penghargaan
Download
Skip this Video
Download Presentation
PENGHARGAAN

Loading in 2 Seconds...

play fullscreen
1 / 19

penghargaan - PowerPoint PPT Presentation


  • 197 Views
  • Uploaded on

PENGHARGAAN. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini kepada: Pengetua SMK Sg. Rambai Melaka (EN. ABU BAKAR BIN ALIM) Guru Penolong Kanan I (PN. HJH MURAH BINTI SALIMAN)

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha
Download Presentation

PowerPoint Slideshow about 'penghargaan' - liam


An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript
penghargaan
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini kepada:

Pengetua SMK Sg. Rambai Melaka

(EN. ABU BAKAR BIN ALIM)

Guru Penolong Kanan I

(PN. HJH MURAH BINTI SALIMAN)

Guru Penolong kanan Hem

PN. HJH NORAL HUDA BINTI ABD. HAMID

GPK-Kokurikulum

EN. TAN BICHIK MD DAHAN

GKMP Bahasa

EN. RAZALI BIN LAZIM

dan

Semua Ahli Panitia Bahasa Melayu SKMSR

slide2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAANHURUF BESAR DAN NOKTAH BAGI MURID 1 KENANGA (INTERVENSI)MENGGUNAKAN TEKNIK PEN WARNA (MERAH)

Oleh:

ALEIMMAH BINTI ALISekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai Melaka

abstrak
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran menulis terutama kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 1K. Sebanyak 24 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat, dalam ayat dan selepas tanda noktah.

Tinjauan awal dibuat melalui ujian diagnostik & Ujian Pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik pen warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Berapa langkah telah dirancang bagi memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah menggunakan pen merah semakin memuaskan. Berbanding sebelunya, murid-murid menunjukkan perkembangan yang pasif dalam P&P dan pembelanjaran semakin menyeronokkan.

latar belakang kajian
LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengalaman mengajar hampir 10 tahun di kelas 1 Kenanga yang merupakan kelas intervensi merupakan suatu pengalaman berharga. P&P perlu dirancang supaya isi pembelajaran yang bakal diajar mestilah boleh diterima oleh murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan yang berbeza. Kelas 1 Kenanga merupakan kelas pemulihan. Penguasaan kemahiran 3M masih belum tercapai sepenuhnya dan ini memaksa saya mestilah memastikan P&P diajarkan hendaklah melakukan pengubahsuaian aktiviti dengan silibus dengan tahap penerimaan murid yang lemah, disamping masih mengekalkan dan menghabiskan silibus mata pelajaran BM seperti mana yang murid-murid yang sudah menguasai kemahiran 3M. Setiap kali latihan terutama aktiviti membina ayat dan menulis karangan didapati murid-murid IK belum menguasai pengguasaan huruf besar yang sepatutnya ditulis dalam permulaan ayat dan selepas noktah.

slide5
Sekiranya murid-murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar pada pemulaan ayat, atau penggunaan untuk kata nama khas dalam ayat, maka menunjukkan kelemahan yang tidak dipandang serius terhadap proses P&P guru selama mereka berada di sekolah rendah. Perkara ini perlu diatasi dengan segera kerana kemahiran menulis di peringkat sekolah menengah akan terus berlangsung sehinggalah dari peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Memahami permasalahan dari aspek-aspek inilah permakahan karangan biasanya dinilai atas dasar impression terhadap karangan murid sekolah menengah.
isu keperihatinan fokus kajian
ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, saya dapati dalam kalangan murid, begitu ketara murid tidak dapat menulis huruf besar di awal ayat yang sepatutnya ditulis dengan huruf besar sama ada pada bahagian karangan mahupun bahagian menjawab pemahaman, terutama bahagian soalan ringkasan karangan bahagian (Aii). Permasalahan ini perlu diatasi segera memandangkan terdapat kemahiran menulis dari aspek penggunaan tanda baca dan titik beratkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Oleh itu, guru mestilah melakukan sesuatu supaya kelemahan murid dari aspek ini diatasi segera melalui teknik yang berkesan.

objektif kajian
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:

i. Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar

Objektif khusus:

i. Menguatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dalam ayat dan selepas tanda noktah

ii. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar

kumpulan sasaran
KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 24 orang murid dari tingkatan 1 Kenanga yang terdiri daripada 14 lelaki dan 10 perempuan. Murid-murid yang cemerlang juga kadang kala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi bagi murid yang lemah dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik.

Oleh itu, saya menjalankan program kajian tindakan ini bagi mengatasi masalah tersebut.

methadologi kajian
METHADOLOGI KAJIAN

Methadologi yang digunakan ialah:

a) Pemerhatian

Sikap murid secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

b) Soal Selidik

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membulatkannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur.

slide10
c) Ujian Pengesanan

Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.

Tindak balas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

d) Tindak balas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.

e) Semakan buku latihan

Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.

pelaksanaan projek
PELAKSANAAN PROJEK

Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar menggunakan methadologi yang dinyatakan.

Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan instrument dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar, maka analisis dibuat seperti berikut.

tindakan yang dijalankan
Tindakan yang dijalankan.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti ini ialah buku kerja, kertas mahjong, pensel warna, pen marker, bahan photostat, majalah untuk mengatasi masalah.

Aktiviti yang dijalankan seperti berikut:

Item 1

1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.

2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.

3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai dengan menggunakan pen warna (merah, biru, hitam)

Item 2

1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada awal ayat sahaja menggunakan pen warna merah)

slide14
Item 3

1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah)

Item 4

1. Guru menulis ayat pada kertas mahjong dengan menggunakan warna khas iaitu merah bagi huruf besar dan hitam untuk tanda noktah dan dipamerkan di papan hitam.

2. Murid memerhatikan dan menyalin ayat tersebut (dilakukan pada setiap kali P&P dijalankan). Aktiviti ini dijalankan dalam 5 minggu. Reaksi murid amat menyeronokkan dan menggalakkan.

slide15
Pelaksana Aktiviti 2

1. Dalam aktiviti ini, guru menulis sebuah karangan pendek di kertas mahjong yang mengandungi lebih kurang 80 patah perkataan. Guru ‘highlight’ tanda huruf besar dan noktah dengan menggunakan pen marker (merah) untuk huruf besar dan hitam untuk tanda noktah. Latihan dijalankan selama 5 minggu.

Refleksi

1. Dalam kalangan murid, 24 murid dapat menulis ayat-ayat tanpa membuat kesalahan dari segi huruf besar dan noktah. Murid-murid juga menulis dengan kemas dan teratur.

slide16
Pelaksana Aktiviti 3

1. Guru memberi karangan pendek mengandungi lebih kurang 80 patah perkataan dalam bentuk lembaran kerja.

2. Murid-murid dikehendaki membetulkan kesilapan dan kesalahan yang terdapat dalam petikan.

Pemerhatian

1. Saya dapati 20 murid dapat membetulkan semua kesalahan (10 kesalahan) dalam petikan tersebut. Manakala 4 orang murid hanya mampu mengeja 5 kesalahan yang terdapat dalam petikan. (Aktiviti dijalankan 1 minggu)

slide17
Refleksi

1. Walaupun 4 orang murid tidak dapat membetulkan kesalahan dalam petikan tetapi perlu dibimbing menggunakan teknik ansur maju.

rumusan pemerhatian
RUMUSAN PEMERHATIAN

Sikap kurang minat, malas, kurang tumpuan dan tidak teliti kerana tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya yang ketara berkurangan. Kejayaan ini membantu dalam meningkatkan prestasi BM dan matapelajaran yang lain.

penutup
PENUTUP

Murid-murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Walaupun kekangan masa dan bebanan tugas harian kita semakin bertambah yang sememangnya tidak dapat dielakkan, guru-guru hendaklah sentiasa berfikiran positif supaya murid-murid dapat menerima pendidikan berkualiti selaras dengan Kuri-kulum Pendidikan Kebangsaan.