1 / 33

ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA

ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA. ISU 1- KERUNTUHAN AKHLAK. Gejala Dekadensi* Moral .

japheth
Download Presentation

ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA ISU 1- KERUNTUHAN AKHLAK

  2. Gejala Dekadensi* Moral • Pelbagai isu berkaitan masalah keruntuhan moral dikalangan remaja telah muncul. Setelah dikejutkan dengan isu keganasan para pelajar sekolah yang bertindak membakar sekolah isu ini semakin hangat diperkatakan. Masalah ini muncul disebabkan oleh pelbagai punca yang akan dibincangkan serta cadangan yang boleh dilaksanakan ke arah mengatasinya. *kemerosotan (nilai, mutu dsb) atau kemunduran berbanding dgn keadaan sebelumnya (bkn tamadun, kesenian, dsb).

  3. Akhlak • Akhlak merupakan perkataan Arab yang beerti sifat, perangai atau kelakuan seseorang. • Akhlak menceritakan mengenai sikap atau kelakuan seseorang berkaitan hubungannya dengan Tuhan, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam sekitar dan binatang. • Akhlak muslim yang baik haruslah baik hubungannya dengan Allah bahkan juga dengan manusia, binatang dan alam sekitar.

  4. Perkara-perkara Yang Wajib dijaga Dalam Islam • Islam telah menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri dan masyarakat daripada sebarang kebinasaan sama ada berbentuk fizikal mahupun spiritual. Antara perkara yang wajib dijaga ialah : • Memelihara agama : Ini bermaksud menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imannya. Seorang muslim haruslah mempertahankan Islam dan syiar-syiarnya. • Menjaga nyawa : Ini perlu dipelihara dengan memelihara diri daripada perkara yang boleh menyebabkan kematian seperti memakan sesuatu yang boleh membunuh atau membahayakan diri sendiri atau yang boleh mendatangkan penyakit.

  5. Samb… • Memelihara keselamatan badan : Tubuh badan manusia perlu dipelihara dari melakukan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan akal sama ada diri sendiri atau diri orang lain. • Memelihara keturunan/maruah : Individu muslim perlulah memastikan keturunannya atau maruah dirinya dipelihara dari perkara yang boleh membinasakan atau menjatuhkan maruahnya. Perkara-perkara seperti zina, khalwat, berkesedudukan antara contohnya seorang Muslim yang tidak memelihara maruah.

  6. Samb… • Memelihara harta : Dalam pemeliharaan harta, Islam menggariskan pemeliharaan harta ke atas harta muslim atau bukan Islam. Justeru, mencuri, merompak perlu dijauhkan.

  7. Perilaku Keruntuhan Akhlak • Terdapat beberapa perkara yang termasuk dalam perilaku keruntuhan akhlak yang hebat diperkatakan oleh masyarakat akhir-akhir ini antaranya : i) Kerenggangan Dalam Keluarga Perkarainiamatmembimbangkandanbolehberlakuperpecahandalamkeluarga. Sebagaicontohnyaibudanbapaselalubergaduh, isteritidaklagimentaatidanmenghormatisuami, anak-anaktidakmendengarnasihatdanmelawancakapibubapadansebagainya. Semuainibolehmengundangkepadakeruntuhanakhlakdanjauhdarirahmatdanhidayat Allah SWT. Perkara-perkarasedemikiansepatutnyatidakberlakuterutamakepadaumat Islam yang sepatutnyamencontohitauladanRasulullah SAW yang sangatmulia.

  8. Samb… ii) Penyalahgunaan Dadah Dewasa ini masalah penyalahgunaan dadah dikalangan pelbagai masyarakat amat membimbangkan khususnya umat Islam. Perkara ini telah menjadi satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang masih menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menanggani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya. Berhubungan dengan itu kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk pengambilan dadah iaitu HIV. Kita tahu bahawa musuh-musuh Islam tidak suka melihat perkembangan Islam yang telah maju kehadapan dalam banyak segi. Mereka sentiasa mencari pelbagai cara bagi menjatuhkan Islam dan cara yang paling berkesan ialah melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri. Penggunaan dadah sudah diketahui umum cukup berjaya dan inilah yang di bawa oleh musuh-musuh Islam. Dalam keghairahan kita mengejar kemewahan, kadangkala kita terlupa tentang jerat yang menanti kita.

  9. Samb… iii) Seks Bebas • Seks bebas yang dilakukan oleh remaja hari ini disebabkan mereka terlalu bebas melihat perlakuan itu di majalah, menonton video lucah dan internet. Masalah seks bebas yang bukan saja berlaku terhadap individu daripada keluarga berpendapatan rendah, malah sebahagiannya berlaku di kalangan orang berada dan keluarga yang mempunyai latar belakang baik. Selain itu perlakuan ini bukan sahaja berlaku kepada keluarga miskin tetapi zaman `dunia tanpa sempadan' tidak mengira miskin atau kaya, remaja perempuan berumur 9 tahun pun sudah ada perasaan terhadap seks. • Dalam pada itu, mengikut kajian Pensyarah Psikologi, universiti tempatan, R Ismail, pengaruh sosial seperti masyarakat sekeliling dan media merupakan punca yang menyebabkan remaja mudah terjerumus dalam seks bebas. Kajian beliau menjelaskan, apabila golongan remaja berkawan dengan orang yang tidak mempunyai akhlak dan tingkah laku yang baik, sudah pasti mereka akan terikut perbuatan orang itu.

  10. Kawan sebaya merupakan pengaruh yang paling kuat dan boleh merubah corak kehidupan seorang remaja yang boleh mengatasi pengaruh dan kuasa ibu bapa. Masyarakat yang celik terhadap teknologi maklumat memang bagus tetapi konsep itu telah disalahgunakan oleh para remaja. Oleh itu peranan Islam adalah satu cara untuk menghalang dari perbuatan terkutuk itu.

  11. iv) Sumbang Mahram • Sejak sedekad ini, isu sumbang mahram merupakan isu yang telah banyak diperbincangkan dalam pelbagai peringkat seperti seminar, forum, simposium bahkan sehingga ke kabinet. Perbagai langkah juga mula dilaksanakan dengan begitu drastik sehingga Kabinet telah meluluskan hukuman maksimum 20 tahun penjara ke 30 tahun penjara bagi penjenayah rogol sumbang Mahram ini di samping hukuman sebatan sekalipun berumur atas 50 tahun (Berita Harian, 28 Jun 2003). • Sumbang mahram adalah merupakan hubungan seks yang melibatkan ahli keluarga yang haram dikahwini sama ada yang berbentuk paksaan seperti rogol atau berbentuk kerelaan seperti perzinaan. (Al-Islam, Januari 1996). Gejala sosial sumbang mahram ini merupakan salah satu daripada berjenis-jenis gejala sosial yang selari dengan yang lainnya.Bezanya gejala ini dianggap besar kerana melampaui batas-batas kemanusiaan dan keinsanan sama ada daripada kacamata manusia mahupun agama.

  12. Antara faktor-faktor Sumbang Mahram ialah : a) Tahap Iman Yang Lemah • Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram mengetahui dosa perlakuan tersebut. Disebabkan oleh kelemahan iman menyebabkannya dalam keadaan-keaadaan tertentu nafsunya mengatasi kewarasan. • Godaan nafsu seperti ini sentiasa berlaku dan dorongan faktor-faktor luaran yang mengarahkan kepada dosa tersebut menggalakkan lagi dorongan tersebut. • Hal godaan nafsu ini pernah diperingatkan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya yang bermaksud: "sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhan”.

  13. b) Kegagalan Isteri Memenuhi Keperluan Suami • Sewaktu awal perkahwinan, isteri mesti menunaikan kewajipan melayan suaminya ini dengan sempurna. Apabila telah sampai peringkat 40-an apatah lagi jika isteri berkahwin semula dengan lelaki yang lebih muda, tahap layanan ini berkurangan atas sebab-sebab biologi mereka. • Ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan antara keperluan suami dan kegagalan isteri. Sebagai contoh, seorang suami mempunyai keinginan terhadap isterinya tetapi isteri tidak mampu melayan kerana penat dan sakit-sakit. • Kelemahan iman dan kurangnya pengetahuan agama menyebabkan suami bertindak memuaskan nafsu terhadap anaknya.

  14. c) Batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga • Islam telah mengajar batasan bagi anak-anak untuk tidak boleh masuk ke bilik ibu bapa mereka sesuka hati apabila telah mumayyiz apatahlagi setelah baligh. Larangan ini berkait rapat dengan penjagaan aurat dan penjagaan rahsia sulit perkahwinan di antara ibu bapa dan anak-anak. • Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).

  15. v) Individualistik • Masyarakat yang mementingkan sikap individualistik turut dilihat sebagai punca golongan belia luntur pegangan nilai-nilai murni mereka. • Ini kerana dalam kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai yang murni dalam kehidupan secara berkelompok seperti tolong-menolong, hormat-menghormati, nasihat-menasihati dan sebagainya tidak ditonjol atau didedahkan kepada golongan belia. Mereka lebih gemar melakukan kerja-kerja secara bersendirian atau menghabiskan sedikit wang ringgit untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang sepatutnya boleh dilakukan bersama-sama dalam masyarakat. • contohnya aktiviti gotong royong membersihkan masjid, surau, balairaya dan sebagainya. Akibatnya belia jarang duduk bersama dan berbincang mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah. Sikap ramah mesra, muhibah dan kasih sayang tidak wujud dalam diri individu tersebut, sedangkan dalam Islam menggalakkan hubungan silaturrahim.

  16. vi) Materialistik • Apabila sebut perkataan materialisme, maka apa yang difahamkan oleh masyarakat ialah sifat kebendaan dari segi mengutamakan soal-soal kekayaan harta benda. Justeru, sifat materialistik merujuk pada soal-soal kewangan. • Maknanya pertimbangan yang diutamakan dalam kehidupan ialah wang dan harta benda. Tetapi hakikatnya ialah ada satu lagi makna materialisme iaitu yang berkaitan dengan falsafah pemikiran moden. • Materialisme yang dimaksudkan ialah fahaman bahawa kewujudan hanyalah dalam bentuk benda. Menurut fahaman ini, tidak ada kewujudan lain daripada benda. Justeru, tidak ada roh atau perkara-perkara ghaib seperti dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, syaitan, iblis, jin dan seumpamanya.

  17. Pemikiran moden Barat berasaskan pada materialisme baik yang lahir dalam bentuk sains fizikal atau sains sosial. Maka muncul konsep materialisme dialektik yang menjadi asas pemikiran sosial sains kiri. Kedua-dua konsep materialisme ini dapat dilihat bertentangan dengan pemikiran Islam. Dalam Islam, seseorang tidak boleh bersifat materialistik. Konsep-konsep seperti zakat, sedekah, korban, akikah, haji, rezeki, halal dan haram menunjukkan bahawa keutamaan dalam kehidupan Islam bukannya harta benda tetapi adalah jiwa. Maknanya dengan memperoleh harta, seseorang mesti melepaskannya dalam bentuk zakat, sedekah, korban, akikah dan haji. Rezeki pula hendaklah bersih dan halal. Maknanya, sifat materialistik harus ditundukkan kepada tuntutan Islam dalam bentuk fiqh dan tasawuf. • Ini bermakna sifat materialistik dalam Islam adalah bersyarat. Begitu juga dengan fahaman materialisme. Dalam Islam, roh, malaikat, jin, syaitan, dosa, pahala, syurga dan neraka memainkan peranan dalam pemikiran dan kehidupan seseorang Muslim. Maknanya, seseorang Muslim tidak boleh berpegang pada fahaman falsafah materialisme kerana ia menafikan unsur-unsur ghaib yang penting dalam ilmu Islam. Sungguhpun begitu, umat Islam perlu mengenal pasti perbezaan antara dua jenis kewujudan. Soal-soal yang zahir tidak wajar dicampur adukkan dengan yang ghaib. Dua zon mesti dipisahkan untuk memudahkan urusan kehidupan.

  18. v) Rasuah • Rasuah memang satu penyakit dalam masyarakat seumpama bahayanya barah dalam tubuh manusia. Penyakit barah sebenar yang memenuhi ciri-cirinya adalah suatu keadaan perubatan yang menggerunkan serta penanda noktah kepada hayat pengidapnya kecuali beberapa jenis sekiranya dikesan awal. Begitu juga dengan pengamalan rasuah. Ia pasti akan memusnahkan ekonomi sesebuah Negara. Amalan keji itu melibatkan dua golongan satunya adalah penerima manakala yang satu lagi adalah penyuapnya. • Biasanya ia melibatkan perlanggaran atau demi mengelak dari diambil hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan. Dalam kebanyakan kes, negara secara amnya mengalami kerugian besar perolehan hasil ekoran daripada perlakuan yang sering dimulakan oleh pihak penguasa sendiri. Pesalah hanya akan menawar ia sebagai jalan keluar sekiranya tiada peluang budi bicara digunakan.

  19. Semakin banyak undang-undang yang dicipta serta Akta yang dipinda, semakin luas dan mewah pula perlakuan rasuah. Sedarkah kita bagaimana jenayah yang dilakukan kaum bukan Islam kerap kali berakhir di balai polis sahaja tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah untuk menegakkan keadilan. Tentu sahaja wang sehingga ribuan ringgit berpindah tangan mengikut kadar jenayah yang dilakukan. • Allah swt telah berfirman: • "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

  20. Pelbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Antaranya disebabkan oleh: • Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. • Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

  21. sikap hidup yang suka bermegah-megah dan bermewah-mewah menjadi amalan. Perbelanjaan hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.

  22. Kurang penghayatan ilmu agama. • Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. • Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.

  23. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan • Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. • Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

  24. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. • Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / • Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan - perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. • Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.

  25. Faktor Keruntuhan Akhlak • Gejala keruntuhan akhlak yang berlaku dalam masyarakat hari ini berpunca daripada pelbagai faktor. Faktor ini bolehlah dihuraikan seperti berikut : • Iman yang lemah. Punca yang paling asas dalam permasalahan ini adalah kelemahan iman dan kurangnya keyakinan terhadap Allah. Kurangnya kefahaman agama dan gambaran sebenar tentang syiar Islam menyumbang kepada masalah moral. • Nilai dan budaya kuning dan Barat. Budaya dan pengaruh yang tidak bersesuaian dengan Islam seperti sekularisme, liberalisme dan lain-lain pengaruh telah berjaya mempengaruhi umat Islam.

  26. Budaya hedonisma dan materialisme. Kemunculan pelbagai pengaruh berseronok mengikut hawa nafsu dan inginkan kemewahan dunia semata-mata menggalakkan lagi masalah ini. Remaja khususnya hanya akan memikirkan keseronokan tanpa mempedulikan ajaran agama yang sebenar. • Sikap ibu bapa yang kurang prihatin. Kesibukan ibubapa dengan tugasan harian terutamanya yang bekerja telah mengakibatkan ramai anak-anak yang terkontang-kanting tanpa kawalan. Bahkan ada ibubapa yang tidak mempedulikan tingkah laku anak-anak dengan melimpahkan kemewahan kepada mereka.

  27. Pergaulan bebas. Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan juga membawa kepada masalah sosial yang teruk. Tiada batasan dalam hubungan boleh mengakibatkan terjadinya masalah akhlak yang teruk.

  28. Langkah Ke Arah Mengatasi • Tiada masalah yang tiada penyelesaian kerana Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud “ Bagi setiap penyakit ada ubatnya ”. justeru bagi mengatasi masalah gejala keruntuhan akhlak dikalangan remaja Islam kita perlulah memberi perhatian kepada perkara berikut : • Memberi didikan Islam yang sebenar. Pendidikan agama merupakan asas yang paling penting bagi membentuk jatidiri muslim yang sebenar. Kefahaman agama yang sebenar dan keyakinan terhadap Allah akan menanamkan dalam diri insan sifat taqwa kepada Allah. Dan taqwalah yang akan membezakan antara setiap muslim.

  29. Tanggungjawab ibubapa. Ibubapa perlulah memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak mereka. Walau sibuk dengan tugasan harian tanggungjawab mendidik anak tidak boleh diabaikan sesuai dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. • Sikap Prihatin masyarakat. Masyarakat Islam yang baik adalah masyarakat yang akan memastikan setiap anggota masyarakatnya tidak terlibat dengan gejala keruntuhan moral. Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud “Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya dan sekiranya masih tidak mampu maka cegahlah di dalam hatinya ..dan itu adalah selemah-lemah iman ”.

  30. Mengawal media massa. Pelbagai alat sebaran yang muncul hari ini seperti televisyen, suratkhabar, majalah boleh menjadi agen yang paling berpengaruh ke arah keruntuhan akhlak. Namun ia juga boleh menjadi agen dakwah yang paling berkesan. Oleh itu, pengawalan yang sewajarnya perlulah ke arah memastikan akhlak remaja dapat dikawal. • Masalah keruntuhan akhlak remaja tidak akan dapat diatasi tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Setiap individu dalam masyarakat mempunyai peranan masing-masing. Ianya dapat diatasi dengan penuh hikmah .

  31. Implikasi Keruntuhan Akhlak • Gejala keruntuhan moral yang muncul hari ini boleh membawa kepada pelbagai implikasi akhlak dan masalah lain. Sebagai contohnya, penawar bagi penyakit AIDS masih belum ditemui dengan jayanya. • Demikian juga dengan penagihan dadah, ia merupakan satu malapetaka besar yang menimpa masyarakat Islam yang mana ia telah melumpuhkan sama sekali remaja yang sangat diperlukan oleh negara. Begitu juga dengan vandalisme yang melibatkan harta benda awam yang besar nilainya.

  32. Sumbang mahram pula, selain dari mengancam keselamatan keturunan ia juga menyebabkan kehancuran rumahtangga. Rumahtangga menjadi tidak selamat untuk didiami. Dengan berlakunya sumbang mahram, kerukunan, kebahagiaan dan kedamaian rumahtangga terjejas dengan teruknya dan institusi keluarga berada di dalam keruntuhan. • Demikian juga dengan bersekududukan, ini juga mengancam keselamatan keturunan. Contohnya orang yang bersekedudukan hingga melahirkan anak dan anak-anak ini tidak sah hubungan dengan bapanya. Sekiranya orang yang bersekedudukan itu tidak mahukan anak sedangkan dia telah mengandung maka akan timbul pula masalah lain, antaranya pengguguran.

  33. SEKIANTERIMA KASIH

More Related