Benih bcmp dan 2 tingkat daun
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 10

BENIH BCMP DAN 2 TINGKAT DAUN PowerPoint PPT Presentation


  • 218 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH. BENIH BCMP DAN 2 TINGKAT DAUN. PENUBUHAN SEMAIAN DAN PENGELUARAN BENIH POLIBEG. 1. Perkara-perkara yang patut diberi perhatian apabila tapak semaian dibangunkan ialah seperti berikut :-

Download Presentation

BENIH BCMP DAN 2 TINGKAT DAUN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Benih bcmp dan 2 tingkat daun

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

BENIH BCMP DAN 2 TINGKAT DAUN


Penubuhan semaian dan pengeluaran benih polibeg

PENUBUHAN SEMAIAN DAN PENGELUARAN BENIH POLIBEG

1.Perkara-perkara yang patut diberi perhatian apabila tapak semaian dibangunkan ialah seperti berikut :-

a. Mestilah berdekatan dengan jalanraya

b. Berdekatan dengan sumber air.

c. Kawasan rata dan tidak mudah dinaiki air atau banjir.

d. Keluasan kawasan sesuai dengan pengeluaran bahan tanaman.

e. Menyediakan sistem penyiraman.

- sistem sprinkler untuk semaian besar yang hasilkan pengeluaran antara 250,000 ke 500,000 polibeg.

- semaian sementara atau kapasiti kecil antara 25,000 ke 50,000 polibeg boleh gunakan hos getah.

f.Tapak semaian hendaklah dipagar untuk elak serangan musuh.

g.Tanah subur


Benih bcmp dan 2 tingkat daun

2. Prosedur menyediakan bahan tanaman polibeg

a. Menyediakan polibeg mengikut saiz yang betul.

i. Polibeg besar ( 25.5sm x 50.8sm/30.5sm x 38.1 sm ) – lima hingga enam pusaran daun sebelum diubah ke ladang.

ii.Polibeg kecil (15sm x 33sm/18sm x 38 sm) untuk pengeluaran benih dua hingga tiga pusaran daun.

3. Pengambilan tanah, penyediaan dan pengisian polibeg

a. Sediakan tanah yang baik. Pilih tanah bahagian atas

(topsoil) antara 0-15sm dalam.

b. Gaul tanah dengan baja fosfat seperti CIRP, pada kadar 56 g setiap beg yang mengandungi 4.5 kg tanah.

c. Masukkan tanah dalam polibeg kosong.


Benih bcmp dan 2 tingkat daun

4. Menyusun Polibeg

i) Susun polibeg yang berisi tanah supaya tidak berlaku pertindihan, perlindungan cahaya di antara benih polibeg.

* Polibeg kecil - 2 polibeg disusun rapat pada jarak 96 sm x 18 sm. 115,740 polibeg/hektar.

ii) Tegangkan 2 utas dawai tebal yang diikat kepada 2 batang kayu untuk mengukuhkan kedudukan polibeg yang disusun sepanjang baris. Lebar antara dawai ialah 18 sm. Polibeg juga boleh disusun dalam parit dengan kedalaman 10 sm.

5. Menanam Biji Ke Dalam Polibeg Untuk Menghasilkan Pokok Penanti

i) Sediakan biji daripada klon-klon yang disyorkan.

ii) Cambah biji ditempat yang khas yang diisi dengan pasir.

iii) Tanam biji yang sudah bercambah di mana beberapa akar telah muncul ke dalam polibeg.

- Sekiranya bekalan biji cambah banyak & mencukupi boleh ditanam 2 biji/polibeg. Jika bekalan terhad hanya tanam 1 biji/polibeg.

iv) Siram polibeg dengan air yang mencukupi.

v) Jika terdapat dua pokok dalam satu polibeg, selepas sebulan, buang pokok yang kurang subur.


Benih bcmp dan 2 tingkat daun

6. Pembajaan Pokok Penanti

a. Untuk pokok penanti berumur 1-10 minggu, sembur campuran baja dedaun dan racun kulat (15 ml Bafolan + 12 g Daconil + 10 Dithane M-45 + 4.5 liter air) setiap 2 kali seminggu.

b. Pada umur 2hingga 10 minggu – letak baja larut atau sluri NPKMg 15:15:6:4 (56g + 4.5 liter air) dengan kadar 40-60 ml sepolibeg seminggu sekali.

c. Pada peringkat satu pusaran daun, baja pelepasan perlahan (seperti Kokei, Agroblend) boleh digunakan. Benamkan ke dalam tanah satu ketul (7 g) bagi setiap polibeg.


Benih bcmp dan 2 tingkat daun

7. Mencantum Anak Benih Dengan Kaedah Cantuman Muda.

a.Tentukan pokok penanti dalam polibeg telah mencapai saiz yang betul, iaitu berumur tiga hingga empat bulan.

b.Lekangkan kulit di pangkal pokok penanti dan potong kulit tersebut.

c.Hiriskan kepingan mata tunas bersama sedikit kayunya dari ranting tunas.

d.Tempek tunas diselitkan kecelah kulit pokok penanti.

e. Balut cantuman dengan pita politin lutsinar.

f.Setelah 4 minggu, tanggalkan pembalut politinnya. Potong di bahagian pokok penanti di atas bekas cantuman anggaran 9sm di atas tapak cantuman.

g. Biarkan baka atau sion tumbuh hingga mencapai 2 hingga 3 pusaran daun keras sebelum di tanam ke ladang.


Benih bcmp dan 2 tingkat daun

8.Pembajaan Benih Cantuman

a.Pada umur dua minggu dan seterusnya, sembur dua kali seminggu campuran baja dan racun kulat terdiri daripada Bayfolan (15ml) + Daconil (12g) + Dithane M45 (10g) dalam 4.5 liter air.

b.Empat minggu dan seterusnnya, bubuh setiap minggu baja larutan atau sluri NPKMg 15:15:6:4 56g dalam 4.5 liter air untuk 75 polibeg atau bubuh 7g baja resapan perlahan apabila anak daunnya mencapai peringkat pemerangan.

c.Penyiraman diteruskan seperti biasa.

d. Bahan tanaman dua pusaran daun keras sedia ditanam di ladang.

e.Serabut akar yang aktif yang terdapat pada cantuman muda akan meningkatkan tumbesarannya kelak.


Ciri ciri benih bcmp yang baik

CIRI-CIRI BENIH BCMP YANG BAIK

  • Batang lurus dan kulit tebal

  • Cabang berbentuk mendatar, melebihi 90°

    ( optus angel )

  • Kanopi atau jemala berbentuk kon, tirus di atas dan dasarnya lebar

  • Berdaun lebat dan berwarna hijau tua


Sumber rujukan

Sumber Rujukan

  • Risalah Pengeluaran Benih Cantuman Muda

    - LGM


Benih bcmp dan 2 tingkat daun

Sekian

Terima Kasih


  • Login