1 / 32

kesan luaran (eksternaliti) dan dasar kerajaan

TAJUK 3. kesan luaran (eksternaliti) dan dasar kerajaan. KESAN LUARAN (EKSTERNALITI). Kesan luaran – adalah kos dan faedah dari urusniaga di pasaran yang tidak ditunjukkan melalui harga. Terbahagi kepada dua kesan luaran positif dan kesan luaran negatif

Download Presentation

kesan luaran (eksternaliti) dan dasar kerajaan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TAJUK 3 kesan luaran (eksternaliti) dan dasar kerajaan

  2. KESAN LUARAN (EKSTERNALITI) • Kesan luaran – adalah kos dan faedah dari urusniaga di pasaran yang tidak ditunjukkan melalui harga. Terbahagi kepada dua • kesan luaran positif dan • kesan luaran negatif • Ada pihak ketiga, selain dari penjual dan pembeli yang mendapat kesan dari jualbeli tersebut.

  3. KESAN LUARAN NEGATIF (Kos Luaran) kos pada pihak ketiga. Kos ini tidak termasuk dalam harga pasaran. Contoh – pencemaran air oleh kilan membuat kertas. Masyarakat sekeliling mengalami masalah kesihatan, dan menanggung kos perubatan tambahan. Pengeluar (kilang) dan pembeli tidak mengambil kira kos ini bila menentukan tingkat harga barang KESAN LUARAN POSITIF (Faedah Luaran) faedah pada pihak ketiga selain dari pembeli dan penjual. Contoh – penggunaan alat-alat pencegah kebakaran seperti pengesan asap, atau bahan-bahan tahan api. Ia memberi faedah kepada pembeli serta mencegah kebakaran dari merebak ke kawasan atau bangunan atau bangunan berdekatan. Masyarakat sekeliling mendapat faedah tanpa membayar atau menggunakan alat tersebut. Pembeli dan penjual tidak menimbang kesan luaran ini ketika membuat keputusan mereka. Kemungkinan lebih banyak alat pencegah kebakaran akan dijual jika pihak ketiga dikenakan bayaran JENIS-JENIS KESAN LUARAN

  4. KESAN KEPADA PIHAK KETIGA • Terdapat juga kesan ke atas pihak ketiga yang bukan merupakan kesan luaran. Contoh: • Hobi seorang individu yang meminati fotografi.- apabila permintaan untuk peralatan fotografi meningkat menyebabkan harga meningkat maka individu terbabit terpaksa berbelanja lebih sekarang. • Ia berlaku kerana keadaan dimana permintaan melebihi penawaran. • Kesan ini tidak dipanggil kesan luaran. Ia juga dikenali sebagai kesan luaran kewangan ( pecuniary externalities); dimana ia menambah pendapatan benar pembeli dan penjual. • Oleh itu kesan luaran yang sebenarnya dipanggil kesan luaran benar; iaitu kos dan faedah yang tidak melibatkan harga dipasaran.

  5. KESAN LUARAN DAN KECEKAPAN • Dalam pasaran yang bersaing dan tidak dikawal, urusniaga berdasarkan faedah marginal dan kos marginal, iaitu: Faedah marginal = kos marginal = P (harga) (pembeli) (penjual) • Dalam keadaan yang tiada kesan luaran, faedah dan kos persendirian sama dengan faedah dan kos sosial MPB = MPC = MSB = MSC • Dengan kewujudan kesan luaran, nilai-nilai persendirian dan nilai-nilai sosial tidak lagi sama MPB ≠ MPC ≠ MSB ≠ MSC

  6. KESAN LUARAN DAN KECEKAPAN KESAN LUARAN NEGATIF (NEGATIVE EXTERNALITIES) • Bila ada kesan luaran negatif, kos marginal persendirian lebih kecil berbanding kos marginal sosial MPC<MSC • Terdapat kos kepada pihak ketiga tidak diambilkira. Kos ini dikenali sebagai kos luaran marginal (MEC) marginal external cost – • the dollar value of the cost to third parties from the production or consumption of an additional unit of a good. • These occur when market transactions for a good produce negative externalities) • Sebenarnya Kos sosial adalah MSC = MPC + MEC

  7. Figure 3.1 Market Equilibrium, A Negative Externality and Efficiency MPC + MEC = MSC S = MPC G B 110 10 105 A 100 Price, Benefit, and Cost (Dollars) D = MSB 4.5 5 Tons of paper per Year (Millions) Point A is eqm with price $100 & Qty 5 tons Pt A is inefficient since MSC>MSB Efficiency requires MSC = MSB. Therefore qty falls to 4.5 tons and price rise to $105 Movement from A to B results in net gains equal to area BGA. NEGATIVE EXTERNALITIES – means too many output is produced, thus to achieve efficiency output must be reduced.

  8. KESAN LUARAN DAN KECEKAPAN(Kesimpulan dari Rajah 3.1) • Keseimbangan tercapai apabila MPC = MSB • Kecekapan memerlukan keadaan dimana MSC = MPC + MEC = MSB

  9. KESAN LUARAN DAN KECEKAPAN KESAN LUARAN POSITIF (POSITIVE EXTERNALITIES) • Harga atau permintaan sepatutnya menunjukkan faedah sosial marginal yang didapati oleh pengguna. Oleh itu P=MSB=MPB • Tetapi bila ada kesan luaran positif MSB>MPB Kerana ada faedah tambahan yang didapati oleh pihak ketiga MSB = MPB + MEB Contoh: • Kesan dari suntikan pelalian penyakit. Bila ramai mengambil pelalian ini, kurang yang akan kena penyakit itu, serta kuranglah orang yang akan merebakkannya. Terdapat kesan luaran positif disini.

  10. KESAN LUARAN DAN KECEKAPAN KESAN LUARAN POSITIF (POSITIVE EXTERNALITIES) • Kesan luaran positif marginal adalah nilai ringgit faedah kepada pihak ketiga hasil daripada tambahan unit pengeluaran atau unit penggunaan sesuatu barangan (The marginal external benefit is the dollar value of the benefit to third parties from an additional unit of production or consumption of a good.) • Ia terhasil apabila pasaran sesuatu barangan itu membentuk kesan luaran positif. • Faedah Sosial (Social Benefit) adalah MSB = MPB + MEB

  11. Figure 3.2 Market Equilibrium, A Positive Externality and Efficiency Z 45 S = MSC 30 V 25 U Price, Benefit, and Cost (Dollars) H 10 MPB + MEB = MSB D=MPB 0 Inoculations Per Year (Millions) 12 10 NET GAIN when we move from U to V • Mkt equilibrium is pt U where • MPBi=MSC • Resulting output 10 million is • inefficient because MSB > MSC. • Efficient annual output is 12m • price to consumers would have to fall from $25 to $10. • Moving to the efficient point allows Net gain equal to area UZV. Efficient point MSC=MSB Eqm Price Eqm Qty

  12. Figure 3.3 A Positive Externality for Which MEB Declines With Annual Output MPBi + MEB = MSB S = MSC F 30 B S' = MSC' A 25 C 20 MPBi Price, Benefit, and Cost (Dollars) 20 12 16 0 10 Inoculations per Year (Millions) If P = 25, a loss in efficiency occurs because MEB > 0 at output 10 m When P = 20, mkt eqm is efficient because MEB = 0 at output of 20 million per year

  13. PENDALAMAN KESAN LUARAN(INTERNALISATION OF EXTERNALITIES) • Ia terjadi apabila faedah atau kos sesuatu barang dan perkhidmatan diubahsuai untuk mengambilkira sebarang kesan luaran yang wujud. • Kesan luaran boleh diambilkira (can be internalized) dibawah dasar-dasar yang mendesak peserta dalam pasaran mengenalpasti dan mengambilkira kos serta faedah yang terbentuk hasil tindakan mereka. • Ia boleh dilaksanakan seperti berikut: • Bagi kesan luaran negatif - dikira sebagai MEC + MPC • Bagi kesan luaran positif - dikira sebagai MEB + MPB Selepas proses pendalaman ini , harga akan menunjukkan sebarang kos atau faedah luaran yang terlibat

  14. PENDALAMAN KESAN LUARAN(INTERNALISATION OF EXTERNALITIES) Langkah –langkah proses pendalaman • Mengenal pasti individu yang terlibat. • Mengukur nilai kewangan bagi kos dan faedah luaran tersebut. Masalah : • Maklumat yang diperlukan sukar untuk didapati. • Mustahil untuk mengukur kos dan faedah luaran dengan tepat. Ia melibatkan penelitian dari segi kejuruteraan, saintifik dan juga ekonomi. Contoh- agak sukar menilai barangan yang terdapat nilai sentimental, menilai nyawa individu dsb. • Biasanya berlaku percanggahan pendapat mengenai kesan luaran. Contohnya kesan pencemaran udara, air dan bunyi masih diperdebatkan oleh ahli-ahli sains, biologi dan fizik.

  15. PENDALAMAN KESAN LUARAN(INTERNALISATION OF EXTERNALITIES) Contoh-contoh dasar pendalaman kesan luaran • CUKAI DAN KESAN LUARAN NEGATIF • PASARAN TIDAK SEMPURNA DAN PENDALAMAN KESAN LUARAN NEGATIF. • SUBSIDI DAN KESAN LUARAN POSITIF

  16. CUKAI DAN KESAN LUARAN NEGATIF • Cukai boleh digunakan bagi mendalamkan (memasukkan) kos luaran tambahan kepada harga pasaran bagi barang yang mengakibatkan kesan tersebut. • Jumlah hasil cukai ini perlu sama dengan jumlah kos luaran tersebut. • Contoh: kilang pengeluaran kertas, yang menghasilkan buangan yang akan mencemarkan sungai

  17. Figure 3.4 A Corrective Tax S’ = MPC + T = MSC S = MPC 110 105 T A 100 95 Price, Benefit, and Cost (Dollars) D = MSB 4.5 5 Tons of Paper Per Year (Millions) G B F Net Gains in Well Being J H Tax Revenue = Total External Costs Setting a tax equal to the MEC will internalize a negative externality.

  18. CORRECTIVE TAXRujuk rajah 3.4 • Keadaan asal pengeluaran di titik A; output 5 dan harga $100. Ada kesan luaran negatif dari pengeluaran kertas maka MSC > MPC • Cukai T = MEC = 10 dikenakan kepada firma yang mengeluarkan kertas. • Cukai ini menaikkan kos persendirian MPC seperti kos sosial • Apabila kos bertambah, keluk penawaran beralih ke kiri dari S ke S’ • Keseimbangan baru di titik B, output susut kepada 4.5 dan harga meningkat kepada $105 • Hasil cukai adalah kawasan FBJH.

  19. CORRECTIVE TAXRujuk rajah 3.4 • Kerana adanya cukai ini, pencemaran dapat dikurangkan dan faedah bersih kebajikan akan diperolehi sebanyak kawasan BGA • Hasil cukai ini boleh digunakan untuk membiayai projek-projek pembersihan sungai-sungai yang tercemar. KESIMPULAN • Cukai ini telah mengurangkan pengeluaran kertas dan mengurangkan pencemaran air sungai • Telah berlaku perpindahan pendapatan dari pengilang kepada pengguna • Akan ada golongan setuju dan yang tidak setuju dengan cukai ini

  20. PASARAN TIDAK SEMPURNA DAN PENDALAMAN KESAN LUARAN NEGATIF • Dalam banyak kes dijumpai keadaan kehilangan kecekapan yang disebabkan oleh dua atau lebih faktor dalam satu-satu pasaran. • Contohnya didapati kesan luaran negatif berhubung dengan barang yang dijual dipasaran monopolistik. • Dua penyebab kehilangan kecekapan di sini adalah, pasaran monopolistik dan kesan luaran negatif. • Pengeluar pasaran monopolistik ini akan mengeluarkan kurang dari output kecekapan. • Sementara kesan luaran negatif akan menyebabkan firma ini mengeluarkan lebih daripada output kecekapan.

  21. Penyelesaian terbaik (first best efficient solution) • Beberapa cara boleh dilakukan bagi mencapai kecekapan bagi pengeluaran barang: • Memecahkan kuasa monopoli firma • Bila firma-firma bersaing di pasaran, lebih output akan dihasilkan. • Pengeluaran firma-firma yang telah bersaing sempurna ini kemudiannya boleh dikenakan cukai bagi mengambilkira kesan luaran negatifnya

  22. Cara penyelesaian alternatif kedua (Second best efficient solution) • Cara ini membenarkan firma beroperasi sebagai monopoli. • Kecekapan dapat dicapai tanpa perlu mengenakan cukai • ke atas output monopoli ini, bila pengurangan output monopoli • ini sama besar dengan kos luaran yang dihasilkan oleh • pengeluaran itu. • menurut ‘second-best efficient solution’: • Bila ada dua faktor bertentangan menyebabkan kehilangan kecekapan di pasaran, herotan dari kedua-dua faktor ini akan menghapuskan kesan kehilangan kecekapan tersebut. • (when one condition for an optimum is violated, then • maintaining the others will not guarantee a second-best solution.)

  23. Figure 3.5 A Second Best Efficient Solution MPC + MEC = MSC F MPC A P M B PRICE C D = MSB MR Q Q* 0 M OUTPUT PER YEAR • The monopolist produces less than the efficient output under normal circumstances. • However, the monopolist also generates external costs. The • loss in well-being due to monopoly power is area ABC. • This is offset by a gain in well-being equal to the area AFB that would be lost if a competitive industry produced this output.

  24. CARA PENYELESAIAN ALTERNATIF KEDUARujuk rajah 3.5 • Output kecekapan adalah apabila MR = D = MSB iaitu di titik B dengan output Q* • Monopoli ini mengeluarkan output Qm iaitu apabila MR = MPC • Kecekapan yang kehilangan adalah kawasan ABC • Tetapi oleh kerana monopoli ini juga menghasilkan kesan luaran negatif, keluk kos sebenarnya lebih tinggi iaitu di MPC + PEC = MSC • Pengurangan output dari Q* kepada Qm telah menghasilkan faedah sebanyak kawasan AFB • Kehilangan kecekapan sebanyak ABC telah dihapuskan oleh faedah sebanyak AFB

  25. FIGURE 3.6 A CORRECTIVE SUBSIDY Z 45 S = MSC R 30 V 25 U Subsidy Payments PRICE, BENEFIT, AND COST (DOLLARS) X 10 D' = MPBi + $20=MSB Y D = MPBi 0 10 12 INOCULATIONS PER YEAR (MILLIONS) • Corrective subsidy to consumers increases demand and achieves the efficient output.. • After subsidy payments are received by consumers, the net price of an inoculation falls to $10, inducing them to purchase the efficient • amount of RM12 million per year. • The area RVXY represents the total subsidy payments at the efficient output. Corrective subsidy-Setting a subsidy equal to MEB will internalize a positive externality.

  26. SUBSIDI DAN KESAN LUARAN POSITIF • Urusniaga di pasaran persaingan sempurna akan melibatkan 10 unit suntikan pada harga $25. • Tahap output ini tidak cekap kerana faedah sosial marginal (MSB = MPB + MEB) lebih tinggi dari MSC. • Tingkat output yang cekap adalah 12 unit, tetapi tingkat harga adalah $30 dan pengguna sanggup membayar hanya $10. • Kerajaan boleh membuat pembayaran subsidi kepada pembeli atau penjual bagi mengurangkan harga yang dibayar pembeli.

  27. SUBSIDI DAN KESAN LUARAN POSITIF • Subsidi itu mesti sama dengan jumlah faedah luaran marginal (MEB) • Dalam kes ini jumlah subsidi yang perlu diberi adalah $20 atau (30-10) • Jumlah subsidi yang perlu diberi adalah kawasan RVXY.

  28. TEOREM COASE • Teorem ini diperkenalkan oleh Ronald Coarse dalam tahun 1960 i,.e. ‘By establishing rights to use resources, government can internalize externalities when transactions or bargaining costs are zero’ • Ia menyatakan bahawa apabila kos tawar menawar adalah sifar, kerajaan dapat mendalamkan kesan luaran dengan hanya melalui pengisytiharan hak milik harta • Contoh • Sebuah sungai boleh digunakan untuk dua tujuan: • Tempat membuang sisa kilang (sungai yang kotor) • Tempat rekreasi – menangkap ikan (sungai yang bersih)

  29. TEOREM COASE • Kerajaan boleh memberi hak penggunaan sungai ini kepada salah satu pihak, kilang atau penangkap ikan. • Oleh kerana kos tawar menawar adalah sifar, kedua-dua pihak akan tawar menawar mengenai pembayaran yang akan dibuat dan diterima, sehingga penggunaan sungai yang cekap akan dicapai. • Jika hak diberi kepada kilang ia akan bersedia menerima bayaran dari penangkap ikan untuk mengurangkan pencemaran sungai, supaya penangkap ikan dapat menggunakan sungai itu juga • Jika hak diberikan kepada penangkap ikan, ia akan bersedia menerima bayaran kilang untuk bersetuju sungai itu dicemarkan sedikit oleh kilang

  30. TEOREM COASE • Oleh itu tidak kira kepada pihak mana hak penggunaan sungai itu diberikan,penyelesaian serupa akan didapati. • Kesimpulannya • Kerajaan tidak perlu mengenakan tindakan seperti denda atau cukai • Kerana persaingan di antara kedua pihak akan mendalamkan kesan luaran yang timbul.

  31. FIGURE 3.7 COASE’S THEOREM MPCB + MEC = MSC MPCB MCW MCW* PB Price of Wheat (Dollars) Price of Beef (Dollars) PW QB* QW* QB1 QW1 Beef Output per Year Wheat Output per Year DIAGRAM A – shows the MC of producing beef and the price of beef DIAGRAM B- shows marginal cost and price for a neighboring wheat farmer. The Coarse Theorem holds that the efficient output Q*B’ and the efficient Output of wheat Q*W’ will be produced on the adjacent lands, irrespective Of who is liable for damages the cattle cause to the wheat crop each year.

  32. THE SIGNIFICANCE OF COASE’S THEOREM • The efficient mix of output will result simply as a consequence of the establishment of exchangeable property rights. • It makes no difference which party is assigned the right to use a resource. • If the transactions costs of exchanging the rights are zero, the efficient mix of outputs among competing uses of the resource will emerge.

More Related