1 / 32

PENYEDIAAN DAN LATIHAN GURU-GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

PENYEDIAAN DAN LATIHAN GURU-GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM. Prof. Madya Dato ’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. PENDAHULUAN.

Download Presentation

PENYEDIAAN DAN LATIHAN GURU-GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENYEDIAAN DAN LATIHAN GURU-GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Prof. MadyaDato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

  2. PENDAHULUAN • Perkembangan kemajuan ekonomi yang mendesak, kemajuan teknologi di tambah pula dengan kepelbagaian isu masyarakat global dunia tanpa sempadan yang mengejar kemewahan kebendaan, tugas pendidikan kini hampir diserahkan para pendidik. • Peranan ibubapa semakin berkurangan dalam konteks pendidikan masa kini • Kesannya, sekolah kini menjadi satu tempat untuk mendapatkan maklumat dan memberikan kemahiran serta juga pembangunan moral dan sosial.

  3. Apa yang sering menjadi perbahasan ialah isu keberkesanan dalam aspek penguasaan dan penghayatan ilmu yang diberikan kepada pelajar-pelajar. • Apa yang pasti, pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan tidak menjamin kecemerlangan dalam aspek penguasaan ilmu yang sebenar dan juga dalam aspek pengamalan dan penghayatan ilmu yang mereka dipelajari. • Tugas guru menjadi semakin signifikan dalam sistem kemasyarakat dan negara hari ini

  4. P&P PENDIDIKAN ISLAM DAN PENGHAYATAN AKHLAK (N=3262)

  5. Kolerasi antara pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dan tahap penghayatan Islam

  6. ISU-ISU P&P DAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM • P&P pendidikan Islam perlu dibezakan dengan P&P mata pelajaran lain kerana konteksnya yang melangkaui tempoh persekolahan, alam pekerjaan atau atau kehidupan seharian sebagai manusia. • Pendidikan Islam mendidik manusia untuk hidup di alam dunia, beramal dan beribadat untuk kehidupan di akhirat. • Implikasinya ialah aspek penguasaan dan penghayatan ilmu menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan Islam.

  7. P&P Tilawah

  8. P&P Aqidah

  9. P&P Ibadah

  10. P&P Sirah

  11. Bidangberkesan

  12. Aktivitip&p paling diminati

  13. INDEK AMALAN PENGAJARAN GURU: PENILAIAN PELAJAR

  14. INDEK AMALAN PENGAJARAN: PEMERHATIAN

  15. INDEK AMALAN PENGAJARAN : PENILAIAN KENDIRI

  16. Tahapprofesionalisme GPI-SGM (2010)

  17. Ab. Halim et. al. (2007) > melihat tentang kesan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah, khususnya di sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Seramai 1, 403 pelajar Islam Tingkatan 4 daripada 17 buah sekolah menengah kebangsaan di tiga buah daerah di negeri Johor, • Amalan-amalan agama di kalangan remaja adalah berada pada tahap yang sederhana. • Sikap pelajar-pelajar sikap terhadap agama pada tahap yang tinggi • Hubungan positif yang signifikan antara semua pemboleh-pembolehubah iaitu orientasi amalan agama remaja, amalan akhlak peribadi, amalan akhlak sosial, amalan akhlak agama dan sikap remaja terhadap Islam.

  18. Selain itu Anisah (2008), Abdul Shukor (2008) dan Mohd Azman (2008) telah menguji satu modul pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam berasaskan masjid. Modul ini diasaskan kepada kurikulum pendidikan Islam Tingkatan 2, KBSM. • Hasil kajian mereka jalankan, didapati, pelajar-pelajar dan guru-guru berasa sangat positif terhadap inovasi yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik tersebut. • Bagi memastikan kesinambungan kreativiti guru pendidikan Islam, mereka perlu memberikan tumpuan kepada pembangunan model atau pun modul pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kepada inovasi dalam P&P pendidikan Islam.

  19. MohdKassimTusin (2010) disekolahmenengahdi Sabah. Dapatankajianmendapatiterdapattigakategorikualiti GPI yang utamaiaitu, pengetahuan, personalitidankemahiran. • Sumberkualiti pula berkisarsekitarkeluarga, kesungguhansemasadi IPT danpenglibatanaktifdalamaktiviti-aktivitirasmidankemasyarakatansetelahbergelar guru. • GPI mengaplikasikualitimerekadisekolahdisampingtidakmengabaikanhal-halkekeluargaandankemasyarakatan. • Kajianinimerumuskanbahawakualitidiri GPI berkaitrapatdengantigatemaiaitufalsafah, psikologidansosiologi.

  20. Zakaria Abdullah (2011) telah menjalankan satu kajian tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam kalangan guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. • Kajian ini mendapati guru-guru pendidikan Islam dapat melaksanakan pendekatan berpusatkan pelajar semasa pengajaran mereka tetapi tahapnya masih perlu diperbaiki lagi. • Antara isu yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah kurangnya latihan-latihan yang berkaitan dengan pedagogi terkini diberikan kepada guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah kebangsaan.

  21. KEPERLUAN DALAM PENYEDIAAN DAN LATIHAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM

  22. Tugas guru perlu dikaitkan dengan tugas sebagai pendakwah dan dengan erti kata lain seorang guru pendiikan Islam adalah juga seorang pendakwah atau da`i. • Pastinya, metode dan pendekatan yang digunakan perlu dipelbagaikan bagi memaksimum keberkesanan dakwah yang dijalankan. • Dalam konteks pendidikan formal kini, kejayaan P&P pendidikan Islam di institusi pendidikan lebih banyak bergantung kepada keupayaan guru mendidik para pelajar berbanding dengan peranan ibu bapa. • jumlah masa yang dilalui pelajar-pelajar lebih banyak bersama dengan guru-guru

  23. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan besar kepada pembentukan diri pelajar. • Beberapa persoalan: • a) Apakah kaedah pengajaran yang sering digunakan oleh guru Pendidikan Islam tersebut? • b) Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut berkesan? • c) Apakah kaedah pengajaran yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam? • d) Aspek manakah dalam Pendidikan Islam yang paling memberikan kesan kepada diri pelajar?

  24. Hasil pembelajaran yang paling utama yang ingin dicapai dalam pelaksanaan pendidikan Islam ialah pelajar-pelajar dapat menguasai dan menghayati ilmu yang dipelajari oleh mereka. • Adab, akhlak dan keperibadian guru pendidikan Islam dalam Islam yang boleh dilihat di dalam kelas boleh dikategorikan kepada penampilan dan keperibadian guru pendidikan Islam terhadap para pelajarnya • Penampilan merupakan ciri pertama yang perlu ada bagi seorang guru pendidikan Islam ketika di dalam dan luar kelas. • Aspek kedua yang disepakati ialah keperibadian guru pendidikan Islam para pelajarnya.

  25. Sifat ini memberi fokus kepada perasaan sayang dan menunjukkan kasih sayang kepada para pelajar, selalu menasihati, menunjuk ajar dan memberi tumpuan kepada para pelajar mereka dan memandu pelajar mengikuti apa yang dinasihatkan. • Keadaan ini memberi motivasi dan galakan terhadap idea serta cetusan pemikiran positif pelajar dalam peningkatan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan seterusnya perubahan tingkah laku pelajar atau penghayatan amalan pelajar seperti yang dijelaskan dalam dua rajah berikut:

  26. KOMPONEN TERAS GURU

  27. KOMPONEN UTAMA PENYEDIAAN DAN LATIHAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM

  28. i. Personaliti guru • Seorang perlu terlebih dahulu memiliki sahsiah atau personaliti yang unggul sebelum berusaha untuk membentuk sahsiah para pelajarnya melalui proses pendidikan tersebut. • Personaliti boleh dihuraikan sebagai ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. • Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada sesuatu ketika.

  29. ii. Motivasi dalam P&P • Guru perlu menimbulkan motivasi kepada pelajar untuk belajar kerana keinginan untuk belajar bukanlah suatu kemestian yang ada pada semua manusia. • Motivasi memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana berkaitan dengan pembangkitan minat. • Maka di dalam pendidikan ia merupakan satu keperluan yang patut diamalkan oleh para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. • Tanpa motivasi, proses pembelajaran menjadi tidak bermakna dan tidak berkesan

  30. iii. Pelbagai bentuk kemahiran dalam P&P • Seorang guru itu perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran mengajar atau teaching skills meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan berkesan iaitu menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran. • Kemahiran-kemahiran tersebut perlu supaya guru dapat mengendalikan pelajaran yang tinggi mutunya di samping pelajar akan tertarik kepada pelajaran yang bermakna dan menyeronokkan

  31. iv. Peng. pedagogi kandungan mata pelajaran - PCK • Guru–guru mesti menyampaikan pelajaran mengikut kemampuan dan pencapaian skala fikiran pelajar, mengenal pasti kesediaan dan kemampuan pelajar selaras dengan batasan kefahaman dan kehendak setiap pelajar, memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan tujuan dan hasil pembelajaran, tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasan pelajar, menggunakan bahan pengajaran, rujukan dan bahan bantu mengajar yang sesuai. • Kebolehan guru menentukan pengajaran di dalam kelas tersebut sesuai dengan kandungan mata pelajaran tersebut yang meliputi elemen pendekatan, strategi, teknik, pengurusan bilik darjah, interaksi guru dan kesesuaian bahan bantu pengajaran yang digunakan.

More Related