1 / 8

Pencegahan Kecederaan dalam Sukan dan Langkah-langkahnya

PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN - Definisi terma pencegahan - 6 prinsip pencegahan: senarai, contoh mengenali situasi - Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam kitaran kecederaan. Pencegahan Kecederaan dalam Sukan dan Langkah-langkahnya. Definisi

gibson
Download Presentation

Pencegahan Kecederaan dalam Sukan dan Langkah-langkahnya

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN -Definisi terma pencegahan-6 prinsip pencegahan: senarai, contoh mengenali situasi-Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam kitaran kecederaan

  2. Pencegahan Kecederaan dalam Sukan dan Langkah-langkahnya Definisi • Pencegahan kecederaan di dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.

  3. Prinsip PencegahanKecederaan Prinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah 1)Prinsip latihan • Penambahan beban senaman secara beransur-ansur • Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari. • Intensiti • Motivasi • Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif • Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan • Rutin 2) Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.

  4. 3) Ansur maju latihanMengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.Faedah ansur maju : • memulihkan kecederaan • meningkatkan perkembangan • meningkatkan keyakinan diri 4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.

  5. 5) Keselamatan kemudahan dan peralatanBerlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan. 6)Peralatan perlindunganAlatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan. Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripada peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.

  6. Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan di dalam kitaran kecederaan 1. Menguasai teknik yang betul. • Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. • Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul. 2. Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik. • Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. • Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. • Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana:(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi. (b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.(c) Memiliki fleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh

  7. 3. Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai • Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan. • Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. • Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh. 4. Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang • Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok. • Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. • Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. • Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.

  8. 5. Pengurusan Emosi • Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit. • Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti. • Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.

More Related