Download

Konsep dan Kaedah Penyelidikan






Advertisement
/ 67 []
Download Presentation
Comments
drazree
From:
|  
(7) |   (0) |   (0)
Views: 508 | Added:
Rate Presentation: 0 0
Description:
Konsep dan kaedah penyelidikan untuk pelajar Master dan Phd
Konsep dan Kaedah Penyelidikan

An Image/Link below is provided (as is) to

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use only and may not be sold or licensed nor shared on other sites. SlideServe reserves the right to change this policy at anytime. While downloading, If for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.











- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -




Slide 1

KONSEP DAN KAEDAH PENYELIDIKAN

Sr Dr. Md Azree Othuman Mydin

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan

Univerisiti Sains Malaysia

Slide 2

KONSEP PENYELIDIKAN

Apakah yang anda faham dengan Penyelidikan?

Slide 3

KONSEP PENYELIDIKAN

Yang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan?

[1] Encik Najib menyediakan kertas kerja “penggunaan komputer di sekolah menengah” selepas membuat sorotan kajian ke atas subjek ini di perpustakaan universiti beliau dan memanggilnya satu kajian

[2] Pn. Lim mengatakan beliau telah menjalankan kajian dan melengkapkan dokumen yang memberi maklumat berkenaan umur murid-murid, keputusan SPM, pendapatan keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat pelajaran

[3] En. Raju (Jurutera) menyertai bengkel berkaitan pembinaan kurikulum dan menyediakan laporan kurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau melakukan perkara ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini dan berbincang dengan peserta bengkel yang lain

Slide 4

KONSEP PENYELIDIKAN

• Tiada satu pun contoh di atas yang boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan!!!!

MENGAPA ?

Anda akan tahu apabila anda faham konsep “penyelidikan”

Slide 5

KONSEP PENYELIDIKAN

Pertimbangkan kes dibawah iaitu satu contoh penyelidikan:

• Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin terhadap aduan yang diterima daripada pengguna kereta bahawa kereta yang mereka hasilkan memberi masalah bunyi di atas ‘dashboard’ serta tempat duduk penumpang selepas beberapa ribu kilometer pemanduan.

• Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah yang tersebut.

• Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan (hipotesis).

• Seterusnya beliau menyediakan satu senarai semak dan mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada beberapa sampel kereta

• Belaiu kemudian menganalisa data yang dikumpul, membuat interpretasi daripada keputusan berdasarkan kepada hipotesis dan kemudiannya membuat kesimpulan

Slide 6

KONSEP PENYELIDIKAN

• Perhatikan contoh yang diberikan, penyelidik (pengurus syarikat tersebut) telah melalui satu susunan langkah yang teratur dan sistematik.

• Kedua, penyelidik tidak terus membuat kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah kajian atau explorasi yang saintifik sebelum membuat kesimpulan

• Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia adalah sistematik dan keduanya ia mengikut kaedah explorasi yang saintifik

Slide 7

DEFINISI PENYELIDIKAN

• Tuckman (1999)

Penyelidikan adalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan untuk sesuatu persoalan atau permasalahan

Slide 8

DEFINISI PENYELIDIKAN

• Kelinger (1964)

Penyelidikan adalah penyiasatan sistematik, terkawal, bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena

Slide 9

DEFINISI PENYELIDIKAN

• Ahmad Mahdzan (1992)

Penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan sesuatu permasalahan

Slide 10

DEFINISI PENYELIDIKAN

• Mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu perkara.

• Mengurus penyelidikan saintifik untuk menyelesai masalah dan menguji hipotesis

• Membina atau merekacipta produk yang baru

Slide 11

APAKAH PENYELIDIKAN?

Penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikut langkah tertentu yang logik susunannya. Langkah ini ialah:

  • Memahami masalah yang hendak dikaji dan mengenalpasti bidang pengetahuan yang berkaitan

  • Membuat sorotan kajian untuk memahami cara orang lain mendekati atau menguruskan masalah tersebut

  • Mengumpul data secara tersusun dan terkawal supaya dapat mencapai keputusan yang sah

  • Menganalisis data sesuai dengan masalah yang dikaji

  • Membuat kesimpulan dan generalisasi

Slide 12

Kenapa kita melakukan penyelidikan?

  • Mendapatkan ijazah

  • Sebagai cabaran dalam menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan (masalah yang kompleks)

  • Mendapatkan kepuasan intelektual

  • Mendapatkan produk yang baru

  • Keinginan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat

  • Mendapat pengiktirafan (kehormatan)

  • Untuk memperbaiki kehidupan sejagat

  • TERPAKSA!!!!

Slide 13

PENYELIDIKAN BERKUALITI TINGGI

• Ia adalah berasaskan kepada kerja orang lain

• Ia boleh direplikasi (duplicated)

• Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain

• Ia berasaskan kepada sedikit rasional yang logik dan terikat dengan teori

• Ia mampu untuk dilaksanakan!!!

• Ia menjana soalan baru

Slide 14

PENYELIDIKAN YANG BURUK

• Mencari sesuatu yang tiada untuk dijumpai.

• Plagiat kerja orang lain

• Memalsukan data untuk membuktikan sesuatu.

• Maklumat disalahkan dan membawa pembaca kepada maklumat yang disalahertikan.

Slide 15

Soalan yang perlu ditanya (5w)

  • What APA penyelidikan anda?

  • Why KENAPA anda mahu membuat penyelidikan ini?

  • Who SIAPAKAH yang terlibat?

  • Where DIMANA anda akan melaksanakan penyelidikan?

  • When BILA anda akan melaksankan penyelidikan?

Slide 16

PROSES PENYELIDIKAN

  • Mengenalpasti masalah

  • Sorotan/ Kajian literatur

  • Pembentukan masalah

  • Merekabentuk kajian

  • Pengumpulan data

  • Pemprosesan data

  • Interpretasi data

  • Penulisan laporan

Slide 17

STRUKTUR TESIS/DISERTASI

ABSTRAK

PENGENALAN

KAJIAN LITERATUR

TEORI / METODOLOGI

ANALISIS DATA

DISKUSI / PERBINCANGAN

KESIMPULAN / PENUTUP

RUJUKAN / APPENDIK

Slide 18

ABSTRAK

  • Abstrak ialah satu rumusan ringkas kepada perkara yang termasuk dalam laporan/tesis/disertasi/artikel.

  • Abstrak amat membantu kerana ia pendek dan memasukkan idea utama penyelidikan

Slide 19

ABSTRAK

  • Abstrak

    • Tujuan penyelidikan

    • Bagaimana penyelidik mengkaji fenomena

    • Apakah keputusan utama yang diperolehi

Slide 20

SOROTAN LITERATUR

  • Sorotan kajian ialah satu set penyelidikan yang telah diterbitkan atas topik yang tertentu

  • Penulisan ilmiah biasanya terdapat dalam jurnal, monograf, buku akademik, dan laporan penyelidikan

  • Memberi peluang kepada penyelidik mempelajari daripada pengalaman orang lain, di samping memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh penyelidik yang terdahulu daripadanya.

Slide 21

SOROTAN LITERATUR

  • Kemajuan akan dicapai dengan membaiki cara orang-orang terdahulu daripada kita

  • Dalam sorotan ini, harus keutamaan harus diberikan kepada karya-karya yang dibuat di kawasan yang sama dahulu, atas tajuk yang sama atau hampir sama, sekiranya tidak ada, selepas itu bolehlah dibuat sorotan terhadap karya-karya di luas kawasan, dalam negara yang sama.

  • Jika tidak ada, boleh digunakan karya-karya dari luar negeri

Slide 22

PERANAN KAJIAN LITERATUR

  • Menjelaskan kepada pembaca apa yang diketahui dan apa yang beli diketahui berkenaan topik yang dipilih

  • Memberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan atau masalah yang dikaji

  • Menjelaskan/mendefinasi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian

  • Memahami penemuan-penemuan awal yang kadangkala bercangkah

  • Menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang sesuai

  • Menjadi asas atau batu tanda untuk perbandingan penemuan

Slide 23

CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIK

  • Lengkap: meliputi semua aspek (angkubah) yang anda hendak kaji dalam kajian anda.

  • Kemas kini: meliputi kajian-kajian yang mutakhir tentang topik yang sama

  • Bersepadu: ertinya, sorotan itu dibuat berdasarkan angkubah yang pernah digunakan oleh pengaji terdahulu, bukan mengikuti pengarang demi pengarang.

Slide 24

samb. CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIK

  • Kritis: aspek ini sudah disentuh sebentar tadi

  • Pemilihan: pilihlah artikel-artikel yang betul-betul relevan dengan topik anda.

Slide 25

MASALAH PENYELIDIKAN

  • Situasi yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan penyelidikan untuk menyelesaikannya.

  • Masalah yang menyebabkan seseorang pengkaji ingin melakukan kajian

  • Masalah yang hendak dikaji saharusnya jitu, konkrit dan tidak direka

Slide 26

SUMBER-SUMBER MASALAH

  • Media cetak dan elektronik

  • Journal, buku yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan

  • Pemerhatian terhadap persekitaran yang penyelidik lalui

  • Melalui konsep, teori, elemen yang ingin dikaji

  • Sumber masalah diperolehi drpd penyelidik berdasarkan pengalamannya

  • Pengalaman individu lain

  • Perbincangan antara individu atau kumpulan

Slide 27

Pertimbangan dalam memilih masalah kajian

  • Adakah kajian tersebut berada di dalam limitasi atau masa yg sesuai untuk diselesaikan?

  • Adakah penyelidik mempunyai minat dalam menjalankan kajian tersebut?

  • Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai teoritikal yang mampu untuk mengembangkan sesuatu model, elemen atau cadangan yang terkini?

  • Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai praktis yang mampu untuk digunakan oleh pengguna lain?

  • Adakah di dalam menjalankan kajian tersebut, bahan-bahan untuk rujukan boleh digunakan dan senang diperolehi?

Slide 28

Kriteria Pembentukan Masalah Penyelidikan

  • Penyelidikan mampu menambahkan pengetahuan

  • Penyelidikan mampu membentuk/mengembangkan kpd masalah baru dan penyelesaian

  • Permasalahan kajian tersebut boleh dikaji

  • Sesuai dengan seorang penyelidik

  • Berkaitan dengan masalah terkini

  • Dilakukan dengan etika yg sempurna

Slide 29

Makna Pernyataan Masalah

  • Hubungan yang jelas dengan pemboleh ubah

  • Menerangkan dengan jelas perkara yg kurang jelas, kabur atau abstrak

  • Boleh diuji setiap pemboleh ubah

Slide 30

HIPOTESIS

  • Satu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan

  • Dibentuk selepas objektif wujud

Slide 31

Ciri-ciri hipotesis

  • Menduga hubungan antara 2 atau lebih pemboleh ubah

  • Dinyatakan secara logik, jelas dan terang

  • Berupaya untuk diuji sama ada hipotesi itu ditolak atau disahkan

  • Bersifat khusus bukan umum

  • Berbentuk khusus agar berupaya menjadi panduan

  • Tidak mempunyai pertimbangan nilai, moral atau etika

  • Secara konsepsi sahaja

  • Ada hubungan dengan teori yang ingin dikaji

  • Spesifik

Slide 32

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN

Slide 33

1. Penyelidikan Asas (basic research)

  • Kajian yang dijalankan sebagai permulaan sesuatu kajian ke atas fenomena atau isu/situasi sebelum menjalankan kajian yang selanjutnya

  • Biasanya dijalankan untuk menguji sesuatu teori dalam tingkah laku sosial, menguji sama ada sesuatu teori berkenaan masih boleh digunakan dalam keadaan semasa atau memerlukan penambahbaikan supaya mengikut keadaan semasa.

  • Mempunyai orientasi yang lebih umum

  • Menambah pengetahuan kepada yang sedia ada dalam disiplin tersebut

Slide 34

Contoh penyelidikan asas

  • Menjalankan eksperimen berkaitan: pembelajaran dalam persekitaran makmal

  • Tujuan eksperimen itu ialah untuk menyumbang kepada pengetahuan berkenaan cara pembelajaran berlaku

  • Eksperimen tersebut boleh memfokus kepada satu atau beberapa faktor yang terhad berkaitan pembelajaran seperti perbezaan yang berlaku/terhasil apabila bahan pembelajaran dipersembahkan melalui gambar rajah atau lisan

Slide 35

2. Penyelidikan Gunaan (applied research)

  • Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh penyelidik sebelumnya atau kajian sebelum ini

  • Difokuskan untuk menjawab persoalan sebenar dunia, soalan praktikal untuk memberi penyelesaian segera yang relatif.

  • Dijalankan untuk menerokai masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan

  • Untuk mengenalpasti impak sesuatu fenomena atau teori ke atas sesuatu isu

  • Topik bagi penyelidikan gunaan biasanya dipandu oleh masalah semasa yang menjadi perhatian pembuat polisi

Slide 36

Contoh penyelidikan gunaan

  • Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru sekolah rendah dalam sistem persekolahan untuk mengenal pasti kegemaran(preferences) dan pandangan berkaitan beberapa program bacaan yang ada.

  • Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa kurikulum atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin dengan masalah memilih program bacaan atau bahan yang hendak dibeli.

  • Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting untuk membuat keputusan pembelian bahan tersebut.

Slide 37

3. Penyelidikan Penilaian(Assessment Research)

PROSES

Merancang program

Menguruskanpelaksanaandankesannya.

Slide 38

Penyelidikan Penilaian

  • Dibahagikan kepada dua jenis bergantung kepada tujuan penilaian.

    • Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai bagaimana program itu boleh dibaiki, ia dipanggil penilaian formatif.

    • Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai sama ada program itu efektif dan adakah ia patut diteruskan ia dipanggil penilaian sumatif.

Slide 39

4. Penyelidikan Tindakan(Action Research)

Slide 40

Penyelidikan Tindakan

  • Penyelidikan Tindakan difokuskan kepada penyelesaian masalah yang spesifik dihadapi oleh pengamal lokal (local practitioners)

  • Ini adalah jenis penyelidikan gunaan

Slide 41

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Slide 42

PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Slide 43

PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Slide 44

CONTOH REKABENTUK PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Slide 45

i. Kajian Eksperimen

Slide 46

ii. Kajian Kuasi-Eksperimen

Slide 47

iii. Kajian Tinjauan (Survey)

Slide 48

iv. Kajian Korelasi

  • Kajian korelasi menerangkan hubungkait atau hubungan sedia ada antara pembolehubah

  • Penyelidik dapat menerangkan atau meramalkan sesuatu fenomena

  • MAKSUDpenyelidikan yang cuba mencari hubungkait atau perhubungan antara pembolehubah dengan menggunakan kaedah statistik kolerasi tanpa mencari sebab dan penyebabnya

  • Ia juga menilai kekuatan dan arah hubungan atau kaitan antara pembolehubah yang diselidik

Slide 49

PENYELIDIKAN KUALITATIF

DEFINISI:

Kajian ke atas sesuatu sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam

PENGENALAN:

  • dijalankan dalam satu kawasan yang kecil, melibatkan individu dalam kawasan berkenaan sahaja

  • Contoh : kajian etnografi, kajian kes dan kajian sejarah

Slide 50

PENYELIDIKAN KUALITITATIF

  • Data dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumen

  • Menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan bagaimana”.

  • Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.

  • Data kajian kualitatif boleh membantu kajian kuantitatif dengan memberi penjelasan kepada hasil data penyelidikan kuantitatif

Slide 51

PENYELIDIKAN KUALITITATIF

  • Data dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumen

  • Menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan bagaimana”.

  • Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.

  • Data kajian kualitatif boleh membantu kajian kuantitatif dengan memberi penjelasan kepada hasil data penyelidikan kuantitatif

Slide 52

CONTOH REKABENTUK PENYELIDIKAN KUALITATIF

Slide 53

i. Kajian Etnografi

  • Merupakan kajian yang dijalankan oleh ahli sosiologi dan antropologi dalam sesuatu masyarakat / komuniti

  • Kajian deskriptif untuk mengenal pasti aspek :

    • Budaya

    • Tingkah laku

    • Corak interaksi sosial pemikiran

    • Cara hidup masyarakat

Slide 54

i. Kajian Etnografi (samb.)

  • Dilaksanakan dalam jangka masa yang panjang

  • Cara pengumpulan data :

    • Pemerhatian

    • Temu bual

    • Kajian dilakukan sehingga pola kehidupan dapat ditentukan dengan jelas

  • Slide 55

    ii. Kajian Kes

    • Kajian ini tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam sesebuah sekolah, 2 buah sekolah atau 3 buah sekolah yang terletak dalam sesebuah kawasan

    • Tujuan :

      • Menjawab persoalan kajian “bila”, “bagaimana” dan “mengapa”

      • Fokus penghuraian yang holistik dan menyeluruh

    Slide 56

    ii. Kajian Kes (samb.)

    • Dapatan kajian kes memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994)

    • 2 jenis kajian kes :

      • penerokaan (exploratory)

      • deskriptif (descriptive)

      • Contoh kajian kes:

      • kajian terhadap seorang pelajar yang bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran

    Slide 57

    iii. Kajian Sejarah

    • Maklumat utama :

      diperolehi daripada orang yang mengalami situasi atau peristiwa tersebut

      • Maklumat sekunder :

        diperolehi daripada kajian literatur dan orang yang terdekat dengan orang yang mengalami sendiri dan yang berada di tempat kejadian

    Slide 58

    iii. Kajian Sejarah (samb.)

    • Dokumen-dokumen berkaitan :

      • surat

      • artikel

      • minit mesyuarat

      • teks dalam majalah

      • rakaman video

      • kaset

      • foto

      • tayangan gambar dsb

    Slide 59

    Kualitatif vs Kuantitatif

    1. Tujuan/ Matlamat

    Kuali: Untuk memahami & mentafsir interaksi sosial .

    Kuanti: Untuk menguji hipotesis, melihat kesan dan akibat dan membuat ramalan

    Slide 60

    Kualitatif vs Kuantitatif

    2. Pendekatan

    Kuali: Pendekatan yang subjektif kerana ia bertujuan untuk memahami tingkah laku manusia dan sebab-sebab yang mengawal tingkah laku itu

    Kuanti: cenderung untuk mengekalkan objektif kajian yang diasingkan daripada subjek atau perkara

    Slide 61

    Kualitatif vs Kuantitatif

    3. Kumpulan yang dikaji

    Kuali: kecil dan tidak dipilih secara rawak

    Kuanti: besar dan dipilih secara rawak

    Slide 62

    Kualitatif vs Kuantitatif

    4. Pembolehubah (variables)

    Kuali: kajian secara menyeluruh dan bukannya pembolehubah

    Kuanti: pembolehubah spefisik sahaja dikaji

    Slide 63

    Kualitatif vs Kuantitatif

    5. Instrumen Pengumpulan Data

    Kuali: temubual berstruktur dan tidak berstruktur, kumpulan fokus, kandungan atau analisis dokumentari & peserta pemerhatian

    Kuanti: penggunaan medium seperti borang soal selidik, kaji selidik dan medium lain untuk mengumpul data numerik atau data yang boleh diukur

    Slide 64

    Kualitatif vs Kuantitatif

    6. Jenis Data

    Kuali: perkataan, imej dan objek

    Kuanti: nombor dan statistik

    Slide 65

    Kualitatif vs Kuantitatif

    7. Hasil

    Kuali: Penemuan tertentu atau khusus yang kurang generalisasi

    Kuanti: Hasil penemuan yang boleh diaplikasi

    Slide 66

    Kualitatif vs Kuantitatif

    8. Soalan yang ditanya

    Kuali: Kenapa? Bagaimana? Dengan cara yang bagaimana?

    Kuanti: Berapa banyak? Berapa ramai? Seberapa kerap? Sejauh manakah?

    Slide 67

    Terima kasih…


    Copyright © 2014 SlideServe. All rights reserved | Powered By DigitalOfficePro