1 / 28

Pemakanan Bayi & Kanak-kanak

Pemakanan Bayi & Kanak-kanak. Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia Nov 2009. Objektif. Menjelaskan keperluan pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil. Menerangkan kepentingan makanan pelengkap. Menjelaskan perubahan tekstur dan kekerapan makanan mengikut perkembangan bayi.

koen
Download Presentation

Pemakanan Bayi & Kanak-kanak

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Pemakanan Bayi & Kanak-kanak Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia Nov 2009

  2. Objektif • Menjelaskan keperluan pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil. • Menerangkan kepentingan makanan pelengkap. • Menjelaskan perubahan tekstur dan kekerapan makanan mengikut perkembangan bayi. • Menjelaskan cara-cara pemberian makanan secara responsif.

  3. Ringkasan • Kepentingan pemakanan bagi bayi & kanak-kanak • Pemakanan bayi dari lahir hingga 6 bulan • Pemakanan bayi & kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 3 tahun • Tekstur, sukatan, kekerapan makanan • Cara pemberian makanan yang betul

  4. Pada umur 1 – 6 tahun……. Tumbesaran fizikal Tinggi Gigi Tulang Perkembangan Motor Fisiologikal Bahasa Sosial Sistem keimunan

  5. Membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak. Membantu proses tumbesaran & perkembangan yang sihat dan normal. Mencegah penyakit dengan meningkatkan sistem imun tubuh. KEPENTINGAN PEMAKANAN

  6. Makanan untuk bayi dari lahir hingga 6 bulan Susu ibu adalah makanan paling baik kepada bayi

  7. Pemakanan Bayi <6 bulan Sambung… • Berilah SUSU IBU SAHAJA dan tidak perlu diberi air atau susu tambahan. • Bayi seharus diberi susu ibu mengikut kehendak bayi. • Sebelum hantar ke penjaga, Ibu perlu maklumkan sekiranya bayi telah diberi susu ibu atau susu formula untuk mengelakkan kes kematian akibat pemberian susu berlebihan. • Elakkan mencampur bijirin dalam susu bagi bayi.

  8. Makanan untuk bayi & kanak-kanak berumur 6 bulanhingga bawah 4 tahun

  9. Pemakanan Bayi & Kanak-kanak 6 bulan - < 4 tahun Makanan Pelengkap • Bermula apabila bayi berusia 6 bulan (180 hari). • Selain daripada susu, bayi yang sedang membesar memerlukan makanan pelengkap. • Penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun. • Makanan pelengkap adalah makanan tambahan selain daripada susu.

  10. Mengapa langkah pengenalan makanan pelengkap bermula pada umur 6 bulan ke atas? • Jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan: • Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang. • Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.

  11. Apakah kesan pula jika terlalu lewat ? • Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien. • Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang. • Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar. • Spt.: cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu-satu makanan sahaja dan sebagainya.

  12. Mesej Utama • Berikan makanan pelengkap kepada bayi berusia 6 bulan sama ada yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi. • Penyusuan susu ibu perlu diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun.

  13. Perubahan Tesktur Makanan • Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan bayi, yang bersesuaian dengan perkembangan dan keupayaan bayi.

  14. Tekstur Makanan

  15. Beri bayi makanan dengan tesktur yang sesuai untuk mengelakkannya daripada tercekik. • Pantau kanak-kanak semasa waktu makan untuk mengelakkan tercekik. • Bayi tidak diberi makanan berkiub atau makanan berketul bersaiz lebih daripada suku inci (≈ 0.6 cm). • Lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang prosedur keselamatan akibat tercekik. • Makanan yang diberikan kepada kanak-kanak perlu bersesuaian dari segi kepekatannya.

  16. Kekerapan Makanan Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.

  17. Sukatan Makanan Bayi & Kanak-kanak Kecil

  18. Pertukaran sukatan: • Sukatan 1 cawan = 200ml • Sukatan 1 sudu makan = 2 sudu teh = ½ sudu Cina = 10ml • Sukatan ½ cawan nasi = 1 senduk sup sederhana = 1 senduk nasi penuh • Sukatan 1 cawan bubur = 2 senduk sup sederhana = 2 senduk bubur nasi

  19. Contoh Menu 19

  20. Perhatian: • Makanan yang telah dimasak tidak perlu menambah sebarang gula, garam atau perisa. • Sayur berdaun perlu dicelur dan dikisar terlebih dahulu sebelum ditambah dalam bubur. • Kanak-kanak di bawah 5 tahun, digalakkan mengambil susu. • Lapisan lemak dalam susu tepung penuh krim adalah diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses pertumbuhan. • Susu dan produk tenusu jenis rendah lemak atau skim adalah tidak digalakkan (kecuali kanak-kanak yang obes).

  21. Makanan Yang Kanak-Kanak Tidak Berminat Untuk Makan • Makanan yang melekit pada mulut atau tangan seperti kuih lapis, kuih koci dan sebagainya. • Makanan yang sangat kering dan keras. • Makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Kanak-kanak lebih suka makanan pada suhu biasa. • Makanan yang berbau kuat seperti bau kayu manis atau rempah ratus. • Bau makanan yang tidak diingini. • Deria rasa kanak-kanak adalah lebih sensitif daripada dewasa. • Apabila bau makanan yang tidak enak dibebaskan, kanak-kanak mudah mengesan dan menolak makanan tersebut.

  22. Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial.

  23. (kebolehan untuk mengendalikan sudu, kebolehan mengunyah, Menggunakan makanan jejari); • Suap makanan terus kepada bayi dan bantu kanak-kanak kecil apabila mereka makan sendiri. • Penjaga perlu mengambil masa dan sabar apabila memberi bayi dan kanak-kanak makan. Beri galakan dan elakkan dari memaksa. • Penjaga perlu peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang. 4. Penjaga perlu wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan selesa. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa memberi makan.

  24. Common Error for Feeding Position

  25. Sekian, terima kasih!

More Related