1 / 13

SISTEM REPRODUKTIF WANITA

SISTEM REPRODUKTIF WANITA. Bahagian Dalam Sistem Reproduktif Perempuan. Bahagian Dalam Sistem Reproduktif Perempuan. Lakaran klitoris dibesarkan untuk memperlihatkan struktur penghubung sara. Labia majora. Klitoris. Labia minora. Bukaan uretra. Bukaan faraj. Kelenjar bartolin. Himen.

earnest
Download Presentation

SISTEM REPRODUKTIF WANITA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SISTEM REPRODUKTIF WANITA

  2. Bahagian Dalam Sistem Reproduktif Perempuan

  3. Bahagian Dalam Sistem Reproduktif Perempuan

  4. Lakaran klitoris dibesarkan untuk memperlihatkan struktur penghubung sara Labia majora Klitoris Labia minora Bukaan uretra Bukaan faraj Kelenjar bartolin Himen Vulva

  5. 1.Vulva • Organ reproduktif luaran perempuan dipanggil vulva. b. Vulva terdiri daripada labia majora, labia minora, klitoris dan bukaan faraj. c. Di bahagian atas ialah mons pubis. d. Klitoris ialah binaan bujur kecil yang terdapat dalam lipatan lembut bahagian atas vulva. Klitoris menyelaras struktur dan peranannya dengan zakar lelaki kerana kedua-dua organ ini mengandungi tisu yang sama jenis. Ia juga mempunyai penghujung saraf yang sama seperti kelenjar dan amat sensitif kerana begitu kecil. e. Di bawah klitoris ialah uretra.

  6. 2. Faraj • Di bawah bukaan uretra ialah bukaan faraj perempuan. b. Faraj ialah saluran berotot kenyal daripada organ seksual luaran perempuan (vulva) kepada uterus. c. Faraj yang berukuran 7.5cm hingga 10cm panjang ialah organ perempuan bagi persetubuhan. Ia menerima zakar semasa persetubuhan. d. Selain organ persetubuhan, faraj juga merupakan saluran haid dan kelahiran. e. Faraj bukan salur geronggang. Dindingnya terlipat apabila kosong, tetapi ia dapat meregang semasa kelahiran anak, persetubuhan dan haid. f. Dalam keadaan normal, faraj sentiasa bersih dari jangkitan kerana terdapat rembesan semulajadi.

  7. 3. Serviks Bukaan uterus yang berbentuk seperti butang di bahagian atas saluran faraj. Serviks menghasilkan mukosa yang membantu sperma berenang ke dalam uterus.

  8. 4. Uterus 1. Uterus juga dikenali sebagai rahim iaitu sebuah organ berotot yang berbentuk “pear”. Ovum yang telah dipersenyawakan tumbuh menjadi fetus dalam uterus. 2. Biasanya uterus berukuran 7.5cm panjang dan 5cm lebar. Semasa proses kehamilan, uterus meregang dan kembang bersama fetus. 3. Bagi perempuan hamil, selaput uterus yang terbentuk dipanggil endometrium. 4. Bagi perempuan yang tidak hamil, selaput endometrium gugur sekali setiap bulan jika ovum tidak dipersenyawakan. Guguran ini dipanggil haid.

  9. 5. Tiub Falopio 1.Tiub falopio adalah saluran bagi perjalanan ovum dari ovari ke uterus. 2.Terdapat sepasang tiub falopio di kiri dan kanan uterus 3.Tiub falopio perempuan dewasa berukuran 10cm hingga 15cm. 4. Kedua-dua tiub falopio menghubungi ovari dengan uterus

  10. 6. Ovari  1. Ovari menghasilkan sel ovum. Ovari juga menghasilkan beberapa hormon seksual perempuan yang boleh mengawal kitaran haid dan perkembangan ciri seksual sekunder perempuan. 2. Ketika seorang perempuan dilahirkan, ovari mengandungi lebih kurang 400,000 ovum. Namun demikian ia mungkin hanya menggunakan lebih kurang 400 sel ovum sahaja sepanjang hayatnya. 3. Ovari juga menghasilkan hormon seksual perempuan yang dinamakan estrogen. Estrogen berfungsi sebagai pengawal kitaran haid.

  11. 7.Ovum atau Telur Reproduktif Perempuan • Ovum (sebesar saiz noktah yang dibuat oleh pensil) merupakan sel terbesar dalam tubuh badan manusia. 2. Apabila ovum dibebaskan daripada ovari, ia bergerak ke uterus melalui salah satu tiub falopio. Perjalanan ini mengambil masa antara 3 hari hingga 5 hari. 3. Ovum mati jika ia tidak dipersenyawakan dalam tempoh 12 jam hingga 24 jam. 4. Persenyawaan biasanya berlaku di bahagian atas 1/3 tiub falopio. 5. Jika persenyawaan tidak berlaku, ovum akan melarut dan diserap oleh tubuh badan.

  12. Lembaran kerja : Tuliskan nombor pada definisi nama organ sistem pembiakan perempuan seperti contoh yang diberikan. Bahagian dalam sistem pembiakan perempuan

  13. Arahan : Sila rujuk gambarajah dibawah dan tuliskan nama tepat bagi setiap bahagian organ perempuan 1 10 3 9 2 4 8 6 5 7

More Related