1 / 21

Disediakan oleh : Yong Nasharah bt. Lan Dahari Masni bt. Jamin

Disediakan oleh : Yong Nasharah bt. Lan Dahari Masni bt. Jamin. Tajuk Kajian Sejauh manakah penggunaan bahasa baku di sekolah-sekolah oleh guru-guru bahasa Melayu. Latar belakang kajian.

kemal
Download Presentation

Disediakan oleh : Yong Nasharah bt. Lan Dahari Masni bt. Jamin

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Disediakanoleh:Yong Nasharahbt.LanDahariMasnibt.Jamin TajukKajian Sejauhmanakahpenggunaanbahasabakudisekolah-sekolaholeh guru-guru bahasaMelayu

  2. Latarbelakangkajian • Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita., alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail,2008 bahawa: • ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”.

  3. Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang, bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa kini. Kini, bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan yang maha hebat ekoran arus pemodenan dan globalisasi.Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya

  4. PenyataanMasalah • Bahasa yang maju ialah bahasa yang sudah mempunyai tradisi atau sistem tulisan dan bahasa itu sudah mempunyai bentuk atau ragam ‘baku’ yang mengatasi atau merentas dialek-dialek bahasa itu, dan terakhir, bahasa itu mempunyai ciri-ciri ‘modenisasi’. • Namun begitu, semenjak perlaksanaan Bahasa Melayu baku di sekolah oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia, kesannya tidak begitu ketara malah ianya telah dilupakan kerana semenjak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia banyak pihak khususnya di peringkat kabinet cuba menghilangkan legasi beliau seperti pemansuhan sebutan baku di kaca televisyen serta penukaran nama Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran.

  5. Selain itu, guru-guru sendiri lebih selesa menggunakan bahasa dialek masing-masing kerana mereka berpendapat dengan menggunakan dialek masing-masing anak didik mereka akan lebih memahami apa yang diajar.

  6. Persoalankajian • Adakah tuan-tuan dan puan-puan menggunakan bahasa baku semasa mengajar anak-anak didik tuan-tuan dan puan-puan? • Berapa kerapkah penggunaan bahasa baku di dalam bilik darjah? • Apakah kaedah yang terbaik bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu baku di sekolah?

  7. ObjektifKajian Kajianiniinginmelihat: • Sejauhmanakah guru-guru disekolahmenggunakanbahasabakusemasapengajarandanpembelajaran • Apakahkaedahpengajaran guru-guru dalammenggunakanbahasaMelayubakudalampengajarandanpembelajaran. • BerapaperatuskahbahasaMelayubakudigunakandalampengajarandanpembelajaran. • Guru sebagai penyampai dan pendidik perlu menguasai dan menggunakan bahasa baku sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

  8. Kaedahkajian • Kajian ini dijalankan secara tinjauan • Soal selidik akan digunakan sebagai instrumen kajian. • Sampel akan dipilih secara rawak daripada rakan-rakan guru yang menggunakan laman sesawang “Facebook”.

  9. Batasankajian • Kajian ini melibatkan rakan guru yang melayari laman sesawang ‘Facebook’ • Kajian hanya memilih rakan secara rawak yang memberikan pandangan mereka dalam laman sesawang ‘Facebook’ • Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan soal selidik menggunakan instrumen yang disediakan.

  10. Kepentingankajian • Perancangan bahasa telah berjalan sejak Malaysia merdeka lagi. Banyak rancangan telah dijalankan oleh pihak berkuasa dalam melestarikan perancangan bahasa yang dibuat. • Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, penggunaan bahasa baku di sekolah semakin terpinggir akibat penggunaan bahasa Inggeris dan ketidaksedaran penutur bahasa Melayu tentang penggunaan bahasa baku.

  11. Kajian ini penting bagi melihat sejauh mana guru-guru menggunakan bahasa baku di sekolah walaupun penggunaan bahasa baku telah dimansuhkan di sekolah-sekolah sejak tahun 1990 bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan juga bahasa pengantar di sekolah-sekolah. • Di samping itu, guru-guru mungkin akan sedar kesilapan yang mereka lakukan selama ini dengan menggunakan dialek masing-masing dalam P&P

  12. Bahasa Melayu baku merupakan bahasa standard yang diguna pakai dalam semua bidang. Oleh itu kesungguhan guru-guru mengguna bahasa Melayu baku cuba ditinjau dalam kajian ini. • Dalam pada itu kajian juga melihat halangan yang hadir dan mencari apakah langkah-langkah yang perlu bagi meningkat penggunaan bahasa Melayu baku dalam P&P.

  13. Dapatankajian - • Cikgu Ahmad Shukri • Penggunaannyatidaksecaramenyeluruh, masihterikatdengandialekdaerahmasing-masing, agar muriddptmemahamiisipelajaran yang disampaikan. Namunsayaamatbersetujudenganperjuanganahli-ahlibahasauntukmemartabatkanbahasaMelayukeranahanyamelaluipenggunaanbahasaMelayu yang maksimadalamp&psajaakandapatmeningkatkanpenguasaanparapelajardanseharusnyauntukmencapaimatlamattersebutperlulahberrmuladarirebungnyadanberterusansehinggakeperingkat yang lebihtinggi

  14. Dapatankajian - • Cikgu Saadiah Mula-mula kena pastikan definisi 'bahasa baku' dan 'sebutan baku'. Jangan keliru kerana kedua-dua aspek tersebut membawa konotasi yang berbeza. Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, kosa kata dan lain-lain. Bahasa baku di Malaysia ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988).

  15. Sambungan… • Sebagaicadangan, sebutanbakubahasaMelayudisekolahbolehdiaplikasikandalamkemahiranlisandankemahiranmembaca. DalamPentaksiranLisanBerasaskanSekolah (PLBS), galakkanmuridmenggunakansebutanbaku. Demikianjugadalambacaannyaring, melafazkanpuisi, perbincangandansebagainya. Kecekapanpenggunaansebutanbakuperludiperkukuhmelaluipengulangan. Yang penting, guru-guru bahasaMelayumestimenggunakansebutanbaku, hindarkandialeksemasa P&P. Sebagairujukantambahan, Mascubacaribahan-bahanberikut:1. Sebutan Baku BahasaMelayuBerdasarkanPrinsipFonemik(Asraf, 1988)2. PedomanUmumSebutan Baku BahasaMelayu (DBP, 1988)3. Sebutan Baku BahasaMelayu (AwangSariyan, 1988)4. PanduanSebutan Baku BahasaMelayu (BTP, 1988)5. DaftarUmumSebutan Baku BahasaMelayu (DBP, 1991).

  16. Dapatankajian • CikguShakila • Bilasebuttajukbahasabaku, memangmenarik. Padasuatumasadahulubahasabakumemangdiperjuangkansehinggakanrangkaiantelevisyen pun menggunakanbahasabaku. Apatahlagipelajar-pelajarsekolah. Setiappertandingan yang disertaidiwajibkanberbahasabaku. Inimemberikelebihanpadaorang-orangutara... kitalah... guru-guru disekolah pun cubasedayaupayamerealisasikanhasratini. Apa yang berlakupadamasasekarangadalahsebaliknya, Kadangkalapelajarsendiritidaktahuapaitubahasabaku. Padamasasekarang, bahasabakukurangdipraktikkandisekolahkeranabahasaibundalebih 'mesra' denganpelajaruntukmemahamisesuatu yang diajaroleh guru. Bahasabakuakandipraktikkanhanyadalam PLBS dan ULBS sahaja.

  17. Dapatankajian CikguSaruchiSawal • Penggunaanbahasabakudarisudutlisanmemerlukansokongandaripadapihakberkuasa, jikatidak, adasokongandaripihakberkuasatetapitidakbegitughairah. Cuba lihatberita TV3 sudahtidakberbahasabakudarisegilisannya. • Manakalahbahasabakudarisegitatabahasaakanberkembangjika DBP terusdiberikankeutamaandalammemastikanpenggunaandalammasyarakat. • Penggunaandialeksemasamengajarperludielakkan, kepersisanbahasaMelayuakanlebihterserlahjikapembakuanlisandiamalkandalamkontekspengajaran, bentukkomunikasi formal perludiutamakan.

  18. Dapatankajian • CikguSuriansahRusmanan Mas... penggunaanbahasamelayubakudiperingkatsekolaholeh guru-guru terutama guru bahasamelayusememangnyamenggunakanbahasabakusemasaprosesp&p, guru-guru tiadamasalahmengajarmenggunakanbahasabakudanbegitujugapelajarbolehmenerimapenggunaanbahasabaku. apa yang menjadimasalahialahasaspelajarsangatlemahkeranaterbiasadengandialektempatan yang sudahsebatidalamjiwamerekasemasabertuturdirumah. Kedua, pelajarsekarangsangatkurangmembaca, sekaligusperbendaharaankatapelajaramatterhad. Pelajarkelas A dan B disekolahsayatidakadamasalahuntukbertuturdanmenulismenggunakanbahasabaku. untukmaklumanpelajardisekolahsaya 90% pelajarbugis. Pencapaian PMR dan SPM subjekbahasamelayumelebihi 95%. TQ

  19. Dapatankajian • Cikgu Norpishah pastinya guna bahasa baku 100% • Cikgu Haris Husin • 1. Saya berusaha sedaya upaya menggunakan bahasa baku semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.2. Lazimnya, melebihi 80% mengikut keupayaan berbahasa pelajar kita, bakat dan potensi diri mereka perlu diambil kira agar mereka dapat mengikuti pelajaran dengan baik dari set induksi....pemeringkatan p&p....refleksi impak dan penutup.3. Dalam pengajaran dan pembelajaran saya mengutamakan impak dan objektif tercapai, itu perkara penting.Selain itu, guru perlu bijak mengubahsuai teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar serasi@ sesuai dengan kebolehan pelajar yang kita ajar kerana 'pengajaran berpusat murid' dan 'belajar hingga faham'..inilah prinsip yang kita patut tahu dan patuh.

  20. Dapatankajian • Cikgu Rosmadi Rasanya tidak sepenuhnya sebabnya dah biasa dengan longat Kedah ni, lagipun budak-budah mudah faham dengan bahasa seharian mereka...lainlah kalau mengajar kat KL tu! • Cikgu NorHatini Ish... Kak Yong nie.... kita orang Utara nih... memang guna BM baku... • Cikgu Dayang Fauziah tidak diwajibkan untk guna baku sekarang. sebutan baku kekadang leceh • Cikgu Mahathir ya. 2. 50% 3. Sekeghat belut, sekeghat ulaq. kami ajar BI cg Yong...kn bt mcm tu la, kalau tidak budak2 x faham.

  21. Dapatankajian • Cikgu Zuhirani Tidak kerana :- dipengaruhi oleh dialek daerah. - guru perlu mengajar subjek di dalam bahasa selain dari bahasa ibunda. contoh: Sains perlu diajar dalam BI.- tidak ada arahan yang mewajibkan guru perlu menggunakan bahasa baku sewaktu mengajar. Makanya, guru lebih selesa menggunakan bahasa/dialek yang selalu digunapakai. wallahualam. Hee • Cikgu Ayuni Shakila sebagai guru di sekolah, dalam pengajaran saya memang menggunakan bahasa baku. Kalau nak ditunjukkan dalam peratus lebih kurang 80% menggunakan bahasa baku. • Cikgu Jamil Tidak akan guna sepenuhnya. Akan guna 40%. Faktor murid yang kuat loghat kedaerahannya.

More Related