Sense of belonging menurut perspektif agama islam
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 11

SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM PowerPoint PPT Presentation


  • 77 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM. Oleh Profesor Zakaria Stapa Jabatan Usuluddin & Falsafah Fakulti Pengajian Islam UKM

Download Presentation

SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Sense of belonging menurut perspektif agama islam

SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

Oleh

Profesor Zakaria Stapa

Jabatan Usuluddin & Falsafah

Fakulti Pengajian Islam

UKM

Dibentangkan dalam Persidangan Pengurusan dan Profesional Kinabalu 2010, anjuran Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik Universiti Malaysia Sabah, pada 28 Januari 2010, bertempat di Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.


1 pendahuluan

1. PENDAHULUAN

  • Pertamasekaliperluditegaskandandiyakinibahawa Islam adalah:

    • Sistemdangayahidupsempurna yang asasdandasarnyadigubaloleh Allah sendiridan Allah yang samaitulahjuga yang menciptamanusia

    • Allah itubersifatMahaPengasihdanMahaPenyayang

    • Manusia pula adalahmakhluk Allah yang diberitaraf paling muliaoleh-Nyaberbandingdenganmakhluk-makhluk lain

    • Inisemuabermaknabahawa Allah penciptamanusiaitupastinyamengetahuikeperluansebenarmanusiadandengansifatMahaPengasihsertaMahaPenyayang-Nyamenggubaldasardanasassistemsertagayahidupuntukkegunaanmakhluk-Nya yang paling muliatersebutsesuaidenganfitrahdanoriginalitimanusia.


1 pendahuluan sambung

1. PENDAHULUAN (SAMBUNG)

  • Di sampingitu, sesuaidengankeadaandiatas, Islam jugaadalah:

    • Saturisalahataumisi yang dibawaolehRasulullahs.a.w. bagimaksudmemberirahmat, keselesaandanmanfaatkepadaalamseluruhnya.

    • Inibermaknaapajugasistematauperaturan yang digubaldandilaksanakanatasnama Islam mestilahmempunyaiciri-ciridiatas: Memberirahmat, selesadanbermanfaat, tidakhanyakepadamanusiatetapijugakepadaalamseluruhnya.

    • Perihalinimestilahdiyakinidandiimanisepenuhnyaolehsetiap Muslim demikesejahteraanhidupduniadanakhirat.


2 definisi dan skop

2. DEFINISI DAN SKOP

  • Sense of belonging dalamkontekspembicaraandisiniadalahmerujukkepada:

    • Wujud rasa gembiradanselesaapabilaberadadisatu-satutempattertentu, atau

    • Wujud rasa gembiradanselesaapabilabergabungdengankumpulanorangtertentu

  • Perihalinidiwujudkanolehsistemhidup Islam menerusisaluran-saluranutamaberikut:

    • Konsepkekeluargaan

    • Konsepkejiranan

    • Konseppersaudaraan

    • Konsephubungansesamamanusia


3 konsep kekeluargaan

3. KONSEP KEKELUARGAAN

  • Bermula dengan perkahwinan yang merupakan satu perkongsian pintar antara lelaki dan perempuan

  • Lalu bermulalah pula satu siri tanggungjawab berikut bagi megesahkan keselesaan, keselamatan dan kegembiraan setiap individu terlibat tercapai:

    • Suami terhadap isteri dan sebaliknya

    • Ibu bapa kepada anak-anak dan sebaliknya

  • Dalam proses pelaksanaan tanggung jawab ini Islam mewajibkan penggunaan pendekatan mawwadah wa rahmah (cinta dan kasih sayang)

  • Proses ini juga melibatkan yang lemah dijaga oleh yang kuat dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang


4 konsep kejiranan

4. KONSEP KEJIRANAN

  • Jiran selalunya terdiri daripada tiga kumpulan:

    • Seagama dan ada pertalian keluarga

    • Seagama sahaja

    • Beragama lain

  • Setiap kumpulan berkenaan mempunyai hak kejiranan masing-masing yang mesti dilaksanakan atas nama suruhan agama

  • Secara umumnya Islam menggesa memberikan hak-hak berikut kepada jiran:

    • Rasulullah bersabda “tidak semurna iman seseorang kepadaku apabila dia tidur dengan perut kenyang sedangkan jirannya tidur dalam keadaan lapar dan dia tahu hal berkenaan”.


Kejiranan sambung

KEJIRANAN (SAMBUNG)

  • Memberi takziah dan turut sedih di atas apa-apa kemalangan

  • Memberi taniah dan sama gembira atas apa-apa kejayaan

  • Memaafkan kesilapan

  • Tidak menggangu ahli keluarga jiran

  • Tidak menghalang jalan ke rumahnya

  • Menutup aib jiran

  • Menjaga rumahnya semasa dia tiada

  • Tidak mengendahkan kata-kata buruk mengenainya

  • Mengajar perkara yang tidak diketahuinya

  • Memulakan salam atau sapaan

  • Melawat ketika sakit


5 konsep persaudaraan

5. KONSEP PERSAUDARAAN

  • Persaudaraan sejagat Islam atas asas akidah

  • Asas dan prosedur pelaksanaannya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. “tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih dan cinta kepada saudaranya seperti dia kasih dan cinta terhadap dirinya sendiri”

  • Hal ini telah terlaksana dengan baik dan dapat dicontohi dalam peristiwa hijrah yang melibatkan persaudaraan golongan muhajiran dan ansar, sehingga muhajirin berasa amat selesa dan gembira berada di tempat baru dan bergabung dengan golongan ansar yang baru dikenali di Madinah


6 konsep hubungan sesama manusia

6. KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

  • Asas akhlak Islam dalam hubungan sesama manusia ialah panduan dari penyataan Rasulullah s.a.w. “Sebaik-baik manusia ialah golongan manusia yang paling bermanfaat kepada manusia lain”

  • Tuntutan agama menyuruh manusia Muslim menjadi penjana kebaikan dan kemudahan dalam kehidupan walau di mana dia berada dan dalam apa juga keadaan, bukannya menjadi penjana keburukan dan kesukaran.


7 kesimpulan

7. KESIMPULAN

  • Sesungguhnya manusia yang berasa gembira dan selesa walau di mana mereka berada dan dengan kumpulan mana mereka bergabung adalah jenis manusia yang sihat dan sejahtera dan mereka tentunya merupakan modal insan yang menjadi aset penting untuk negara dan organisai.

  • Jenis manusia sebegini boleh dihasilkan menerusi pelaksanaan sempurna sistem Islam dalam kehidupan seperti yang dihuraikan sebelum ini

  • Cabarannya ialah apakah setiap individu Muslim yakin dan sanggup melaksanakan tugas penting ini dalam kehidupan harian.


7 kesimpulan sambung

7. KESIMPULAN (SAMBUNG)

  • Kita memang mengimpikan hal yang amat baik ini; iaitu untuk melihat sebuah dunia yang sejahtera dan damai; hidup warganya tidak dihambat oleh pelbagai jenis ketakutan dan dalam suasana sebeginilah barangkali akan muncul tamadun manusia yang berkualiti

  • Namun, saya yakin pada banyak pihak hal sebegini bagaikan suatu yang mustahil untuk dicapai, ia tidak lebih dari retorika belaka

  • Memang ia bagaikan suatu mission imposible, namun di situlah letak jihad masa kini sekiranya Muslim semasa inginkan syurga di akhirat nanti.


  • Login