1 / 27

BAB 'E' RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1974

BAB 'E' RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1974. KANDUNGAN Tafsiran Rumah-Rumah Kediaman Tanggungjawab Pegawai Yang Mendiami Rumah Kerajaan Kadar Sewa, Pembayarannya dan Lain-Lain Bayaran Bangunan-Bangunan Pejabat Tanggungjawab Jabatan Kerja Raya Pelbagai. I. TAFSIRAN

libba
Download Presentation

BAB 'E' RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1974

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 'E' RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1974

  2. KANDUNGAN • Tafsiran • Rumah-Rumah Kediaman • Tanggungjawab Pegawai Yang Mendiami Rumah Kerajaan • Kadar Sewa, Pembayarannya dan Lain-Lain Bayaran • Bangunan-Bangunan Pejabat • Tanggungjawab Jabatan Kerja Raya • Pelbagai

  3. I. TAFSIRAN E1 - Dalam bab ini :- i) “Keluarga pegawai” bermakna bagi lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. ii) “Ketua Jabatan” termasuk juga KSU kepada Kementerian dan Ketua Pejabat setempat, yayasan atau cawangan kecil sesebuah Jabatan. iii) “Pegawai Perumahan” bermakna pegawai yang dilantik untuk menguntukkan rumah-rumah kediaman Kerajaan atau yang disewa oleh Kerajaan dan termasuk seorang Ketua Jabatan bagi rumah-rumah khas Jabatan atau lain-lain pegawai yang ditugaskan untuk menguntukkan rumah Kerajaan. iv) “Rumah biasa Kerajaan” bermakna mana-mana rumah yang lain daripada rumah khas Jabatan atau rumah khas jawatan.

  4. v) “Rumah khas Jabatan” bermakna sesebuah rumah yang didirikan khas oleh jabatan untuk kediaman seseorang pegawainya yang mustahak berada setiap masa dekat dengan tempat bekerja atau di satu tempat tertentu dalam daerah tempat ia bertugas. vi) “Rumah khas jawatan” bermakna sebarang rumah yang dikhaskan untuk seseorang pemegang jawatan tertentu seperti yang ditetapkan dalam bab ini atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

  5. II. RUMAH-RUMAH KEDIAMAN E2 - a) Kerajaan tiada menyediakan rumah Kerajaan tiada bertanggungjawab menyediakan rumah kediaman bagi pegawai-pegawainya melainkan sekadar yang dinyatakan dalam Perintah Am 3. b) Ketua Jabatan boleh arah pegawai pindah rumah Ketua Jabatan boleh menghendaki seseorang pegawai tinggal di rumah kediaman yang berhampiran dengan tempat bertugas atau rumah-rumah khas untuk sesebuah Jabatan kerana kepentingan perkhidmatan. E3 – a) Pegawai yang boleh disediakan rumah Tertakluk kepada kekosongan i) Rumah khas Jawatan (1) Pegawai-pegawai Tingkatan Utama termasuk KSN dan (2) Pegawai-pegawai lain yang disediakan rumah khas kerana jawatan mereka.

  6. ii) Rumah khas Jabatan Pegawai-pegawai yang dikehendaki tinggal berhampiran dengan tempat kerja mereka. iii) Rumah biasa Kerajaan Pegawai-pegawai yang ditempatkan bekerja di kawasan-kawasan yang terpencil di mana rumah-rumah persendirian yang sesuai untuk disewa tidak diperolehi. iv) Rumah kediaman Luar Negeri Pegawai-pegawai yang ditempatkan bekerja di kedutaan-kedutaan atau pejabat-pejabat Kerajaan Malaysia di seberang laut. b) Bagi pegawai-pegawai di a) (iv) di atas, Kerajaan beleh memberi mereka sewaan yang berpatutan sebagai ganti menyediakan perumahan ataupun menyewakan rumah-rumah yang sesuai untuk kediaman mereka.

  7. E4 – Pegawai boleh menyewa rumah kerajaan Jika ada kekosongan, pegawai-pegawai yang bertugas dalam kawasan tersebut layak memohon mengikut peraturan dan syarat-syarat kelayakan E5 – a) Kerajaan berhak menguntuk rumah Kerajaan berhak memperuntukkan sebarang rumah kediaman kepada mana-mana pegawai yang difikirkan sesuai untuk mendapatkan rumah atau menyuruh pegawai berkongsi rumah. b) Pegawai boleh diarah kosongkan rumah Atas tujuan memperbaikinya atau lain-lain sebab yang munasabah dengan memberi notis satu bulan tanpa bertanggungjawab memberi pegawai itu rumah lain sebagai gantinya. c) Rumah yang diuntukkan boleh ditarik balik. Jika tidak mengambil alih rumah tersebut dalam tempoh tidak melebihi 30 hari. Rumah tersebut boleh diuntukkan semula oleh Pegawai Perumahan kepada mana-mana pegawai lain yang telah memohon.

  8. E6 – Sewa rumah Dikehendaki membayar sewa mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa melainkan ia telah dikecualikan daripada membayar sewa mengikut syarat-syarat perkhidmatannya.

  9. III. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN E7 - Pegawai mesti patuh peraturan Dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini. E8 - Meminda rumah dilarang Dilarang membuat tambahan atau pindahan kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Kerja Raya setempat. Bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabot yang bukan disebabkan oleh penggunaan yang sepatutnya. E9 - Menyewa dilarang Dilarang menyewakan mana-mana bahagian rumah yang telah diuntukkan kepadanya. Tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut kecualikeluarga pegawai, orang-orang gajinya dan tetamu-tetamu sementaranya. Tidak boleh digunakan selain daripada tempat tinggal pegawai.

  10. E10 - Larangan berternak binatang Dilarang memelihara binatang-binatang ternakan termasuk ayam itik, di mana-mana bahagian rumah, di bawahnya atau dalam kawasannya. E11 - Tanggungjawab membersih kawasan Bertangungjawab menjaga kebersihan dalam dan kawasan rumah sebaik-baiknya, termasuk kerja-kerja memotong rumput dan membuat sampah sarap. E12 - a) Tanggungjawab melaporkan kerosakan Dikehendaki melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya melalui borang permintaan yang berkenaan jika terdapat apa-apa kerosakan atau kekurangan rumah yang diduduki apabila berlaku atau diketahui. Kegagalan melaporkan hal ini boleh mewajibkannya membayar sebahagian atau semua perbelanjaan membaiki atau mengganti yang diperlukan.

  11. b) Pegawai kena bayar kerosakan yang disebabkannya Kerosakan atau kekurangan di (a) atau perabot atau alat-alat perkakas Kerajaan yang disebabkan oleh penggunaan yang tidak berpatutan. Pegawai boleh dikehendaki membayar semua atau sebahagian daripada belanja membaiki atau mengganti seperti yang ditaksirkan oleh Pengarah JKR Negeri atau belanja sebenar mengikut kontrak. E13 - a) Laporan memasuki rumah Melaporkan tarikh cadangan memasuki rumah kepada Jabatan Kerja Raya setempat. Dikehendaki menandatangani satu sijil akuan masuk rumah dengan mengambil alih tanggungjawab atas segala barang, perkakas dan perabot seperti di Lampiran E. b) Laporan tarikh masuk kepada Pegawai Perumahan Melaporkan tarikh sebenar masuk ke rumah tersebut kepada Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua Pejabatnya supaya memotong sewa dari gajinya pada tiap-tiap bulan. Salinan pemberitahuan Pegawai Perumahan hendaklah juga dihantar kepada Akauntan Negara dan Juruaudit Negara.

  12. E14 - a) Laporan kosongkan rumah Melaporkan kepada JKR setempat dan juga Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh berpindah. b) Pegawai mesti serah kunci dll Menyerahkan kunci-kunci rumah dll kepada JKR setempat dan menandatangani satu sijil akuan keluar rumah seperti di Lampiran F.

  13. IV. KADAR SEWA, PEMBAYARANNYA DAN LAIN-LAIN BAYARAN E15 - a) Tiap-tiap rumah Kerajaan termasuk rumah-rumah yang disewa khas oleh Kerajaan di Malaysia atau seberang laut adalah dikenakan sewa termasuk sewa perabot jika dilengkapi seperti berikut:-

  14. b) Dikehendaki membayar sewa bagi kelas rumah yang didudukinya melainkan dikecualikan mengikut syarat-syarat perkhidmatan mereka atau syarat-syarat yang berlainan. c) Rumah khas jawatan - sewa separuh daripada sewa yang ditetapkan bagi kelas rumah yang diduduki. d) Pegawai-pegawai berikut dikecualikan daripada membayar sewa rumah yang diuntukkan kepadanya :- i) Pegawai Tingkatan Tertinggi ‘A’ dan ke atas. ii) Pegawai dalam Perkhidmatan Bomba(yang berpangkat Ahli Bomba sehingga Pegawai Bomba Tingkatan I) dan Perkhidmatan Penjara (yang berpangkat daripada Wader/Pegawai Penjara sehingga Pegawai Besar). iii) Pegawai yang dikehendaki menduduki rumah khas Jabatan. e) Rumah-rumah Kerajaan boleh dilengkapi dengan perabot yang disenaraikan dalam Lampiran D.

  15. f) Pegawai yang ditempatkan di seberang laut hendaklah membayar mengikut peruntukan di dalam Conf. 835 kepada Kerajaan sejumlah peratus tertentu daripada sewa yang dibayar oleh Kerajaan bagi bayaran air dan letrik jika unsur tersebut termasuk di dalam sewa rumah yang dibayar oleh Kerajaan. • E16 – Sewa dikira dari hari masuk • Sewa rumah dan perabot dikira mulai pegawai masuk ke rumah dan akan berakhir dari tarikh sebenar ia mengosongkannya. • E17 – a) Sewa dipotong dari gaji • Pembayaran sewa rumah & perabot akan dipotong dari gaji pegawai berkenaan pada setiap bulan. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan ini apabila diterima permintaan sedemikian daripada Pegawai Perumahan. • b) Sewa akhir dikutip • Ketua Jabatan bertanggungjawab menentukan sewa akhir dikutip daripada seseorang pegawai yang berhenti kerja, bersara, bertukar, bercuti, atau sebagainya lagi.

  16. E18 – Elektrik, air, dll tanggungan pegawai Bayaran-bayaran perkhidmatan seperti membuang sampah, najis, elektrik dan air termasuk cengkeram dibayar sendiri oleh pegawai. E19 – Sewa rumah kelas tinggi dari pegawai berhak Boleh dikehendaki oleh KSN membayar sewa mengikut sewa bagi kelas rumah yang ia patut mendapat. E20 – Sewa rumah kelas rendah dari pegawai berhak Boleh dikehendaki membayar sewa yang sama banyak bagi kelas rumah tersebut. E21 – Sewa digandakan bila pegawai ingkar pindah Boleh dikehendaki berpindah dari E19 dan E20 jika rumah yang berkelayakan ada kekosongan. Sekiranya ingkar berpindah, dikehendaki membayar dua kali ganda sewa yang ia sedang membayar (dari tarikh notis).

  17. E22 – Sewa bagi pegawai yang mendapat pinjaman perumahan Jika diberi pinjaman perumahan dan rumahnya telah siap hendaklah berpindah ke rumah tersebut. Sekiranya ingkar boleh dikenakan sewa dua kali ganda sewa yang patut dibayar. Peraturan ini dikecualikan bagi:- a) Mengikut syarat perkhidmatannya berhak mendapat rumah percuma, atau b) Dikehendaki duduk di rumah khas Jabatan, atau c) Jika rumah dibina itu berada di luar kawasan ibu pejabatnya. E23 – a) Sewa pegawai-pegawai berkongsi rumah Sewa akan dibahagi sama rata. b) Jika jumlah sewa rumah yang dibayar lebih tinggi daripada yang sepatutnya ia membayar(ikut kelayakan seseorang pegawai jika diberi rumah berasingan), pegawai-pegawai tersebut hanya dikehendaki membayar sewa mengikut kelayakan mereka. c) Sewa perabot juga dibahagi sama rata.

  18. Nota : - Pegawai-pegawai Tingkatan ‘A’ dan ke atas yang tidak diuntukkan rumah kediaman Kerajaan layak untuk mendapat elaun sewa rumah. Jika seseorang pegawai telah diuntukkan rumah mengikut kelayakannya, berubah kelas kelayakannya kerana kenaikan gaji tahunan atau pangkat, akan dikehendaki berpindah ke luar ke kelas rumah kelayakan baharunya, jika ada kekosongan. Sekiranya ingkar, dikehendaki membayar sewa rumah yang didudukinya itu mengikut sewa bagi kelas rumah yang baharu dilayakinya bermula dari tarikh notis berpindah.

  19. V. BANGUNAN –BANGUNAN PEJABAT E24 – Keadaan Bangunan Pejabat - Hendaklah munasabah dan sesuai - Boleh beri kecekapan, suasana bekerja - Beri kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai - Ketua Jabatan berunding dengan KSN tentang mendapat ruang pejabat seperti bangunan baru atau sewa. E25 – a) Ketua Jabatan bertanggunjawab menjaga bangunan. Bangunan pejabat hendaklah diselia dengan baik. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada JKR setempat. b) Perubahan kecil menyapu cat dll Sebarang perubahan kecil hendaklah menghantar permintaan atas borang permintaan JKR setempat untuk pertimbangan dan seterusnya menjalankan kerja-kerja ubahsuai.

  20. E26 – Pindaan besar • Ketua Jabatan hendaklah menyediakan peruntukan kewangan dimana biasanya perbelanjaan ini telah pun dimasukkan terlebih dahulu dalam anggaran perbelanjaan tahunan Jabatan tersebut. • Surat Pek. Am Bil. 5/78 – “Kebersihan Bangunan Pejabat dan Kawasan” • Ketua-ketua Jabatan dan setiap kakitangan adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bangunan pejabat masing-masing. Perkara-perkara yang memerlukan perhatian serta merta termasuk:- • a) Kebersihan bangunan – kebersihan keseluruhan bangunan terutamanya kebersihan tempat lalu-lalang, tandas, tangga, lif dan lain-lain ruangan gunasama. • b) Kebersihan ruangan pejabat – meja kakitanga hendaklah bersih dan teratur dan fail-fail hendaklah disimpan di tempat simpanan fail. • c) Kawasan sekeliling – hendaklah juga bersih dan dipindahkan dengan menanam pokok-pokok bunga dan sebagainya.

  21. VI. TANGGUNGJAWAB JKR E27 – JKR patut memeriksa/membaiki bangunan Pemeriksaan setahun sekali di setiap daerah dan membaikinya sebagaimana yang diperlukan. E28 – Hak masuk rumah Kakitangan JKR, kontraktor JKR dan pekerja mereka hendaklah diberi kebenaran oleh penghuni untuk masuk memeriksa dan memperbaiki setelah memperkenalkan diri dengan memuaskan. E29 – Peraturan ambil alih rumah Ketua JKR setempat hendaklah membuat peraturan bagi proses penyerahan. Satu sijil akuan masuk seperti di Lampiran E yang mengandungi butir-butir penerimaan dan keadaan perabot, perkakas dan lain-lain barang hendaklah ditandatangani. Pegawai akan bertanggungjawab dengan membayar atas apa-apa kerosakan atau kekurangan yang disebabkan oleh penggunaan yang tidak sepatutnya seperti Perintah Am 12(b).

  22. E30 – Peraturan kosongkan rumah Pemeriksaan hendaklah dilakukan setelah menerima laporan dari pegawai yang hendak mengosongkan rumah. JKR setempat akan menetapkan tarikh pemeriksaan dengan penghuni rumah. Pemeriksaan akan dilakukan dalam waktu pejabat sama ada pegawai tersebut ada atau tiada di rumah. Perbandingan akan dibuat dengan sijil akuan masuk seperti di Lampiran E yang telah ditandatangani untuk memeriksa kerosakan dan kekurangan yang disebabkan oleh pegawai. Satu sijil akuan keluar rumah seperti di Lampiran F akan ditandatangani oleh pegawai dan pegawai hanya akan bertanggungjawab sekadar kerosakan atau kekurangan(jika ada) seperti yang dinyatakan dalam sijil. E31 – Rumah khas Jabatan Peraturan-peraturan yang sama seperti di Perintah Am 29 dan 30 hendaklah dijalankan oleh Ketua Jabatan bagi rumah-rumah khas Jabatan yang dibawah kelolaan mereka.

  23. E32 – Tanggungjawab am JKR Tiap-tiap bangunan dan rumah Kerajaan hendaklah diberi nombor. Menyediakan kelengkapan-kelengkapan rumah yang perlu setelah berunding dengan Ketua Jabatan yang berkenaan tetapi tidak termasuk bal-bal elektrik. Bagi rumah-rumah kediaman, perabot-perabot seperti di Lampiran D.

  24. PELBAGAI • E33 - a) Mengosongkan rumah bila bersara • Mengosongkan rumah tersebut di hari akhir bekerja sebelum bersara kecuali dengan kebenaran daripada Pegawai Perumahan seperti dalam kes-kes di b) dan c) di bawah. • b) Bukan rumah khas jabatan atau jawatan :- • Bercuti sebelum bersara - dibenarkan duduk tidak melebihi 30 hari lagi selepas akhir cutinya itu. • Tidak layak kumpul cuti rehat - dibenarkan duduk tidak melebihi 30 hari lagi selepas hari akhir ia bekerja. • c) Rumah khas jabatan atau jawatan • Mengosongkan rumah di akhir ia bekerja tetapi jika tidak ada pegawai lain yang berhak mendapat rumah ataupun penggantinya belum ada lagi, maka dengan persetujuan Ketua Jabatan berkenaan ia boleh tinggal lagi tidak lebih melebihi 30 hari.

  25. E34 - a) Ketua Jabatan melaporkan pegawai akan bersara kepada Pegawai Perumahan. Melaporkan 3 bulan sebelum pegawai tersebut bersara. b) Tindakan Pegawai Perumahan/Jabatan Kerja Raya Setelah laporan di (a) diterima, hendaklah diaturkan pemeriksaan akhir pengosongan seperti Perintah Am 30. Pegawai Perumahan hendaklah juga meminta Ketua Jabatan tersebut supaya sewa-sewa akhir akhir perabot dan rumah dipotong dari gajinya dan sewa-sewa selepas persaraan(jika berkenaan). E35 - a) Sewa mes dan asrama atau lain-lain tempat tinggal serupa Kadar sewaan berlainan dikenakan seperti dalam Lampiran C. b) Sewa berkongsi bilik Dibahagi sama rata dengan pegawai yang berkonsi bilik dengannya mengikut kadar sewa yang ditetapkan.

  26. Sekian…..terima kasih.

  27. Lampiran A

More Related