Skw 320 falsafah sosial sains
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 33

SKW 320 Falsafah Sosial Sains PowerPoint PPT Presentation


  • 79 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

SKW 320 Falsafah Sosial Sains. FALSAFAH. Bagaimana memberikan definisi? Dengan cara memberikan skop kepada pengertian. (Definition by limitation) Dengan cara menghuraikan sesuatu. (Definition by description) Dalam memberi definisi, tertakluk kepada kedua-dua kaedah ini. FAKTA. TEORI.

Download Presentation

SKW 320 Falsafah Sosial Sains

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Skw 320 falsafah sosial sains

SKW 320Falsafah Sosial Sains


Falsafah

FALSAFAH


Skw 320 falsafah sosial sains

Bagaimana memberikan definisi?

  • Dengan cara memberikan skop kepada pengertian.

    (Definition by limitation)

  • Dengan cara menghuraikan sesuatu. (Definition by description)

    Dalam memberi definisi, tertakluk kepada kedua-dua kaedah ini.


Skw 320 falsafah sosial sains

FAKTA

TEORI

IDEA

HIPOTESIS

KONSEP


Skw 320 falsafah sosial sains

  • Fakta - sesuatu yang sudah jelas/suatu kenyataan (a statement of fact)

  • Idea - pemikiran/pertimbangan yang dikenakan kepada fakta (value judgment)

  • Konsep - himpunan idea-idea terhadap sesuatu fakta (tujuan dan sudut mana?)

  • Hipotesis - andaian awal berdasarkan konsep dan belum disahkan

  • Teori – andaian disahkan dan menjadi fakta, boleh disangkal dengan teori baru


Skw 320 falsafah sosial sains

Philosophy = Philos + sophia

Philos = Love

Sophia = Wisdom

Philosophy = Love of wisdom

Falsafah = Kecintaan kepada kebijaksanaan/hikmah


Skw 320 falsafah sosial sains

Seorang ahli falsafah adalah seorang

yang cinta kepada kebijaksanaan

atau hikmah.


Skw 320 falsafah sosial sains

  • Falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi cinta terhadap hikmah dan berusaha untuk mendapatkannya.

  • Ahli falsafah - mereka yang berusaha mencari hakikat sesuatu, berusaha menautkan sebab dan akibat, serta berusaha mentafsirkan pengalaman manusia (Al-Syaibany 1979).


Skw 320 falsafah sosial sains

  • Stroll dan Popkin (1921):

    • The study of science of the truths or principles underlaying all knowledge, and being (or reality).

    • Any one of the three branches (natural philosophy, moral philosophy, and metaphysical philosophy) accepted as composing this science.

    • A system of philosophical doctrine; the philosophy of Spinoza.

    • Metaphysical science; metaphysics.

    • The study or science of the principles of a particular branch or subject of knowledge: the philosophy of history.

    • A system of principles for guidance in practical affairs.

    • Philosophical spirit or attitude; wise composure throughout the vicissitudes of life.


Skw 320 falsafah sosial sains

  • Perkara satu hingga enam keseluruhannya merujuk falsafah sebagai satu bidang yang secara sistematiknya membincangkan prinsip-prinsip tertentu (system of principles).

  • Perkara ketujuh bukan merujuk kepada aktiviti intelektual tetapi menyentuh tentang cara menanggapi kehidupan.

  • “Inquiries directed towards knowledge and those directed toward the guidance of life”.

  • Ertinya, falsafah merupakan satu sistem pemikiran yang sistematik tentang pandangan seseorang individu terhadap alam. Falsafah berperanan dalam menyediakan seseorang dengan perspektif dan pandangan yang lebih terbuka untuk membantunya berfikir dengan lebih sistematik dan teratur menjadikan seseorang itu lebih rasional dalam pemikiran dan tindakannya (Ozmon & Craver, 1999).


Skw 320 falsafah sosial sains

Ozmon & Craver (1991):

A dedicated inquiry into ideas, traditions, innovations, and ways of thinking.

Hirst & Peters (1970)

Aktiviti penaakulan yang menjadikan persoalan berbentuk second-order questions sebagai subjek.


Skw 320 falsafah sosial sains

Sufean Hussin (1996)

Bukan sains, kerana tidak menambah ilmu baru, tetapi menggabungkan fakta-fakta khusus kepada keseluruhan.

Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994)

Terletak antara sains dan teologi.


Ruang lingkup falsafah

Ruang Lingkup Falsafah

  • Russell (1946) - Falsafah ialah suatu disiplin di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains fizikal dan sains kemanusiaan).

  • Sebagai teologi - falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara-perkara yang tepat dan nyata.

  • Sebagai sains - falsafah menggunakan taakulan untuk membuktikan sesuatu.

  • Tegasnya, ilmu pengetahuan pasti adalah kepunyaan sains, manakala semua dogma atau rukun agama adalah kepunyaan teologi. Falsafah sahajalah yang melibatkan spekulasi dan taakulan.


Skw 320 falsafah sosial sains

Satu sistem pemikiran yang sistematik tentang pandangan seseorang individu tentang alam ini. Dalam membentuk sistem pemikiran tersebut, falsafah tidak menggunakan kaedah saintifik ataupun kaedah teologi. Sebaliknya, ia mempunyai kaedah tersendiri iaitu kaedah inkuiri falsafah. Apabila seseorang individu itu telah membentuk pandangan yang tersendiri tentang alam, beliau sebenarnya telah membentuk pandangan peribadinya tentang kehidupan; yang akan mempengaruhi cara berfikir dan tindakannya pula.


Skw 320 falsafah sosial sains

Pemikiran filosof mempunyai ciri-ciri khas, iaitu menimbulkan gejolak terhadap isu-isu manusia dan kemanusiaan; hidup dan kehidupan. Isu-isu falsafah tidak tetap, namun filosof tidak akan meninggalkannya sehinggalah mereka dapat merungkai cara pemecahan persoalan tersebut.


Skw 320 falsafah sosial sains

Fungsi:

  • Mencorak dan mendasari sistem dalam negara tersebut.

  • Menyediakan seseorang kepada pemikiran yang lebih sistematik.


Kesempurnaan kendiri realisasi kendiri

Kesempurnaan kendiri & Realisasi kendiri

Manusia memerlukan satu falsafah untuk memberikan mereka satu keyakinan hidup, yang kaedah empirikal sains tidak mampu melaksanakannya dalam usaha mencapai self-actualisation & self-realisation.


Falsafah sebagai satu aktiviti

Falsafah sebagai satu aktiviti …

Kneller (1971) TIGA stail/pendekatan falsafah:

  • Falsafah spekulatif - satu cara pemikiran yang sistematik mengenai semua yang wujud sebagai satu keseluruhan. Juga satu proses mencari susunan dan keseluruhan yg tidak hanya tertentu kpd satu item @ pengalaman, tetapi kepada semua pengetahuan dan pengalaman. Ringkasnya, falsafah spekulatif ialah satu usaha untuk mencari satu kesepaduan bagi semua pemikiran dan pengalaman.

    - Tujuannya untuk memahami semua perkara yang berbeza yang ditemui bersama dan membentuk satu keseluruhan yang bermakna.


Skw 320 falsafah sosial sains

  • Falsafah preskriptif - cuba menetapkan standard untuk mempertimbangkan nilai, kelakuan dan menghargai seni.

    - mengkaji apa yang dikatakan baik dan buruk, betul dan salah, cantik dan hodoh dan sebagainya.

    - bertanyakan sama ada kualiti tersebut terdapat pada perkara itu sendiri atau hanya muncul daripada pemikiran kita sahaja.

    - Bagi ahli psikologi, pelbagai bentuk tingkah laku manusia dari segi moral adalah tidak pasti baik buruknya. Tetapi, bagi ahli falsafah preskriptif, ia sentiasa berusaha untuk mencari & mengesyorkan prinsip untuk menentukan apakah tindakan dan kualiti yang berfaedah, dan kenapa ia harus begitu.


Skw 320 falsafah sosial sains

c)Falsafah analitik - memberi tumpuan kepada perkataan dan makna perkataan-perkataan tersebut.

- menganalisis kenyataan-kenyataan spekulatif dan preskriptif dalam usaha untuk mempertimbangkan makna-makna yang berbeza dalam konteks yang berlainan.

- mereka akan menunjukkan bagaimana ketidak seragaman mungkin timbul apabila makna yang sesuai dalam konteks tertentu telah dibawa dalam konteks yang berlainan.

- Mereka juga kelihatan berhati-hati, skeptik dan tidak begitu cenderung untuk membina sistem-sistem pemikiran.


Skw 320 falsafah sosial sains

Sufean Hussin (1996):

Pendekatan utama falsafah:

  • Pendekatan Deskriptif

  • Pendekatan Normatif

  • Pendekatan Analitik


Skw 320 falsafah sosial sains

  • Pendekatan secara deskriptif:

    Memberi perhatian kepada perkembangan pemikiran tokoh-tokoh falsafah dulu dan kini, dengan tujuan untuk memahaminya.


Skw 320 falsafah sosial sains

  • Pendekatan secara normatif

    Penekanan terhadap nilai-nilai, sebagai contoh apabila membincangkan tentang sesuatu isu.


Skw 320 falsafah sosial sains

  • Pendekatan secara analitik

    Digunakan untuk berhujah bagi mencari pertalian serta mendapat gambaran menyeluruh tentang sesuatu analisis bahasa (etimologi), konsep, prinsip dan teori.


Kaedah falsafah analisis inkuiri

Kaedah Falsafah: Analisis Inkuiri

  • Pendekatan ilmiah yang berdiri sendiri, untuk memperluaskan pengetahuan.Kejelasan konsep dan makna.

  • Bersifat abstrak, tetapi praktikal.Persoalan tentang konsep paling asas dalam kehidupan manusia.

  • Berbentuk dialektik. Tanpa prosedur atau peraturan tertentu, bergantung kepda proses konsepsi. (Persoalan, perbincangan, jawapan, reaksi, pro, kontra dan justifikasi).


Skw 320 falsafah sosial sains

  • Kepentingan: untuk sampai kepada kebenaran/persetujuan, mengurangkan percanggahan di sepanjang usaha mencari kebenaran tersebut.

  • Cara berlaku:

  • Menggunakan proses mental dan intelektual yang berat.

  • Meliputi tiga proses: analisis, sintesis, kritis.


Skw 320 falsafah sosial sains

Analisis:

Proses memecahkan satu komponen besar kepada elemen yang lebih kecil. Memecahkan sesuatu perkara yang telah dipelajari kepada bahagian tertentu supaya susuan dan kaitan pecahan dapat dipelajari.

Contoh:

Konsep pendidikan – konsep mendidik, ilmu sebagai kandungan pendidikan.

Kajian teliti. Penganalisaan serta penghasilan rumusan terhadap hasil tulisan atau pemikiran seseorang.


Skw 320 falsafah sosial sains

Sintesis:

Bertentangan dengan analisis. Menggabungkan pelbagai elemen menjadi satu komponen yang besar. Menyususn idea utama daripada pelbagai sumber untuk melahirkan idea baru yang bermakna.

Contoh:

Mencari definisi ilmu.

Al-Attas: asas definisi oleh al-Surahwardi + Ali Celebi

Mengkaji dan meneliti hasil tulisan atau pemikiran beberapa orang pemikir dan melaluinya beberapa idea atau pendapat baru dihasilkan.


Skw 320 falsafah sosial sains

Kritis:

Penilaian terhadap hujah yang digunakan bagi menyokong sesuatu pendapat.

Melibatkan pencarian kelemahan dalam berhujah, untuk memperbaiki dan mengukuhkannya, supaya pendapat menjadi lebih bernas dan jitu.

Menilai, memberi pendapat (negatif atau positif), atas hasil tulisan atau pemikiran seseorang.


Skw 320 falsafah sosial sains

Analisis falsafah sebagai jalan meluaskan ilmu pengetahuan,

TETAPI

Manusia sebagai makhluk yang

mempunyai kemampuan akal

dan intelek yang terhad.

Emosi – penjelasan al-Quran/Hadis – alam ghaib


Skw 320 falsafah sosial sains

TERIMA KASIH

[email protected]


  • Login