1 / 58

S HAPING E XCELLENT C HARACTER

S HAPING E XCELLENT C HARACTER. Prof. Muhammad al’ Mahdi. Introduction.

gaenor
Download Presentation

S HAPING E XCELLENT C HARACTER

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SHAPING EXCELLENT CHARACTER Prof. Muhammad al’ Mahdi

  2. Introduction Please do not think this is simply a book on how to be a more effective parent. This book is the first step on the way to a future much better than the world of today. In today's world we have war, murder, rape, illegal drug sale and use, robbery, violence of all kinds, exploitation, pollution, corruption, starvation, illiteracy, sexual immorality, addictions to various harmful substances, and many other social problems. Not only do these wrongs exist in our world, but these combined wrongs occur billions and billions of times every day. This is not the world Allah meant for us to have, and we have no intention of allowing these horrors, both great and small, to continue ruining the lives of our children. The knowledge and techniques presented in this small booklet are very powerful; and, if correctly and consistently used, truly can aid parents in raising their children to become good and true Muslims who can succeed academically and professionally in the modern world without losing their belief in or their practice of traditional Islam. This is the first offering of the Khalifah Project, under the auspices of the Ministry of Women and Family Affairs. The goal of this project is to offer the people of Malaysia viable means to improve the character of the nation's youth so significantly that Malaysia will come to be known as such an excellent example of what a good and right society should be that we will serve as a model of social development for all the world's nations. To achieve the fullness of its potential success this project must come to belong to all the people of Malaysia, regardless of race or religion.

  3. (Note: Although this booklet has an Islamic orientation we think this information would be equally useful to parents of all religions. Future works of the Khalifah Project will be produced recognizing the diverse religious and cultural heritage which makes Malaysia unique.)

  4. Pendahuluan Buku ini bukan hanya suatu panduan bagaimana menjadi orang tua yang lebih efektif. Ia sebenarnya merupakan langkah pertama dalam pendidikan anak-anak untuk masa depan yang lebih baik dan gemilang. Peperangan, pembunuhan, penjualan dan penyalahgunaan narkoba, perampokan, vandalimse, eksploitasi, pencemaran alam, KKN, kelaparan, buta huruf, keruntuhan akhlak dan bermacam-macam lagi gejala sosial berlaku dengan merajalela pada masa kini. Seluruh dunia mengalami masalah ini pada kadar yang tinggi. Ini bukanlah dunia yang ditakdirkan Allah untuk kita warisi dan kita juga tidak menginginkan perkara yang menakutkan ini terus-menerus memusnahkan kehidupan anak-anak kita. Pengetahuan dan teknik yang terdapat di dalam buku ini sangat berkesan dan jika digunakan dengan betul dan secara berkesinambungan, ia dapat membimbing dan membantu orang tua dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka menjadi seorang muslim dalam arti kata yang sebenarnya; iaitu berhasil dalam dunia moderen dari segi akademik dan profesional disamping memegang teguh amalan dan cara hidup Islam. Buku ini merupakan hasil pertama program LPPKN, program Malaysia: Nation of Character, di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Tujuan utama dari program Malaysia: Nation of Character adalah untuk memberi rakyat Malaysia suatu pendekatan berkesan untuk mencemerlangkan keperibadian remaja sehingga Malaysia dikenali sebagai Negara yang mempunyai masyarakat yang ideal. Seterusnya kita boleh dijadikan model terbaik untuk pembangunan sosial di seluruh dunia. Untuk memastikan keberhasilan program ini, ia perlu dijadikan program rakyat Malaysia yang patut diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

  5. (Nota: Walaupun buku ini mempunyai pendekatan Islam – kami rasa informasi yang terdapat di dalamnya sesuai untuk digunakan oleh semua ibu bapa tanpa mengira agama. Program seterusnya yang akan diterbitkan oleh program Malaysia: Nation of Character akan menumpukan perhatian kepada plurisme agama dan warisan budaya yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.)

  6. Pengenalan Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Bukhari) Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan mengkilap sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya "menjadi" atau tidak. Semua ibu bapa mahu membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi insan yang mulia tetapi banyak yang tidak tahu cara yang berkesan untuk melakukannya.

  7. Dua perkara pokok diperlukan: • Ibu bapa perlu mengetahui bagaimana keperibadian terbentuk. • Ibu bapa perlu mempunyai suatu nilai sebagai asas kepada keperibadian anaknya; nilai ini adalah nilai keperibadian Islam dan anak-anak perlu dibesarkan sebagai Khalifah Allah. Dengan menggabungkan kedua-dua aspek ini ibu bapa akan dapat membentuk anak-anak yang akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan insan yang cemerlang di akhirat.

  8. PROSES PEMBENTUKAN INSAN

  9. Apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan keperibadian?Faktor utama yang menentukan keperibadian seseorang ialah faktor lingkungan. Tiga faktor lingkungan yang mempengaruhi keperibadian individu: • lingkungan fisik • lingkungan sosial • kata hati (inner speech) Satu faktor internal yang bertindak sebagai penyaring ialah PERSEPSI. • Lingkungan fizikal (Prasarana dan fasilitas awam) • Lingkungan sosial (Komunikasi interpersonal) • Perhubungan sesama manusia • Ibubapa • Keluarga • Rakan • Guru • Orang sekeliling

  10. teknologi komunikasi dan hiburan modern ciptaan manusia • TV • Video • Komputer • Muzik • Kata Hati • Adalah perkara-perkara yang kita ungkapkan kepada diri kita sendiri. • Kata hati berperanan untuk menentukan tingkah laku individu. • Ia terbentuk melalui pengalaman dari pembelajaran masa lampau (Total Past Learning History) dan menentukan persepsi mengenai sesuatu perkara. Ia memainkan peranan yang besar di dalam membedakan antara baik dan buruk.

  11. Pembentukan Keperibadian • Tiga Sumber • Lingkungan fizikal • Lingkungan sosial • Kata Hati PEMBELAJARAN MASA LAMPAU (PML) PERSEPSI KATA HATI

  12. Persepsi atau Tanggapan • Persepsi mentafsirkan informasi apa saja yang diterima dan bertindak sebagai penyaring. • Persepsi setiap individu berbeda kerana ia dipengaruhi oleh faktor lingkungan (fisik, sosial dan kata hati) dan Pembelajaran Masa Lamppau (PML) individu berkenaan. Contoh perbezaan persepsi tentang rokok: • Bagi orang yang merokok, rokok dianggap nikmat, bergaya dan berstatus. • Bagi yang tak merokok, rokok dianggap busuk, berpenyakit dan merupakan pemborosan. • Di dalam membesarkan anak-anak ibu bapa perlu wujudkan PERSEPSI Islam.

  13. Ibu bapa perlu pastikan supaya pembelajaran masa lampau (PML) anak-anak adalah positif: • Perwatakan seseorang bergantung kepada jenis input yang mereka terima apakah berunsur positif atau negatif. • Setiap input ini akan tertanam di dalam pemikiran mereka sebagai pembelajaran masa lampau (PML). • PML menentukan perwatakan kanak-kanak dan PML dipengaruhi oleh 3 faktor di mana faktor manusia dan kata hati adalah sangat penting. • PML akan menentukan keperibadian, pemikiran, tindak-tanduk, dan segalanya tentang siapa kita. • Yang kita hendak sasarkan adalah PML yang positif supaya anak kita menjadi insan yang cemerlang.

  14. Tujuan kita sebagai ibu bapa adalah untuk membentuk keperibadian positif dalam anak-anak. Contoh keperibadian positif: • Kasih pada Allah • Kasih sesama manusia • Hormat-menghormati • Bertimbang rasa • Bersopan • Tidak bergaduh sesama saudara • Rajin belajar • Istiqamah di dalam sesuatu pekerjaan

  15. Apakah jenis input yang perlu kita berikan untuk membentuk PML yang positif? • Dengan memberi GANJARAN kepada setiap perkara positif (baik) yang dilakukan oleh anak kita. • Dengan memberi GANJARAN setiap kali anak kita TIDAK melakukan perkara negatif (tidak baik). • Hal ini disebut PENGARUH POSITIF TERARAH (directed positive influence) • Pengaruh positif terarahbermaksud memberi ganjaran kepada anak kita setiap kali mereka melakukan perkara yang baik atau meninggalkan perkara yang dilarang serta menegur kesilapan mereka dengan cara yang baik apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan. • Dengan cara ini, mereka akan terdorong untuk terus melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

  16. Bagaimanakah GANJARAN diberikan? • Beri perhatian • Beri penghormatan, pengakuan • Beri kata-kata pujian • Beri motivasi • Ucapkan terima kasih • Sebutkan perkara baik yang dilakukan oleh anak kita • Tunjuk kasih sayang dengan perkataan dan perbuatan • Beri hadiah (tetapi tidak perlu terlalu sering) • Bawa anak berjalan-jalan • Anak-anak boleh diajar memberi ganjaran pada diri sendiri dengan menggunakan kata hati.

  17. PERANAN KATA HATI: KISAH YUSUF DI KUALA LUMPUR. Yusuf berasal dari kampung dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan agama yang mantap. Semasa menunggu hasil ujian ebtanas SPM, ia mengunjungi bibinya di Kuala Lumpur dan telah dibawa oleh sepupunya ke suatu acara sambutan hari ulang tahun. Acara ini khusus untuk remaja saja dengan muzik techno dan tari menari. Tiba-tiba datang sekumpulan anak muda membawa satu kotak arak dan mula membaginya kepada mereka yang hadir. Yusuf juga diberi kaleng arak. Dia langsung menolaknya. Kawan yang baru dikenalinya menawarkannya lagi. "Ala santai saja, rasain dulu dong! Nggak akan mabuk kok! Kita semua udah kok, nggak ada apa-apa kok!” Yusuf berkata pada dirinya, "Arak memang haram dan aku mesti kuatkan pendirian aku. Biarlah mereka bilang aku ini kolot tapi aku tidak akan benarkan kenikmatan sementara ini menggoyang imanku. Mereka tak mau berkawan denganku juga nggak apap-apa. Mungkin bagus juga ya kalau aku tinggalkan saja acara ini. Dari tadi aku nggak suka duduk dan melihat dengan tari-tarani dan pergaulan bebas seperti ini.“ Yusuf mengajak sepupunya pulang yang kebetulan juga tidak menyangka acara tersebut disambut sedemikian rupa. Dalam perjalanan pulang Yusuf berkata kepada dirinya, "Aku bangga dengan diriku yang tidak mudah terpengaruh. Semoga Allah sentiasa membimbingku di jalan yang lurus."

  18. Perhatikan dari contoh di atas Yusuf telah menggunakan kata hati secara positif dalam dua keadaan: • Meyakinkan dirinya supaya tidak terpengaruh dengan desakan kawan untuk melakukan perkara mungkar. • Memberi ganjaran kepada dirinya sendiri setelah berhasil menahan dirinya daripada melakukan kejahatan. • Kata hati boleh mempengaruhi tindak tanduk seseorang secara positif atau negatif. Ia bergantung kepada PML dan persepsi individu. • Didikan anak-anak dari kecil untuk menjadi Khalifah Allah akan memupuk pembentukan kata hati yang bersifat positif.

  19. HUKUM PEMBELAJARAN(LAWS OF LEARNING)

  20. Sebagaimana Allah jadikan (Sunnatullah) kejadian dan perjalanan alam dan semua makhluk mengikut Hukum-Hukum Fisika, Kimia dan Biologi, Allah jadikan (Sunnatullah) cara ilmu diperolehi mengikut Hukum Pembelajaran. • Hukum Pembelajaran menerangkan bagaimana kita mempelajari sesuatu: • Semua perbuatan yang baik maupun yang buruk diperkuat lagi melalui pemberian ganjaran atau hukuman. • Pemberian ganjaran selepas sesuatu perbuatan akan meningkatkan kemungkinan perbuatan itu diulangi dari segi kekerapan dan kesungguhan. (Prinsip ini diutamakan dalam membentuk keperibadian positif) • Mengenakan hukuman selepas sesuatu perbuatan akan mengurangi kemungkinan perbuatan itu diulangi. (Prinsip ini tidak membesan yang berarti untuk membentuk keperibadian positif jangka panjang) • PENEKANAN (reinforcement) secara terus-menerus akan membentuk keperibadian individu. • Proses membentuk peribadi adalah melalui langkah-langkah kecil yang menuju kepada tujuan akhir (tabiat baik). Ini dipanggil PROSES PEMBENTUKAN (shaping process).

  21. Pencapaian pada setiap langkah kecil diperkuat secara positif dalam bentuk ganjaran. • Proses pembentukan boleh memberikan kesan dengan membantu anak-anak memberi ganjaran sendiri (self-rewarding) melalui kata hati. PROSES PEMBENTUKAN (SHAPING PROCESS) L A N G K A H K E C I L TUJUAN 5 G A N J A R A N Langkah 4 3 2 1 MASA

  22. Tujuan: Anak mampu membuat kamar tidurnya senantiasa rapi dan teratur. Tujuan ini boleh dicapai melalui langkah-langkah kecil berikut untuk anak kita lakukan: • Langkah 1: Handuk dikeringkan dan baju yang akan dicuci dimasukkan ke dalam ember; jangan dibiarkan pakaian berserakan di atas lantai. • Langkah 2: Tempat tidur dirapikan setiap pagi dan lantai disapu. • Langkah 3: Debu-debu dibersihkan dan buku-buku di atas meja disusun kemas. • Langkah 4: Kamar tidur dihias. • Langkah 5: Keseluruhan kamar senantiasa rapi dan teratur. Apabila sasaran dicapai pada setiap langkah, anak-anak diberi ganjaran dalam bentuk motivasi, pengakuan terhadap pencapaiannya yang baik dan sekali-kali dihadiahkan es krim ataupun yang lainnya.

  23. RUMUSAN UNTUK ORANG TUA • Orang tua perlu melibatkan anak-anak dalam membicarakan tentang sasaran supaya tercapai sasaran yang dikehendaki. • Semua anggota keluarga mesti juga ajak untuk memahami Hukum Pembelajaran dan menghayatinya sehingga mendapat kerjasama semua pihak untuk mencapai sasaran. • Menekankan dan memperkokoh tabiat baik anak-anak melalui pengaruh positif terarah merupakan hal yang penting bagi orang tua. • Orang tua harus sadar bahawa kelakuan baik bukan berlaku secara spontan tetapi memerlukan usaha secara terus-menerus terancang. • Usaha berterusan ini dilakukan melalui langkah-langkah kecil ke arah tujuan akhir. • Aplikasi Hukum Pembelajaran boleh dirumuskan dalam kisah ayam.

  24. APLIKASI HUKUM PEMBELAJARAN: KISAH AYAMKisah nyata di bawah menunjukkan bagaimana Hukum Pembelajaran digunakan untuk melatih seekor ayam. Tujuan: Mengajar seekor ayam berdiri di atas satu kaki dan berputar ke kanan satu kali serta mematuk tombol dihadapannya. Masalah: Adalah sukar untuk kita (manusia) mengajar seekor ayam untuk melakukan pergerakan di atas kerana kita tidak bisa berkomunikasi dengan ayam. Tetapi dengan mengetahui Hukum Pembelajaran, perkara yang hampir mustahil ini bisa dilakukan dalam masa kurang dari 10 minit. Bahan: Seekor ayam yang agak lapar, sangkar yang dibina khusus dengan corong dan tombol berwarna merah, makanan ayam yang keluar melalui corong apabila tombol ditekan.

  25. Kaedah: Dalam eksperimen ini GANJARAN diberi dalam bentuk makanan. Tahap l: Sebagai permulaan kita akan memperhatikan ayam tersebut. Biasanya ayam tidak akan duduk diam. Ia akan senantiasa mengangkat kakinya dan mematuk secara tidak beraturan. Setiap kali ayam tersebut mengangkat kaki kirinya kita beri ia makanan (GANJARAN) dengan menekan tombol. Kemudiannya jika kaki kirinya diangkat semula makanan akan diberi hanya jika kakinya diangkat lebih tinggi dari sebelumnya. Ayam dengan cepat dapat menghubungkan antara perbuatan mengangkat kaki kiri dengan penerimaan makanan. Akhirnya kita akan mendapat seekor ayam yang berdiri di atas sebelah kaki. Pada peringkat ini kita hanya beri makanan jika ia mula berputar seperti tahap II. Tahap II: Setiap kali ayam tersebut mengangkat kaki kirinya dan menoleh ke kanan makanan akan diberi. Lama kelamaan ayam ini akan sentiasa berdiri di atas kaki kirinya dan berputar lehernya sehingga ke tahap badannya ikut berputar juga dan membuat satu putaran. Tahap III: Ayam akan diberikan makanan jika ia membuat semua pergerakan tersebut secara berturutan yaitu, berdiri di atas kaki kiri, membuat satu putaran ke kanan dan mematuk tombol. Oleh sebab setiap kali ayam itu melakukan pergerakan di atas ia mendapat ganjaran dalam bentuk makanan, ayam tersebut akan mengulangi pergerakan ini secara terus-menerus.

  26. Apakah yang dapat dipelajari daripada eksperimen ini? • Satu tugas yang pada mulanya mustahil tetapi akhirnya dapat dilakukan dengan menggunakan cara yang betul. • Tugas yang kompleks boleh dilakukan secara berperingkat. • Setiap perbuatan yang disusuli dengan ganjaran akan memperkuat perbuatan tersebut. • Untuk setiap peringkat kita perlu ada tujuan; semua tujuan di setiap peringkat menuju ke tujuan akhir. Apakah kaedah yang boleh kita lakukan untuk anak kita? • Rumuskan tujuan. • Tujuan yang kompleks perlu dilakukan secara berperingkat. • Ganjaran diberi untuk setiap tujuan yang dicapai pada setiap peringkat. • Apabila ini senantiasa dilakukan ia akan meninggalkan kesan yang positif kepada anak-anak dan ini dapat dikekalkan sebagai keperibadian positif.

  27. Panduan untuk orang tua • Rumuskan tujuan yang ingin dicapai. • Berikan perhatian terhadap perkara yang positif/baik dilakukan oleh anak. • Jangan berikan perhatian terhadap perkara buruk/negatif yang dilakukan oleh anak. • Beri ganjaran terhadap perkara positif yang dilakukan oleh anak atau setelah tujuan dicapai. • Anak perlukan perhatian dari orang tuanya. • Setiap saat, perkembangan anak-anak dibentuk oleh alam persekitarannya, termasuk apa yang dipelajari daripada kedua-dua ibu bapaknya.

  28. GANJARAN

  29. Apakah jenis-jenis ganjaran? • Kata-kata pujian • Kata-kata untuk motivasi • Memberikan perhatian dan pengakuan kepada perkara-perkara baik yang anak-anak lakukan serta memberitahu mereka penghargaan kita. • Kadang-kala ganjaran diberi dalam bentuk hadiah. • Bilakah waktu yang terbaik untuk kita memberi ganjaran? • Ganjaran paling berkesan apabila diberi segera setelah kita dapati anak kita melakukan kebaikan. Karena itulah, kita haruslah senantiasa memberi perhatian kepada setiap perkara baik yang dilakukan oleh anak kita. • Bagaimanakah caranya kita memberi ganjaran? • Beritahu kepada anak kita kebaikan yang telah dilakukannya. • Beri pujian secara ikhlas dan lemah lembut. • Gunakanlah cara yang bervariasi setiap pujian itu.

  30. Contoh ungkapan yang boleh digunakan: “Enak kan bila semua orang menyukai kita …” “Bagusnya bila Nadia tak menjerit-jerit …” “Ayah senang bila Omar senantiasa rapi ..” “Senangnya hati ini, melihat anak mama rajin belajar …” “Bersyukur mama, anak tak suka buang waktu …” “Allah sayang orang yang tidak berbohong …” “Terima kasih karena tidak mengganggu adik …”

  31. KISAH OMAR DENGAN ADIKNYA: CARA MEMBERI GANJARAN Anak perempuan anda terjatuh ketika sedang bermain dan mengalami sedikit kecederaan pada lututnya lalu menangis. Anak lelaki anda, Omar etika melihat adiknya jatuh langsung mendekatinya dan mengangkat serta menghiburnya. Anda yang sedang memerhatikan apa yang berlaku harus menghampiri Omar segera dan berikan kata-kata pujian seperti: “Bagus betul Omar tolong adik tadi. Beruntunglah mama dapat anak yang sayangkan adiknya. Allah akan kasih pada Omar karena sudah menolong adik.” • Berikan pujian segera setelah anak anda melakukan sesuatu perkara yang baik. • Beritahu anak anda secara khusus perkara baik yang telah dilakukannya. • Beri pujian dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. • Variasikanlah cara memuji anak anda. Jangan guna ungkapan yang sama setiap kali anda memuji. Perkara-perkara yang perlu diingat.........

  32. Perhatikan daripada contoh di atas, terdapat empat perkara yang diberi perhatian: • Ibu memberi tahu anaknya bahawa perkara yang telah dilakukan anaknya adalah sesuatu yang baik. • Ibu telah menyatakan rasa bangganya terhadap anaknya. • Ibu mengambil kesempatan untuk menyedarkan anaknya, betapa dia (anaknya) menyanyangi adiknya. • Ibu mengambil kesempatan menerapkan rasa kasih anaknya kepada Allah dengan memberitahunya betapa Allah mengasihi orang yang berbuat baik. ANAK PERLUKAN PERHATIAN (ATTENTION) • Semua anak memerlukan perhatian. • Anak kita akan membuat apa saja untuk mendapatkan perhatian. • Kalau diberi pilihan tentunya anak kita akan meminta perhatian dalam bentuk positif yaitu kata-kata penghargaan, pujian dan sebagainya. • Jika anak kita sama sekali tidak mendapat perhatian, mereka akan lakukan hal-hal yang mereka tahu akan mendapat perhatian walau pun dalam bentuk negatif seperti kena marah, dipukul atau didenda. • Anak-anak lebih rela dimarahi daripada mereka tidak diperhatikan sama sekali. • Ibu bapa sering lupa menyatakan penghargaan mereka apabila anak-anak berkelakuan baik.

  33. Contoh: • Anak remaja lelaki kita tidak merokok sedangkan banyak di antara kawan-kawannya yang merokok. Kita sebagai orang tua yang mengetahui hal ini sudah sepatutnya memberitahunya bahwa kita menghargainya karena tidak merokok. Ini akan mendorongnya untuk terus tidak merokok.

  34. Budaya Timur • Dalam budaya Timur khususnya masyarakat Melayu, kita jarang memberi pengakuan apabila anak-anak kita melakukan hal yang baik. • Biasaannya, kita hanya berdiam diri dan ini menyebabkan anak-anak berasa tidak dihargai. • Kita selalu menganggap bahawa anak kita akan memahami bahwa apabila kita berdiam diri, bermakna kita bersetuju dan berpuas hati dengan tindakan mereka. • Tetapi sebaliknya, apabila anak-anak kita melakukan kesalahan, amat mudah bagi kita untuk memarahi, meninggikan suara serta memukul mereka. • Secara tidak langsung, mereka akan membuat kesimpulan sendiri bahwa semua perkara yang mereka lakukan itu tidak betul dan mereka selalu dimarahi dalam segala situasi apapun. • Dalam masyarakat Melayu juga, orang tua lazimnya kurang atau tidak memberi pujian kepada anak-anak terutamanya mereka yang sudah bersekolah dan lebih-lebih lagi, remaja. • Kadang kala kita berasa kikuk, canggung dan malu untuk memberitahukan penghargaan kita kepada mereka. • Hal ini menjadi lebih rumit lagi karena variasi kata-kata pujian untuk percakapan sehari-hari dalam bahasa Indonesia agak terbatas jika dibandingkan dengan Bahasa Inggeris. • Untuk mengatasi masalah ini kita perlu kreatif untuk menciptakan dan mensosialisasikan ungkapan-ungkapan yang berbentuk penghargaan (appreciation) dan pujian. • Ungkapan-ungkapan ini apabila sering dipakai akhirnya akan diterima sebagai sebuah trend. • Kita perlu mengingatkan diri sendiri untuk selalu memberi pujian kepada anak-anak kita tetapi atas sebab-sebab yang sepatutnya.

  35. BAGAIMANA TABIAT BAIK SERING DIABAIKAN: KISAH AHMAD DI DEWAN MAKAN Pada hari pertama sekolah setelah liburan, Ahmad, seorang pelajar TK, menjerit dan menganggu kanak-kanak lain serta membuang makanannya dimana-mana ketika waktu makan. Guru yang mengawasi mereka memarahi Ahmad dengan meninggikan suaranya. Pada keesokkan hari, Ahmad masih berkelakuan seperti hari sebelumnya; dia menjerit, mengganggu kawan-kawannya dan menumpahkan air sirapnya. Guru yang sama, memarahi dan mencubit Ahmad. Pada hari ketiga, Ahmad berkelakuan sangat baik; tidak menjerit atau mengganggu kawan-kawannya dan menghabiskan makanannya dengan sopan. Akan tetapi, gurunya sama sekali tidak mempedulikan Ahmad, seolah-olah Ahmad tidak ada bersama kawan-kawannya yang lain. Bayangkan bagaimana kelakuan Ahmad pada hari keempat…. Sudah semestinya Ahmad akan menjerit dan berkelakuan buruk karena dengan cara ini, dia mendapat perhatian semua orang terutamanya daripada gurunya.

  36. Rumusan dari kisah: • Guru memberi perhatian kepada perkara negatif yang dilakukan Ahmad tetapi tidak memberi perhatian apabila ia berkelakuan baik. • Ahmad akhirnya berkesimpulan bahwa untuk mendapat perhatian gurunya semula ia mesti melakukan hal-hal yang negatif. • Senario seperti ini sering berlaku di rumah. Oleh karena itu, orang tua perlu senantiasa peka supaya kelakuan baik anaknya sentiasa mendapat penghargaan yang sewajarnya. Dengan cara ini, anak-anak akan senantiasa terdorong untuk melakukan perkara positif. • Kurangkan memberi perhatian kepada anak apabila mereka melakukan perkara negatif.

  37. HUKUMAN

  38. APAKAH PERANAN HUKUMAN? • HUKUMANmerupakan cara yang paling biasa digunakan oleh orang tua untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. • Tetapi pendekatan ini adalah kurang sesuai dan tidak dianjurkan walaupun ia nampak berkesan untuk memberhentikan atau mengurangi sesuatu tabiat buruk. • Walaubagaimana pun ada kalanya mengenakan hukuman menjadi perlu apabila seorang anak melampaui batas-batas yang ditetapkan. • Hukuman membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan dan hanya patut digunakan sebagai jalan terakhir bagi menangani sesuatu tabiat buruk selepas semua langkah pemantapan positif telah gagal. • Secara ideal, seseorang anak-anak haruslah dibesarkan dengan pengaruh positif, yaitu dengan melebihkan ganjaran daripada hukuman.

  39. Rasulullah (s.a.w.) sendiri tidak pernah memarahi atau meninggikan suara terhadap anak-anak ketika ingin menasihati mereka. Baginda sering berlemah-lembut dalam percakapannya dengan mereka. Satu hadith dari Sunan Abu Dawud: Seorang sahabat Nabi pernah berkata, “Semasa saya kecil, saya suka menjatuhkan buah kurma dengan melempar batu pada pohon kurma. Pada suatu hari, ada seseorang (Rasulullah s.a.w.) yang membopong saya dan menasihati saya agar memungut buah kurma yang jatuh dari pohon dan bukan menjatuhkannya menggunakan batu. Dia kemudiannya mengusap kepala saya dan memohon rahmat untuk saya” Rasulullah s.a.w. selalu beramah mesra dengan anak-anak dan tidak pernah memukul walaupun seorang anak pun di sepanjang hidupnya. Rasulullah s.a.w. banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya pemberian hukuman dalam hal mendisiplin mereka. Kenapakah hukuman tidak berkesan untuk membentuk tabiat positif jangka panjang? • Hukuman hanya berkesan jika ia menjadi ancaman kepada anak-anak. Kalau hukuman itu bukan lagi merupakan ancaman, anak-anak akan terus mengulangi tabiat negatif mereka. • Hukuman mendatangkan perasaan marah dan benci dalam anak-anak kepada orang yang mendendanya. • Anak-anak akan mencoba menyembunyikan perkara negatif yang dilakukannya untuk menghindari hukuman. Dia mungkin masih melakukan perkara negatif tersebut tanpa sepengetahuan orang tua. • Hukuman hanya memuaskan hati orang yang menghukum. • Secara tidak langsung, anak-anak akan belajar bahwa hukuman adalah satu-satunya cara bagi menyelesaikan masalah dan ini akan memberi kesan terhadap interaksi mereka dengan orang lain. Kanak-kanak akan tumbuh dan berkembang dengan konsep ini.

  40. Terdapat 2 jenis hukuman: • Melakukan sesuatu yang tidak disukai anak-anak (contoh: memarahi, memukul) • Menidakkan sesuatu yang disukai anak-anak (contoh: melarangnya menonton TV) • Walaupun mengenakan denda tidak dianjurkan, ini bukan berarti bahwa orang tua harus memberikan kebebasan tanpa batas (permissiveness) untuk melakukan apa saja yang diingininya tanpa sebarang batasan. Memberikan kebebasan tanpa batas lebih berbahaya daripada memberikan hukuman. • Hukuman kadangkala perlu dilakukan (sekiranya tidak ada cara positif lain) untuk menghentikan atau mengurangkan tabiat buruk yang ada pada diri anak-anak.

  41. Bagaimanakah cara terbaik melakukan hukuman (jika tidak ada cara positif lain)? • Beritahu anak-anak kita secara lemah-lembut kelakuan mereka yang sudah keluar dari batasan-batasan dan bagaimana kelakuan tersebut bisa mendatangkan akibat buruk. • Kita tidak semestinya menerangkan kelakuan buruknya secara detail, sebaliknya, kita boleh menerangkan betapa kita menyukai kelakuan baik yang boleh diamalkannya. • Jangan memberi terlalu banyak perhatian kepada kelakuan buruk anak kerana ia mungkin berubah menjadi suatu cara untuk anak tersebut menarik perhatian kita. • Jangan sekali-kali memalukan anak di hadapan orang lain. Seyogyanya, orang tua menasehati anak dalam suatu suasana yang mesra dan pribadi. • Apabila nasehat yang diberi tidak membawa sebarang perubahan, kita boleh mengambil langkah seterusnya dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang disukai mereka. Contohnya, jika anak kita suka bermain sepeda di waktu sore, kita boleh melarangnya bermain sepeda selama seminggu bermula dari hari dia membuat kesalahan dan terangkan kepadanya kenapa kita berbuat demikian. Ini merupakan hukuman jenis kedua, yaitu menidakkan sesuatu yang disukai anak-anak. • Jika semua usaha yang lain telah gagal dan anak-anak masih meneruskan kelakuan buruknya, hukuman fisik mungkin menjadi perlu. (Ingat! Ini adalah jalan terakhir dan tidak dianjurkan). Antara perkara yang perlu diperhatikan semasa menghukum secara fisikal ialah: • Jangan memukul semasa marah. Orang yang marah selalu melampaui batas dalam tindakannya. • Jangan pukul di bahagian muka, dada atau perut. • Jangan pukul lebih dari 3 kali. • Jangan pukul sampai luka, bengkak ataupun meninggalkan bekas. • Memukul dengan rotan hanya sebagai simbolik dan bukan untuk menyebabkan kesakitan atau mencederakan. Kesimpulannya, hukuman haruslah dihindari sejauh yang mungkin dan sayangilah anak anda tanpa mengenal batas. Sesungguhnya, pemberian kasih sayang yang ikhlas membawa suasana yang lebih harmonis dan menyumbang kepada perkembangan mental anak-anak yang lebih sihat.

  42. HUKUMAN tidak identik dengan TEGAS Kita perlu tegas dengan anak-anak. Kalau kita menyatakan sesuatu kita perlu kuatkan pendirian kita dan jangan ubah-ubah. Anak-anak perlu tahu bahwa kita serius dan akan melaksanakan apa yang kita katakan. Tetapi kita perlu realistik dengan perkara yang kita inginkan terhadap anak-anak. Jangan keterlaluan dengan perkara yang kita ingin TEGASkan. Contoh perkara yang terlalu ketat: • Sama sekali tak boleh tengok TV • Sama sekali tak boleh dengar muzik • Sama sekali tak boleh keluar bersama kawan Contoh pendekatan yang lebih realistik: • Beri pilihan kepada anak untuk menonton satu atau dua program TV saja. • Kalau ingin keluar “shopping” mesti solat di surau manapun yang tersedia apabila masuk waktu solat. • Boleh keluar dengan kawan-kawan tetapi mesti balik ke rumah sebelum pukul 6.00 petang.

  43. Kebebasan ada batasnya. Jangan amalkan sikap PERMISIF. • Di dalam bab-bab terdahulu, kita telah melihat kebaikan mendidik anak dengan lemah lembut; - memberi ganjaran mempunyai kesan yang lebih baik daripada menghardik dan menghukum anak-anak. • Ini tidak bermakna kita harus memanjakan anak-anak tanpa batasan. • Anak-anak perlu diberitahu apa yang baik dan buruk. Mereka tidak sepatutnya dibiarkan membuat sesuka hati. • Semua anak-anak perlu mengetahui dan diajarkan batas-batas kebebasan yang berhubungan dengan apa yang boleh mereka lakukan. • Semakin kecil dan muda anak itu, semakin banyak pula batasan kebebasannya. • Orang tua perlu memberitahu anak-anak dengan jelas tentang batas-batas kebebasan anak-anak. • Sikap permisif bermakna orang tua membiarkan anak-anak melakukan apa saaja tanpa mengenal batas. • Batasan kebebasan manusia telah ditentukan oleh Allah. Sikap permisif akan mendorong anak-anak untuk melanggar had kebebasan yang telah ditentukan oleh Allah. • Kebebasan tanpa batas membawa kesan yang buruk kepada perkembangan anak, malahan kesannya adalah lebih buruk daripada menghukumnya. • Orang tua tidak seharusnya terlalu memanjakan anak mereka sehingga tidak pernah bersekiap atau menegur kesalahan anak. • Anak-anak ini akan tumbuh berkembang dan berbuat sesuka hati karena mereka tidak tahu menilai di antara yang baik dan buruk. • Maka terjadilah masyarakat permisif yang tidak boleh membedakan sesuatu yang baik dan yang buruk. Masyarakat seperti ini mempunyai ciri-ciri seperti pergaulan bebas, keruntuhan akhlak, penyalahgunaan narkoba, dan sebagainya yang hanya mementingkan keseronokan. • Janganlah hanya karena terlalu sayangkan anak, orang tua lalai menjalankan kewajipan dalam memperbetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka. • Laranglah anak untuk melakukan sesuatu perkara negatif dengan tegas. Anak-anak akan tahu sekiranya sesuatu itu benar-benar dilarang oleh orang tua mereka atau sekadar di mulut sahaja. • Kadang kala orang tua bersikap permisif dan takut untuk menegur kesilapan atau sikap keterlaluan anak remaja mereka karena bimbang anak mereka akan benci kepada mereka. Tetapi orang tua perlu ingat sikap ini hanya mendorong anak-anak melakukan kejahatan.

  44. CONTOH PROSES PEMBENTUKAN (SHAPING) :KISAH DATUK DENGAN CUCUNYA Pada suatu hari seorang kakek dan cucunya pergi ke surau. Sementara mereka sedang beristirahat di luar surau menantikan masuknya waktu sembahyang, datanglah seekor anak kucing menghampiri anak kecil itu. Pada mulanya, nak kecil yang berumur kira-kira 4 tahun itu hanya menolak anak kucing tersebut dengan kakinya. Dia memandang ke arah kakeknya untuk melihat reaksi beliau. Si kakek hanya tersenyum melihat cucu kesayangannya menolak anak kucing tersebut. Anak kucing yang sedang kelaparan tadi menghampiri mereka lagi dan kali ini si cucu menendang anak kucing itu. Kakeknya hanya tersenyum juga memandang gelagat cucunya. Apabila anak kucing tersebut menghampiri mereka sekali lagi, cucu tadi yang berasa kakeknya menyukai apa yang dilakukannya, menendang anak kucing itu dengan sekuat hati; walau bagaimana pun tendangnya tersasar dan dia jatuh terduduk.

  45. Kisah ini menunjukkan bahawa sesuatu sikap buruk yang tidak ditegur dengan segera akan hanya menambahkan lagi keberanian anak-anak untuk melakukan yang lebih buruk lagi. • Sepatutnya, dari awal lagi sang kakek dalam contoh di atas mesti menegur cucunya dan melarangnya dari menganiaya binatang. • Karena terlalu sayangkan cucunya, kakek tersebut secara tidak langsung telah menumbuhkan sikap negatif di dalam diri anak tersebut. • Begitu juga secara umumnya, sekiranya sikap negatif anak-anak tidak ditegur dan dikoreksi dengan segera, sikap tersebut akan menjadi bertambah buruk. • Terdapat orang tua yang hanya tersenyum sekiranya anak kecil mereka membuat kesalahan. Ini akan menggalakkan lagi anak ini mengulangi kelakuan yang serupa. • Maka tak heranlah sekiranya anak-anak ini tumbuh berkembang dengan sikap mementingkan diri, sombong, biadap, dan tidak menghormati orang tua.

  46. Keperibadian Islam Manusia Sebagai Khalifah

  47. Konsep Khalifah Allah mencipta manusia untuk dua peranan: • Sebagai seorang hamba yang beribadat kepada Allah. • Sebagai Khalifah Allah di muka bumi. “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi’…Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya…” (Al-Baqarah 30-31) • Kita boleh membentuk sebuah dunia Islam yang dicirikan oleh semua yang baik dan indah jika semua orang Islam mendidik generasi yang menjalankan peranan sebagai khalifah Allah. • Penerapan tanggungjawab sebagai khalifah perlu bermula sejak dari kecil lagi. • Setiap orang tua perlu memahami konsep khalifah dan seterusnya menerapkan nilai murni ini kepada anak-anak mereka.

  48. Makna Khalifah Khalifah ialah seseorang yang menjalankan peranan sebagai wakil Allah di muka bumi. Alangkah istimewanya manusia karena dipilih sebagai khalifah Allah. Sebagai khalifah, kita perlu menyempurnakan: • Diri sendiri - menjadi seorang muslim yang mengikut syariah Allah. • Manusia sejagat - ke arah kehidupan yang bercirikan Islam dan diredhai Allah. • Alam sekeliling - menjadi sebuah taman syurga yang diredhai Allah. Tugas sebagai khalifah boleh disempurnakan dengan melakukan jihad.

  49. Makna Jihad • Jihad adalah amalan ke arah kebaikan dan menghindari segala kemungkaran. • Jihad bukan sahaja bermakna perang suci (Holy war) • Ia adalah perjuangan secara terus-menerus untuk mengalahkan nafsu jahat dan pengaruh syaitan, untuk mendapatkan keridhoan Allah. • Jihad dilakukan melalui kata-kata lembut yang penuh hikmah dan tindakan yang bijaksana. ORANG TUA mesti betul-betul memahami makna khalifah untuk mendidik anak-anak supaya MEREKA dapat memahami dengan jelas peranan mereka sebagai KHALIFAH Allah s.w.t. • Orang tua mesti bantu anak-anak memahami bahwa adalah satu penghargaan besar kepada manusia karena dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifahNya. • Anak-anak mesti betul-betul paham bahwa kemenangan atau menjadi `pahlawan’ berarti berhasil melawan nafsu jahat dan pengaruh syaitan yang sentiasa menggoda dalam kehidupan harian kita. • Kita tidak mau kalah pada syaitan dan nafsu jahat kapan saja.

More Related