Silibus tazkiyyah an nafs
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 32

SILIBUS TAZKIYYAH AN-NAFS PowerPoint PPT Presentation


  • 192 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

SILIBUS TAZKIYYAH AN-NAFS. Minggu 3 Zuhud Darjat2 zuhud Kecelaan dunia Kemudaratan cinta dunia Keadaan jiwa: An-Nafs al-Mutmainnah An-Nafs al-Lawwaamah An-Nafs al-Ammaarah bi As-suu’ Muhasabah diri/jiwa dan kelebihannya. ULANGKAJI.

Download Presentation

SILIBUS TAZKIYYAH AN-NAFS

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Silibus tazkiyyah an nafs

SILIBUS TAZKIYYAH AN-NAFS

Minggu 3

  • Zuhud

  • Darjat2 zuhud

  • Kecelaan dunia

  • Kemudaratan cinta dunia

  • Keadaan jiwa:

  • An-Nafs al-Mutmainnah

  • An-Nafs al-Lawwaamah

  • An-Nafs al-Ammaarah bi As-suu’

  • Muhasabah diri/jiwa dan kelebihannya


Ulangkaji

ULANGKAJI

Masih ingat lagi perbincangan kita mengenai HATI pada minggu lalu? Cuba kaitkannya dengan permasalahan2 berikut:


Ulangkaji1

ULANGKAJI

Anda ditugaskan menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi yang sedang dalam perancangan untuk mengadakan bazaar amal. 80% persiapan untuk mengadakan bazaar tersebut telah pun dilakukan oleh ahli. Pada mesyuarat yang akhir, seorang ahli baru telah menyertai organisasi anda. Beliau membantah 100% segala cadangan anda bahkan mengatakan bahwa usaha untuk mengadakan bazaar tersebut adalah usaha yang sia-sia. Bagaimana reaksi anda?


Ulangkaji2

ULANGKAJI

Kedua orang tua suami anda telah diusir keluar dari rumah oleh adik ipar anda. Kini suami anda berura-ura untuk mengambil kedua orang tuanya tinggal bersama anda sekeluarga. Anda seorang isteri yang terpaksa bekerja untuk membantu suami dalam membiayai kos belanja 3 orang anak-anak yang masih bersekolah disamping pembayaran rumah 5-bilik secara bulanan. Apakah reaksi anda?


Ulangkaji3

ULANGKAJI

Sewaktu menjalani Perkhidmatan Negara, anda berkenalan dengan seorang kawan yang selalu mengajak anda berbuat kebaikan, menunaikan solat, berpuasa dan menasihati anda bila anda dilanda masalah. Anda sangat menghormatinya. Pada suatu hari, dia terlihat anda sedang merokok di luar kawasan kem sedangkan anda telah memberitahu padanya yang anda akan ke masjid pada waktu itu. Mulai dari hari itu, dia tidak lagi menegur anda dan langsung tidak boleh diajak berbual. Apa reaksi anda?


Zuhud

ZUHUD

Ia berkait rapat dengan sifat Qanaah. Seseorang mu’min tidak akan berjaya hidup dalam erti kata zuhud sebelum menyemai sifat Qanaah dalam dirinya.

Apa itu Qanaah?


Qanaah

QANAAH

Ia bermakna, menerima dengan cukup.

Ia mengandungi 5 perkara :

  • Menerima dengan rela akan apa yang ada.

  • Memohon kepada Allah tambahan yang patut, dan berusaha.

  • Menerima dengan sabar akan ketentuan Allah.

  • Bertawakkal kepada Allah.

  • Tidak tertarik dengan tipu daya dunia.


Qanaah1

QANAAH

Qanaah ialah kekayaan yang sebenar, kerana seseorang itu kenyang dengan apa yang ada, tidak tamak, tidak melihat apa yang ada pada tangan orang lain, bahkan kerananya tidak timbul rasa cemburu dan iri hati.

Rasulullah s.a.w bersabda:

القَناَعَةُ ماَلٌ لاَ يَنْفَدُ، وَكَنْزٌ لاَ يَفْنىَ (رواه الطبرانى)

Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap.


Qanaah2

QANAAH

Barangsiapa yang telah memperoleh rezeki, juga telah dapat makan pagi, petang dan malam, usahlah berasa ragu dan sedih. Dia tidak dilarang untuk bekerja mencari penghasilan, tidak disuruh malas kerana telah ada harta, itu bukan Qanaah.

Qanaah yang dituntut ialah Qanaah hati bukan Qanaah ikhtiar.


Qanaah3

QANAAH

Kita diminta berusaha, mencari kekayaan, tetapi dalam masa yang sama tidak tamak dengan dunia, tidak meletakkan harta dunia sebagai matlamat utama dalam hidup di mana itulah punca bahagia dan itu juga punca derita. Mereka yang mengamalkan sifat Qanaah, telah memasang ‘pagar’ yang menegah racun ‘cintakan dunia’ masuk ke dalam hati.


Kesimpulan

KESIMPULAN

Setelah Qanaah itu mengisi jiwa, barulah seseorang mu’min itu dapat mempraktikkan Zuhud sebagaimana zuhudnya Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a.

Apakah itu Zuhud?


Zuhud1

ZUHUD

Ia adalah menyingkirkan apa2 yang disenangi dan diingini oleh hati kerana meyakini akan adanya sesuatu yang lebih baik dari apa yang disingkirkan tadi.

Kedudukan zuhud itu terletak dalam hati. Ia wajib menetapi beberapa perkara :


Zuhud2

ZUHUD

  • Ia tidak gembira dengan sesuatu yang ada di sisinya dan tidak pula susah kerana sesuatu yang tiada.

    لِكَيْلا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ (الحديد : 23)

    Supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.


Zuhud3

ZUHUD

  • Wajib sama saja perasaannya dalam menghadapi orang yang memuji atau mencela.

  • Wajib merasa puas dalam menghadap kepada Allah, iaitu rasa lazatnya ketaatan itu yang diutamakannya.


Zuhud4

ZUHUD

Sabda Rasulullah s.a.w:

اِزْهَدْ فىِ الدُّنْياَ يُحِبَّكَ اللهُ وَازْهَدْ فِيْماَ فىِ أَيْدِى النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ

Berzuhudlah dalam hal keduniaan, tentu engkau dicintai oleh Allah dan berzuhudlah dari apa yang ada di tangan manusia (iaitu apa-apa yang telah dimiliki oleh orang lain), tentu engkau dicintai oleh para manusia.


Pembahagian zuhud

PEMBAHAGIAN ZUHUD

Imam Ahmad membahagikan Zuhud kepada 3 :

  • Meninggalkan yang haram (peringkat orang awam)

  • Meninggalkan berlebihan dalam perkara-perkara yang halal (peringkat Khawas)

  • Meninggalkan apa sahaja yang menyibukkan kepada selain daripada Allah (peringkat Arif)


Zuhud5

ZUHUD

Sebagaimana Qanaah tadi, Zuhud bukan bererti meninggalkan kesenangan dunia dengan bermalas-malasan tanpa berusaha. Ramai di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w yang berkerjaya walaupun terkenal dengan sifat zuhud mereka. Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri adalah seorang peniaga yang berjaya.


Zuhud6

ZUHUD

Abu Bakar, Othman bin Affan, Zubeir bin Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, Abdur Rahman bin Auf (Radhiallahu anhum) = Businessmen

Umar bin Al-Khattab (r.a) = Salesman

Abu Sufyan (r.a) = Saudagar minyak

Imam Abu Hanifah (rahimahullah) = Saudagar sutera

Asli bin Wail (r.a) = Doktor haiwan


Alangkah indahnya menjadi insan yang fakir

ALANGKAH INDAHNYA MENJADI INSAN YANG FAKIR

Sabda Nabi Muhammad s.a.w :

يَدْخُلُ فُقَراَءُ أُمَّتِيْ الْجَنَّةَ قَبْلَ أَغْنِياَئِهاَ بِخَمْسِمِائةِ عاَمٍ

Kaum fakir dari umatku itu akan masuk syurga sebelum kaum hartawan di antara mereka dengan selisih 500 tahun.

أَحَبُّ الْعِباَدِ إِلىَ اللهِ تَعاَلىَ الْفَقِيْرُ الْقاَنِعُ بِرِزْقِهِ الرَّاضِى عَنِ اللهِ تَعاَلىَ

Yang paling dicintai oleh Allah Taala di antara hamba-hambanya ialah fakir yang merasa puas dengan rezekinya serta rela kepada takdirnya Allah Taala.


Adab menjadi insan yang fakir zahid

ADAB MENJADI INSAN YANG FAKIR ZAHID

  • Menegah diri dari membenci takdir Allah s.w.t.

  • Memperlihatkan dirinya dalam keadaan biasa-biasa saja (tidak comot, compang-camping)

  • Menegah diri dari meminta-minta.

    Firman Allah s.w.t :

    يَحْسَبُهُمُ الْجاَهِلُ أَغْنِياَءَ مِنَ التَّعَفُّفِ

    Orang-orang yang tidak mengerti, mereka mengira bahwa orang-orang fakir itu sebagai orang-orang kaya, kerana mereka menahan diri dari meminta-minta.


Perbincangan

PERBINCANGAN

Apakah kesan Zuhud yang sebenar jika dipraktikkan dalam masyarakat Islam zaman sekarang?


Apa itu dunia

APA ITU DUNIA ?

Bahawasanya Rasulullah s.a.w pada suatu hari sedang berjalan-jalan, tiba-tiba dilihatnya seekor kambing yang sudah mati menjadi bangkai. Kemudian baginda bertanya kepada sahabat-sahabatnya : “Apakah kalian mengerti bahwa kambing semacam ini dianggap oleh yang empunya sebagai sesuatu yang amat hina?” Para sahabat menjawab: “Memang hina sekali, oleh kerana itu ianya dibuang”.


Silibus tazkiyyah an nafs

Selanjutnya baginda bersabda:

“Demi zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, nescaya dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai kambing ini bagi yang empunya. Andaikata dunia ini masih ada nilainya yang sama dengan selembar sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberikan minuman seteguk pun kepada orang yang tidak beriman”.


Kecelaan dunia

KECELAAN DUNIA

Sabda Rasulullah s.a.w :

حُبُّ الدُّنْياَ رَاْسُ كُلِّ خَطِيْئَةٍ

Mencintai dunia itu adalah merupakan pokok pangkal dari semua kesalahan (dosa).


Kesimpulan1

KESIMPULAN

Melihat kepada nilai dunia ini, maka kita ditegah dari terlalu mencintainya. Kita diminta supaya membezakan antara :

  • Dunia yang tercela : manisnya hanya di dunia saja, spt: berlebih-lebihan dalam hal yang halal (Membazir) atau melakukan ma’siat

  • Dunia yang terpuji : manisnya dirasakan di akhirat kelak, spt : harta yang dibelanjakan untuk hal-hal kebajikan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh.


Kesimpulan2

KESIMPULAN

  • Dunia yang pertengahan antara yang tercela dan terpuji, spt : menjaga kesihatan agar dapat menjalankan ibadah, memiliki kereta untuk mencari rezeki.

    Dunia dalam bahagian yang ketiga ini, jika diterbalikkan, spt menjaga kesihatan untuk melakukan ma’siat, maka jatuhlah ia ke darjat dunia yang tercela.


Nafsu ammarah

NAFSU AMMARAH

Manusia yang dikuasai dirinya oleh nafsunya. Nafsu sentiasa menang.

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَواَهُ (الفرقان : 43)

Adakah engkau lihat (Muhammad) orang yang mengambil hawanya menjadi Tuhannya (iaitu yang disembah dan diikut perintahnya) ?

إِنَّ النَّفْسَ لأَماَّرَةٌ بِالسُّوْءِ (يوسف : 53)

Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan


Nafsu mutmainnah

NAFSU MUTMAINNAH

Manusia yang dapat menguasai nafsu. Nafsu sentiasa kalah.

يآأيَّتُهاَ النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ * اِرْجِعِيْ إِلىَ رَبِّكِ راَضِيَةً مَّرْضِيَّةً (الفجر 27 - 28)

Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.


Nafsu lawwamah

NAFSU LAWWAMAH

Dari perkataan LAUM iaitu TEGUR. Manusia yang diri dan nafsunya sentiasa berperang. Kadang2 nafsu menang, kadang2 nafsu kalah. Mereka inilah dikenali sebagai mujahid (pejuang).

Nafsu jenis ini adalah yang pertengahan antara Ammarah dan Mutmainnah.


Muhasabah

MUHASABAH

Membuat perhitungan (kira-kira) kepada dirinya sendiri, ketika masih di dunia ini. Perhitungan yang dibuat ialah mengenai buruk baiknya amalan sendiri, baik yang berhubung dengan hak-hak Allah dan mahupun makhlukNya.


Muhasabah1

MUHASABAH

Firman Allah s.w.t :

يآأيُّهاَ الَّذِيْنَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ ماَ قَدَّمَتْ لِغَدٍ

Hai sekelian orang-orang yang beriman, bertaqwalah engkau semuanya kepada Allah dan hendaklah seseorang itu melihat (memikirkan) apa yang hendak dikerjakan untuk bekal pada esok harinya (ya’ni pada hari kiamat) ?


Muhasabah2

MUHASABAH

Bincangkan mengenai jadual muhasabah yang sesuai untuk kamu.


  • Login