1 / 34

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA DAN INDIA

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA DAN INDIA. PENDAHULUAN. Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan .

leatrix
Download Presentation

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA DAN INDIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA DAN INDIA

  2. PENDAHULUAN • Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. • Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. • Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain.

  3. PERKENALAN ASAS KEPADA INTERAKSI • Perkenalan:sesuatu tamadun perlumengenali antara satu sama lain merupakanasas kepada persefahamandanakhirnya membawa kepadakerjasama. • Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnyamengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan tamadun. • Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain

  4. TAMADUN CINA • Negeri China mempunyai penduduk paling ramai di dunia. • Islam paling ramai, minoriti terbesar dgn jumlah lebih kurang 77 juta orang. • Masyarakat Islam yang berketurunan China yang dikenali sebagai Hui, selain daripada masyarakat Islam keturunan Turki di wilayah Xing Jiang–Uighur. • Masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di dua buah wilayah iaitu Xing Jiang–Uighur, Ning Xia dan dua buah wilayah lain yang juga mempunyai penduduk Islam melebihi 40% iaitu wilayah Kang Su.

  5. Kedatangan Islam Ke China • Menerusi jalan laut dan jalan darat. • Islam terlebih dahulu tiba di dua buah wilayah di Selatan China, iaitu Fujian (Hokkein) dan juga Guang Dong (Canton). • Ramai orang Cina yang berasal dari dua buah wilayah ini, khususnya yang terdapat di Asia Tenggara, tidak mengetahui bahawa di wilayah Fukien (Hokkein) dan Guang Tong (Canton) sehingga kini terdapat ramai penganut Islam daripada keturunan mereka. • Bilangan penduduk Islam tidak berapa menonjol kerana beberapa sebab, antaranya: • Berlaku proses asimilasi antara masyarakat muslim dan bukan muslim. • Ramai penganut Islam kurang menghayati ajaranagama dan peraturan makanan.

  6. BAGAIMANA ISLAM SAMPAI KE NEGERI CHINA • Islam telah sampai di negeri China pada tahun 652 . • Orang pertama yang tiba di negeri China ialah utusan daripada Khalifah Uthman ibn Affan r.a. • Menurut sejarah, dua orang sahabat Nabi s.a.w iaitu Saad Lebid r.a dan Yusuf r.a telah berdakwah di wilayah ini. • Saad r.a berdakwah di wilayah Chang Chow sementara Yusuf r.a berdakwah diGuang Dong. • Pada masa, ramai penganut Islam di Guang Dongdan Fukien menggunakan nama Saa ( mengambil sempena nama Saad). • Ramai penganut Islam yang menggunakan nama keluarga Saa secara beransur-ansur meninggalkan agama Islam pada zaman dinasti Ming.

  7. Islam di China • Sebelum Islam, sebenarnya terdapat ramai orang-orang Arab, Parsi dan Yahudi yang telah berdagang serta tinggal di wilayah Selatan China. • Apabila Saad dan Yusuf tiba, mereka telah berdakwah kepada masyarakat dari Timur Tengah ini dan mereka secara beramai-ramai menganut Islam. • Orang-orang Timur Tengah ini pula melakukan dakwah Islam kepada masyarakat setempat menerusi perkahwinan, selain daripada daya tarikan keindahan Islam itu sendiri.

  8. Islam di China • Islam tersebar di China melalui : • Perdagangan • Perkahwinan • Politik • Sikap dan sifat penganut Islam • Gabungan budaya Cina dan budaya Islam melahirkan suatu masyarakat Cina Islam yang unik, iaitu sedar tentang hukum-hukum Allah dan perasaan manusia.

  9. Islam di China - Pendidikan • DinastiTang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuanmelahirkan ramai tokoh Islam terkenal yang mengamalkan budaya China dan kesetiaan terhadap negeri China tanpa berbelah bahagi. • Prof. Muhammad Pai Shao Yi : • Islam di negeri China memperolehi kekuatan di peringkat akar umbi. • Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi pengajian agama di masjid-masjid dan akhirnya pendidikan agama dilakukan di sekolah-sekolah. • Sekolah-sekolah juga dibangunkan.

  10. Islam di China - Penulisan • Terdapat juga penerbitan media massa di kalangan masyarakat Islam di negeri China. • Lebih daripada 70 Review Islam diterbitkan • Paling awal ialah Review Bulanan Islam di Yunan dalam tahun 1915. • Review yang paling lama bertahan ialah ‘TheCrescent-Bulan Sabit’ dan ‘The Light Of TheCrescent-Cahaya Bulan Sabit’ (Yueh Hwa) di Bei Jing dan juga ‘Islamic Review’ di Shang Hai. • Antara penulis yang terkenal ialah Elias Wang ChingChai dan Muhammad Yang Chong Ming. • Mereka ini juga merupakan penterjemah al-Quran ke dalam bahasa Mandarin dankamus Arab-China.

  11. Islam di China - Literatur • Masyarakat Islam Cina juga secara aktif melibatkan diri dalam penulisan literatur. • Seorang penulis bernama Lee Yen Shen dikenali sebagai gergasi literatur dalam zaman Dinasti Tang. • Lee Hsiun dan Lee Shun Hsuan pula merupakan penyair-penyair besar. • Mi Fei merupakan seorang penyair dan penulis kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan Cina . Kaligrafinya yang berbentuk bulat pada hujung tulisan masih digunakan sebagai model oleh orang-orang Cina, Korea dan juga Jepun.

  12. Islam di China – Falsafah • Dinasti Manchu; terdapat beberapa orang ahli falsafah Islam Cina yang terkenal. • Ma Ming Loong. • Sheikh Wang Tai Yu. • P’u Sung Ling menulis cerita ‘Liao Ch’ai’ yang bermaksud ‘rumah yang tidak dikehendaki’ atau ‘rumah perbualan’. • Cerita ‘Liao Ch’ai’ dianggap setaraf dengan cerita Arab; Seribu Satu Malam. • P’u Sung Ling dianggap sebagai salah seorang penulis besar China. • Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien Yang dinasti Yuan merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan Yang.

  13. Islam di China –Negarawan & Ketenteraan • Ramai negarawan Cina dan tentera Cina adalah beragama Islam. Antaranya : • Takutur Khan, iaitu cucu kepada Jenghis Khan. • Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah Muhammad Ma Ho dilahirkan di Yunan. • Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula merupakan seorang jeneral yang terlibat dalam peperangan antara tentera China dan Jepun pada tahun 1894. • Jeneral Omar Pai Chung-His merupakan Marshal tentera empat bintang yang meninggal dunia di Taipei pada 2 Disember 1966. • Jeneral Muhammad Ma Chi Yuan, orang yang menumpaskan tentera Komunis di wilayah Kansu pada tahun 1948.

  14. Islam di China –Nama-nama Keluarga Masyarakat Cina Muslim • Dalam zaman Dinasti Yuan, pendatang-pendatang Islam kebanyakannya menggunakan nama keluarga orang-orang Han yang bukan Islam seperti Chau, Chien, Sun, Lee dan sebahagiannya menggunakan nama asal mereka. • Masyarakat Cina Islam, ramai yang menggunakan nama keluarga ‘Ma’. Tetapi nama Ma ini tidak semestinya nama Islam . Nama keluarga ini terdapat di Barat China. • Ramai di kalangan masyarakat Islam menggunakan nama yang dieja dengan huruf ‘mim’ pada pangkalnya seperti Mas’ud, Mahmud, Malik, Majid bahkan juga Muhammad.

  15. Walaupun nama keluarga orang Islam Cina banyak yang menggunakan nama Ma, namun ada juga di antara mereka yang menggunakan nama-nama asal mereka yang diringkaskan. • Umpamanya , Kha (untuk Khalid atau Hassan), Lah (untuk Abdullah), Dah untuk Dawood, Saa (untuk Saad), Ai (untuk Isa), Man (untuk Mansor), Bah (untuk Baharuddin) dll. • Ada juga di kalangan masyarakat Islam Cina yang mempunyai nama keluarga ‘Chu” menukarkannya kepada ‘Heh’ (hitam) kerana ‘Chu’ bermaksud babi yang tidak disukai oleh orang Islam. • Hanya orang Islam dari An Hui yang masih mengekalkan nama keluarga Chu ; berasal dari keturunan Chu Yuan Chang, Maharaja Pertama Dinasti Ming yang beragama Islam.

  16. INTERAKSI ANTARA ISLAM DAN CINA DI MALAYSIA • Masyarakat Cina yang berhijrah ke Malaysia pada masa lalu diterima dengan baik oleh masyarakat Melayu ketika itu kerana ajaran Islam yang menekankan sifat menghormati tetamu. • Masyarakat Baba dan Nyonya yang wujud di Melaka khususnya merupakan satu manefestasi interaksi yang baik antara masyarakat Cina dan Melayu. • Baba dan Nyonya terus mengamalkan agama asal mereka walaupun mereka telah mengamalkan budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

  17. INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN INDIA • Tamadun India merupakan tamadun yang tua. • Tamadun yang telah berumur lebih daripada lima ribu tahun ini boleh dibahagikan kepada beberapa zaman, umpamanya ; • Zaman Pra Sejarah, • Zaman Veda, • Zaman Dinasti Maurya, • Zaman Emayar Gupta, • Zaman Kerajaan Islam, • Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda , • Zaman Pemerintahan British, • zaman Merdeka. • Zaman pelbagai pemerintahan ini meninggalkan kesan besar serta mempengaruhi sifat luaran dan dalaman negara itu sekarang.

  18. Asal Usul Nama India • Nama negara India dalam Zaman Klasik adalah berasaskan kepada bahasa Sanskrit iaitu Bharata –Varshaatau Bhrarata –Khanda sempena nama seorang pemerintah India ketika itu iaitu Bharata. • Nama lain bagi India ialah Jambu-Dvipu. • Orang-orang Greek menamakan kawasan ini sebagai Indu. Berdasarkan kepada nama Indu inilah maka India dikenali sebagai sebuah negara.

  19. PEMERINTAHAN ISLAM • India telah diperintah oleh pelbagai dinasti kerajaan Islam untuk jangka masa yang agak panjang. • Kesan peninggalan pemerintahan Islam di India kekal sehingga ke hari ini. • Antara kesan pemerintahan Islam ialah di India, yang kini penduduknya melebih 1 bilion orang terdapat hampir 150 juta penganut Islam. • Bilangan penduduk Islam di India merupakan kedua teramai selepas penganut agama Hindu. • Pengaruh pemerintahan Islam di India terakam juga dalam seni bina dan pembentukan bahasa.

  20. PEMERINTAHAN ISLAM • Pemerintahan Islam berjalan selama lebih daripada 700 tahun bermula pada tahun 711 apabila seorang pahlawan Islam bernama Muhammad bin Qasim menawan satu daerah bernama Daybul. • Masyarakat beragama Hindu dan Buddha yang tidak mahu menganut agama Islam dan mahu hidup berbaik-baik telah dilayan sebagai zimmi . • Pemerintah Islam telah membangunkan bandar Islam pertama di India bernama Mansurah pada tahun 730 dan tidak lama selepas itu, bandar ini telah menjadi pusat Islam dan ibu kota negara Islam pada tahun 850. • Dari situ Islam telah berkembang ke Punjab di Utara dan Gujerat di Timur dan Selatan.

  21. Antara Pemerintah Islam di India • Mahmud Ghazni (999) • Muhammad Ghur (1174 M-1206). • Qutb-ud-Din (- 1228). • Alau ud Din (1296M-1316M). • Jalaludin Akbar (1556-1605) • Jahangir (1605-1627) • Shah Jahan (1627-1658) • Aurengzeb (1659-1707)

  22. KESULTANAN DELHIKerajaan Ghori ( 1186-1206) • Kerajaan Ghori didirikan oleh Alauddin Hussein bin Hussein. • Alauddin telah digantikan oleh anaknya Ghiatuddin dan Shahabuddin yang kemudiannya dikenali sebagai Muhammad al-Ghori. • Muhammad al-Ghori telah tewas kepada tentera Rajpu pimpinan Prithvi Raj tetapi kemudiannya mencapai kemenangan ke atas Orithvi Raj di sebuah tempat bernama Tarain. • Dari kota Ghori, beliau berpindah ke Lahore dan kemudiannya ke Delhi.

  23. KERAJAAN MUGHAL • Kerajaan Mughal merupakan kerajaan yang diasaskan oleh orang-orang berketurunan Monggol. • Sejarah orang Monggol menyerang dan melenyapkan pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad pada tahun 1258 amat menyayat hati. • Namun demikian, tentera Monggol yang begitu kejam akhirnya menganut Islam dan membawa obor Islam pula ke India. • Daripada nama Monggol inilah nama Mughal diperolehi. • Pemerintahan Mughal berakhir dan digantikan pula oleh pemerintahan Inggeris. Pemerintahan Inggeris di India berakhir pada tahun 1947

  24. DASAR PENTADBIRAN DAN KEGIATAN INTELEKTUAL ZAMAN MUGHAL • Pemerintah menjadi penaung kepada kegiatan keilmuan. • Pada zaman Babur telah diwujudkan Jabatan Kerja Raya (Shurat-I-Am) yang berperanan mendirikan kolej-kolej dan sekolah-sekolah. • Humayun pula mendirikan madrasah di Delhi dan menukarkan rumah hiburan kepunyaan Sher Khan menjadi sebuah perpustakaan. • Akhbar pula telah mendirikan kolej-kolej di Fatehpur Sikri, Agra dan lain-lain. • Jahangir pula telah membuat dasar bahawa harta pusaka hartawan yang tidak mempunyai waris digunakan untuk membina dan memperbaiki madrasah, tempat-tempat ibadah dan lain-lain lagi.

  25. CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA- BAHASA • Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu. • Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. • Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab. • Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu Kerajaan Moghul. • Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh perbendaharaan kata Urdu ialah: wajib dan munsyi

  26. CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA- BAHASA • Dalam bahasa Urdu majalah dan surat khabar sangat banyak diterbitkan oleh umat Islam di India. Antaranya ialah: • Majalah al-Ma’arif yang diterbitkan oleh Darul Mushannifin di kota Azamgarh. Majalah ini terbit sejak tahun 20an sehingga hari ini. • Majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya. • Majalah Ta’mir Hayat yang diterbitkan oleh Nadwatul Ulama’ Lucknow merupakan majalah yang memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan yang terjadi di dalam dunia Islam

  27. CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA- PENDIDIKAN • Hasil daripada dasar pendidikan baru yang diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah teragung zaman Moghul ramai orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Parsi dan cemerlang di madrasah-madrasah serta menjadi guru. • Terdapat juga ahli-ahli fizik Hindu yang melakukan penulisan buku sains perubatan dalam bahasa Parsi.

  28. CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA- PENDIDIKAN • Dalam bidang sejarah, karya-karya penting pada zaman pemerintahan Islam di India adalah seperti berikut: • Tarikh-i-Muzaftarim karya Muhammad Ali Ansari • Ibrat-Nama karya Khairuddin • Sair-ul-Mutakherin karya Ghulam Husain • Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi

  29. CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA- PENTERJEMAHAN • Dalam bidang penterjemahan, pemerintah-pemerintah Muslim menterjemah karya-karya Hindu biasanya untuk motif kesarjanaan, antaranya : • terjemahan Ramayana, Mahabhrata dan Bhagavata Purana ke dalam bahasa Bengali, • Mahabharata dan Rajatarangini (Sejarah Kashmir) ke dalam bahasa Parsi.

  30. CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA– SENI LUKIS • Pada masa pemerintahan Akbar, bilangan pelukis Hindu di istana beliau adalah begitu ramai sehingga gaya lukisan Hindu telah mendominasikan gaya lukisan Parsi. • Institut Lukisan Moghul diasaskan pada zaman ini bertujuan untuk memadukan gaya lukisan Islam dengan gaya lukisan Hindu. • Setelah kematian Akbar, elemen-elemen Hindu bertambah banyak dalam lukisan Moghul.

  31. CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA– SENI LUKIS • Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan aspirasi politik Akbar. Antaranya ialah: • Lukisan dinding berkembang maju di ibu kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85). • Pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah Basavan, Lal dan Dasvanth. • Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama iaitu terjemahan Mahabharata dalam bahasa Parsi.

  32. CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA– PERSAJAKAN • Amir Khusraw ( 1253-1325) merupakan seorang Indo-Muslim yang terulung dalam bidang persajakan dan sastera. • Khawaja Najm-ud-din Hasan atau lebih dikenali dengan nama Mir Hassan Dihlvi. Beliau amat terkenal dengan Ghazal Persia yang menarik dan mudah difahami. • Ghalib merupakan seorang penyair Urdu yang cemerlang dan Ghazal ciptaan beliau masih popular sehingga sekarang.

  33. CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA– SENI BINA • Seni bina menunjukkan gabungan ciri-ciri India dan Parsi. • Mengalami perkembangan pesat pada zaman Moghul dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat, Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra. • Shah Jahan merupakan seorang pemerintah yang unggul dalam bidang seni bina dengan pembinaan Taj Mahal berdasarkan konsep dan gaya Islam . • Tetapi penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran dan motif-motif bungaan lebih bercirikan seni bina Hindu.

  34. PENUTUP • Interaksi antara tamadun adalah suatu pertembungan yang saling memperkayakan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. • Hasil daripada kreativiti yang tinggi melahirkan banyak manfaat kepada semua orang tanpa mengira latar belakang anutan agama, bangsa mahupun budaya. • Pertembungan yang positif seharusnya digalakkan untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti. • Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan budaya tidak seharusnya menjadi penghalang permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

More Related