Kertas cadangan pemantauan media untuk
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 24

Kertas Cadangan Pemantauan Media Untuk : PowerPoint PPT Presentation


  • 89 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

Kertas Cadangan Pemantauan Media Untuk :. DRM-HICOM. ISIKANDUNGAN. Media Media, DRB-HICOM dan masyarakat 10 Sebab Perkhidmatan Pemantauan World Comm Kritikal Perkhidmatan Pemantauan Media World Comm Senarai Media Yang Dipantau Proses Pemantauan Media @ World Comm

Download Presentation

Kertas Cadangan Pemantauan Media Untuk :

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Kertas cadangan pemantauan media untuk

Kertas Cadangan Pemantauan Media Untuk :

DRM-HICOM


Isikandungan

ISIKANDUNGAN

  • Media

  • Media, DRB-HICOM dan masyarakat

  • 10 Sebab Perkhidmatan Pemantauan World Comm Kritikal

  • Perkhidmatan Pemantauan Media World Comm

  • Senarai Media Yang Dipantau

  • Proses Pemantauan Media @ World Comm

  • Kos Pemantauan Media World Comm

  • Justifikasi Kos


Media

MEDIA

  • Media adalah satu alat penyalur maklumat yang penting dalam sesebuah masyarakat dan negara.

  • Media bukan sahaja memberi maklumat kepada orang ramai, tetapi juga merupakan sumber maklumat yang penting bagi para pemimpin negara.

  • Media memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan dan interaksi antara kerajaan dengan rakyatnya.

  • Media boleh dibahagikan 2 jenis:

    (a) Media cetak seperti suratkhabar harian, akhbar mingguan

    dan majalah.

    (b) Media elektronik seperti radio dan televisyen.


Media drb hicom dan masyarakat

MEDIA, DRB-HICOM DAN MASYARAKAT

Media sebagai sumber maklumat

  • Media merupakan penyalur maklumat yang berguna dalam kehidupan harian.

  • Media memberitahu rakyat mengenai peristiwa setempat, dasar kerajaan yang dilaksanakan sehingga keadaan ekonomi dunia.

    Media sebagai intepretasi

  • Media sering menyuarakan pendapat pelbagai pihak seperti pemimpin negara, pakar dalam sesuatu bidang, organisasi bukan kerajaan, pemimpin parti pembangkang, rakyat umum dan lain-lain mengenai isu semasa.

  • Ini telah mengakibatkan setiap individu didedahkan dengan pelbagai pendapat yang berbeza secara mudah.

    Media sebagai jambatan menjalinkan hubungan

  • Media boleh menghubungi beberapa kumpulan yang berada di tempat yang lain berkongsi maklumat yang sama misalnya penduduk bandar dengan penduduk luar bandar.


Kertas cadangan pemantauan media untuk

Media sebagai penyalur nilai

  • Media amat penting dalam proses sosialisasi seseorang dalam masyarakat.

  • Media boleh memperkukuhkan norma sosial sesuatu masyarakat ataupun menunjukKan nilai yang negatif kepada ahli masyarakat.

    Media sebagai pengaruh minda

  • Media mempunyai pengaruh besar dalam membentuk pendapat dan pemikiran masyarakat kita.

  • Sekiranya digunakan dengan baik, media boleh dijadikan sebagai alat komunikasi yang penting untuk menjaga imej DRB-HICOM.


Kertas cadangan pemantauan media untuk

10 SEBAB PERKHIDMATAN PEMANTAUAN WORLD COMM KRITIKAL


10 sebab perkhidmatan pemantauan world comm kritikal

10 sebab perkhidmatan pemantauan World Comm kritikal : -

  • Faktor Masa

  • World Comm akan e-mel atau upload berita-berita yang berkaitan kepada pegawai DRB-HICOM yang berkenaan tepat pada masa yang dijanjikan.

  • Semua suratkhabar utama di Semenanjung Malaysia akan dinaikmuatkan di laman web mulai 6.30 pagi manakala berita radio dan televisyen pada jam 8.00 pagi. Perkhidmatan pemantauan media adalah dijalankan secara 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

  • Ini memanfaatkan pihak BPR kerana dapat mengetahui berita dengan pantas setiap pagi lalu memberi tindak balas yang sepatutnya terhadap isu yang berkenaan.

  • Ini juga dapat menjimatkan masa pegawai DRB-HICOM untuk membaca suratkhabar, majalah ataupun mendengar program radio dan menonton berita televisyen untuk memantau dan mendapatkan berita yang berkaitan.


10 sebab perkhidmatan pemantauan world comm kritikal1

10 sebab perkhidmatan pemantauan World Comm kritikal : -

(2) Faktor Kos

  • Kos membeli media cetak iaitu sebanyak 32 naskah suratkhabar dalam negara dan luar negara, majalah, penyediaan dan penyelenggaran peralatan pemantauan media elektronik (televisyen & radio) menelan belanja lebih kurang RM1 juta.

  • Kos di atas tidak merangkumi kos tenaga kerja seramai 10 orang yang diperlukan untuk memantau, scan dan menaikmuatkan berita-berita media cetak dan media elektronik setiap hari.

  • Perkhidmatan pemantauan media World Comm membolehkan DRB-HICOM dapat menjimatkan kos-kos yang disebutkan di atas.


10 sebab perkhidmatan pemantauan world comm kritikal2

10 sebab perkhidmatan pemantauan World Comm kritikal : -

(3) Faktor Tenaga Kerja

  • World Comm mempunyai sekumpulan tenaga kerja yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti sains masyarakat, politik, sosial ekonomi, sains, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Mereka peka terhadap segala isu yang berlaku di dalam negara dan luar negara.

  • Tenaga kerja World Comm juga fasih dalam beberapa bahasa utama iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Mereka mampu menterjemahkan berita-berita kepada pelbagai bahasa mengikut keperluan dan permintaan DRB-HICOM.

  • Dengan adanya perkhidmatan pemantauan media World Comm, pihak DRB-HICOM boleh mengalihkan pekerja-pekerjanya untuk melakukan tugas DRB-HICOM yang lain.


10 sebab perkhidmatan pemantauan world comm kritikal3

10 sebab perkhidmatan pemantauan World Comm kritikal : -

(4) Faktor Arkib

  • Di World Comm, sistem arkib kami mempunyai berita-berita media elektronik untuk tempoh masa setahun manakala media cetak dalam tempoh masa 2 bulan sehingga 1 tahun (bergantung kepada suratkhabar).

  • Ini memudahkan pegawai DRB-HICOM untuk mengumpul maklumat/berita mengenai sesuatu isu yang diperlukan untuk tujuan penyelidikan.

    (5) Khidmat Nasihat Teknologi Maklumat Secara Percuma

  • Pegawai BPR boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai penyediaan laman web, hos dan sebagainya daripada juruteknik World Comm secara percuma.


10 sebab perkhidmatan pemantauan world comm kritikal4

10 sebab perkhidmatan pemantauan World Comm kritikal : -

(6)Khidmat Nasihat Perhubungan Awam

  • Pegawai DRB-HICOM boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perhubungan awam World Comm ketika menghadapi sesuatu krisis atau masalah dalam media.

    (7) Penyimpanan Berita dalam DVD

  • Segala berita media cetak dan media elektronik disimpan dalam DVD demi memastikan kualiti berita yang baik dan tempoh penyimpanan yang lebih panjang.

    (8) Kemudahan Pendedahan

  • Pihak DRB-HICOM cuma memerlukan sebuah komputer untuk melayari laman web pemantauan medianya pada bila-bila masa di mana-mana sahaja - mudah dan efektif.


10 sebab perkhidmatan pemantauan world comm kritikal5

10 sebab perkhidmatan pemantauan World Comm kritikal : -

(9) Cara Penyampaian Unik dan Selamat

  • Segala berita media cetak adalah disampai dengan format jpeg manakala media elektronik dalam format mp3 atau wma demi memastikan kualiti penyampaian yang terbaik.

  • Pengguna laman web pemantauan media akan dikehendaki memasukkan password untuk melihat berita-berita BPR sebagai langkah keselamatan.

    (10) Bilangan Media Cetak dan Saluran Media Elektronik

  • 32 naskah suratkhabar, lebih dari 20 majalah, 10 saluran televisyen dan 7 saluran radio adalah dalam senarai pemantauan media World Comm. Senarai tersebut juga akan diubahsuai menurut permintaan BPR.


Khas untuk drb hicom

Berita Berkaitan DRB-HICOM

Berita berkaitan otomotif, hartanah dan infrastruktur, pertahanan dan perkhidmatan.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh DRB-HICOM di ibu pejabat, luar negara dan negeri.

Isu-isu yang berkaitan DRB-HICOM ibu pejabat, luar negara dan negeri DRB-HICOM.

Berita tentang anak-anak syarikat DRB-HICOM.

Khas untuk DRB-HICOM

Berita Umum

  • Kementerian Pertahanan Malaysia

  • Berita berkaitan syarikat saingan di Malaysia.

  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

  • Agensi – agensi kerajaan


Senarai pemantauan media media cetak surat khabar

Senarai pemantauan media Media Cetak (Surat Khabar)


Senarai pemantauan media media cetak surat khabar1

Senarai pemantauan media Media Cetak (Surat Khabar)


Senarai pemantauan media media cetak majalah

Technology Business Review

Malaysian Business

Business Today

Malaysian Tatler

Senarai pemantauan media Media Cetak (Majalah)


Senarai pemantauan media media elektronik

Senarai pemantauan media Media Elektronik


Kertas cadangan pemantauan media untuk

Proses Pemantauan Media @ World Comm.(Media Standard Operating Procedure

@ World Comm.)


Proses pemantauan media @ world comm

PROSES PEMANTAUAN MEDIA @ WORLD COMM

Suratkhabar :

Bahasa Inggeris :The Star, NST, The Sun,The Malay Mail, The Edge,

Daily Express, The Borneo Post, Int. Herald Tribune,

USA Today & The Wall Street Journal

Bahasa Malaysia : Berita Harian, Utusan Malaysia,Harian Metro, Kosmo,

Harian Ekspres, Mingguan Perdana, Bacaria &

Buletin Utama

Bahasa Cina :Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press,

Oriental Daily News, Kwong Wah Yit Poh, Guang Ming

Daily, See Hua Daily News, United Daily News &

Overseas Chinese Daily News

Bahasa Tamil : Tamil Nesan, Malaysia Nanban & Makkal Osai

TV : RTM1, RTM2, TV3, NTV7, 8TV, Ch9 & Bernama TV

ASTRO TV : Bernama,BBC & CNN

Radio : Traxx fm, Nasional fm, Era fm, KL fm, Sinar fm, Bernama Radio

Majalah : Pelbagai

Langkah 1 : Suratkhabar tiba @ WCNR (5.30pg)

TV, Radio. Program berita dipantau @ studio WCNR

Langkah 2 : Eksekutif-Eksekutif Pemantauan Media 1 akan memantau semua berita dari jam

5.30 pagi

Langkah 4 : Eksekutif-Eksekutif Pemantauan Media 2 akan menyemak dan memastikan

penterjemahan adalah betul dan memantau sekali lagi untuk memastikan tiada artikel yang terlepas

Langkah 3 : Eksekutif-Eksekutif Pemantauan Media 1 akan membuat

penterjemahan untuk Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil

Langkah 5 : Pengurus Pemantauan Media 2 akan memastikan artikel yang dipantau

adalah sesuai dan memastikan juga tiada artikel yang berkaitan terlepas dari pemantauan

Langkah 6 : Artikel akan diserahkan kepada pereka grafik

untuk diimbas dan dimuatnaikkan (uploading) secara online dari jam 5.30 pg

Langkah 8 : Pelarasan cahaya, warna, hue, dsbnya. Untuk artikel yang

bersaiz besar beberapa kali imbasan akan dilakukan dan

sekiranya bnyak visual, pelarasan warna akan dilakuakn

berulang kali

Langkah 7 : Memasukkan maklumat, nama akhbar, tarikh, muka surat/kolum

dan (jika ada komen atau nota)

Langkah 10: Artikel akan dimuatnaikkan (Uploading)

Langkah 9 : Artikel akan diimbas

Pengurus Pemantauan Media akan memastikan artikel telah diimbas dan

dimuatnaikkan mengikut masa yang ditetapkan

Nota : Untuk makluman:

1.Masa untuk imbasan dan format berbeza. Ini akan memberi kesan pada jangkamasa penyerahan dari studio. Walau bagaimanapun, berita tetap akan disampaikan jika sistem internet BPR atau WCNR tidak berfungsi, selewat-lewatnya jam 12:00 t/hari samada melalui internet atau DVD akan dihantar ke BPR.

2. Analisis, pengumpulan mingguan atau bulanan akan dihantar kepada BPR.

3. Pemantauan blog/internet, perkhidmatan sms di waktu pagi mengenai berita BPR dilakukan atas permintaan.


Kertas cadangan pemantauan media untuk

JUMLAH KOS PEMANTAUAN MEDIA OLEH WORLD COMM


Kos agensi

Kos Agensi

  • Pemantauan, Penganalisaan, Kos Edit, Scanning, Video streaming serta e-mailing berita-berita berkaitan secara langsung dan tidak kepada BPR.

  • Membaca serta memantau 32 suratkhabar, lebih dari 20 majalah, 10 saluran berita TV dan 7 berita radio setiap hari.

  • Pemantauan media akan dilaksanakan 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

  • Pemantauan bulanan akan dihantar dalam bentuk CD – sistem pemfailan yang senang dan rujukan masa depan.

RM 7,500 sebulan sahaja


Kertas cadangan pemantauan media untuk

JUSTIFIKASI KOS

* Kos pemantauan media yang lebih tinggi sekiranya DRB-HICOM melaksanakan proses pemantauan media secara internal.


Kertas cadangan pemantauan media untuk

JUSTIFIKASI KOS JIKA DRB-HICOM MELAKSANAKAN PEMANTAUAN MEDIA SECARA INTERNAL

  • Kos penempahan suratkhabar RM 1,480.20

  • Kos penempahan majalah RM 225.00

  • Kos tenaga kerja RM 9,000.00

  • Kos media elektronik RM 5,790.00

    Jumlah Kos Pemantauan Media RM 16,495.20 Sebulan

    RM 197,942.40 Setahun

    KOS PEMASANGAN PERALATAN JIKA DRB-HICOM MELAKSANAKAN PEMANTAUAN MEDIA

    ELEKTONIK SECARA 24 JAM

  • Sekurang-kurangnya 3 buah radio dengan alat perakam RM 450

  • Alat perakam saluran televisyen RM 50,000

  • Pemasangan Astro dan satelit RM 3,000

  • Sekurang-kurangnya 2 buah komputer RM 14,000

  • Software RM 7,000

  • Sekurang-kurang 2 buah televisyen RM 5,000

    Jumlah Kos Pemasangan Peralatan RM 79, 450


Kertas cadangan pemantauan media untuk

SEKIAN, TERIMA KASIH!

Disediakan Khas Oleh,

12 January 2009


  • Login