Download

Latihan Microsoft ® Office Excel ® 2007






Advertisement
/ 59 []
Download Presentation
Comments
kylemore
From:
|  
(108) |   (0) |   (0)
Views: 268 | Added:
Rate Presentation: 0 0
Description:
Latihan Microsoft ® Office Excel ® 2007. Cipta buku kerja awda yang pertama. Kandungan kursus. Gambaran keseluruhan: Di mana harus dimulakan? Pelajaran 1: Berkenalan dengan buku kerja Pelajaran 2: Masukkan data Pelajaran 3: Edit data dan semak lembaran kerja.
Latihan Microsoft ® Office Excel ® 2007

An Image/Link below is provided (as is) to

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use only and may not be sold or licensed nor shared on other sites. SlideServe reserves the right to change this policy at anytime. While downloading, If for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.











- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -




Latihan microsoft office excel 2007Slide 1

Latihan Microsoft® Office Excel®2007

Cipta buku kerja awda yang pertama

Kandungan kursusSlide 2

Kandungan kursus

  • Gambaran keseluruhan: Di mana harus dimulakan?

  • Pelajaran 1: Berkenalan dengan buku kerja

  • Pelajaran 2: Masukkan data

  • Pelajaran 3: Edit data dan semak lembaran kerja

Setiap pelajaran mengandungi satu senarai tugas yang disyorkan dan satu set soalan ujian.

Gambaran keseluruhan di mana harus dimulakanSlide 3

Gambaran keseluruhan: Di mana harus dimulakan?

Awda dikehendaki memasukkan data ke dalam Excel 2007, tetapi awda belum pernah menggunakan Excel. Di mana awda harus mulakan?

Atau mungkin awda pernah menggunakan Excel tetapi masih kurang jelas bagaimana melakukan perkara asas seperti memasukkan dan mengedit teks dan nombor, atau menambah dan menghapus lajur dan baris.

Di sini awda akan belajar kemahiran menggunakan Excel dengan cepat dan mudah.

Matlamat kursusSlide 4

Matlamat kursus

  • Cipta buku kerja yang baru.

  • Masukkan teks dan nombor.

  • Edit teks dan nombor.

  • Sisip dan hapus lajur dan baris.

Pelajaran 1Slide 5

Pelajaran 1

Berkenalan dengan buku kerja

Berkenalan dengan buku kerjaSlide 6

Berkenalan dengan buku kerja

Apabila awda memulakan Excel, awda dipaparkan dengan grid kosong yang besar mengandungi lajur, baris dan sel.

Jika awda masih baru dengan Excel, awda mungkin kurang jelas apa yang harus dilakukan seterusnya.

Kursus ini dimulakan dengan membantu awda merasa selesa dengan perkara asas Excel dengan memberikan panduan apabila awda memasukkan data ke dalam Excel.

RebenSlide 7

Reben

Jalur di sebelah atas tetingkap Excel 2007 dinamakan Reben.

Rumah

Sisipkan

Hapuskan

Isih &

Tapis

Format

Sel

Pengeditan

Reben terdiri daripada pelbagai tab yang berbeza, setiap satu berkait dengan tugasan khusus yang dilakukan oleh pengguna Excel.

Awda perlu klik tab di atas reben untuk melihat pelbagai arahan dari setiap satu tab.

Reben1Slide 8

Reben

Tab Rumah, iaitu tab pertama di sebelah kiri, mengandungi perintah harian yang sering digunakan oleh pengguna.

Rumah

Sisipkan

Hapuskan

Isih &

Tapis

Format

Sel

Pengeditan

Gambar menunjukkan perintah tab Rumah pada Reben.

Reben berada di sepanjang bahagian atas tetingkap Excel.

Perintah pada Reben disusun mengikut kumpulan kecil yang berkaitan. Sebagai contoh, perintah untuk bekerja dengan kandungan sel dikumpulkan bersama dalam kumpulan Pengeditan, dan arahan untuk bekerja dengan sel itu sendiri terdapat dalam kumpulan Sel.

Buku kerja dan lembaran kerjaSlide 9

Buku kerja dan lembaran kerja

Apabila awda mulakan Excel, awda membuka fail yang dinamakan buku kerja.

Setiap buku kerja baru dikeluarkan bersama dengan tiga lembaran kerja untuk awda memasukkan data.

Buku1 – Microsoft Excel

Helaian1

Helaian3

Begini caranya.

Helaian2

Ditunjukkan di sini ialah lembaran kerja yang kosong di dalam satu buku kerja baru.

Buku kerja pertama yang awda buka dinamakan Buku1. Nama ini muncul pada bar di atas tetingkap dan bertukar apabila awda menyimpan buku kerja ini menggunakan nama pilihan awda sendiri.

Buku kerja dan lembaran kerja1Slide 10

Buku kerja dan lembaran kerja

Apabila awda mulakan Excel, awda membuka fail yang dinamakan buku kerja.

Setiap buku kerja baru dikeluarkan bersama dengan tiga lembaran kerja untuk awda memasukkan data.

Buku1 – Microsoft Excel

Helaian2

Helaian1

Helaian3

Begini caranya.

Ditunjukkan di sini ialah lembaran kerja yang kosong di dalam satu buku kerja baru.

Tab helaian muncul di sebelah bawah tetingkap. Disyorkan supaya awda memberikan nama baru kepada tab helaian agar maklumat pada setiap helaian lebih mudah dikenali.

Buku kerja dan lembaran kerja2Slide 11

Buku kerja dan lembaran kerja

Awda juga mungkin tertanya-tanya bagaimana mencipta buku kerja yang baru.

Buku1 – Microsoft Excel

Begini caranya.

Helaian2

Helaian1

Helaian3

  • Klik Bebutang Microsoft Office yang terletak di bahagian kiri di sebelah atas tetingkap.

  • Klik Baru.

  • Pada tetingkap Buku Kerja Baru, klik Buku Kerja Kosong.

Lajur baris dan selSlide 12

Lajur, baris, dan sel

Lembaran kerja terdiri daripada lajur, baris dan sel.

Itulah grid yang awda lihat apabila awda membuka buku kerja.

Lajur bermula dari atas hingga ke bawah pada helaian kerja, secara menegak. Setiap lajur mempunyai tajuk abjad di sebelah atas.

Baris pula terletak secara mendatar pada helaian kerja. Setiap baris juga mempunyai tajuk. Tajuk baris adalah nombor, dari 1 sehingga 1,048,576.

Lajur baris dan sel1Slide 13

Lajur, baris, dan sel

Lembaran kerja terdiri daripada lajur, baris dan sel.

Itulah grid yang awda lihat apabila awda membuka buku kerja.

Tajuk berabjad pada lajur dan tajuk bernombor pada baris menunjukkan di mana awda berada dalam lembaran kerja apabila awda klik pada mana-mana sel.

Kedua-dua tajuk bergabung menjadi alamat sel. Sebagai contoh, sel yang berada pada persimpangan lajur A dan baris 3 dinamakan sel A3. Ia juga dinamakan rujukan sel.

Data ditempatkan ke dalam selSlide 14

Data ditempatkan ke dalam sel

Sel adalah permulaan kerja awda dan tempat memasukkan data ke dalam lembaran kerja.

Gambar di sebelah kiri ialah apa yang awda lihat semasa awda membuka buku kerja yang baru.

Sel pertama di sudut kiri sebelah atas buku kerja ialah sel yang aktif. Ia ditandai dengan garis bentuk hitam, menunjukkan sebarang data yang awda masukkan akan disimpan di sana.

Data ditempatkan ke dalam sel1Slide 15

Data ditempatkan ke dalam sel

Awda boleh masukkan data di mana saja awda suka dengan mengklik mana-mana sel dalam lembaran kerja untuk memilih sel.

Apabila awda memilih mana-mana sel, ia menjadi sel yang aktif. Seperti yang diterangkan sebelum ini, ia mempunyai garis bentuk hitam.

Tajuk bagi lajur dan baris bagi sel yang terpilih juga diserlahkan.

Data ditempatkan ke dalam sel2Slide 16

Data ditempatkan ke dalam sel

Awda boleh masukkan data di mana saja awda suka dengan mengklik mana-mana sel dalam lembaran kerja untuk memilih sel.

Sebagai contoh, jika awda memilih satu sel dalam lajur C di baris 5, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di sebelah kanan:

Lajur C diserlahkan.

Baris 5 diserlahkan.

Data ditempatkan ke dalam sel3Slide 17

Data ditempatkan ke dalam sel

Awda boleh masukkan data di mana saja awda suka dengan mengklik mana-mana sel dalam lembaran kerja untuk memilih sel.

Sebagai contoh, jika awda memilih satu sel dalam lajur C di baris 5, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di sebelah kanan:

Sel yang aktif, dalam kes ini ialah C5, mempunyai garis bentuk hitam. Dan namanya – juga dikenali sebagai rujukan sel – ditunjukkan dalam Peti Nama di sudut kiri di sebelah atas lembaran kerja.

Data ditempatkan ke dalam sel4Slide 18

Data ditempatkan ke dalam sel

Sel bergaris bentuk hitam, tajuk lajur dan baris yang terserlah, dan rupa sel rujukan dalam Peti Nama memudahkan awda untuk mengenali C5 sebagai sel yang aktif.

Petunjuk ini tidak begitu penting semasa awda berada di sebelah atas di dalam beberapa sel pertama pada lembaran kerja.

Tetapi apabila awda bekerja lebih jauh ke bawah atau melintang lembaran kerja, petunjuk ini banyak membantu awda.

Latihan yang disyorkanSlide 19

Latihan yang disyorkan

  • Namakan semula tab buku kerja.

  • Bergerak dari satu lembaran kerja kepada yang lain.

  • Mewarnakan tab lembaran kerja.

  • Tambah dan hapus lembaran kerja.

  • Semak tajuk lajur dan gunakan Peti Nama.

Ujian 1 soalan 1Slide 20

Ujian 1, soalan 1

Awda memerlukan buku kerja yang baru. Bagaimana awda menciptanya? (Pilih satu jawapan.)

  • Dalam kumpulan Sel, klik Sisip, kemudian klik Sisip Helaian.

  • Klik Bebutang Microsoft Office, kemudian klik Baru. Dalam tetingkap Buku Kerja Baru, klik Buku kerja kosong.

  • Dalam kumpulan Sel, klik Sisip, kemudian klik Buku Kerja.

Ujian 1 soalan 1 jawapanSlide 21

Ujian 1, soalan 1: Jawapan

Klik BebutangMicrosoft Office, kemudian klik Baru. Dalam tetingkap Buku Kerja Baru, klik Buku kerja kosong.

Ujian 1 soalan 2Slide 22

Ujian 1, soalan 2

Peti Nama menunjukkan kandungan sel aktif. (Pilih satu jawapan.)

  • Betul.

  • Salah.

Ujian 1 soalan 2 jawapanSlide 23

Ujian 1, soalan 2: Jawapan

Salah.

Peti Nama memberikan awda rujukan sel bagi sel yang aktif. Awda boleh juga menggunakan Peti Nama untuk memilih sel, dengan menaip rujukan sel dalam kotak tersebut.

Ujian 1 soalan 3Slide 24

Ujian 1, soalan 3

Dalam lembaran kerja baru, awda mesti mula dengan menaip dalam sel A1. (Pilih satu jawapan.)

  • Betul.

  • Salah.

Ujian 1 soalan 3 jawapanSlide 25

Ujian 1, soalan 3: Jawapan

Salah.

Awda bebas bergerak dan menaip di mana saja yang awda suka. Klik di mana-mana sel dan mula menaip. Tetapi jangan sampai sehingga pembaca perlu mengskrol untuk melihat data yang lebih baik dimulakan di sel A1 atau A2.

Pelajaran 2Slide 26

Pelajaran 2

Masukkan data

Masukkan dataSlide 27

Masukkan data

Awda boleh menggunakan Excel untuk memasukkan pelbagai data, profesional atau peribadi.

Awda boleh memasukkan dua jenis data ke dalam sel lembaran kerja: nombor dan teks.

Gred Pelajar

Laporan Jualan

Perbelanjaan Percutian

Awda boleh menggunakan Excel untuk mencipta bajet, mengira cukai, merekodkan gred atau kehadiran pelajar, atau menyenaraikan produk jualan awda. Awda juga boleh mencatatkan senaman harian, mengawasi berat badan, atau mengawal perbelanjaan pengubahsuaian rumah awda. Kemungkinannya tidak terbatas.

Sekarang mari teruskan dengan kemasukan data.

Prihatin kepada pembaca awda mulakan dengan memberi tajuk lajurSlide 28

Prihatin kepada pembaca awda: mulakan dengan memberi tajuk lajur

Apabila memasukkan data, disyorkan awda mula dengan memberi tajuk di atas setiap lajur.

Dengan cara ini, sesiapa yang berkongsi lembaran kerja bersama awda mudah memahami data berkenaan (dan awda juga mudah memahaminya di masa akan datang).

Awda juga boleh menamakan tajuk baris.

Prihatin kepada pembaca awda mulakan dengan memberi tajuk lajur1Slide 29

Prihatin kepada pembaca awda: mulakan dengan memberi tajuk lajur

Lembaran kerja dalam gambar menunjukkan arah aliran sebenar dan yang dijangka dalam beberapa tahun.

Ia menggunakan tajuk lajur dan baris:

Tajuk lajur, melintang di atas lembaran kerja, adalah tahun.

Tajuk baris ke bawah di sebelah kiri adalah nama syarikat.

Mulakan menaipSlide 30

Mulakan menaip

Katakan awda sedang mencipta senarai nama jurujual.

Senarai ini juga mengandungi tarikh jualan serta jumlahnya.

Awda perlu tajuk lajur berikut: Nama, Tarikh, dan Jumlah.

Mulakan menaip1Slide 31

Mulakan menaip

Katakan awda sedang mencipta senarai nama jurujual.

Senarai ini juga mengandungi tarikh jualan serta jumlahnya.

Nama

Tarikh

Jumlah

Gambar menunjukkan proses menaip maklumat dan mengubah dari satu sel ke sel yang lain:

  • Taip Nama dalam sel A1 dan tekan TAB. Kemudian taip Tarikh dalam sel B1, tekan TAB, dan taip Jumlah dalam sel C1.

Mulakan menaip2Slide 32

Mulakan menaip

Katakan awda sedang mencipta senarai nama jurujual.

Senarai ini juga mengandungi tarikh jualan serta jumlahnya.

Nama

Tarikh

Jumlah

Buchanan

Suyama

Peacock

Gambar menunjukkan proses menaip maklumat dan mengubah dari satu sel ke sel yang lain:

  • Selepas menaip tajuk lajur, klik sel A2 untuk mula menaip nama jurujual. Taip nama pertama, kemudian tekan ENTER untuk mengubah pilihan ke lajur di bawah iaitu ke sel A3. Kemudian taip nama selepasnya, dan seterusnya.

Masukkan tarikh dan masaSlide 33

Masukkan tarikh dan masa

Excel menjajarkan teks ke sebelah kiri sel, tetapi ia menjajarkan tarikh ke sebelah kanan sel.

Nama

Tarikh

Jumlah

Buchanan

5/3/2009

Suyama

6/5/2009

Peacock

5/5/2009

Untuk memasukkan sel ke dalam lajur B, iaitu lajur Tarikh, awda perlu menggunakan tanda palang atau sempang untuk memisahkan bahagian: 16/7/2009 atau 16-Julai-2009. Excel akan mengenali kedua-duanya sebagai tarikh.

Masukkan nomborSlide 34

Masukkan nombor

Excel menjajarkan nombor ke sebelah kanan sel.

Nama

Tarikh

Jumlah

Buchanan

5/3/2009

5500

Suyama

6/5/2009

6300

Peacock

5/5/2009

4180

Masukkan nombor1Slide 35

Masukkan nombor

Nombor lain dan bagaimana memasukkannya

  • Untuk memasukkan pecahan, tinggalkan ruang di antara nombor bulat dan pecahan tersebut. Sebagai contoh, 1 1/8.

  • Untuk memasukkan pecahan sahaja, masukkan satu sifar terlebih dahulu, sebagai contoh, 0 1/4. Jika awda memasukkan 1/4 tanpa sifar, Excel akan mentafsirnya sebagai tarikh, 1 April.

  • Jika awda menaip (100) untuk menunjukkan nombor negatif dengan kurungan, Excel akan memaparkannya sebagai -100.

Cadangan untuk latihanSlide 36

Cadangan untuk latihan

  • Masukkan data menggunakan TAB dan ENTER.

  • Betulkan kesilapan semasa awda menaip.

  • Masukkan tarikh dan masa.

  • Masukkan nombor.

Ujian 2 soalan 1Slide 37

Ujian 2, soalan 1

Menekan ENTER mengubah pilihan sel ke kanan. (Pilih satu jawapan.)

  • Betul.

  • Salah.

Ujian 2 soalan 1 jawapanSlide 38

Ujian 2, soalan 1: Jawapan

Salah.

Menekan ENTER mengubah pilihan ke bawah. Menekan TAB mengubah pilihan ke kanan.

Ujian 2 soalan 2Slide 39

Ujian 2, soalan 2

Yang mana di antara berikut dikenali Excel sebagai tarikh? (Pilih satu jawapan.)

  • Februari 6 1947.

  • 2,6,47.

  • 2-Feb-47.

Ujian 2 soalan 2 jawapanSlide 40

Ujian 2, soalan 2: Jawapan

2-Feb-47.

Awda boleh gunakan tanda palang atau sempang untuk memisahkan bahagian dalam tarikh.

Pelajaran 3Slide 41

Pelajaran 3

Edit data dan semak lembaran kerja

Edit data dan semak lembaran kerjaSlide 42

Edit data dan semak lembaran kerja

Semua orang membuat kesilapan. Data yang awda masukkan dengan betul juga perlu dikemas kini kemudian.

Ada kalanya, semua lembaran kerja perlu ditukar.

Menyisip Lajur

Mengedit Data

13256

123456

Menyisip Baris

Sekiranya awda perlu menambah data lajur yang lain, di tengah-tengah lembaran kerja awda, atau awda menyenaraikan satu pekerja setiap baris, mengikut urutan abjad – apakah yang perlu dilakukan sekiranya awda mengambil pekerja baru?

Pelajaran ini menunjukkan awda betapa mudah untuk mengedit, menambah dan menghapus lajur dan baris pada lembaran kerja.

Edit dataSlide 43

Edit data

Sekiranya awda ingin memasukkan 5400 dalam sel A2, tetapi awda tersilap dengan memasukkan 4500.

Sebaik sahaja awda mengesan ralat tersebut, terdapat dua cara untuk membetulkannya.

4500

2007

2008

2009

4500

2700

3900

Edit

Dwiklik sel tersebut untuk mengedit data di dalamnya.

Atau, setelah mengklik pada sel, edit data dalam Bar Formula.

Selepas memilih sel mengikut salah satu kaedah, lembaran kerja menunjukkan Edit pada bar status di sudut kiri sebelah bawah.

Edit data1Slide 44

Edit data

Apakah perbezaan di antara dua kaedah ini?

Kemudahan awda. Awda akan dapati bahawa Bar Formula, atau sel itu sendiri, lebih mudah untuk bekerja dengannya.

4500

2007

2008

2009

4500

2700

3900

Edit

Di sini ditunjukkan bagaimana awda boleh membuat pembetulan di salah satu tempat:

  • Hapuskan abjad atau nombor dengan menekan BACKSPACE atau dengan memilih keseluruhan abjad dan nombor, kemudian menekan DELETE.

  • Edit abjad atau nombor dengan memilih kesemuanya dan kemudian menaip yang lain.

Edit data2Slide 45

Edit data

Apakah perbezaan di antara dua kaedah ini?

Kemudahan awda. Awda akan dapati bahawa Bar Formula, atau sel itu sendiri, lebih mudah untuk bekerja dengannya.

4500

2007

2008

2009

4500

2700

3900

Edit

Di sini ditunjukkan bagaimana awda boleh membuat pembetulan di salah satu tempat:

  • Sisipkan abjad atau nombor baru ke dalam data sel dengan meletakkan posisi kursor dan menaip.

Edit data3Slide 46

Edit data

Apakah perbezaan di antara dua kaedah ini?

Kemudahan awda. Awda akan dapati bahawa Bar Formula, atau sel itu sendiri, lebih mudah untuk bekerja dengannya.

5400

2007

2008

2009

5400

2700

3900

Edit

Apa sahaja yang awda lakukan, apabila awda selesai, jangan lupa untuk menekan ENTER atau TAB supaya pembetulan awda tersimpan di dalam sel.

Alih keluar pemformatan dataSlide 47

Alih keluar pemformatan data

Kejutan! Ada pengguna lain menggunakan lembaran kerja awda, mengisi beberapa data, dan menjadikan nombor dalam sel B6 tebal dan berwarna merah untuk menyerlahkan bahawa 2008 adalah jumlah paling rendah.

Rumah

A

B

2007

2008

5400

2700

A

B

2007

2008

5400

Buang Semua

Buang Format

A

B

2007

2008

4000

5400

Tetapi jumlah telah berubah.

Awda ingin membetulkan keadaan.

Alih keluar pemformatan data1Slide 48

Alih keluar pemformatan data

Kejutan! Ada pengguna lain menggunakan lembaran kerja awda, mengisi beberapa data, dan menjadikan nombor dalam sel B6 tebal dan berwarna merah untuk menyerlahkan bahawa 2008 adalah jumlah paling rendah.

Rumah

A

B

2007

2008

5400

2700

A

B

2007

2008

5400

Buang Semua

Buang Format

A

B

2007

2008

4000

5400

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar:

Nombor asal telah diformatkan menjadi tebal dan merah.

Jadi awda menghapuskan nombor tersebut.

Awda memasukkan nombor baru. Tetapi ia masih tebal dan merah! Apakah yang berlaku?

Alih keluar pemformatan data2Slide 49

Alih keluar pemformatan data

Apa yang berlaku adalah sel itu sendiri telah diformatkan, dan bukan data di dalam sel.

Rumah

A

B

2007

2008

5400

2700

A

B

2007

2008

5400

Buang Semua

Buang Format

A

B

2007

2008

4000

5400

Apabila awda menghapuskan data yang mempunyai pemformatan khas, awda juga perlu menghapuskan pemformatan bagi sel tersebut.

Sehingga awda berbuat demikian, sebarang data yang awda masukkan ke dalam sel akan mengandungi pemformatan khas.

Alih keluar pemformatan data3Slide 50

Alih keluar pemformatan data

Berikut adalah cara menghapuskan pemformatan.

Rumah

A

B

2007

2008

5400

2700

A

B

2007

2008

5400

Buang Semua

Buang Format

A

B

2007

2008

4000

5400

  • Klik di dalam sel, kemudian pada tab Rumah, dalam kumpulan Pengeditan, klik anak panah pada Buang .

  • Klik Buang Format, yang menghapuskan format dari dalam sel. Atau awda boleh klik Buang Semua untuk menghapuskan kedua-dua data dan pemformatan serentak.

Sisip lajur atau barisSlide 51

Sisip lajur atau baris

Selepas memasukkan data, awda akan dapati bahawa awda perlu menambah lajur atau baris untuk menunjukkan maklumat tambahan.

Adakah awda perlu mulakan sekali lagi? Sudah tentu tidak.

Sisipkan

Sisipkan Sel…

Sisipkan Baris Helaian

Sisipkan Lajur Helaian

Sisipkan Helaian

Untuk menyisip satu lajur:

  • Klik mana-mana sel di dalam lajur di sebelah kanan di mana awda ingin lajur baru berada.

  • Pada tab Rumah, dalam kumpulan Sel, klik anak panah pada Sisipkan. Pada menu juntai bawah, klik Sisipkan Lajur Helaian. Satu lajur kosong baru disisipkan.

Sisip lajur atau baris1Slide 52

Sisip lajur atau baris

Selepas memasukkan data, awda akan dapati bahawa awda perlu menambah lajur atau baris untuk menunjukkan maklumat tambahan.

Adakah awda perlu mulakan sekali lagi? Sudah tentu tidak.

Sisipkan

Sisipkan Sel…

Sisipkan Baris Helaian

Sisipkan Lajur Helaian

Sisipkan Helaian

Untuk menyisip satu baris:

  • Klik mana-mana sel pada baris di bawah di mana awda ingin baris baru berada.

  • Dalam kumpulan Sel, klik anak panah pada Sisipkan. Pada menu juntai bawah, klik Sisipkan Baris Helaian. Satu baris kosong baru disisipkan.

Cadangan untuk latihan1Slide 53

Cadangan untuk latihan

  • Edit data.

  • Hapuskan pemformatan sel.

  • Bekerja dalam mod Edit.

  • Sisip dan hapus lajur dan baris.

Ujian 3 soalan 1Slide 54

Ujian 3, soalan 1

Apakah yang pertama sekali awda lakukan untuk menghapuskan pemformatan dalam sel? (Pilih satu jawapan.)

  • Hapuskan kandungan sel.

  • Klik Format dalam kumpulan Sel pada tab Rumah.

  • Klik Buang dalam kumpulan Pengeditan pada tab Rumah.

Ujian 3 soalan 1 jawapanSlide 55

Ujian 3, soalan 1: Jawapan

Klik Buang dalam kumpulan Pengeditan pada tab Rumah.

Kemudian klik Buang Format.

Ujian 3 soalan 2Slide 56

Ujian 3, soalan 2

Untuk menambah lajur, klik satu sel dalam lajur di sebelah kanan di mana awda ingin lajur baru berada. (Pilih satu jawapan.)

  • Betul.

  • Salah.

Ujian 3 soalan 2 jawapanSlide 57

Ujian 3, soalan 2: Jawapan

Betul.

Kemudian pada tab Rumah, dalam kumpulan Sel, klik anak panah pada Sisipkan, dan klik Sisipkan Lajur Helaian untuk menyisip lajur.

Ujian 3 soalan 3Slide 58

Ujian 3, soalan 3

Untuk menambah baris baru, klik dalam sel di sebelah atas di mana awda ingin baris baru berada. (Pilih satu jawapan).

  • Betul.

  • Salah.

Ujian 3 soalan 3 jawapanSlide 59

Ujian 3, soalan 3: Jawapan

Salah.

Sebaliknya, awda perlu klik mana-mana sel dalam baris di sebelah bawah di mana awda ingin baris baru itu berada.


Copyright © 2014 SlideServe. All rights reserved | Powered By DigitalOfficePro