Pekeliling pentadbiran tabika perpaduan bil 1 9 2006 l.jpg
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 55

Pekeliling Pentadbiran Tabika Perpaduan Bil. 1-9/2006 PowerPoint PPT Presentation


  • 559 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

Pekeliling Pentadbiran Tabika Perpaduan Bil. 1-9/2006. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional ( Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan ). LATAR BELAKANG. Tabika Perpaduan diwujudkan di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat pada tahun 1976 - 25 buah kelas.

Download Presentation

Pekeliling Pentadbiran Tabika Perpaduan Bil. 1-9/2006

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Pekeliling pentadbiran tabika perpaduan bil 1 9 2006 l.jpg

Pekeliling Pentadbiran Tabika PerpaduanBil. 1-9/2006

JabatanPerpaduan Negara Dan IntegrasiNasional

( Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan )


Latar belakang l.jpg

LATAR BELAKANG

  • Tabika Perpaduan diwujudkan di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat pada tahun 1976 - 25 buah kelas.

  • Tujuan utama penubuhannya ketika itu adalah:

    i) menjalankan kajian ke atas sikap di antara kaum;

    ii) untuk memupuk semangat muhibbah; dan

    iii) memulihkan kembali hubungan rakyat dengan kerajaan.


Latar belakang3 l.jpg

LATAR BELAKANG

  • Tabika Perpaduan tidak perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan – Warta Kerajaan P.U. (A) 276) bertarikh 15 September 1977, Akta Pelajaran 1961.

  • Sehingga September 2008, jumlah kelas Tabika adalah sebanyak 1546 buah (39,840 orang kanak-kanak pelbagai kaum).


Latar belakang4 l.jpg

LATAR BELAKANG

  • Tabika Perpaduan ditubuhkan di kawasan bandar dan pinggir bandar (cth: taman-taman perumahan dan rumah pangsa) yang diliputi Kawasan Rukun Tetangga.

  • Tabika Perpaduan diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan bagi pendidikan asas kanak-kanak prasekolah bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat sebagai persediaan ke alam persekolahan formal.


Objektif l.jpg

OBJEKTIF

Bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif dengan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukunegara


Objektif khusus l.jpg

OBJEKTIF KHUSUS

  • Menyemai dan memupuk semangat muhibbah, kejiranan dan perpaduan serta semangat kewarganegaraan di kalangan kanak-kanak dari semua kaum;

  • Menggalakkan kanak-kanak mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang positif dalam kehidupan seharian bagi mewujudkan peribadi dan perwatakan yang sempurna untuk menjadi ahli keluarga yang baik dan berguna;

  • Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;


Objektif khusus7 l.jpg

OBJEKTIF KHUSUS

4.Mengeratkan lagi perhubungan serta memupuk perpaduan di kalangan ibu bapa dan masyarakat seluruhnya;

5.Mengamalkan nilai moral/agama dalam kehidupan seharian;

6. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;


Objektif khusus8 l.jpg

OBJEKTIF KHUSUS

7.Memperkembang keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul;

8.Memperkembang konsep kendiri ke arah pembentukan peribadi dan perwatakan yang positif;


Objektif khusus9 l.jpg

OBJEKTIF KHUSUS

9.Memperkembang perasaan ingin tahu melalui pelbagai deria ke arah pembentukan kognitif, penaakulan dan penyelesaian masalah semasa meneroka ilmu pengetahuan; dan

10.Memperkembang daya kreatif dan estetika.


2 peraturan rujukan utama l.jpg

2 PERATURAN & RUJUKAN UTAMA

  • PEKELILING PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN BIL. 1-9/2006

  • PROSEDUR MS ISO 9001:2000 (JPNIN/TP/01-09)


Prosedur ms iso 9001 2000 pengurusan tabika perpaduan l.jpg

PROSEDUR MS ISO 9001:2000 (Pengurusan Tabika Perpaduan)


Isi kandungan l.jpg

ISI KANDUNGAN

  • JPNIN/TP/01 – Pembukaan Kelas Tabika Perpaduan

  • JPNIN/TP/02 – Pengambilan Kanak-Kanak Tabika

    Perpaduan

    3.JPNIN/TP/03 – Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras

    Tabika Perpaduan

    4.JPNIN/TP/04 – Perolehan Perabot dan Peralatan Tabika

    Perpaduan ( Telah Dimansuhkan)

    5.JPNIN/TP/05 – Pelantikan Guru dan Penolong Guru

    6.JPNIN/TP/06 – Pemindahan Kelas Tabika Perpaduan

    7.JPNIN/TP/07 – Pengagihan Peruntukan Makan Minum

    Kanak-Kanak Tabika Perpaduan

    8.JPNIN/TP/08 – Pengumpulan Maklumat Tabika Perpaduan

    9.JPNIN/TP/09 – Pembaikan Bangunan Tabika Perpaduan


Pekeliling pentabiran tabika perpaduan bil 1 9 2006 8 8 06 l.jpg

PEKELILING PENTABIRAN TABIKA PERPADUAN BIL. 1-9/2006 (8/8/06)


Tuntutan perjalanan guru pen guru tabika perpaduan bil 1 2006 l.jpg

Tuntutan Perjalanan Guru & Pen. Guru Tabika PerpaduanBil. 1 /2006


Isi kandungan15 l.jpg

ISI KANDUNGAN

  • Kadar tuntutan perjalanan dan pengankutan menggunakan standart tuntutan pegawai kerajaan lain.

  • Perkeliling baru;

    - Perkeliling Perbendaharaan

    2 / 2005 -


Langkah langkah keselamatan untuk kanak kanak tabika perpaduan bil 2 2006 l.jpg

Langkah-Langkah Keselamatan Untuk Kanak-Kanak Tabika PerpaduanBil. 2/2006


Isi kandungan17 l.jpg

ISI KANDUNGAN

1.Langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil:-

i) Hadir ½ jam awal;

ii) Grill dan pintu pagar henaklah dikunci sepanjang masa sekolah. Kunci diletakkan di tempat khas yang mudah kelihatan;

iii) Hanya ibu bapa/penjaga sahaja dibenarkan mengambil kanak-kanak. Pastikan kanak-kanak selamat menaiki kenderaan yang ditentukan; dan

iv) Orang yang tidak dikenali dan mencurigakan tidak dibenarkan berada dikelas dan kawasan kelas.


Slide18 l.jpg

2.Langkah-langkah keselamatan dalam & luar kelas yang perlu diambil:-

i) Kelas dalam keadaan terang;

ii) Peralatan tajam/ubat-ubatan/bahan berbahaya disimpan ditempat yang tidak boleh dilihat dan dicapai kanak-kanak;

iii) Waspada dengan perkakasan elektrik/perabot/alat permainan/bahan yang berbucu, mudah pecah atau tidak kukuh;

iv) Tangga dipasang susur tangga (railing). Anak tangga seeloknya adalah rendah dan beralas bahan lembut;


Slide19 l.jpg

v) Punca kuasa elektrik (power supply) di paras rendah hendaklah ditutup;

vi) Awasi dan sebolehnya elakkan penggunaan perabot/alatan yang tinggi berkaki seperti kipas berkaki dan lampu berkaki;

vii) Elakkan menanam pokok/tanaman berduri, beracun dan miang. Senggara pokok/tanaman dari masa ke semasa. Bersihkan kawasan dari masa ke semasa;

x) Lubang (man hole) di kawasan permainan sentiasa ditutup;

ix) elakkan meracun dan memotong rumput semasa waktu sekolah;

iix) Pagar daripada bahan selamat dan disenggara baik; dan

x) Bersihkan kawasan kelas dan awasi lalulintas jalanraya dengan kerjasama JPTP.


Slide20 l.jpg

3.Langkah-langkah pencegahan dan kecemasan yang perlu diambil untuk kebakaran:-

i) Elakkan halangan di laluan pintu. Pastikan pintu dan tingkap dibuka;

ii) Tutup semua alatan elektrik dan tong gas selepas digunakan. Letakkan peralatan elektrik dan sumber api di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak;

iii) Jangan biarkan kanak-kanak berada berhampiran tempat memasak tanpa pengawasan;

iv) Paparkan tanda “DILARANG MEROKOK”;

v) Ketahui cara penggunaan alat pemadam api yang dibekalkan dan senggarakan alat dengan kerjasama pihak Bomba;

vi) Letakkan wisel/loceng dan alat pemadam api ditempat yang mudah dicapai; dan

vii) Sediakan Pelan Tincakan Kecemasan dan mengadakan latihan kawad kecemasan sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang sesi persekolahan. Laporan latihan hendaklah dikemukakan kepada PPD/PPB/Pem.PP setiap kali diadakan.


Pengurusan dan pentadbiran tabika perpaduan bil 3 2006 l.jpg

Pengurusan dan Pentadbiran Tabika PerpaduanBil. 3/2006


Isi kandungan22 l.jpg

ISI KANDUNGAN

1.Peraturan Pengurusan dan Pentadbiran Kelas :-

1.1. Kelayakan masuk - warganegara/penduduk tetap sahaja;

1.2. Bil. Kanak-kanak- tidak kurang 15 orang dan tidak melebihi 35 orang. Sekiranya kurang 15 orang 2 tahun berturut-turut mesti dipindahkan.

1.3. Yuran Pendaftaran - RM 10, Yuran bulanan minima –RM 10 (penentuan kadar ditetapkan JPTP / secara ansuran)

1.4. Pengambilan

a) Sekiranya bil kanak-kanak melebihi 35 orang, Jawatankuasa Pemilihan Kanak-Kanak hendaklah ditubuhkan di peringkat Daerah/Bahagian untuk pemilihan. (Keutamaan adalah kanak-kanak berumur 6 tahun, keluarga berpendapatan rendah dan tinggal berhampiran kelas)


Slide23 l.jpg

b) Urusan pengambilan termasuk mengadakan publisiti, mengedar borang, mengadakan tapisan kelayakan dan tawaran penerimaan sebelum 30 November dilaksanakan.

1.5.Kurikulum – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.6.Bahasa Pengantar – Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris diajar sekurang-kurangnya 2 jam seminggu manakala Bahasa Ibunda diajar diluar jadual waktu.

1.7.Komponen Pendidikan – 6 bidang iaitu Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif, Pendidikan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Sosio Emosi, Perkembangan Fizikal dan Kreativiti dan Estetika.


Slide24 l.jpg

1.8.Hari dan Cuti Persekolahan

a) Hari persekolahan adalah 5 hari seminggu dengan jumlah jam pengajaran selama 3 jam sehari (tidak termasuk subjek tambahan).

b) Cuti tambahan 7 hari setahun dibenarkan dengan kelulusan PPD/PPB/Pen. PPM/Pem. PPM – diambil sebelum atau selepas sesuatu aktiviti/program dilaksanakan dan tidak melebihi dua hari pada satu-satu masa. (cuti tidak habis tidak boleh dibawa ke tahun hadapan)


Slide25 l.jpg

1.9.Tugas Guru/Penolong Guru – 5 jam sehari dengan mengikuti senarai tugas dan senarai semak yang ditetapkan.

a) Antara Senarai Tugas Utama Guru adalah seperti berikut :-

  • Menguruskan pendaftaran kanak-kanak.

  • Menyambut dan menerima kanak-kanak ke kelas.

  • Menandakan jadual kedatangan kanak-kanak pada sejam pertama sesi pengajaran dan pembelajaran setiap hari persekolahan.

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran tahunan, mingguan dan harian.

  • Menyediakan alat bantu / bahan / permainan mengajar bersesuaian dengan pelajaran harian.

  • Mengendalikan Buku Inventori, Daftar Harta Modal, Buku Stok, Portfolio Kanak-kanak, Rekod Peribadi, Rekod Kemajuan Kanak-kanak, Rekod Ujian Mata dan Rekod Anekdot.


Slide26 l.jpg

  • Menjalankan dan melaksanakan tugas Penolong Guru semasa ketiadaannya.

  • Membantu Penolong Guru mengemaskini Akaun Tabika mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat.

  • Memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin khususnya melalui penggunaan peralatan kelas dan penyediaan persekitaran fizikal yang selamat.

  • Menyediakan laporan-laporan kelas seperti dalam aspek berikut:-

    • Laporan aktiviti;

    • Spesikasi output;

    • Tuntutan makan minum;

    • Laporan latihan kawad kecemasan;

    • Menyediakan rekod lawatan rasmi pegawai ke TP; dan

    • Laporan ujian mata.


Slide27 l.jpg

  • Menghadiri latihan, bengkel, latihan kursus seminar, persidangan yang diarahkan oleh Jabatan.

  • Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Setiausaha JPTP dalam membantu pengelolaan dan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Tabika Perpaduan.

  • Membantu JPTP dan Pegawai Jabatan dalam pengelolaan segala aktiviti yang disertai oleh kanak-kanak.

  • Menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.


Slide28 l.jpg

b) Antara Senarai Tugas Utama Penolong Guru adalah seperti berikut :-

  • Membantu guru dalam menguruskan pendaftaran kanak-kanak.

  • Bersama-sama dengan guru menyambut dan menerima kedatangan kanak-kanak ke kelas.

  • Membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran tahunan, mingguan dan harian.

  • Membantu guru dalam menyediakan alat bantu mengajar / bahan / permainan dengan pelajaran harian.

  • Membantu guru mengendalikan Buku Inventori, Daftar Harta Modal, Buku Stok, Portfolio Kanak-kanak, Rekod Peribadi, Rekod Kemajuan Kanak-kanak, Rekod Ujian Mata dan Rekod Anekdot.

  • Menjalankan tugas dan kewajipan semasa ketiadaan guru.


Slide29 l.jpg

  • Mengurus dan mengemaskinikan Akaun Tabika mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat.

  • Selepas menyediakan sajian makanan kanak-kanak dan urusan kebersihan didapur, Penolong Guru hendaklah bersama-sama guru melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran di kelas.

  • Memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin khususnya melalui penggunaan peralatan kelas penyediaan persekitaran fizikal yang selamat.

  • Membantu guru menyediakan laporan bulanan seperti berikut:

    • Minit mesyuarat;

    • Laporan spesifikasi output;

    • Laporan aktiviti bulanan;

    • Laporan ujian mata;

    • Laporan latihan kawad kecemasan;

    • Laporan data hal kemasukan kanak-kanak;

    • Maklumat kepegawaian; dan

    • Rekod-rekod lawatan rasmi ke Tabika Perpaduan.


Slide30 l.jpg

  • Menghadiri bengkel / latihan / kursus / seminar / persidangan yang diarahkan oleh Jabatan.

  • Melaksanakan tugas dan tanggungjawab selaku Bendahari Jawatankuasa Penyelarasan Tabika Perpaduan yang bertangggungjawab mengendalikan Akaun Tabika dan mengawal perbelanjaan kelas.

  • Membantu Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) dan Pegawai Jabatan dalam pengelolaan aktiviti yang disertai oleh kanak-kanak.

  • Menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.


Slide31 l.jpg

2.Tatacara Pengurusan Kelas :-

2.1.Pakaian dan tanda nama – Guru/Pen. Guru berpakaian sesuai dan memakai tanda nama.

2.2.Rekod dan dokumen - disenggara dan dikemaskini (cth; Buku Kedatangan Guru, Buku Rekod Kedatangan Kanak-Kanak dan Buku Persediaan Mengajar).

2.3.Makan dan Pemakanan – mengikut Garis Panduan Penyediaan Makanan yang ditetapkan.

2.4.Premis – hendaklah sesuai, selamat dan selesa. Luas bilik darjah mengikut Piawaian Ordinan Sekolah 1950 ialah seorang pelajar memerlukan ruang seluas 15 kaki persegi tidak termasuk jalan lalu.


Slide32 l.jpg

2.5. Perjumpaan dengan ibu bapa

a) Perjumpaan pertama – diadakan dalam tempoh 2

bulan pertama kelas bermula.

b) Perjumpaan semester - memaklumkan kemajuan

kanak-kanak diadakan sehari pada minggu terakhir

persekolahan setiap semester.

c) Lawatan ke rumah – kebajikan dan masalah kanak-

kanak/keluarga.

2.6. Mesyuarat Guru dan Pen. Guru di peringkat Daerah perlu dilaksanakan 2 bulan sekali. (antara perkara perbincangan adalah mengenai pengurusan kelas, bil. pelajar, jadual pelaksanaan dan perancangan aktiviti serta masalah yang dihadapi guru/pen.guru.

2.7. Pakaian Seragam Kanak-Kanak – mengikut ketetapan Jabatan.


Urusan pemasangan penggunaan telefon di tabika perpaduan bil 4 2006 l.jpg

Urusan Pemasangan & Penggunaan Telefon Di Tabika PerpaduanBil. 4/2006


Isi kandungan34 l.jpg

ISI KANDUNGAN

1. Pemasangan telefon, pendaftaran internet dan urusan caj pemasangan serta perkhidmatan pembaikan kerosakan hendaklah dibayar daripada akaun kelas;

  • Perkara yang diambilkira dalam memastikan keselamatan telefon :-

    i) telefon dikunci dan dimasukkan ke dalam kabinet

    berkunci selepas waktu sekolah.

    ii) semasa hujung minggu dan cuti sekolah, telefon dan

    talian sambungannya disimpan di dalam kabinet

    berkunci.

    3.Bagi memastikan penggunaan telefon secara terkawal, Buku Rekod Panggilan Telefon hendaklah disediakan.

  • Pembayaran bil bagi caj panggilan rasmi yang disahkan hendaklah tidak melebihiRM 50 sebulan.

  • Hanya penggunaan rasmi yang disahkan sahaja boleh dibayar daripada akaun kelas (sewa bulanan, caj panggilan, caj internet, cukai perkhidmatan yang dikenakan).


Peraturan peraturan jawatankuasa penyelaras tabika perpaduan bil 5 2006 l.jpg

Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Penyelaras Tabika PerpaduanBil. 5/2006


Isi kandungan36 l.jpg

ISI KANDUNGAN

1. Tujuan JPTP – Membantu memupuk semangat perpaduan di kalangan kanak-kanak Tabika, ibu bapa dan masyarat tempatan serta memajukan tabika supaya ia berjalan dengan baik, lancar dan bermutu;

2.Antara Fungsi JPTP :-

i) membantu dan bekerjasama dengan guru dalam pelaksanaan aktiviti kelas dan penyediaan alat bantu mengajar.

ii) berusaha menambah kewangan kelas dengan merancang pelbagai aktiviti ke arah pembangunan komuniti.

3.Syarat penubuhan JPTP – 1 JPTP ditubuhkan sekiranya terdapat dua atau lebih kelas. Pengendalian akaun bank perlu berlainan bagi setiap kelas dengan bendahari masing-masing.


Slide37 l.jpg

4. Keanggotaan JPTP – wakil JKRT, ibu bapa, pemastautin yang berminat, guru dan pen. guru. Ahlinya adalah Penasihat, Pengerusi, Timb. Pengerusi Setiausaha, Pen. Setiausaha, Bendahari, 7 orang AJK dan 2 orang Juruaudit.

5.Tempoh perkhidmatan/pelantikan/kewangan JPTP adalah selama setahun.

  • Kewangan :-

    i) Bendahari pegang wang tunai tidak melebihi RM100 dalam peti wang runcit.

    ii) Perbelanjaan kurang RM500 diluluskan oleh Bendahari bersama Pengerusi atau Setiausaha JPTP. (tidak boleh lebih RM 500 sebulan)


Slide38 l.jpg

iii) Perbelanjaan lebih RM500 dalam satu bil diluluskan oleh JPTP. Ianya hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan PPD/PPB/PPP terlebih dahulu.

iv) Perbelanjaan melebihi RM700 dirujuk oleh JPTP untuk kelulusan PPN setelah disokong oleh PPD/PPB/PPP.

v) JPTP menentukan kadar yuran bulanan kanak-kanak setelah berbincang dengan PPD/PPB/PPP (kadar min. RM10).

vi) Kegunaan wang akaun Tabika – bekal makanan dan minuman, alat/bahan bantu mengajar, pengurusan dan pentadbiran kelas serta aktiviti/program kelas.

vii) PPD/PPB/PPP/Juruaudit boleh memeriksa dan mengaudit akaun kelas pada bila –bila masa. (sekurang-kurangnya 2 kali setahun).


Slide39 l.jpg

7. Mesyuarat JPTP – Mesyuarat penubuhan akan dipanggil oleh PPD/PPB/PPP dan dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan bermula sesi persekolahan. Mesyuarat JPTP dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3bulan (korum hendaklah separuh dari bil. ahli).

8.Sekatan JPTP :-

i) tidak berhak campurtangan dalam aspek pentadbiran dan perkhidmatan guru/pen. guru;

ii) tidak boleh bergabung dengan mana-mana parti politik, pertubuhan atau persatuan selain JKRT;

iii) tidak boleh membuat kutipan wang kecuali melalui RT dengan kelulusan KP.


Slide40 l.jpg

iv) baki kredit dalam akaun sekiranya mendapati melebihi RM5000 setahun. Perlu kelulusan PPN untuk perancangan penggunaan selanjutnya; dan

v) tidak boleh buka akaun simpanan di koperasi atau syarikat-syarikat kewangan, membuat pelaburan atau membuka simpanan akaun simpanan tetap.

  • Pembubaran JPTP – perlu dimaklumkan kepada KP 14 hari dari tarikh pembubaran. Sekiranya dibubarkan, segala hutang piutang dan tanggungan JPTP hendaklah dijelaskan dan baki yang tinggal hendaklah diselesaikan dengan cara yang dipersetujui mesyuarat.

    10.Penamatan Pelantikan JPTP – PPN/PPD/PPB/PPP boleh menamatkan pelantikan ahli dalam keadaan tertentu sekiranya perlu.


Garis panduan pengendalian akaun tabika perpaduan bil 6 2006 l.jpg

Garis Panduan Pengendalian Akaun Tabika PerpaduanBil. 6/2006


Isi kandungan42 l.jpg

ISI KANDUNGAN

  • Sumber Kewangan Akaun Tabika – yuran pendaftaran dan bulanan kanak-kanak, sumbangan kerajaan, sumbangan ibu bapa dan derma.

  • Perbelanjaan Tabika – digunakan untuk pembayaran bil, pembelian peralatan dan perkakasan kelas, membayar tuntutan perjalanan guru/pen.guru, pembelian makanan kanak-kanak dan pembiayaan aktiviti/program kelas.

  • Keluaran wang untuk aktiviti peringkat Daerah/Bahagian/Negeri dan pembelian pukal hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada PPN.


Slide43 l.jpg

  • Tugas dan Tanggungjawab

    a) Setiausaha (Guru)

    - menandatangani keluaran wang daripada akaun bank (semasa ketiadaan Pengerusi)

    - meluluskan bersama Bendahari (semasa ketiadaan Pengerusi) perbelanjaan tidak melebihi RM 500.00 tetapi perlu dibentang dan disahkan oleh JPTP.

    - merujuk kepada PPD/PPB/Pen.PPM/Pem.PPM untuk kelulusan PPN bagi perbelanjaan melebihi RM 700.00.

    - menandatangani baucer bayaran.

    - menyediakan anggaran belanjawan kelas dan membentangkan dalam mesyuarat JPTP.

    - mengendalikan Daftar Inventori, Rekod Harta Modal dan Stok Tabika.

    - mengesahkan resit, buku akaun tunai dan penyata perbelanjaan bulanan dan tahunan yang disediakan Bendahari.


Slide44 l.jpg

  • b) Bendahari (Penolong Guru)

  • - menandatangani keluaran wang daripada akaun bank bersama Pengerusi atau Setiausaha.

  • - meluluskan bersama Setiausaha atau Pengerusi perbelanjaan tidak melebihi RM 500.00 tetapi perlu dibentang dan disahkan oleh JPTP.

  • merujuk kepada PPD/PPB/Pen.PPM/Pem.PPM untuk kelulusan PPN bagi perbelanjaan melebihi RM 500.00.

  • menyediakan resit terima wang dan baucer bayaran.

  • menyediakan penyata perbelanjaan bulanan dan tahunan serta membentangkan dalam mesyuarat JPTP.

  • menyelenggarakan rekod kewangan : Buku Akaun Tunai, Buku Resit, Baucer Bayaran/Bil, Buku Bank/Penyata Bank dan dokumen lain yang berkaitan.


Slide45 l.jpg

5.Antara perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam urusan keluaran wang untuk aktiviti peringkat Daerah/Bahagian/Negeri dan pembelian pukal adalah seperti berikut :-

i) mendapat kelulusan bertulis daripada PPN;

ii) wang/cek yang dikeluarkan dari sesuatu akaun hendaklah terus dipindahkan ke akaun bank kelas (ditumpang sementara sehingga aktiviti selesai diadakan);

iii) setelah selesai aktiviti, penyata perbelanjaan hendaklah disediakan, dibentang dan disahkan JPTP serta diaudit oleh 2 orang juruaudit yang dilantik. Penyata tersebut hendaklah diedarkan kepada semua pihak yang berkaitan; dan

iv) terimaan dan belanjawan wang JPTP tersebut (termasuk baucer, bil dan resit) perlu direkod dalam satu buku berasingan.(Tidak perlu direkod secara terperinci dalam Buku Akaun Tunai yang akaun banknya ditumpang sementara kecuali jika terdapat baki untuk dibawa ke aktiviti selanjutnya).


Slide46 l.jpg

  • Buku Akaun Tunai

    – untuk merekod segala terimaan dan perbelanjaan wang kelas dan disimpan di kelas.

    - hendaklah dikemaskini dan disahkan betul oleh Setiausaha setiap kali penerimaan (entry) dengan tandatangan.

    - disenggara oleh Bendahari bersama Setiausaha yang bertanggungjawab atas keselamatan buku. (Helaian tidak boleh dikoyak, dicerai, dimusnah dan dikeluarkan dari buku. Jika rosak tulis “DIBATALKAN” dan jika hilang lapor segera kepada jabatan).

    - merekod dengan menggunakan pen biru atau hitam. Liquid paper atau pemadam tidak boleh digunakan. Pembetulan hendaklah dipotong dan ditandatangan ringkas.

    - penyata akaun bulanan dibuat pada hari terakhir setiap bulan.

    - pegawai jabatan hendaklah membuat pemeriksaan terhadap buku ini sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan.


Slide47 l.jpg

  • Buku Resit

    – Merupakan bukti yang mengesahkan penerimaan wang/pembayaran yang perlu dikeluarkan pada hari yang sama.

    - Bendahari bertanggungjawab untuk kawalan dan keselamatan buku resit.

    - Setiap naskah resit hendaklah habis digunakan dan disahkan oleh Pegawai Jabatan.

    - Resit yang rosak tidak boleh dikeluarkan dari naskah tetapi ditanda “DIBATALKAN”.

  • Baucer Bayaran

    – Merupakan bukti pembayaran telah dilakukan dengan sah. Segala pembayaran hendaklah disokong dengan bil pembekal atau pemberi perkhidmatan.


Slide48 l.jpg

9.Peraturan-Peraturan Am Kewangan

i) Bendahari tidak dibenarkan memegang lebih daripada RM100 pada satu-satu masa;

ii) Perbelanjaan kurang RM 500 boleh diluluskan oleh Bendahari bersama Pengerusi atau Setiausaha tetapi perlu dibentang dan disahkan dalam Mesyuarat JPTP. Jumlah amaun ini bagi satu bulan tidak boleh melebihi RM 500 (tidak termasuk bayaran didahulukan seperti makanan);

iii) Perbelanjaan melebihi RM 500 dalam satu bil hendaklah diluluskan dalam Mesyuarat JPTP;

iv) Perbelanjaan melebihi RM700 dalam satu bil hendaklah dirujuk oleh JPTP untuk kelulusan PPN;


Slide49 l.jpg

v) Penyata Perbelanjaan Bulanan – disediakan Bendahari dan dikemukakan ke Pejabat Perpaduan Negeri/Daerah/Bahagian sebelum 10 hb bulan berikutnya;

vi) Penyata Kewangan Tahunan – disediakan oleh Bendahari dan disahkan betul oleh Pengerusi dan Setiausaha serta disemak oleh 2 orang Juruaudit dalam tempoh Jan-Dis setiap tahun;

vii) Wang pada hujung tahun yang melebihi RM 5,000 boleh disimpan untuk kecemasan dan aktiviti luar. Ianya perlu digunakan untuk keperluan-keperluan lain dengan memaklumkan kepada PPN; dan

x) Juruaudit dan pegawai jabatan akan mengaudit akaun Tabika pada bila-bila masa sekurang-kurangnya 2 kali setahun.


Slide50 l.jpg

Tatacara Penyelenggaraan Barang-Barang Tabika PerpaduanBil. 7/2006( Dimansuhkan )- Prosedur Aset Alih Kerajaan -


Garis panduan penyediaan makanan kanak kanak tabika perpaduan bil 8 2006 l.jpg

Garis Panduan Penyediaan Makanan Kanak-KanakTabika PerpaduanBil. 8/2006


Isi kandungan52 l.jpg

ISI KANDUNGAN

1.Tujuan garis panduan – Bagi mencapai kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak melalui penyediaan dan pengendalian makanan yang bersih, teratur dan selamat.

  • Peruntukan dan belanjawan :-

    i) RM1.50 seorang kanak-kanak bagi setiap hari sekolah;

    ii) Pembelian makanan berkhasiat tambahan perlu dilaksanakan berdasarkan permohonan guru/pen. guru dan keperluan sebenar kelas; dan

    iii) Tuntutan pembayaran makanan hendaklah dikemukakan kepada PPN secara bulanan.


Slide53 l.jpg

  • Aspek penting dalam pilihan/penyediaan makanan :-

    i) makanan rendah lemak dan kurang manis – elakkan kolesterol berlebihan (1 biji telur 1 hari secara purata dan 2 kali pemberian daging organ atau makanan laut/seminggu);

    ii) lebihkan sayuran dan buah-buahan –bekal vitamin dan zat penting cegah penyakit;

    iii) Kurangkan makanan masin- gunakan sedikit garam;

    iv) elakkan perasa tambahan (MSG); dan

    v) banyakkan minum air kosong.

    4.Penjagaan kebersihan dan suasana semasa makan yang disyorkan adalah; peralatan bersih, ruang makan bersih, berbual dengan kanak-kanak mengenai zat makanan dan menggosok gigi selepas makan.


Pembaikan bangunan tabika perpaduan bil 9 2006 dimansuhkan prosedur pembaikan bangunan l.jpg

Pembaikan BangunanTabika PerpaduanBil. 9/2006( dimansuhkan )- Prosedur Pembaikan Bangunan -


Slide55 l.jpg

Sekian, Terima Kasih


  • Login