1 / 69

KONSEP DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

KONSEP DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN. Disediakan oleh: NARIMAH HASHIM Jabatan Perakaunan dan Kewangan Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Putra Malaysia. Hasil Pembelajaran Kuliah. Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: Menilai kepentingan bidang pengajian keusahawanan

Download Presentation

KONSEP DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KONSEP DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN Disediakan oleh: NARIMAH HASHIM Jabatan Perakaunan dan Kewangan Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Putra Malaysia NHashim....UPM..... 2007

  2. Hasil Pembelajaran Kuliah • Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: • Menilai kepentingan bidang pengajian keusahawanan • Menerangkan konsep usahawan dan keusahawanan • Mengenalpasti ciri dan sifat keusahawanan • Membuat rumusan mengenai pembangunan keusahawanan di Malaysia NHashim....UPM..... 2007

  3. LIPUTAN PEMBENTANGAN • Latar belakang sejarah di Malaysia • Budaya keusahawanan • Takrif usahawan • Faktor pembentukan usahawan • Perbezaan usahawan dengan pengurus/pentadbir • Ciri keusahawanan • Peranan usahawan dalam pembangunan negara • Rumusan NHashim....UPM..... 2007

  4. 1.0 LATARBELAKANG SEJARAH • Tanah Melayu Merdeka daripada penjajahan Inggeris 31 Ogos 1957 - tanpa tumpah darah • Pembangunan negara – tumpuan pembinaan infrastruktur dan ekonomi berasaskan pertanian NHashim....UPM..... 2007

  5. LATARBELAKANG SEJARAH • Tanah Melayu/Malaya menjadi Malaysia pada 16 September 1963 • Pembangunan negara – masih infrastruktur dan perkembangan perdagangan dan industri - pesat di kawasan bandar • Jurang ekonomi dan ketidakseimbangan taraf hidup antara rakyat berbilang kaum - mencetusnya – 13 MEI 1969 NHashim....UPM..... 2007

  6. RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971- 1975) • Dasar Ekonomi Baru (DEB) – mempunyai matlamat serampang dua mata (1) Membasmi kemiskinan (2) Menstruktur semula masyarakat NHashim....UPM..... 2007

  7. Menstruktur semula masyarakat • Agar kaum di negara Malaysia tidak dikenalpasti dengan pekerjaan ekonomi tradisional masing-masing Melayu - Kakitangan kerajaan, petani, polis, tentera Cina - Peniaga dan pedagang India - Pekerja estet dan pekerja pembinaan jalan raya NHashim....UPM..... 2007

  8. SEPULUH TAHUN DEB • Pembangunan negara – memberi prioriti dan dorongan kepada sektor perniagaan kecil dan sederhana – melibatkan 10 buah kementerian dan 13 buah agensi kerajaan pada satu ketika • Bumiputra dibantu untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan sambil-sambilan, lebih untuk meningkatkan pendapatan NHashim....UPM..... 2007

  9. SEPULUH TAHUN DEB • Masyarakat di kawasan luar bandar – digalak memulakan aktiviti sampingan Di kampung - ternakan ayam, lembu dan kambing untuk jualan, tanam cendawan, buat kerepek ubi etc. Di estet - tanaman kontan seperti kopi, koko, pisang, kacang, dan jagung NHashim....UPM..... 2007

  10. APA YANG TERJADI? • Kecil itu cantik dan terurus (Small is beautiful and manageable) • Bermula kecil - dengan harapan akhirnya menjadi besar? • Bilangan kecil (kuantiti) - lama kelamaan menjadi banyak (bigger numbers)? • Yang kecil tidak membesar dan yang baru nak besar, terlungkup/gulung tikar! NHashim....UPM..... 2007

  11. APA YANG SEBENARNYA TERJADI? • Rumusan agen pembangunan & pembuat dasar : (1) Mungkin semua orang boleh memulakan perniagaan tetapi tidak berkekalan (2) Membesarkan saiz perniagaan tetapi peniaga tidak bersedia dan berupaya dari segi mental, fizikal dan emosi NHashim....UPM..... 2007

  12. BANTU ORANG JANGAN BANTU PERNIAGAAN • Agen pembangunan & pembuat dasar – tukar paradigma • Jangan bantu perniagaan tetapi bantuan diberi kepada orang yang menjalankan perniagaan • Bukan sebarangan orang yang ingin dipupuk – bukan peniaga, bukan pengurus dan bukan pentadbir perniagaan NHashim....UPM..... 2007

  13. TUKAR STRATEGI – CARI USAHAWAN • Bukan KUANTITI perniagaan yang penting sekarang tetapi MUTU orang yang menjalankan perniagaan! • Dalam awal 1980’an – timbul istilah “USAHAWAN” – (the search for the person we call the ‘entrepreneur’ begins in Malaysia) NHashim....UPM..... 2007

  14. 2.0 BUDAYA KEUSAHAWANAN • Kerajaan sedar bilangan perniagaan Bumiputera tidak akan bertambah, berkembang dan menjadi canggih jika Bumiputera itu sendiri tidak dipupuk, dididik dan dipujuk untuk menjadi canggih dalam sikap dan perlakuan semulajadinya dan sikap dan perlakuan hariannya NHashim....UPM..... 2007

  15. BUDAYA KEUSAHAWANAN • Beberapa program untuk memupuk budaya keusahawanan telah dibentuk Antaranya: (1) Bagi graduan yang menganggur dalam kemelesatan ekonomi 1987 - Program PROMISSE - Program AGEN PERCUKAIAN -menyediakan agen cukai pendapatan & diberi lesen untuk berniaga perkhidmatan mereka NHashim....UPM..... 2007

  16. BUDAYA KEUSAHAWANAN (2) Bagi kakitangan-kerajaan kategori C&D –pegawai sokongan (3) Bagi kakitangan kerajaan kategori lain –untuk memulakan perniagaan atau berkerja di sektor korporat • Pension opsional – pada umur 40 NHashim....UPM..... 2007

  17. BUDAYA KEUSAHAWANAN • (4) Bagi gulungan remaja dengan harapan kumpulan muda mudah dipengaruhi - segala usaha akan beroleh kejayaan kerana ada pepatah Melayu “Kalau melentur buluh biar dari rebungnya” – Contoh program: PUM, Tunas Bistari, ‘Young Enterprise’ - diwujudkan untuk kalangan remaja di peringkat sekolah menengah NHashim....UPM..... 2007

  18. BUDAYA KEUSAHAWANAN • OBJEKTIF UNGGUL DEB (ULTIMATE OBJECTIVE) • PEMUPUKAN BUDAYA KEUSHAWANAN DALAM ABAD LAMA - INDIKATOR • MASYARAKAT PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN BUMIPUTERA! • HAKMILIK SAHAM BUMIPUTERA = 30% NHashim....UPM..... 2007

  19. BUDAYA KEUSAHAWANAN • Pada akhir tempoh DEB - 1990 (20 tahun), harapan untuk membentuk satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera TIDAK TERCAPAI! NHashim....UPM..... 2007

  20. APA YANG TERCAPAI? • Statistik: • Syarikat awam – ia itu syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (Nama dulu nama sekarang Bursa Saham Malaysia), • Hak milik saham Bumiputera • Tahun 1970 = 2.4 %; • Tahun 1990 =20.3% NHashim....UPM..... 2007

  21. PEMBENTUKAN USAHAWAN ANTARA AHLI KORPORAT • KERAJAAN TUKAR STRATEGI • Selepas tempoh DEB hingga 2000 memandatkan ahli korporat menjadi usahawan • Antaranya: Tan Sri Azman Hashim, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad,Tan Sri Halim Saad dan Tan Sri Tajuddin Ramli • Antara banyak sebab dan keadaan krisis kewangan dunia 1997-1998 usaha ini juga menemui nasib yang sama NHashim....UPM..... 2007

  22. APA YANG TIDAK DIJANGKAKAN? • DATA TERKINI – (RMK 8 tempoh 2001 – 2005) • Hak milik ekuiti korporat Bumiputera jatuh • TAHUN 1995 20.6% • TAHUN 1999 19.1% NHashim....UPM..... 2007

  23. TUKAR STRATEGI LAGI • Wujudkan pendidikan keusahawanan di kalangan mahasiswa • Pupuk asas pembudayaan keusahawanan di antara individu yang baharu dewasa (young adults) – • Yang mendapat kebebasan – jauh dari keluarga dan terpaksa membuat banyak keputusan sendiri NHashim....UPM..... 2007

  24. KEBARANGKALIAN KEJAYAAN? • Tinggi (High) • Mengapa? • Tempoh masa pendedahan – lebih panjang untuk seseorang memikirkan akan keusahawanan/alternatif kerjaya menjadi majikan daripada di’majikan’kan (Being your own boss rather than being bossed!) • Jika minat dipupuk dengan lebih awal – punca maklumat, sumber & pakar rujuk banyak dan wujud dalam kampus NHashim....UPM..... 2007

  25. KEBARANGKALIAN KEJAYAAN? • Jika minat telah dibangunkan & pelajar ingin mengukuhkan minat lagi dalam hal-hal keusahawanan atau mentajamkan lagi kemahiran mengurus sebuah perniagaan, pelajar boleh mengikuti • Aktiviti ko-kurikulum seperti SUS, KAKS & LKS atau • Mendaftar untuk kursus-kursus akademik yang tawarkan dalam kampus sebagai kursus audit atau elektif NHashim....UPM..... 2007

  26. APA PENDAPAT ANDA? • KEBARANGKALIAN KEJAYAAN STRATEGI BAHARU INI? NHashim....UPM..... 2007

  27. 3.0 TAKRIF USAHAWAN • Pernah dikatakan pencarian orang yang disebut sebagai ’usahawan’ atau ‘entrepreneur’ itu boleh disamakan dengan pencarian makhluk mistik yang disebut dalam cerita kanak-kanak sebagai “winnie-the-pooh” • Pemburu - tahu akan ciri & sifat yang perlu dicari tetapi sukar untuk ditangkap • Sebutan perkataan “ENTREPRENEUR” itu sendiri dah susah! NHashim....UPM..... 2007

  28. TAKRIF USAHAWAN • Perkataan ‘ENTREPRENEUR’ berasal daripada bahasa Perancis ‘ENTREPRENDRE’ yang boleh diterjemahkan sebagai kesanggupan memikul tugas atau mencuba ATAU yang mengusahakan satu enterprais NHashim....UPM..... 2007

  29. TAKRIF SEMASA - USAHAWAN • Satu mangkin bagi perubahan ekonomi yang menggunakan pencarian secara berobjektif, perancangan yang teliti dan membuat pertimbangan yang bijak apabila mengendalikan process keusahawanan • Bersikap optimistik secara unik dan komited, usahawan berkerja secara kreatif untuk membentuk sumber baru atau mengkurniakan kapasiti baru kepada sumber lama, dengan tujuan mencipta kekayaan • Reference Kuratko & Hodgetts (2007) NHashim....UPM..... 2007

  30. TAKRIF SEMASA - KEUSAHAWANAN • Satu proses inovasi dan penciptaan usahaniaga yang baru melalui 4 dimensi utama – individu, organisasi, sekitaran, proses, yang dibantu oleh jaringan kerja bersama (collaborative networking) dengan kerajaan, pendidikan & institusi. NHashim....UPM..... 2007

  31. SCHUMPETER & ‘THEORY OF ECONOMIC DEVELOPMENT’ • Orang termasyur yang memperkenalkan istilah ‘entrepreneur’ dalam bidang pendidikan adalah: • Joseph Schumpeter dalam karya tulisan 1934 yang berjudul “Theory of economic development” NHashim....UPM..... 2007

  32. SCHUMPETER & ‘THEORY OF ECONOMIC DEVELOPMENT’ • Beliau berjaya menunjukkan sumbangan seorang yang di panggil usahawan dan peranannya dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara NHashim....UPM..... 2007

  33. SCHUMPETER’S USAHAWAN • Beliau mengambarkan usahawan sebagai seorang buruh yang unik • Baginya usahawan diibaratkan sebagai ‘innovator’atau orang yang membawa perubahan atau pembaharuan • Usahawan dibentangkan sebagai seorang individu yang bertanggungjawab kepada pengeluaran dan pendorong dayacipta (creativity) dan ‘yang baru dan ganjil’ (novelty) dalam operasi biasa sesuatu aktiviti ekonomi NHashim....UPM..... 2007

  34. LIMA BENTUK PEMBAHARUAN DALAM PERNIAGAAN • Memperkenalkan perkhidmatan atau barangan yang baru atau mutu baru • Memperkenalkan proses pengeluaran yang baru melalui penemuan sains atau cara pengendalian komersial yang baru • Membuka pasaran baru atau yang belum pernah diterokai • Berjaya menguasai punca baru bagi bahan mentah • Menyusun semula organisasi industri yang sedia ada, mewujudkan atau membubarkan kedudukan yang bermonopoli NHashim....UPM..... 2007

  35. PERANAN USAHAWAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI Mengikut teori Shumpeter: • Kecenderungan sesebuah ekonomi untuk bergerak kepada titik keseimbangan terjejas oleh kebolehan unik usahawan. • Mereka berjaya keluar daripada arah aliran keseimbangan tidak berkesudahan dengan memperkenalkan kepada negara kombinasi-kombinasi baru dalam proses pengeluaran, produk dan pasaran • Peranan usahawan sebagai inovator membantu sebuah negara ke arah kemajuan dan perkembangan NHashim....UPM..... 2007

  36. 4.0 FAKTOR PEMBENTUKAN USAHAWAN • Kajian termasyur mengenai asal usul usahawan dikemukakan oleh David McClelland dalam buku berjudul “The Achieving Society” • Ia memperkenalkan motif saikoloji “the need for achievement”atau satu “keinginan untuk pencapaian” – merupakan faktor pendorong yang kuat NHashim....UPM..... 2007

  37. THE N ACHIEVEMENT FACTOR • Individu ini mencerminkan satu kesedaran dalaman dalam diri sendiri untuk berjaya, dan • kehendak ini dilahirkan melalui ‘sentiasa keinginan untuk melakukan prestasi yang lebih baik daripada orang lain dalam situasi yang sama’ NHashim....UPM..... 2007

  38. FAKTOR PEMBENTUKAN USAHAWAN • Keinginan untuk pencapaian ini diasuh pada umur yang masih muda • Amalan & cara pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak menyokong pembangunan keinginan ini: • Kemesraan ibu dan kuasa dominasi ayah kurang • Tanam semangat berdikari – Kanak-kanak dikenakan piawai keunggulan yang agak tinggi NHashim....UPM..... 2007

  39. FAKTOR PEMBENTUKAN USAHAWAN • Kesanggupan untuk mencapainya tanpa campur tangan ibu bapa • Pujian & emosi kemegahan yang sebenar diberi apabila kanak-kanak itu mencapainya • Tanpa terlalu memanjakan atau melindunginya NHashim....UPM..... 2007

  40. FAKTOR PEMBENTUKAN USAHAWAN • RUMUSAN McCLLELAND: • Individu yang mempunyai keinginan untuk pencapaian tinggi akan memilih, berbanding dengan orang lain, kerjaya dalam bidang perniagaan, mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi dan akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam persaingan, lebih suka kepada risiko yang berpatutan dan nilai wang merupakan simbol dan ukuran pencapaian, bukan objektif akhir baginya NHashim....UPM..... 2007

  41. RUMUSAN • SATU CABANG PEMIKIRAN (0NE SCHOOL OR THOUGHT) “USAHAWAN DILAHIRKAN” • DAN PROSES INI SATU PROSES YANG SANGAT SANGAT PANJANG! NHashim....UPM..... 2007

  42. MOTIF MENJADI USAHAWAN • Mengikut kajian ada 2 kumpulan faktor yang terselah: • Faktor Tertarik (Pull Factor) (1) Faktor saikoloji seperti kecenderungan terhadap pencapaian cemerlang dan lokus kawalan diri dalaman yang tinggi (2) Peluang persekitaran wujud dan menguntungkan NHashim....UPM..... 2007

  43. MOTIF MENJADI USAHAWAN (3) Mencari keredaan Allah (perniagaan sebagai satu ibadat) (4) Berkhidmat untuk mengisi keperluan dan kehendak masyarakat NHashim....UPM..... 2007

  44. Faktor tertolak (Push factor) (1) Kekecewaan di tempat kerja seperti tidak mendapat pengiktirafan daripada majikan dan peluang kenaikan pangkat terbatas (2) Kemelesetan ekonomi - peribadi (3) Tidak puas hati dengan layanan masyarakat dan persekitaran – lazimnya mereka merupakan kumpulan yang tersisih oleh masyarakat tempatan (social marginality) NHashim....UPM..... 2007

  45. 5.0 USAHAWAN BUKAN PENGURUS/PENTADBIR • Sentiasa menjalankan aktiviti keusahawanan ia itu pembaharuan berbanding dengan aktiviti bukan keusahawanan ia itu pengurusan dan pentadbiran • Usahawan membuat keputusan mengenai objektif dan matlamat; pengurus membuat keputusan mengenai cara untuk mencapai objektif dan matlamat NHashim....UPM..... 2007

  46. 6.0 CIRI KEUSAHAWANAN • Kegigihan, berusaha dan bertenaga (Persistent, hardworking & energetic) • Rajin dan tidak kenal penat lelah • Mementingkan masa tetapi masa baginya melebihi 24 jam dalam sehari • Keyakinan diri (Self-confidence) • Percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri • Tidak menyerah kepada nasib tetapi tidak pula terlampau yakin akan diri sendiri sehingga tidak menyedari kelemahan NHashim....UPM..... 2007

  47. CIRI KEUSAHAWANAN • Kesanggupan penglibatan berpanjangan • Mempunyai pandangan jauh atau berwawasan • Tidak diibaratkan seperti “Hangat-hangat tahi ayam” • Percaya pada “ Kalau genggam bara api biar sampai jadi arang” atau “Kalau menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan” bermakna tidak takut kepada kegagalan • “Kalau dah masuk bubu tak mahu keluar!” –to quote Encik Kamal Chik (AJK) NHashim....UPM..... 2007

  48. TIADA CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA? • Jika sentiasa terlalu takutkan kegagalan; apa pun tidak akan berlaku • Jika gagal, cuba dan cuba lagi • Jika jatuh bangun dan berdiri tegak dan lebih tegak lagi • Kegagalan atau kejatuhan dijadikan batu loncatan (stepping stone) untuk kejayaan masa hadapan NHashim....UPM..... 2007

  49. CIRI KEUSAHAWANAN • Kesanggupan dan kegigihan dalam penyelesaian masalah • Tidak lari daripada masalah- cekal, tabah dan sabar menempuh masalah dan merempuh rintangan • Tidak menganggap masalah sebagai sesuatu yang tidak dapat di atasi • Berbangga dan sangat berpuas hati jika dapat mengatasi masalah dan rintangan NHashim....UPM..... 2007

  50. CIRI KEUSAHAWANAN • Bergantung kepada diri bukan kepada keadaan • Percaya kepada hakikat bahawa kegagalan dan kejayaan adalah disebabkan oleh diri sendiri bukan keadaan atau nasib • Yakin jika berusaha pasti berjaya • Initiatif tinggi tidak perlu disuruh, ditolak atau dipukul NHashim....UPM..... 2007

More Related