1 / 20

World Wide Web

World Wide Web PENGENALAN World Wide Web atau WWW dan 3W dipelopori oleh Tim Berners-Lee pada tahun 1989 bertujuan untuk mencari kaedah perkongsian maklumat penyelidikan dan idea antara majikan dan  penyelidik yang bertempat dipelbagai lokasi di dunia.

jolie
Download Presentation

World Wide Web

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. World Wide Web PENGENALAN World Wide Web atau WWW dan 3W dipelopori oleh Tim Berners-Lee pada tahun 1989 bertujuan untuk mencari kaedah perkongsian maklumat penyelidikan dan idea antara majikan dan  penyelidik yang bertempat dipelbagai lokasi di dunia. Sebagai rangkaian yang menjalin komputer dari seluruh dunia dan menyalurkan maklumat dalam bentuk teks, imej, audio dan video. World Wide Web

  2. World Wide Web DEFINISI • Boleh juga didefinisikan sebagai sekumpulan perisian komputer yang menggabungkan pelayan, dan klien (iaitu browsers atau navigator) yang membolehkan pengguna mencari maklumat, menyalin maklumat dan menerimapakai program aplikasi yang berinteraksi antara pelayan, klien dan pangkalan data.

  3. Web menggunakan sekumpulan protokol dan convention tertentu yang dikongsi bersama untuk berkomunikasi antara rangkaian. • Web dibina menggunakan satu peraturan untuk menyampaikan maklumat yang diminta melalui rangkaian. Protokol ini melibatkan http (hypertext transfer protocol) untuk memindahkan/menyampaikan sesuatu laman web daripada pelayan ke klien dan lain-lain protokol untuk untuk mengakses maklumat dalam internet. • TCP/IP adalah protokol untuk Internet yang menggunakan serangkaian pelbagai protokol serentak yang membolehkan pelbagai jenis komputer berkomunikasi. 

  4. WWW menerimapakai protokol lain seperti FTP, Telnet. WAIS dll. • Rajah dibawah menunjukkan diantara jenis protokol yang digunakan untuk berkongsi dokumen. FTP atau File Transfer Protocol adalah peranti merentasi pelbagai sistem komputer untuk memindahkan fail walau dimana jua sesuatu komputer rangkaian itu berada. World Wide Web dan Beberapa Protokol

  5. Persekitaran Web adalah grafik, tetapi persekitaran FTP adalah berasaskan aksara. Untuk mengakses fail menggunakan FTP, kita boleh sama ada menggunakan program FTP ataupun browser web yang menyediakan khidmat FTP – menyalin (downloading) dan mengambil fail (uploading). • Downloading merujuk kepada proses memindahkan fail daripada komputer yang jauh kepada komputer anda. • Uploading  pula merujuk kepada proses memindahkan fail daripada komputer kita kepada komputer yang jauh.

  6. World Wide Web dan Beberapa Protokol Gopher • adalah peranti dalam internet yang membolehkan pengguna untuk mengakses dokumen, fail, tapak FTP, tapak WWW dan sumber lain. • arahan Gopher adalah seragam tanpa mengira jenis mesin komputer dimana ia digunakan dan dirangkaikan dengan meluas sekali supaya boleh mengkases apa jua fail dalam Internet dengan mudah. • Untuk menggunakan Gopher, menu antara mukanya adalah konsisten dalam semua sistem komputer dan boleh dicari menggunakan kata kunci dan nama fail. 

  7. Wide Area Information Service (WAIS) • adalahperantipencari Internet yang bolehmerentasipelbagairangkaian, arkibdan format data. • Perantiiniadalahlebihterperincidalammemberimaklumattentangsesuatu fail – iaituiadapatmemberikandungan fail tersebut.

  8. Telnet • Protokol satu kemudahan komunikasi yang membolehkan kita log masuk ke dalam komputer lain secara dwihala atau menggunakan khidmat interaktif dalam komputer atau hos lain atau yang jauh.

  9. Penerbitan  Web • Menerbitkan laman web perlu melibatkan pelayan dan klien. • Pelayan web adalah program dalam komputer yang dibina untuk menghantar dokumen kepada komputer yang meminta dokumen tersebut. • Klien Web juga dipanggil browser - iaitu program yg membolehkan pengguna meminta dokumen daripada pelayan, Pelayan akan beroperasi hanya apabila klien meminta dokumen.

  10. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah dibawah proses bermula dengan klien meminta dokumen, permintaan tersebut akan membuka hubungan dengan pelayan. • Pelayan kemudian akan menghantar dokumen dan perhubungan tersebut tamat. \ Perhubungan Pelayan dan Klien

  11. Web Browser • Menghubungkan komputer kepada alamat rangkaian yang dipanggil URL dan berfungsi menghantar permintaan kepada pelayan Web untuk mendapatkan dokumen web. • Dokumen web ditulis dalam bahasa HTML dan mengandungi teks dan media lain seperti gambar, bunyi, animasi dan wayang. • Jalinan hyperteks  antara fail dan dokumen daripada pelayan ke pelayan yang lain memungkinkan rangkaian ini beroperasi seluruh dunia.  • Jenis browser yang popular dimasa kini : (i) Microsoft Internet Explorer (ii) Netscape Communications. (iii) Mozilla Firefox

  12. URL - Uniform Resource Locator • URL atau Uniform Resource Locator adalah protokol untuk mengakses sumber dalam direktori Internet • URL ditulis dalam browser untuk mengakses laman web dan kadangkala URL dimuatkan dalam laman web sendiri sebagai jalinan ke alamat tersebut. • Struktur URL mengandungi enam komponen dan contoh URL bagi fail HTML khusus adalah seperti berikut: http://info.cern.ch:80/hypertext/WWW/Adressing/Addressing.html#spot  |-1----| ----2----------|-3-| ----------4 --------------------------| ------5--------------| -6-| 

  13. Enambahagiantersebutadalah:  • Protokol/sumber data: inimerujukkepadanamaprotokol yang digunakanuntukmengakses data yang bertempatdisesuatulokasi. Syntax lain yang bolehdigunakan:  a) ftp:// memanduke fail yang bolehdiaksesmenggunakanprotokol FTP.  b) Gopher:// memandukeindekssistem fail yang bolehdiaksesmelaluiprotokol Gopher.  c) http:// memandukearahdokumenhyperteks (terutamadokumen HTML) yang bolehdiaksesmelaluiprotokolpindahanhyperteks (HTTP).  d) mailto:// jalinankepadasatuaplikasi yang membolehkanandamengarangmesejuntukdihantarkepadasatualamatmenggunakanemel. 

  14. e) News:// memandu ke arah kumpulan berita USENET dan menggunakan Network News Transfer Protocol untuk mengakses maklumat.  f) telnet:// jalinan untuk “login” komputer Internet yang jauh atau lain menggunakan menu pilihan yang telah ditetapkan terlebih dahulu.  g) WAIS:// menghala kepada pelayan WAIS dalam Internet dan menyediakan akses kepada satu indeks sistem pangkalan data.  h) file:// menunjukkan fail adalah fail dalam komputer anda dan bukan fail Web – yang tidak boleh diperolehi di luar direktori anda atau rangkaian setempat.

  15. 2. Nama Domain: Ini adalah nama domain bagi pelayan Web dimana laman web atau sumber ditempatkan.  3. Alamat port: dalam kebanyakan kes, alamat port default  adalah :80 (dan ia boleh diketepikan). Ia merujuk kepada alamat proses yang perlu dirujuk atau dihubungi.  4. Laluan direktori: atau laluan direktori adalah lokasi laman web dalam sistem fail pelayan Web.  5. Nama objek: Ini adalah nama sebenar fail HTML bagi laman Web atau apa jua sumber yang dikehendaki. 

  16. Spot: Inimerujukkepadabahagiantertentudalamdokumen. Untuktujuaniniandaperlumenandakantanda # kepada fail HTML berkenaanuntukmembawa browser kebahagiantertentudalamsesuatudokumen. Kadangkalaterdapatnombor port, direktoridan fail. Jadualdibawahmenyenaraikanbeberapajenis URL untukmengaksespelbagaisumber:  Jadual URL untukMengaksesSumber

  17. Pelayan HTTP  • HTTP atau HyperText Transfer Protocol adalah bahasa yang digunakan oleh klien dan pelayan untuk berkomunikasi antara satu dengan lain. • Semua klien web dan pelayan perlu berkomunikasi antara satu dengan lain untuk bertukar (menghantar dan menerima dokumen) hypermedia. • Kejayaan web adalah juga disebabkan oleh keupayaan HTTP untuk menangani pelbagai protokol aplikasi  seperti FTP, Gopher dan pelayan data WAIS. • HTTP juga menyediakan kemudahan untuk mengambil dan memaparkan teks, grafik, animasi dan memainkan semula bunyi. • Oleh kerana HTTP adalah asas kepada semua transaksi atau pertukaran web, maka kadangkala pelayan web juga dipanggil pelayan HTTP.

  18. Versi HTML • HTML atau Hyper Text Markup Language adalah bahasa yang digunakan oleh web untuk menghasilkan dan mengecam/mengenalpasti dokumen dan fail.  • HTML menyediakan satu kaedah mengarang (authoring) dan menukar format serta merupakan bahasa markup (atau kod)  untuk disampaikan kepada browser web bagaimana sesuatu teks itu perlu dipaparkan. • Tujuan bahasa markup adalah untuk memberi petunjuk tentang struktur, kandungan dan ciri sesuatu dokumen. • Ada dua jenis markup iaitu deskriptif dan prosedur.

  19. HTML adalah bahasa markup deskriptif yang menerangkan struktur dan ciri dokumen. • Biasanya dokumen HTML ditulis dengan extension .html atau .htm. dan dokumen html biasanya boleh ditulis dalam fail ASCII yang terkandung didalamnya kod atau teg yang digunakan untuk memberi maklumat tentang reka cara, stail teks, tajuk dokumen, perenggan dan jalinan hyperteks.  • Penerangan bahasa markup dipanggil Document Type Definition atau DTD. • Mempunyai empat versi HTML DTD. HTML iaitu: • Versi 1.0 dicipta untuk menghasilkan jalinan hyperlinks. • HTML 2.0 menggantikan 1.0 memuatkan ciri imej dan borang interaksi. • Versi selanjutnya adalah 3.0 • Versi 3.2 dimana beberapa ciri baru diperkenalkan seperti jadual, applets dan teks sekitar imej. • Kini versi 4 telahpun dipasarkan yang memuatkan ciri cascading style sheet, memuatkan borang dan jadual, skrip untuk klien, pengantarabangsaan aksara (untuk membaca pelbagai bahasa) dan aksara khusus untuk matematik dan percetakan. 

  20. SEKIAN MOHD KAMARUL AZZREEN BIN ARSHAD 06 PTK 08 F 1043 & MOHAMAD SYAHIDI BIN MAT NAWI 06 PTK 08 F 1044

More Related