1 / 32

PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA

SKIM PEMBIAYAAN. PEMBIAYAAN AMPEMBIAYAAN PEWUJUDAN USAHAWANPEMBIAYAAN KONTRAKPEMBIAYAAN KEMUDAHAN TETAP KONTRAKPEMBIAYAAN PROFESIONAL PEMBIAYAAN PENGANGKUTANPEMBIAYAAN MINI MARKETPEMBIAYAAN KHAS PEMBUATAN DAN FRANCAISPEMBIAYAAN PERNIAGAAN KECILPEMBIAYAAN PERNIAGAAN USAHAWAN TEKNIKAL. SKIM P

kathleen
Download Presentation

PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA

    2. SKIM PEMBIAYAAN PEMBIAYAAN AM PEMBIAYAAN PEWUJUDAN USAHAWAN PEMBIAYAAN KONTRAK PEMBIAYAAN KEMUDAHAN TETAP KONTRAK PEMBIAYAAN PROFESIONAL PEMBIAYAAN PENGANGKUTAN PEMBIAYAAN MINI MARKET PEMBIAYAAN KHAS PEMBUATAN DAN FRANCAIS PEMBIAYAAN PERNIAGAAN KECIL PEMBIAYAAN PERNIAGAAN USAHAWAN TEKNIKAL

    3. SKIM PEMBIAYAAN AM Pembiayaan meliputi semua projek-projek perdagangan, perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat-syarat pembiayaan MARA

    4. SKIM PEMBIAYAAN PERWUJUDAN USAHAWAN Diberi kepada bekas peserta kursus/latihan keusahawanan anjuran MARA atau agensi-agensi kerajaan yang ingin memulakan perniagaan.

    5. SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK Pembiayaan untuk kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan. Pertimbangan pembiayaan adalah berdasarkan kerja sebenar yang diperolehi. Pembiayaan meliputi pemborong kelas F, EX, E, D, C dan BX bagi kerja-kerja Awam dan Kelas I, II dan III bagi kerja-kerja Elektrik.

    6. SKIM PEMBIAYAAN KEMUDAHAN TETAP KONTRAK Dikhaskan kepada pemborong Bumiputera yang terlibat dalam kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan. Pemborong yang layak akan diluluskan satu kemudahan tetap tidak lebih daripada RM250,000.00 yang akan digunakan apabila kerja kontrak diperolehi.

    7. SKIM PEMBIAYAAN PROFESIONAL Skim ini ditujukan kepada ahli badan-badan profesional yang hendak memulakan perniagaan sendiri atau memperbesarkan perniagaan sedia ada.

    8. SKIM PEMBIAYAAN PENGANGKUTAN Pembiayaan untuk membeli kenderaan bagi tujuan menjalankan perniagaan dalam bidang pengangkutan.

    9. SKIM PEMBIAYAAN MINI MARKET Pembiayaan untuk tujuan mewujudkan atau mempertingkatkan perniagaan peruncitan dalam berbentuk Mini Market atau kedai runcit.

    10. SKIM PEMBIAYAAN KHAS PEMBUATAN DAN FRANCAIS Pembiayaan khusus bagi projek-projek menggunakan teknologi tinggi dengan keutamaan kepada projek-projek pembuatan, francais, pelancongan secara pakej dan projek perkhidmatan serta profesional.

    11. SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN KECIL Skim ini disediakan bagi membantu peniaga-peniaga kecil bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan dengan cara dan syarat-syarat yang lebih mudah serta had pembiayaan tidak melebihi RM10,000.00.

    12. SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN USAHAWAN TEKNIKAL Pembiayaan bagi bekas pelatih IKM/GIAT dan lain-lain institusi kemahiran yang berkecenderungan untuk menjalankan usahaniaga yang bersesuaian dengan latihan mereka yang telah didedahkan dengan suasana perniagaan di Pusat Usahawan Teknikal (PUTEK).

    13. SKOP PEMBIAYAAN PEMBIAYAAN PEMBUATAN PEMBIAYAAN PERDAGANGAN PEMBIAYAAN PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN PEMBORONGAN PEMBIAYAAN PENGANGKUTAN

    14. SKOP PEMBIAYAAN PEMBUATAN Pembiayaan bagi sektor pembuatan adalah meliputi semua perusahaan perkilangan/pembuatan. Pembiayaan di bawah sektor ini termasuk industri berasaskan fabrikasi logam, elektrik dan komponen elektronik, makanan dan minuman, plastik, tekstil pakaian dan kulit, percetakan dan penerbitan, telekomunikasi dan lain-lain lagi.

    15. SKOP PEMBIAYAAN PERDAGANGAN Pembiayaan bagi sektor perdagangan adalah meliputi semua aktiviti perdagangan yang melibatkan urusan jual beli barangan. Pembiayaan di bawah sektor ini termasuk mengendalikan Mini Market, peruncitan, pemasaran keluaran barang makanan dan minuman, penjualan perabot, pemasaran hasil pertanian, pengendalian stesyen minyak dan lain-lain lagi.

    16. SKOP PEMBIAYAAN PERKHIDMATAN Pembiayaan bagi sektor perkhidmatan adalah meliputi semua aktiviti perniagaan perkhidmatan yang ada urusan jualbeli dalam perkhidmatan yang diberikan. Di antara aktiviti perkhidmatan yang boleh mendapat pembiyaaan ialah perkhidmatan guaman, klinik, perkhidmatan menyediakan makanan (restoran, kedai makan), kedai gunting rambut (lelaki dan wanita), kedai jahitan dan lain-lain lagi.

    17. SKOP PEMBIAYAAN PEMBORONGAN Pembiayaan untuk kerja-kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan yang meliputi kerja-kerja kontrak membina bangunan, membuat jalan, ubahsuai bangunan, pendawaian letrik dan sebagainya. Pembiayaan adalah berasaskan kerja sebenar yang diperolehi.

    18. SKOP PEMBIAYAAN PENGANGKUTAN Pembiayaan untuk membeli kenderaan perdagangan untuk tujuan perniagaan seperti bas, van, lori dan motobot dan teksi.

    19. KAEDAH PEMBIAYAAN DAN KEGUNAAN Kaedah pembiayaan yang disediakan adalah mengikut konsep Islam seperti berikut :- AL-BAI-BITHAMAN AJIL AL-MURABAHAH AL-IJARAH BAI AL-INAH

    20. KAEDAH PEMBIAYAAN DAN KEGUNAAN AL-BAI-BITHAMAN AJIL Jualan dengan harga tertangguh. Pembiayaan boleh digunakan untuk semua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank (Bank Guarantee).

    21. KAEDAH PEMBIAYAAN DAN KEGUNAAN AL-MURABAHAH Jualan Dengan Tambah Untung. Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang siap dan kelengkapan alat ganti.

    22. KAEDAH PEMBIAYAAN DAN KEGUNAAN AL-IJARAH Pajakan Atau Sewaan. Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa barangan tersebut daripada MARA di bawah konsep ini. Setelah bayaran sewa diselesaikan, barang berkenaan dipindahmilik kepada pelanggan.

    23. KAEDAH PEMBIAYAAN DAN KEGUNAAN BAI AL-INAH Menjual sesuatu Barangan Dengan Harga Tangguh kepada pembeli. Pembiayaan ini khusus bagi kegunaan belanja mengurus (overhead) sahaja seperti membayar gaji, sewa premis, elektrik dan air.

    24. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN Kelayakan Pemohon Warganegara Malaysia daripada keturunan Melayu atau Bumiputera lain dan berusia 18 tahun ke atas. Mempunyai pengetahuan/pengalaman dalam bidang perniagaan yang dijalankan. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa bagi menjalankan perniagaan berkenaan. Dapat menyumbangkan modal sendiri sekurang-kurangnya 10% daripada kos projek. Usahawan hendaklah melibatkan diri sendiri sepenuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.

    25. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN Mengemukakan cagaran atau jaminan yang mencukupi mengikut jumlah pembiayaan yang diperlukan. Bagi pemohon yang belum menjalankan perniagaan atau yang telah menjalankan perniagaan kurang dari 6 bulan diperlukan mengikuti kursus keusahawanan anjuran MARA atau agensi-agensi lain yang berkaitan. Pengecualian boleh diberi kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelulusan profesional atau pengkhususan dalam bidang pentadbiran perniagaan.

    26. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN Had Pembiayaan Skim Had Pembiayaan Skim Pembiayaan Am, - Maksimum Profesional, Pengangkutan, - RM250,000 Mini Market Dan PewujudanUsahawan Skim Pembiayaan Khas - Pembiayaan dari Pembuatan dan Francais RM250,000 hingga RM1,000,000 Skim Pembiayaan Kontrak - Kelas F-D Maksimum RM250,000 - Kelas C dan BX Maksimum RM600,000

    27. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN Skim Had Pembiayaan Skim Pembiayaan Tetap - Maksimum (Kontrak) RM250,000 Skim Pembiayaan Perniagaan - Maksimum Kecil RM10,000 Skim Pembiayaan Usahawan - Maksimum Teknikal RM50,000

    28. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN CAGARAN/JAMINAN. Menggunakan sama ada cagaran tanah atau penjamin seperti berikut :-. Tanah. Pelanggan hendaklah mengemukakan cagaran tanah dengan nilai tidak kurang 50% daripada jumlah pembiayaan. Atau. Bagi Pembiayaan Kontrak nilai cagaran tanah tidak kurang 20% daripada jumlah pembiayaan. Bagi Pembiayaan sub-Kontraktor di bawah konsep payung nilai cagaran tanah (nilai jualan paksa) 50% daripada jumlah pembiayaan. Atau. Bagi Pembiayaan Pewujudan Usahawan cagaran tanah tidak kurang 25% daripada jumlah pembiayaan.

    29. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN CAGARAN/JAMINAN. Penjamin. Pendapatan minimum seorang penjamin tidak kurang daripada RM500.00 sebulan. Pembiayaan RM30,000 ke bawah tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran RM30,001 hingga RM250,000 memerlukan 2 orang penjamin – gabungan gaji tidak kurang dari 3%. Kecuali pinjaman teksi perlu seorang penjamin – minimum gaji RM500 Pembiayaan khas, pembuatan dan francais tidak perlu penjamin. Cuma jaminan ALP sahaja

    30. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN CAGARAN/JAMINAN. Penjamin. Jaminan ahli-ahli Lembaga Pengarah untuk Syarikat Sdn. Bhd. Surat Ikatan diperlukan untuk Pembiayaan Kontrak. Perjanjian debenture diperlukan untuk Pembiayaan Khas Pembuatan dan Franchais.

    31. SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN BAYARAN PEMPROSESAN Bayaran pemerosesan dibayar oleh pemohon setelah pembiayaan diluluskan seperti berikut :- Jumlah Pembiayaan Kadar Bayaran RM5,000 ke bawah RM 5.00 RM5,001 hingga RM20,000 RM20.00 RM20,001 hingga RM50,000 RM50.00 RM50,001 hingga RM250,000 RM100.00 RM250,001 ke atas RM200.00

    32. KEUNTUNGAN PEMBIAYAAN KEUNTUNGAN Pembiayaan AM 5% Pembiayaan Kontrak 6%

    33. TERIMA KASIH Kepada Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA, Pejabat MARA Wilayah Persekutuan dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam ceramah ini

More Related