1 / 58

MAHKAMAH PERUSAHAAN (MP)

MAHKAMAH PERUSAHAAN (MP). PENDAHULUAN.

eagan
Download Presentation

MAHKAMAH PERUSAHAAN (MP)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MAHKAMAH PERUSAHAAN (MP)

  2. PENDAHULUAN • Apabila berlaku sesuatu PP antara majikan dan pekerja, MP adalah jalan yang terakhir yang digunakan untuk menyelesaikannya. Bukan itu sahaja MP juga digunakan untuk rujukan bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit yang berkaitan dengan sesuatu award dan Per.K oleh KS pekerja, KS majikan, KPPP dan MSM. MAHKAMAH PERUSAHAAN

  3. MP diwujudkan berdasarkan kepada statut/akta parliamen (APP 1967). • MP adalah mahkamah yang dilantik di bawah Bahagian VII dan termasuklah, melainkan jika terdapat maksud yang berlawanan, mana-mana Mahkamah di bawah seksyen 22 yang ditubuhkan bagi maksud mengendalikan apa-apa pertikaian perdagangan atau perkara yang diirujukkkan kepadanya, dan mana-mana bahagian daripadanya. (seksyen 2, APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  4. KEAHLIAN MP • Sesuatu MP hendaklah terdiri daripada: • a) seorang Presiden yang dilantik oleh Yang di-Pertuana Agong (YDPA); dan • b) satu panel yang mewakili majikan-majikan dan satu penal yang mewakili pekerja-pekerja yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia (MSM). (seksyen 21(1), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  5. Perlantikan panel-panel tersebut adalah berdasarkan rundingan MSM dengan pertubuhan-pertubuhan yang mewakili majikan dan pekerja. MAHKAMAH PERUSAHAAN

  6. Apabila Presiden tiada atau tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya kerana sakit, YDPA dibenarkan melantik orang yang lain untuk menjalankan tugas dan fungsi Presiden. Perlantikan ini tidak menghalang Presiden daripada menjalankan tugas-tugas yang telah ditetap oleh undang-undang seperti menyelesaikan pembicaraan dan menentukan apa-apa PP. (seksyen 21(2), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  7. Segala perlantikan hendaklah di wartakan dan dinyatakan sekali terma-terma dan syarat-syarat perlantikan. (seksyen 21(3), APP 1967) • Bagi melayakkan seseorang dilantik sebagai Presiden MP, beliau hendaklah samada seorang peguam bela dan peguam cara atau seorang ahli perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau Negeri yang telah berkhidmat selama lebih dari tujuh tahun dalam profession masing-masing. (seksyen 23A, APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  8. PENAL MP • MP, apabila hendak mengendalikan sesuatu PP, hendaklah terdiri daripada Presiden dan dua orang panel, satu dari pihak majikan dan satu lagi dari pihak pekerja. (seksyen 22(1), APP 1967) • Walaubagaimanapun Presiden boleh bersidang bersendirian untuk mendengar rujukan yang dibuat oleh MSM tentang MAHKAMAH PERUSAHAAN

  9. representasi terhadap pemecatan oleh seseorang pekerja yang terlibat. (seksyen 22(5), APP 1967) • Apabila panel yang dipilih tidak dapat hadir atau tidak upaya untuk terus hadir dalam apa-apa prosiding atau terhenti daripada menjadi panel, Presiden bolehlah memilih ahli lain daripada panel berkenaan untuk mengisi kekosongan. (seksyen 22(2), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  10. Apabila terdapat bahagian-bahagian MP, mengikut, MP boleh bersidang dalam dua atau lebih persidangan dengan Pengerusi yang sama atau berlainan. (seksyen 23(1), APP 1967) • Perlantikan mana-mana Pengerusi, adalah dibuat oleh YDPA melalui pemberitahuan Warta. (seksyen 23(2), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  11. Kelayakan Pengerusi adalah sama seperti Presiden MP iaitu beliau hendaklah samada seorang peguam bela dan peguam cara atau seorang ahli perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau Negeri yang telah berkhidmat selama lebih dari tujuh tahun dalam profession masing-masing. (seksyen 23A(1), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  12. “Mahkamah Tinggi (MT) telah mengarahkan perlantikan Pengerusi MP dibatalkan kerana beliau tidak layak memegang jawatan tersebut disebabkan beliau tidak mempunyai pengalaman tujuh tahun yang aktif sebagai seorang peguam bela dan peguam cara. Oleh itu peruntukan seksyen 23A hendaklah diambil kira.” (All-Malayan Estates Staff Union (Amesu) v. N. Rajasegaran, “Court orders appointment revoked”, The Star Online, 3rd. November 2004) ***Kes ini telah dirayu ke Mahkamah Rayuan (MR). MAHKAMAH PERUSAHAAN

  13. MR telah mengenepikan perintah-perintah MT dan membenarkan rayuan. • “i) Kelayakan untuk perlantikan Pengerusi MP telah digariskan dengan jelas oleh s. 23A(1), APP. Tiada suatu apapun, sama ada di dalam s. 23A(1) khususnya atau di dalam Akta Profesion Undang-undang (APU) amnya yang menyatakan bahawa seorang calon harus terlebih dahulu “beramal secara aktif” sebelum ianya layak dilantik sebagai Pengerusi. Definisi MAHKAMAH PERUSAHAAN

  14. “peguambela dan peguamcara” seperti yang dikehendai s. 23A(1) adalah peguambela dan peguamcara MT yang diterima masuk dan didaftar di bawah APU atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum APU mula berkuatkuasa. • ii) s. 23A(1) digubal khusus untuk tujuan yang khas, iaitu untuk memperuntukkan syarat-syarat hilang kelayakan bagi Presiden dan Pengerusi-pengerusi MP. MAHKAMAH PERUSAHAAN

  15. Oleh yang demikian, perkataan-perkataan yang digunakan oleh s. 23A(1) yang digubal oleh penggubal hendaklah diambil kira. Jika Parlimen memang berniat untuk menjadikan orang-orang yang layak dilantik sebagai Pengerusi adalah orang-orang yang mempunyai pengalaman beramal selama tujuh tahun sekurang-kurangnya, penggubal tentulah akan menggunakan perkataan-perkataan lain MAHKAMAH PERUSAHAAN

  16. apabila menggubal seksyen ini. Oleh hal yang demikian, perayu adalah orang yang layak untuk dilantik sebagai Pengerusi MP kerana beliau adalah seorang peguambela dan peguamcara selama tujuh tahun sebelum perlantikannya. Lagipun beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-hal berkaitan dengan buruh dan prhubungan perusahaan.” (per Nik Hashim HMR, Rajasegaran VN Rajah & Ors v. All Malayan Estates Staff Union (AMESU) [2005] 3 CLJ 860) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  17. Persidangan mana-mana bahagian hendaklah terdiri daripada Pengerusi dan dua ahli panel yang dilantik oleh Presiden, iaitu satu dari pihak majikan dan satu lagi dari pihak pekerja. (seksyen 23(3), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  18. BIDANG KUASA MP • Bidang kuasa MP telah kita bincangkan sepintas lalu semasa kita bincangkan perkara-perkara yang berkaitan tentang KS, PK, Per.K, PP, dan TP. Oleh itu sebagai ulangan boleh kita katakan bahawa bidang kuasa MP adalah seperti berikut: MAHKAMAH PERUSAHAAN

  19. Mendengar kes pemecatan yang tidak munasabah terhadap pekerja (seksyen 20(3), APP 1967) • Mendengar PP yang melibatkan perdamaian yang dirujuk oleh MSM (seksyen 26(1), APP 1967) • Mendengar perkara-perkara yang berbangkit mengenai award dan Per.K. (seksyen 33, APP 1967) • Mendengar komplen/aduan yang berkaitan dengan pelanggaran hak-hak dan tanggungjawab KS (seksyen 56, APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  20. Seksyen 20(3) • Apabila rujukan dibuat oleh Menteri, MP tidak mempunyai pilihan selain daripada mendengar kes tersebut. • “Di sana tidak terdapat di dalam peruntukan APP yang menyatakan bahawa MP boleh mengenepikan keputusan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 20(3).” (per Mohd Azmi, Assunta Hospital v. Dr. A Dutt [1980] 1 MLJ 96, at 97.) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  21. Keputusan atau award yang dibuat MP hanya boleh dicabar sekiranya rujukan yang dibuat oleh Menteri dicabar. • “Bidang kuasa yang dimiliki oleh MP hanya boleh dipersoalkan dengan mencabar rujukan yang dibuat oleh Menteri…..Dalam lain perkataan, bidang kuasa MP tidak boleh dicabar tanpa memasukkan Menteri dan meminta penghakiman terhadapnya.” (per Gopal Sri Ram, Kathivelu Ganesan & Anor v. Kojasa Holdings Bhd [1997] 2 MLJ 685.) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  22. Seksyen 26 • Seksyen ini biasanya digunakan apabila PP yang berlaku tidak dapat diselesaikan seperti penamatan kontrak perkhidmatan. MAHKAMAH PERUSAHAAN

  23. “Apabila ada representasi dibuat dan ianya dirujuk kepada MP, maka MP berhak memutuskan samada penamatan yang dibuat adalah dengan sebab atau alasan yang munasabah atau tidak. Mahkamah tidak boleh menimbang alasan-alasan yang lain yang tidak dihujah.” (KFC Technical Services Sdn Bhd v. Industrial Court of Malaysia [1992] 1 MLJ 564) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  24. Seksyen 33 • “Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seksyen 33(1) hanya memperuntukkan tentang tafsiran sesuatu award atau perjanjian kolektif. Oleh itu MP sepatutnya memberi tafsiran yang diberikan dan tidak perlu mencari ketidaktentuan atau kekaburan dengan mengambil kira perkara-perkara yang tidak relevan atau menanyai soalan yang MAHKAMAH PERUSAHAAN

  25. salah yang mengakibatkan award yang dibuat menjadi tidak sah”. (Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd v. Transport Worker’s Union [1995] 2 MLJ 317.) • “Mahkamah Agung telah memutuskan apabila rujukan dibuat oleh Menteri, Menteri hendaklah menyatakan dengan jelas and tepat (tidak terlalu umum) apakah perkara yang perlu ditafsirkan oleh MP.”(Malayan Agricultural Association v. National Union of Plantation Workers [1992] 2 MLJ 57) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  26. Seksyen 56 • Mahkamah Agung telah mengesahkan keputusan MP yang mengarahkan majikan mengambil semula pekerjanya yang dipecat disebab pengurangan pekerja apabila majikan tidak mematuhi perjanjian kolektif yang mengkehendaki majikan memberi notis yang munasabah iaitu tidak kurang daripada dua bulan jika ia hendak melakukan pengurangan pekerja. Arahan MP adalah di dalam bidang kuasanya. (Dunlop Industries Employees Union v. Dunlop Malaysian Industries Bhd [1987] 2 MLJ 81.) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  27. “Keadaan istimewa yang dimaksudkan dalam seksyen 56(2)(c) mestilah berbangkit selepas perjanjian kolektif ditandatangani. MP dikira melewati bidang kuasanya apabila mengubah syarat perjanjian kolektif.”(National Union of Hotel, Bar & Restaurnt Workers v. Seasian Hotel Sdn Bhd (Orchard Sea Penang) (Originating Motion No R8-32-124-87, High Court Kuala Lumpur. Mallal’s Monthly Digest, May 1992.) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  28. Walaupun MP mempunyai bidang kuasa yang agak luas, MP tidak boleh melebihi bidang kuasa yang telah ditetapkan oleh undang-undang. • MT telah membatalkan award yang dibuat oleh MP kerana MP telah membuat keputusan yang ia tidak mempunyai bidang kuasa dan award yang dibuat adalah award yang melampaui bidang kuasanya. Award MP telah dianggap tidak sah. (Lee Wah Bank Ltd v. National Bank of Bank Employees [1981] 1 MLJ 169) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  29. KUASA MP • MP boleh, dalam mana-mana prosiding – • a) memerintah supaya mana-mana pihak disatukan, diganti atau dibatalkan; • b) mengarah pihak-pihak yang terlibat dengan sesuatu prosiding atau mana-mana orang lain yang pada pendapatnya berkaitan dengan prosiding itu; MAHKAMAH PERUSAHAAN

  30. c) mengambil keterangan atas sumpah atau ikrar dan mengarahkan supaya dikemukakan buku-buku, surat-surat, dokumen-dokumen dan benda-benda di hadapannya; • d) mendengar dan menentukan perkara tersebut; • e) mengendalikan prosiding-prosidingnya MAHKAMAH PERUSAHAAN

  31. secara persendirian; • f) meminta bantuan daripada pakar setelah berunding dengan MSM; • g) mengarah dan membuat semua perkara yang perlu untuk mempercepatkan penentuan sesuatu perkara. (seksyen 29, APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  32. Penafsiran tentang seksyen 29 APP 1967 telah dibuat oleh kes ini di mana persoalan yang terlibat adalah samada seksyen ini membenarkan sesuatu permintaan (claim) atau award kepada pihak yang dimasukkan sebagai pihak yang terlibat di dalam prosiding MP. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa MP mempunyai kuasa untuk menambah sesuatu pihak yang lain sebagai pemohon/pihak yang memohon (claimant) tambahan atau MAHKAMAH PERUSAHAAN

  33. responden tambahan. Jika sekiranya pihak yang terbabit adalah responden tambahan, award boleh dibuat kepadanya apabila ia diberi kesempatan untuk didengar. (Hotel Jaya Puri Bhd v. National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers & Anor [1980] 1 MLJ 109) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  34. Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa MP boleh menentukan serta menolak kebolehpercayaan seseorang saksi (credibility of the witness) kerana ia merupakan kompetens dan bidang kuasa MP. (National Union of Plantations Workers v. Kumpulan Jerai Sdn Bhd, Rengam [2000] 2 MLJ 144) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  35. PROSIDING MP • Prosiding MP bolehlah diwakili oleh: • i) jika KS, diwakilkan kepada pegawai atau pekerja KS; • ii) jika majikan, hadir secara persendirian atau wakil yang telah diberi kuasa; • iii) jika seorang pekerja (dalam prosiding representasi terhadap pemecatan), hadir MAHKAMAH PERUSAHAAN

  36. secara persendirian atau pegawai atau pekerja KS jika dia adalah anggota KS; • iv) oleh seorang peguam. (seksyen 27(1), APP 1967) • Dalam menjalankan prosidingnya, MP hendaklah mematuhi prinsip keadilan asasi. Antaranya MP hendaklah menerima bahan-bahan dan keterangan yang ingin dikemukakan oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam PP. Sekiranya dinafikan, maka ia terjumlah sebagai pelanggaran terhadap keadilan asasi. MAHKAMAH PERUSAHAAN

  37. MT telah memutuskan bahawa telah berlaku pelanggaran keadilan asasi oleh MP apabila tidak membenarkan si pemohon memanggil saksi-saksinya yang penting. (Malayawata Steel Bhd v. Union of Malayawata Steel Workers [1978] 1 MLJ 87) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  38. Pelanggaran keadilan asasi tidak berlaku apabila, apabila MP telah memberi setiap peluang kepada pemohon-pemohon untuk mengemukakan kes mereka dan MP memberhentikan pembicaraan hanya apabila berasa bahawa ia telah memperolehi semua keterangan yang perlu dan bahawa tidak ada gunanya memanjangkan kes itu lagi. (Perkara Permohonan oleh Kesatuan Syarikat Omnibus Sdn Bhd[1977] 2 MLJ 260) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  39. AWARD MP • Award ertinya “suatu award yang dibuat oleh MP berkenaan dengan apa-apa pertikaian perdagangan atau perkara yang dirujukkan kepadanya atau apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat olehnya di bawah APP 1967.” (seksyen 2, APPP 1967) • MP berkuasa untuk membuat suatu award (termasuk suatu award interim/sementara). (seksyen 30(1), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  40. Dalam membuat sesuatu award, MP hendaklah memberi perhatian kepada kepentingan awan, implikasi-implikasi kewangan dan kesan award kepada ekonomi negara, ke atas industri yang terlibat dan yang berkaitan. (seksyen 30(4), APP 1967) • Keputusan award juga hendaklah dibuat berdasarkan equiti, perasaan hati yang baik dan merit kes tanpa memikirkan perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang. (seksyen 30(5), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  41. “Mahkamah Rayuan mengatakan dalam menafsirkan perjanjian kolektif, kaedah-kaedah normal berhubung dengan penentuan niat kedua-dua pihak yang terlibat tidak boleh digunakan.” (Kesatuan Pekerja-pekerja Perkayuan v. Syarikat Jengka Sdn Bhd [1997] 2 CLJ 276) • MP juga boleh menimbangkan apa-apa perjanjian atau kanun yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh MSM yang berhubungan dengan amalan-amalan pekerjaan (seksyen 30(5A), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  42. Contoh Nota Amalan “Cara Untuk Mengira Penjumlahan Ganti Rugi. a) Pembayaran upah tertunggak daripada tarikh pemecatan sehingga hari pendengaran kes hendak setakat tempoh maximum 24 bulan sahaja.” • Jika MP tidak sebulat suara terhadap sesuatu persoalan, keputusan hendaklah ditentukan dengan secara majoriti dan jika tidak terdapat persetujuan majoriti, ia hendaklah berdasarkan keputusan Presiden atau Pengerusi. (seksyen 30(2), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  43. Segala award hendaklah dibuat dengan segera dan dibuat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh rujukan PP. (seksyen 30(3), APP 1967) • “Ia merupakan satu kesalahan Pengerusi MP jika beliau tidak menulis penghakiman selepas mendengar perbicaraan kes yang dikendalikannya lebih-lebih lagi jika didapati tidak melakukan perkara sedemikian kira-kira di dalam 45 kes yang telah dikendalikannya. Pengerusi terbabit MAHKAMAH PERUSAHAAN

  44. boleh diambil tindakan disiplin dan setelah itu boleh dipecat daripada jawatannya.” (per Fong Chan Onn, Berita Harian, “Syor pecat Pengerusi Mahkamah Perusahaan”, 1hb. Julai 2004, m/s 3. • “Adalah tidak menjadi satu kesalahan kepada MP untuk terus mendengar kesnya dan membuat award tanpa kehadiran peminta. Ini kerana sebelum kes didengar dan award diberikan, pihak yang meminta telah gagal menunai permintaan MP MAHKAMAH PERUSAHAAN

  45. supaya memberinya penyataan jawapan (statement of reply) dalam masa tertentu. Penangguhan untuk menfailkan statement of reply telah diminta dan telah diberikan oleh MP dan ketika MP hendak mendengar kes, peminta masih gagal menunaikan permintaan MP.” (Nordin Hamid & Co v Pathmarajah & Anor [1990] 2 MLJ 308) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  46. “Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa ia merupakan satu kesilapan jika MP meneruskan pembicaraaan dan membuat keputusan setelah kes ditangguhkan beberapa kali tetapi bukan atas perintah peminta terutamanya kes yang melibatkan reputasi pekerja. Pekerja hendaklah diberi peluang secara adil untuk menebus reputasinya dan diberi hak untuk diwakili oleh peguam yang terlatih di sisi undang-undang dalam kemahiran memeriksa balas.” (Esso Production Malaysia Inc v. Aladdin bin Mohd Hashim [2000] 3 MLJ 270) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  47. “Tertakluk kepada seksyen 33A, award atau keputusan MP adalah terakhir dan muktamad, dan tidak boelh dicabar, dirayu disemak, diketepikan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah.”(seksyen 33B(1), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  48. “Jika ia (MP) melakukan kekhilafan undang-undang maka ia dikira telah melepasi bidang kuasanya. Oleh itu seksyen 33B(1) tidak mengenepikan remedi certiorari daripada dipohon oleh pihak-pihak yang terlibat.” (Tan Hong Yak v. Nixdorf Computer (M) Sdn Bhd [1997] 1 CLJ Supp 382.) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  49. KESAN AWARD • Apabila sesuatu award dibuat oleh MP, ia hendaklah terikat kepada: • i) mana-mana pihak yang terlibat dalam PP atau membuat rujukan; • ii) mana-mana pengganti, pemegang serahhak atau penerima pindahan; • iii) semua pekerja yang mempunyai hubungan dengan PP; • iv) semua ahli KS yang terlibat. (seksyen 32(1), APP 1967) MAHKAMAH PERUSAHAAN

  50. MP & MAHKAMAH TINGGI (MT) • Rujukan sesuatu award MP boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi (MT) atas permohonan oleh mana-mana pihak kepada prosiding apabila timbul persoalan undang-undang- • i) yang timbul dalam masa prosiding; • ii) di mana penentuan oleh MP telah memberi kesan kepada award; MAHKAMAH PERUSAHAAN

More Related