1 / 44

Taklimat Bagi Ibu Bapa Murid P5 & P6

Taklimat Bagi Ibu Bapa Murid P5 & P6. Tarikh: 11hb Februari 2012 Tempat: 1 Patience. Agenda. Sukatan Pelajaran Bagi Buku Mekar Bahan – bahan Pengajaran Bagi Bahasa Melayu Penilaian Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012. Sukatan Pelajaran Bagi Buku Mekar.

gizi
Download Presentation

Taklimat Bagi Ibu Bapa Murid P5 & P6

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Taklimat Bagi Ibu Bapa Murid P5 & P6 Tarikh: 11hb Februari 2012 Tempat: 1 Patience

  2. Agenda • Sukatan Pelajaran Bagi Buku Mekar • Bahan – bahan Pengajaran Bagi Bahasa Melayu • Penilaian • Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012

  3. Sukatan Pelajaran Bagi Buku Mekar • Murid – murid akan dinilai berdasarkan 4 komponen: - • Bertutur • Membaca • Mendengar • Menulis Murid – murid bukan sahaja dinilai semasa penilaian formal tetapi menerusi ujian kecil / kuiz / renungan guru dsb.

  4. Bahan-Bahan Pengajaran Bagi Bahasa Melayu • Buku Teks • Buku Aktiviti • Fail Bahasa Melayu – Bahasa, Kefahaman & Karangan • Lembaran Kerja • Buku Latihan Tambahan (Assessment Books)

  5. Penilaian P5BM & P5BML • Penilaian formal akan dijalankan setiap penggal:– • Ujian Penilaian 1 (PP1) • Peperiksaan Pertengahan Tahun (SA1) • Ujian Penilaian 2 (PP2) • Peperiksaan Akhir Tahun (SA2)

  6. Penilaian P6BM & P6BML Penilaian formal akan dijalankan setiap penggal:– Ujian Penilaian 1 (PP1) Peperiksaan Pertengahan Tahun (SA1) Peperiksaan Prelim – P6

  7. Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim bagi P5 & P6 BM • Kertas 1: Karangan • Karangan Bertopik ATAU • Karangan Gambar Bersiri Enam (40 markah) - • Isi (20 markah) • Bahasa (20 markah)

  8. Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim bagi P5 & P6 BM • Kertas 2: Bahasa & Kefahaman Bahagian A (46 markah) - • Kata Berimbuhan (10 soalan – 20 markah) • Peribahasa (5 soalan – 10 markah) • Kefahaman Objektif (4 soalan – 8 markah) • Kefahaman Grafik (4 soalan – 8 markah)

  9. Kertas 2: Contoh Soalan Kata Berimbuhan (20 markah)

  10. Kertas 2: Contoh Soalan Peribahasa (20 markah)

  11. PERSANDINGAN IMPIAN 2010 Anjuran Rahimah Bridal Wear 341 Jalan Megat, Singapura 801522 PERHATIAN BAKAL MEMPELAI! Inginkan majlis perkahwinan yang indah tetapi tidak mempunyai cukup duit? Ayuh ajak pasangan anda ke acara ini untuk mendapatkan diskaun-diskaun pakej perkahwinan hingga 40%! Pameran akan diadakan selama 3 hari sahaja bermula 8hb Ogos 2010. • Acara & Perkhidmatan Hebat: • Kek Kahwin Istimewa • Konsultasi perkahwinan percuma! • Konsultasi rumah percuma! • Pakej Andaman • Reka Kad Jemputan Anda Sendiri! • Sesi Soal Jawab Isu Rumahtangga • oleh Ustazah Rosita Hadiah misteri akan diberikan kepada 100 pasangan pertama pada hari pertama dan kedua sahaja! Saksikan peragawati-peragawati meragakan baju-baju pengantin hasil rekaan pereka fesyen terkenal Malaysia, Jun Hassan! Suntan City Mall, Dewan 408 Dibuka 10 pagi – 9 malam Tiket: $20 setiap seorang Diskaun $15 bagi setiap pasangan! Kertas 2: Contoh Kertas Soalan Kefahaman Grafik (8 markah)

  12. Kertas 2: Contoh Kertas Soalan Kefahaman Grafik (8 markah)

  13. Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman Objektif (8 markah) “Hanna! Sudah ambil pasport Hanna?” tanya ibu. Hanna tidak sabar lagi untuk berangkat ke sebuah pulau terpencil menaiki kereta api dan feri. Ini merupakan kali pertama Hanna meninggalkan tanah airnya untuk pergi makan angin lagi di negeri lain semenjak pemergian ayahnya tiga tahun yang lalu. Setibanya di Pulau Jati, Hanna memecut ke arah hotelnya lalu mencampak begnya di atas katilnya. Ibunya, Puan Asmah hanya tersenyum lebar melihat gelagat anaknya itu. Hanna tidak dapat menahan keghairahannya apabila melihat lautan kebiru-biruan yang mengepungi pulau itu. Muka lautan itu bersinar-sinar apabila dipancar cahaya matahari, seolah-olah mengundang Hanna untuk menerjun ke dalamnya dan membongkar dasarnya. • Hanna pergi ke Pulau Jati bersama ________________. • (1) ibu dan ayahnya • (2) ibu dan abangnya • (3) ayah dan abangnya • (4) ayah, ibu dan abangnya

  14. Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim bagi P5 & P6 BM • Kertas 2: Bahasa & Kefahaman Booklet B (44 markah) - • Golongan Kata (8 soalan – 16 markah) • Frasa (4 soalan – 8 markah) • Kefahaman Subjektif (6 soalan – 20 markah)

  15. Kertas 2: Contoh Soalan Golongan Kata (16 markah) Hani merungut seorang diri sepanjang perjalanan pulang dari sekolah. Petang itu, dia tidak dapat (24) ___________________ bas kerana terlupa membawa kad Ez-linknya. Duit syiling di dalam dompetnya pula sudah (25) ___________________ kerana telah dibelanjakan semasa waktu rehat di sekolah. Perjalanan yang agak (26) ________________ serta cuaca yang begitu panas terik membuat badan Hani (27) ___________________ keringat.

  16. Kertas 2: Contoh Soalan Frasa (8 markah) (1) tidak sihat hari ini (2) mengubah sikap saya (3) berasa agak letih hari ini (4) tersenyum dengan gembira (5) mengabaikan kesihatan kamu (6) menyelesaikan kerja sekolah saya terlebih dahulu Cikgu Aliyah: Eh, Athirah, mengapa kamu kelihatan pucat lesi? Kamu (32) __________________? Athirah : Oh, Cikgu Aliyah! Saya bukan kurang sihat. Saya cuma (33) __________________. Semalaman saya tidak tidur kerana asyik mengulang kaji untuk ujian Bahasa Melayu kita pada petang nanti.

  17. Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman Subjektif (20 markah) Faizal tidak hadir di sekolah sejak dia pengsan secara tiba-tiba di kantin. Aku risau. Aku cuba telefon Mak Cik Gayah tetapi tidak ada jawapan. Aku masih ingat lagi waktu itu. Sebuah kereta mewah memasuki perkarangan sekolah. Heboh ketua murid mencari aku kerana katanya, ada orang hendak berjumpa dengan aku. Aku pun menemui pemandu kereta mewah itu. Rupa-rupanya, orang itu Pak Cik Hamid, pemandu peribadi bapa Faizal. 36. Mengapakah Danial berasa risau? (2 markah) 37. Apakah berita yang hendak disampaikan oleh Pak Cik Hamid kepada Danial? (2 markah)

  18. Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman Subjektif (20 markah) 38. Terangkan dua perkara yang Danial lakukan setelah mendapat berita daripada Pak Cik Hamid. (4 markah) 39. Berikan bukti-bukti yang menunjukkan Faizal sedang dalam keadaan tenat ketika ditemui Danial? (4 markah) 40. Berikan dua sifat Danial yang terpuji yang boleh kita contohi. Berikan contoh untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

  19. Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman Subjektif (20 markah) 41(a)Berdasarkan petikan karangan ini, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan. (i)heboh (1 markah) ________________________________________________ (ii)sedar (1 markah) ________________________________________________ (iii)Tersekat-sekat (1 markah) ________________________________________________ (b)Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud perasaan sedih atau hiba ialah _______________________.(1 markah)

  20. Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim bagi P5 & P6 BM • Kertas 3: Kefahaman Mendengar • 10 Soalan Kefahaman Mendengar Berdasarkan 4 Teks(20 markah)

  21. Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim bagi P5 & P6 BM • Kertas 4: Lisan (50 markah) • Bacaan Lantang (20 markah) • Penerangan Gambar (20 markah) • Perbualan Berdasarkan Topik Yang Berkaitan Dengan Gambar (10 markah)

  22. Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim bagi P5 & P6 BML Kertas 1: Karangan (40 markah) Karangan Berdasarkan Tajuk & Senario ATAU Karangan Berdasarkan Permulaan Isi (20 markah) Bahasa (20 markah)

  23. Kertas 1 Bahasa Melayu Lanjutan: Contoh Karangan Soalan 1 (40 markah) SOALAN 1: Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk dan senario yang diberikan. Pengalaman Di Pasar Geylang Serai Kamu telah mengikut ibu ke Pasar Geylang Serai. Semasa berada di gerai ikan, kamu terpandang beberapa orang budak lelaki sedang berlari-lari di situ. Tiba-tiba satu jeritan yang kuat telah memeranjatkan kamu. Apabila kamu menoleh ke arah jeritan itu, kamu terpandang darah mengalir dari kepala salah seorang budak tadi. Kamu cuba membantu. Ceritakan bagaimana caranya kamu membantu.

  24. Kertas 1 Bahasa Melayu Lanjutan: Contoh Karangan Soalan 2 (40 markah) SOALAN 2: Tulis sebuah cerita dengan menggunakan permulaan yang berikut: Mak Minah duduk di sofa yang terletak di ruang tamu. Malam kian larut tetapi anaknya masih tidak kelihatan. Beliau amat bimbang akan keselamatan anaknya. Tiba-tiba...

  25. Kertas 2: Bahasa & Kefahaman (60 markah) - Memadankan Peribahasa (5 soalan – 10 markah) Mengedit Teks (5 soalan – 10 markah) Melengkapkan Teks (5 soalan – 10 markah) Mengenal Pasti Idea Utama (2 soalan – 4 markah) Kefahaman (7 soalan – 26 markah) Komponen Penilaian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim bagi P5 & P6 BML

  26. Kertas 2: Contoh Soalan Memadankan Peribahasa (10 markah) • 1. Dia rela menyerahkah wang simpanannya kepada adiknya yang • akan melanjutkan pelajarannya ke luar negeri. Baginya itulah sahaja bentuk bantuan yang boleh diadakan olehnya. Dia berharap adiknya pulang dengan kejayaan.

  27. Kertas 2: Contoh Soalan Mengedit Teks (10 markah) Dengan adanya komputer, kita dapat menyebarkan maklumat dengan cepat dan meluas. (6) Perluasan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat pula, khususnya Internet, menjadikan dunia semakin kecil. Kita dapat (7) berbahas dengan cepat dan mudah walaupun berada di penjuru dunia yang berlainan. Dengan hanya (8) tekan papan kekunci komputer, (9) kami dapat berkomunikasi dengan manusia di seluruh dunia.

  28. Kertas 2: Contoh Soalan Melengkapkan Teks (10 markah) (1)Kaum lelaki juga suka pada senaman ini. (2)Membaca juga merupakan kegiatan yang baik. (3)Bermain bola sepak merupakan kegemaran kita (4)Kegiatan ini selalunya digemari oleh kaum wanita. (5)Dengan ini kita dapat terus menjaga kesihatan kita. (6)Antara kegiatan yang mudah kita lakukan ialah membuat kerja-kerja rumah. (7)Kita juga harus menggunakan tenaga yang lebih banyak dengan berolahraga. (8)Senaman aerobik dan kegiatan-kegiatan yang disebut tadi akan menggerakkan otot-otot kita. Mengurangkan dan mengawal berat badan bukan hanya dengan mengamalkan makanan yang seimbang. (11)___________________________.

  29. Kertas 2: Contoh Soalan Mengenal Pasti Idea Utama (4 markah) Orang-orang Cina menyambut Pesta Tanglung dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Tanglung-tanglung yang berwarna-warni dan beraneka ragam digantung di hadapan kedai-kedai sebagai tanda untuk menyatakan kedatangan Pesta Tanglung. Pesta Tanglung yang dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan merupakan satu perayaan tradisi Orang Cina. Pesta ini jatuh pada hari ke-15 dalam bulan kelapan mengikut pengiraan kalendar Cina. Pada hari itu, kanak-kanak menjinjing tanglung yang beraneka bentuk dan dibawa berjalan-jalan. Tanglung mainan diperbuat daripada buluh dan dibaluti dengan kertas warna lutsinar. Sementara Kuih bulan pula berbentuk bulat. Ia dibuat daripada tepung, kuning telur masin, adunan kacang dan perencah. Kulit kuih bulan juga dihiasi dengan ukiran bunga-bunga agar ia kelihatan lebih menarik dan merangsangkan selera makan.

  30. Kertas 2: Contoh Soalan Mengenal Pasti Idea Utama (4 markah) • Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah • (2 markah) • Aktiviti-aktiviti utama yang diadakan semasa pesta tanglung • (2 markah)

  31. Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman (26 markah) Rosman tinggal bersama ibunya di sebuah rumah kecil, lebih tepat dipanggil pondok sahaja. Atapnya dibuat daripada daun nipah, dindingnya daripada buluh dan lantainya daripada papan yang usang. Namun, kemiskinan itu tidak menjadi batu penghalang untuk dia terus belajar. Ayahnya meninggal dunia ketika dia berada dalam darjah lima di sekolah rendah dahulu. Kini dia sudah berada dalam kelas menengah satu. Ketika ayahnya masih hidup, Rosman mencari wang dengan menggunakan serawan jala. Ayahnya pula mengambil upah memanjat pokok kelapa. Ibunya juga berusaha menanam sayur-sayuran di halaman rumahnya supaya dapat dijual di pasar.

  32. Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman (26 markah) • Apakah pekerjaan Rosman? (2 markah) • Nyatakan keadaan rumah Rosman (4 markah) • Bagaimana keadaan kehidupan Rosman? (4 markah)

  33. Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman (26 markah) • Apakah bentuk bekalan yang ditinggalkan oleh bapanya setelah beliau meninggal dunia? (4 markah) • Rosman tidak pernah berputus asa . Jelaskan. (4 markah) • 23 Berikan pandangan kamu mengenai kegigihan keluarga Rosman untuk • memenuhi kehidupan mereka. (4 markah)

  34. Kertas 2: Contoh Soalan Kefahaman (26 markah) 24 Berdasarkan petikan karangan, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut. (i) upah (1 markah) (ii) pesanan (1 markah)

  35. Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012 – Program Bacaan Luas Bahasa Melayu • Jabatan Bahasa Melayu akan menyediakan seleksi buku cerita Bahasa Melayu bagi murid – murid. Buku – buku ini bakal digunakan sebagai bahan untuk program ini. • Murid – murid diberikan masa dua minggu berdasarkan tahap kesukaran buku cerita tersebut.

  36. Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012 - Program Bacaan Luas Bahasa Melayu • Setelah membaca buku – buku cerita tersebut, murid – murid akan dirangsang pemahaman mereka melalui aktiviti - aktiviti.

  37. Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012 - Latihan Lisan Bahasa Melayu Setiap murid P5 dan P6 bakal menerima set lisan di mana mereka dikehendaki membuat kajian mengenai tempat – tempat tertentu untuk memperluaskan kosakata mereka.

  38. Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012 - Bengkel & Khemah Bahasa Melayu • Darmawisata ke Brunei untuk murid – murid P5 dari 17hb Jun 2012 – 20hb Jun 2012 (Masih dalam perancangan) (Akan diumumkan kemudian jika bajet kelompok berjaya didapatkan)

  39. Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012 - Bengkel & Khemah Bahasa Melayu • Aktiviti – aktiviti ‘MTL Fortnight’ • P5 & P6: Menghayati Sastera • Murid – murid akan diajar cara mendeklamasikan sajak, pantun dan syair. (Sepanjang dua minggu dalam Penggal 3)

  40. Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012 - Bengkel & Khemah Bahasa Melayu Jejak Warisan di Pulau Ubin dikendalikan oleh EDN Media Pte Ltd (Sabtu, 7hb Julai 2012 / 9 pagi – 3 petang) (bakal ditentukan pada Penggal 3)

  41. Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012 - Bahan – bahan Bahasa Melayu Lain Murid boleh melungsuri lelaman - lelaman berikut di rumah: Lelaman MEKAR dalam Talian: - http://mekar.edumall.sg/mekar/slot/u112/ML/index.html

  42. Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012 - Bahan – bahan Bahasa Melayu Lain Lelaman Saujana: - http://www.saujana.sg/ Lelaman Dewan Bahasa & Pustaka: http://prpm.dbp.gov.my/

  43. Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu untuk 2012 - Bahan – bahan Bahasa Melayu Lain Lelaman lead.com.sg: - www.lead.com.sg Lelaman NLB: http://www.pl.sg Lelaman Quizlet (untuk ujian peribahasa) www.quizlet.com

  44. Jika ada sebarang pertanyaan… • nor_aishah_isnain@moe.edu.sg • Nombor talian: 84187817

More Related