1 / 61

TUGASAN KURSUS BSMM 1: KOKURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

TUGASAN KURSUS BSMM 1: KOKURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA. PENDIDIKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH DAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA. UNIT 1: SEJARAH PALANG MERAH. JEAN HENRY DUNANT (1828-1910).

jerod
Download Presentation

TUGASAN KURSUS BSMM 1: KOKURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TUGASAN KURSUS BSMM 1: KOKURIKULUM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

  2. PENDIDIKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH DAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA. UNIT 1: SEJARAH PALANG MERAH

  3. JEAN HENRY DUNANT (1828-1910) • Jean Henry Dunant, terkenal sebagai bapa Palang Merah. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828, di Geneva, Switzerland. • Beliau merupakan anak kepada seorang peniaga yang berjaya dan ibunya adalah seorang yang penyayang dan patuh pada agama. • Beliau juga telah menikmati segala kesenangan sehingga dewasa, hasil daripada kedudukan sosial dan ekonomi keluarganya.

  4. Sejak awal usianya lagi, beliau telah terlibat dengan aktif dalam pelbagai pergerakan dengan membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti amal dan agama. • Beliau juga bergerak aktif dalam pergerakan yang menyatukan orang-orang Kristian dan Yahudi. • menjadi ahli sebuah organisasi yang dikenali sebagai “League of Aims” di Geneva. • Beliau juga sering melawat penjara-penjara untuk berusaha membantu menukarkan sikap dan perangai para banduan.

  5. Ketika usianya mencecah 30 tahun., Dunant menyertai sekumpulan organisasi di Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan nama “Young Men’s Christian Association” (YMCA). • Dunant menentang rancangan untuk menyekutukan beberapa kumpulan di Eropah untuk dijadikan satu organisasi pada awal tahun 1853. • Beliau mencadangkan sebuah gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak hanya terhad di Eropah.

  6. Hasil daripada desakan beliau, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855. • Pada tahun 1849, beliau bekerja sebagai perantis dalam sebuah bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan bank. • Hasil dari ketekunannya semasa bekerja, beliau telah diberi satu jawatan sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan bank tersebut di Algeria, yang dikenali sebagai “Colonies Suisses de Setif”. • Kemudian, beliau telah berhenti bekerja dengan bank tersebut dan memulakan perniagaannya sendiri.

  7. Sekitar tahun 1863 dan 1864, kerjayanya semakin meningkat ke kemuncak kegemilangannya dan selepas itu mula menurun. • dalam transformasi impiannya kepada realiti, Dunant mula menyepikan diri dan tempatnya telah diambil alih oleh orang-orang yang lebih praktik. • Tahun 1865 dan 1866 merupakan penyertaan Dunant yang merosot dalam pergerakan yang beliau sendiri cetuskan melalui saranannya.

  8. Tahun 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant kerana urusan perniagaan yang diabaikannya sebelum ini, menghadapi kemerosotan. • Akhirnya, beliau terpaksa menyerahkan segala hartanya untuk melangsaikan hutnag-hutangnya. • Beliau telah meninggalkan Geneva buat selama-lamanya ketika beliau berusia 39 tahun.

  9. Pada tahun 1887, beliau tinggal di Hidden, Switzerland. • Pada tahun 1897, kerana gangguan kesihatan dan keadaan usianya yang saemakin lanjut, beliau telah dimasukkan ke hospital tempatan. • Di situlah beliau tinggal selama 18 tahun. • Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dalam ekspidisinya di pergunungan berdekatan Hidden, telah mewawancara beliau.

  10. Pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama; -yang dikongsi bersama dengan Frederic Passy, seorang warganegara Perancis • Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hidden.

  11. KENANGAN SOLFERINO (JUN 1859) • Dalam suatu perjalanannya untuk menguruskan perniagaannya di Itali, Dunant telah sampai Castiglione delle Pieve pada Jun 1859, iaitu pada tarikh yang sama tatkala meletusnya Pertempuran Solferino. • Apabila didapatinya bahawa bandar kecil tersebut dipenuhi dengan mangsa-mangsa kematian dan kecederaan serta perkhidmatan tentera yang ada tidak mencukupi, beliau cuba untuk membantu mereka yang sakit dan cedera dengan sedaya upaya.

  12. Pengalaman tersebut telah menukarkan tujuan hidupnya. • Beliau mula menumpukan pemikirannya untuk mencari jalan bagaimana untuk penderitaan boleh dielakkan. • Sebuah buku kenangan dan pengalamannya Kenangan di Solferino' telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah.

  13. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku tersebut telah berjaya menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah. • Dalam buku tersebut, beliau telah mencadangkan: • Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. • Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu .

  14. Jawatankuasa Berlima • Dunant mendapati bahawa Geneva merupakan tempat yang sesuai untuk memulakan kegiatan kemanusiaan. • The Societe Genevoise d’Utilite Publigue yang dipengerusikan oleh Gustave Moynier, telah menunjukkan minatnya terhadap saranan yang dikemukakan oleh Dunant. • Bersama-sama Dunant, Guillaume-Henri Dufour, Louis Appia dan Theodore Mounier, Gustave Moynier dengan tidak berlengah lagi mula menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa.

  15. Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross – ICRC). • Delegasi tidak rasmi daripada 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva daripada 26 hingga 29 Oktober 1863 dan bersetuju meluluskan Resolusi jawatankuasa Geneva.

  16. Negara-negara tersebut bersetuju untuk mewujudkan pertubuhan-pertubuhan persendirian yang berkenaan di negara masing-masing bagi membantu keberkecualian bagi mereka yang tercedera dan juga yang merawat serta menjaga mereka, telah dimaktubkan dalam suratcara diplomatik. • Pekerja-pekerja bantuan dan alat-alat perubatan mereka akan dilindungi oleh sebuah lambang khas, iaitu Palang Merah yang berlatarbelakangkan warna putih.

  17. Dalam bulan Februari 1864, peperangan meletus di antara Prussia dan Denmark. • Jawatankuasa tersebut telah menghantar Dr. Louis Appia untuk bertugas dengan tentera Rusia. • Walau bagaimanapun, negara lain seperti Jerman telah menghadapi masalah di medan perang kerana tugas-tugas mereka memerlukan pengiktirafan secara rasmi. • Satu persidangan yang dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negara yang diberi kuasa untuk melibatkan diri bagi pihak negara masing-masing.

  18. KONVENSYEN GENEVA PERTAMA (1864) • Pada bulan Ogos 1864, kerajaan Switzerland telah mengadakan satu “Persidangan Diplomatik” di Geneva atas desakan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah. • Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil-wakil daripada 12 buah negara. • Konvensyen Geneva telah ditandatangani pada 22 Ogos 1864.

  19. Konvensyen tersebut juga telah menunjukkan bahawa undang-undang boleh dikuatkuasakan walaupun dalam masa perang. • Melalui persidangan tersebut juga, satu rancangan yang istimewa telah disyorkan untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital tentera dan anggota-anggota perubatan. • Konvensyen tersebut mengandungi 10 artikel dan mengenalkan “Keberkecualian”.

  20. Doktor dan jururawat tidak lagi dianggap sebagai anggota kombatan dan tidak boleh ditawan. • Selain itu, anggota-anggota awamyang memberi bantuan kepada mereka yang tercedera haruslah dihormati. • Anggota-anggota tentera dan hospital-hospital pula diiktiraf sebagai berkecuali. • Lambang Palang Merah dijadikan satu simbol istimewa yang memberikan kekebalan daripada serangan.

  21. Konvensyen tahun 1864 ini merupakan asas bagi kerja-kerja kemanusiaan dalam masa perang di antara Perancis dan Prussia pada tahun 1870-1871, Perang Sepanyol-Amerika tahun 1898, dan perang Russia-Jepun tahun 1904. • Persidangan pertama diadakan di Paris pada tahun 1867, berikutnya diadakan di Berlin (1869), Geneva (1884), Karisruhe di Rome (1892), Vienna (1897), dan Saint Petersburg (1902).

  22. Pengasas-pengasas Palang Merah ini bertugas mewujudkan Persatuan-persatuan Kebangsaan yang baru. • 22 Persatuan-persatuan Kebangsaan ditubuhkan dalam masa 10 tahun yang pertama. • Semua negara di Eropah, termasuk Rusia dan Turki, bersetuju menerima Konvensyen Geneva 1864.

  23. Pada tahun 1867, semasa berperang dengan Rusia, Turki telah memberitahu Kerajaan Swiss sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa ia akan menggunakan ambulansnya dengan lambang bulan sabit merah sebagai ganti palang merah. • Ini kemudiannya telah diikuti oleh kebanyakan Negara-negara Islam yang lain.

  24. Empat Konvensyen Geneva (1949) • Terdapat empat Konvensyen Geneva, kesemuanya bertarikh 12 Ogos 1949. • Ini merupakan hasil usaha yang berpanjangan menjangkau masa selama satu abad untuk memperbaiki perlindungan yang diberi oleh Konvensyen Geneva Pertama serta meluaskan perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori mangsa konflik bersenjata.

  25. Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 memberikan perlindungan kepada bot penyelamat, kapal hospital dan anak-anak kapal tersebut. • Pada tahun 1899, satu Konvensyen (sekarang dikenali sebagai Konvensyen Geneva Kedua) yang meberi perlindungan kepada anggota tentera yang luka, sakit dan yang karam di laut diguna pakai. • Pada tahun 1929, satu lagi konvensyen (kini dikenali sebagai Konvensyen Geneva Ketiga) telah diterima pakai yang memberikan perlindungan kepada tawanan perang (POW).

  26. Selepas Peperangan Dunia Kedua sahaja, pada tahun 1949, Persidangan Diplomatik menerima pakai Konvensyen Geneva Keempat yang melindungi orang-orang awam di dalam tawanan musuh. • Persidangan yang sama juga telah menyemak semula Konvensyen-konvensyen yang ada dan hasilnya kita ada Empat Konvensyen Geneva bertarikh 12 Ogos 1949.

  27. Keempat-empat Konvensyen Geneva ini masih juga tidak lengkap untuk memberi perlindungan yang sewajarnya. • Justeru itu pada tahun 1977, dua Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva tahun 1949 telah diterima pakai oleh Persidangan Diplomatik di Geneva. • Protokol yang Pertama, Protokol 1, adalah bersabit dengan konflik bersenjata antarabangsa dan di antara lain menambahkan lagi perlindungan yang diberi kepada orang-orang awam.

  28. Manakala, Protokol 2 pula memperkukuhkan lagi perlindungan yang diberi bersabit dengan konflik bersenjata bukan antarabangsa. • Selain itu juga,ia berperanan untuk menambahkan lagi perlindungan yang diberikan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata ini, yang banyak berlaku selepas Perang Dunia Kedua.

  29. Emblem Palang Merah dan Bulan Sabit Merah • Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (Palang Merah yang berlatarbelakangkan putih adalah warna-warna bendera Kebangsaan Swiss yang terkalih).

  30. diwujudkan dengan satu tujuan tertentu iaitu: • (1) untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercedera semasa peperangan • (2) untuk menetukan perlindungan kepada anggota- anggota yang menjaga dan merawat mereka yang cedera. • apa jua penyalahgunaan lambang ini merupakan suatu perlanggaran yang serius terhadap Undang-undang Antarabangsa.

  31. Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia memutuskan untuk menggunakan lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan ambulan mereka. • Langkah tersebut kemudiannya telah diikuti oleh banyak negara-negara Arab atau Negara-negara yang mempunyai ramai penduduk muslim.

  32. 29 buah Negara sekarang menggunakan lambang bulan sabit merah untuk menandakan orang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva. • Kedua-dua lambang ini, Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929. • Walau bagaimanapun, negara-negara hendaklah memilih lambang mana yang digunakan dalam persidangan diplomatik.

  33. Penggunaan lambang-lambang tersebut hendaklah dikawal oleh setiap negara yang menandatangani Konvensyen Geneva. • Lambang-lambang ini hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. • Lambang-lambang ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dan publisiti.

  34. Pengecualian penggunaan lambang-lambang ini: • Persatuan Palang Merah dibenarkan menggunakan lambang ini untuk mengenalpasti bangunan, barang-barang dan kenderaan-kenderaan kepunyaan mereka. • Lambang yang dipakai pada pakaian seragam mestilah kecil, supaya tidak keliru dengan lambang perlindungan semasa perang.

  35. Penggunaan Lambang • satu sistem bagi melindungi penggunaan lambang telah ditetapkan oleh Konvensyen Geneva tahun 1949. • Peraturan-peraturan ini yang telah diperluaskan lagi oleh Protokol 1 tahun 1977 adalah berdasarkan kepada perbezaan penggunaan lambang sebagai tujuan pelindung (protective) dan pengenalan (indicative).

  36. Penyalahgunaan Lambang • Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sering digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan dan individu yang tidak berkaitan dengan pergerakan Palang Merah. • Lambang ini dianggap oleh mereka sebagai simbol untuk pertolongan dan kesihatan.

  37. Pada hakikatnya, apa jua penggunaan lambang tanpa kebenaran dari Persatuan Kebangsaan adalah dianggap salah, sama ada digunakan bagi tujuan komersial ataupun tidak. • Melindungi lambang daripada penyalahgunaannya adalah satu perkara penting jika kita ingin menentukan penghormatan berterusan diberi kepada pergerakan Palang Merah dan aktiviti-aktivitinya di seluruh dunia; sama ada dalam masa perang atau aman.

  38. UNIT 2: PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH

  39. KEMANUSIAAN • memberi pertolongan tanpa membeza-bezakan mereka yang tercedera di medan perang. • KESAKSAMAAN • tidak mengamalkan diskriminasi berasaskan bangsa, kaum, kepercayaan agama, darjat atau fahaman politik. • memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius.

  40. BERKECUALI • pergerakan tidak boleh menyertai mana-mana pihak yang berperang atau melibatkan diri pada bila-bila masa dalam perbalahan-perbalahan yang berunsur politik, perkauman, agama atau ideologi. • KEBEBASAN • pergerakan adalah bebas dan mengekalkan otonominya supaya sentiasa dapat mengikut prinsip-prinsip pergerakan.

  41. KHIDMAT SUKARELA • pergerakan bantuan sukarela yang bukan didorong dalam apa hal jua sekalipun oleh hasrat untuk mendapatkan keuntungan. • KETUNGGALAN • hanya SATU sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang harus wujud dalam sesebuah negara.

  42. KESEJAGATAN • Dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, semua Persatuan mempunyai taraf yang sama serta memikul tanggungjawab yang sama rata. • merupakan satu pergerakan sedunia.

  43. UNIT 4: PERGERAKAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

  44. SEJARAH • Kelahiran Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah di Malaysia mempunyai persamaan dengan kelahiran Palang Merah itu sendiri. • Palang Merah yang pertama di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1950 • Pada bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang Pegawai Medan Palang Merah British.

  45. Sehingga penghujung tahun 1951, Cawangan-cawangan telah ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor. • Pada tahun 1952, Cawangan-cawangan lain ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang. • Apabila Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, Duke of Gloucester yang mewakili Ratu British di perayaan Merdeka dan juga selaku Pengerusi Majlis Persatuan Palang Merah Bitish, telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Eksekutif Palang Merah Cawangan Persekutuan Tanah Melayu di Kuala Lumpur.

  46. Dalam bulan Oktober 1957, Lady Limerick, Naib Pengerusi Persatuan Palang Merah British menghadiri satu upacara khas di Kuala Lumpur untuk penyerahan panji-panji kepada Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu yang baru. • Pada 4 Julai 1963, Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah menerima pengiktirafan rasmi, sebagai Persatuan Palang Merah Kebangsaan yang bebas daripada Jawatankuasa antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC).

  47. pada 24 Ogos 1963, persatuan ini diterima masuk sebagai ahli Persatuan-persatuan Liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. • Dalam tahun 1975, Parlimen Malaysia meluluskan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta 1962) yang telah menerima Persetujuan DiRaja pada 21 Ogos 1975 dan diwartakan pada 4 September 1975. • Nama dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia lambang Persatuan ini telah ditukar kepada.

  48. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah salah sebuah daripada 175 Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan di seluruh dunia. • Menjadi ahli Persekutuan Antarabangsa Persatuan-peresatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. • Persatuan Palang Merah Malaysia mempunyai lebih daripada 230,000 ahli di seluruh negara yang diatur mengikut Cawangan, Cabang, Cabang Kecil dan Unit.

  49. STRUKTUR DAN ORGANISASI • Struktur Organisasi Persatuan • Satu organisasi pusat mengandungi: • Senat PBSMM • Majlis Kebangsaan • Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan • Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan

  50. Samb. struktur organisasi persatuan… • Cawangan-cawangan dan Jawatankuasanya dan beberapa Jawatankuasa Kecil masing-masing dalam tiap-tiap negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia. • Unit-unit kecil dan Jawatankuasa masing-masing.

More Related