tidak menerima sebarang awalan. • Frasa nama objek yang mengikuti kata kerja dasar boleh digugurkan tanpa mencacatkan ayat itu. • Wanita itu kena tipu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. • Seorang pegawai polis kena tembak oleh perompak itu.

  12. Ayat Pasif Menggunakan Imbuhan ‘ber-’ dan ‘ke-…-an’ • Ayat pasif ini mengandungi kata kerja yang berawalan ber- dan berapitan ke-…-an. • Bahagian binaan oleh + Frasa Nama biasanya tidak diperlukan. • Lauk-pauk untuk makan malam sudah berhidang. • Pengemis di kaki lima itu kelaparan • Saya ketinggalan bas pagi ini.

More Related