1 / 13

The Simple Deposit Multiplier

The Simple Deposit Multiplier Simple deposit multiplier The ratio of the amount of deposits created by banks to the amount of new reserves. Exanple: $100,000 is deposit in a bank and the required reserve ratio is 10%. 1 0.10. $100,000 x. = $1,000,000.

lixue
Download Presentation

The Simple Deposit Multiplier

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. The Simple Deposit Multiplier • Simple deposit multiplier The ratio of the amount of deposits created by banks to the amount of new reserves. Exanple: $100,000 is deposit in a bank and the required reserve ratio is 10% 1 0.10 $100,000 x = $1,000,000

  2. INSTITUSI KEWANGAN DAN SISTEM PERBANKAN INSTITUSI PERANTARA KEWANGAN BUKAN BANK INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK SISTEM BANK BANK ISLAM SYARIKAT INSURANS SYARIKAT KEWANGAN BANK PUSAT BANK PERDAGANGAN BANK SIMPANAN BANK SAUDAGAR BADAN-BADAN KEWANGAN LAIN

  3. CENTRAL BANKBANK NEGARA MALAYSIA • PENUBUHAN BANK NEGARA MALAYSIAOrdinan Bank Negara Tanah Melayu 1958 (OBNM) telah diluluskan pada 23 Oktober 1958 (Bank Negara Tanah Melayu sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963) dan Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 24 Januari 1959. Pada masa yang sama, Ordinan Perbankan 1958, yang diwujudkan bagi tujuan pelesenan dan pengawalan aktiviti perniagaan perbankan di Persekutuan Tanah Melayu turut dikuatkuasakan. OBNM telah dikemaskinikan pada tahun 1994 dan kini dikenali sebagai Akta Bank Negara Malaysia 1958 (Akta BNM).

  4. OBJEKTIF BANK NEGARA MALAYSIAObjektif-objektif Bank Negara Malaysia seperti yang digariskan di dalam Akta BNM adalah seperti berikut: • Untuk menggalakkan kestabilan monetari dan struktur kewangan yang kukuh • Untuk bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan • Untuk menerbitkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut • Untuk mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara ini

  5. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, peranan Bank Negara Malaysia telah berkembang dan diperluaskan. Pada masa ini, Bank Negara Malaysia memberi tumpuan kepada 3 tonggak peranan bank pusat iaitu, kestabilan monetari, kestabilan kewangan dan sistem pembayaran. Di samping itu, keutamaan adalah diberikan kepada peranan pembangunan yang dimainkan oleh Bank Negara Malaysia dari aspek pengurusan ekonomi, pembinaan institusi dan pembangunan sistem kewangan.

  6. BANK NEGARA MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH ORGANISASI • Bank Negara Malaysia adalah sebuah badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Ia mula beroperasi pada tahun 1959 dengan modal berbayar sebanyak RM20 juta yang telah dipertingkatkan kemudiannya ke parasnya masa kini sebanyak RM100 juta sejak 1977. • Perlembagaan, fungsi, tugas dan kuasa Bank Negara Malaysia adalah seperti yang digariskan di dalam Akta BNM. Pentadbiran Bank Negara Malaysia telah disusun untuk memenuhi objektif utamanya dengan garisan tanggungjawab yang jelas. Gabenor Bank Negara Malaysia juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dengan dibantu oleh dua orang Timbalan Gabenor dan lima orang Penolong Gabenor. Akta BNM memperuntukkan bahawa Gabenor dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Timbalan Gabenor oleh Menteri Kewangan.

  7. Di bawah Akta BNM, Bank Negara Malaysia dikehendaki mempunyai satu Lembaga Pengarah yang seperti mana Lembaga Pengarah organisasi swasta lain, diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menetapkan hala tuju dasar Bank Negara Malaysia dan pentadbiran am ke atas hal ehwal Bank Negara Malaysia. Akta BNM menghendaki Lembaga Pengarahnya untuk memaklumkan Menteri Kewangan mengenai dasar monetari dan perbankan yang telah dan akan dilaksanakan. • Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia terdiri daripada lapan orang. Ahli ex-officio Lembaga Pengarah adalah Gabenor, Timbalan Gabenor dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Pengarah-pengarah yang lain adalah terdiri daripada tokoh-tokoh yang berwibawa dan berpengalaman dalam bidang perbankan dan hal ehwal ekonomi. Kesemua ahli kecuali Timbalan Gabenor adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan untuk tempoh maksimum selama tiga tahun, tetapi layak untuk dilantik semula. Gabenor adalah Pengerusi Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengarah ini dikehendaki bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

  8. LAIN-LAIN TANGGUNGJAWAB BANK NEGARA MALAYSIA • Bank Negara Malaysia juga berperanan sebagai penasihat ekonomi dan kewangan kepada Kerajaan. Di samping itu, Bank Negara Malaysia juga mengambil bahagian dalam mesyuarat antarabangsa untuk mengeratkan lagi kerjasama dengan negara-negara lain serta membincangkan isu-isu penting daripada perspektif pasaran ekonomi yang membangun.

  9. Fungsi sebagai penasihat ekonomiDalam menjalankan tugas sebagai penasihat ekonomi dan kewangan kepada Kerajaan, Bank Negara Malaysia menganalisa data-data ekonomi, menilai pembangunan dalam ekonomi domestik dan antarabangsa dan mengenal pasti bidang yang perlu diberi perhatian. Bank Negara Malaysia menjalankan aktiviti perisikan dan pengawasan rapi serta membuat ramalan tentang keadaan ekonomi negara. Berasaskan penilaian-penilaian ini, Bank Negara Malaysia membentangkan saranan-saranan dasar pada sesi taklimat tetap kepada Menteri Kewangan dan juga melalui penyertaan dalam pelbagai forum pembuat dasar ekonomi di peringkat kebangsaan.

  10. Fungsi sebagai penasihat kewanganBank Negara Malaysia tidak menyediakan pembiayaan kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun, sebagai penasihat kewangan kepada Kerajaan, Bank Negara Malaysia memberi nasihat dari semasa ke semasa kepada Kerajaan berhubung dengan pengurusan hutang dalam dan luar negara serta syarat-syarat dan kesesuaian masa program pinjaman Kerajaan. Bank Negara Malaysia juga bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan dalam perundingan dan pemeteraian perjanjian pinjaman. Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab untuk urus niaga, pendaftaran, penyelesaian dan penebusan sekuriti Kerajaan melalui sistem berkomputernya (RENTAS, FAST dan BIDS).

  11. Hubungan antarabangsaBank Negara Malaysia mengambil bahagian dalam beberapa mesyuarat antarabangsa. Di antaranya ialah mesyuarat Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), ASEAN+3 (yang termasuk Republik Rakyat Cina, Korea dan Jepun), Bank-bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN), Mesyuarat Eksekutif Bank-bank Pusat Asia Timur dan Pasifik (EMEAP) dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan agensi-agensi antarabangsa termasuklah Bank for International Settlements. • Penyertaan di mesyuarat-mesyuarat tersebut adalah untuk mengukuhkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa dan kewangan dalam bidang-bidang utama seperti pengawasan, pengurusan makroekonomi dan langkah-langkah untuk meningkatkan kestabilan kewangan. Ia adalah untuk mengetengahkan isu-isu utama yang dianggap penting mengikut perspektif nasional atau serantau supaya kepentingan Malaysia dan pasaran ekonomi yang baru muncul diberi pertimbangan yang sewajarnya.

  12. Bank Perdagangan • Institusi perbankan yang menyediakan perkhidmatan perbankan runcit, kemudahan pembiayaan dagangan, perkhidmatan perbendaharaan, perkhidmatan pembayaran dan perkhidmatan kustodi. • ABIK (Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989) menyatakan bahawa urusniaga bank-bank perdagangan merangkumi menerima deposit bagi akaun-akaun semasa, akaun-akaun deposit, akaun-akaun tabungan atau akaun lain yang serupa dan membayar atau mengumpul cek-cek yang dikeluar atau dibawa masuk oleh para pelanggan, serta memberi perkhidmatan pemberian pinjaman dan perniagaan sepertimana yang ditetapkan oleh BNM dengan kelulusan Menteri. • Contoh: CIMB. Malayan Banking Bhd.,RHB Bank Bhd. Dan Public Bank Bhd.

More Related