html5-img
1 / 46

MINGGU 08

MINGGU 08. Frasa: Frasa Nama dan Frasa Adjektif. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: pengertian frasa pengertian dan rumus frasa nama dan frasa adjektif binaan frasa nama dan frasa adjektif fungsi frasa nama dan frasa adjektif. FRASA.

dezso
Download Presentation

MINGGU 08

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 08 Frasa: Frasa Nama dan Frasa Adjektif

  2. HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: • pengertian frasa • pengertian dan rumus frasa nama dan frasa adjektif • binaan frasa nama dan frasa adjektif • fungsi frasa nama dan frasa adjektif

  3. FRASA • Tatabahasa Tradisional: Sekumpulan kata yang membentuk unit sintaksis dan tidak bertaraf ayat sempurna. • Tatabahasa Sistemik: Salah satu daripada unit tatabahasa. Dalam hierarki tatabahasa, frasa terletak antara kata dengan klausa. • Tatabahasa Transformasi Generatif: Frasa digunakan dalam pencirian umum peringkat awal analisis, seperti rumus struktur frasa dan sebagai unit analisis, seperti FN dan FK.

  4. FRASA • Frasa boleh jadi satu perkataan atau deretan perkataan yang membentuk satu kesatuan makna. • Frasa bahasa Melayu terbahagi empat, iaitu: > Frasa Nama > Frasa Kerja > Frasa Adjektif > Frasa Sendi Nama

  5. CONTOH FRASA • Frasa Nama: rumah, rumah kecil, rumah kecil itu, kedua-dua buah rumah kecil itu. • Frasa Adjektif: indah, indah sungguh, tidak indah sungguh, tidak berapa indah sungguh. • Frasa Kerja: tidur, hendak tidur, belum hendak tidur, belum hendak tidur lagi. • Frasa Sendi Nama: di dalam kotak, di tepi kali, ke Kelantan.

  6. INTI FRASA • Frasa Nama (S) Frasa Kerja (P) Pasir (inti) putih (pen) roboh (inti) di tepi kali (pen) • Frasa Nama (S) Frasa Nama (P) Haji (pen) Mhd Amin (inti) pensyarah (inti) bahasa (pen) • Frasa Nama (S) Frasa Adjektif (P) Gadis (inti) desa itu (pen) cantik (inti) amat (penguat)

  7. CIRI FRASA NAMA • Kata nama sebagai intinya. • Wujud bersendirian. • Wujud bersama dengan sederetan penerang, sesudah atau sebelumnya. • Berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

  8. KATA YANG HADIR DALAM FN • Nama Am: desa, kerusi, arnab, komputer, almari, baju, kain, kereta… • Nama Khas: Hang Jebat, Mastura, Hassan, Halimah, Lim Swee Tin… • Kata Ganti Nama: beliau, kamu, mereka, dia, engkau… • Gelaran:Tan Sri, Datin Paduka, Tun, Datuk Seri… • Kata Tunjuk: ini, itu. • Kata Tanya: siapa, bagaimana, di mana, bila, apa… • Kata Arah: atas, bawah, belakang, hadapan, samping… • Kata Bilangan: beberapa, kedua, keempat… • Penjodoh Bilangan: kaki, utas, rawan, butir, bilah…

  9. RUMUS FRASA NAMA • bil + penj bil + gel + KNInt + KNInt + pen + pent • Contoh Frasa Nama: > Empat orang murid perempuan itu > TYT Tun Dato’ Seri (Dr) Hj Hamdan Sheikh Tahir > Beberapa ekor ayam jantan > Perigi berhampiran gunung Jerai > Sesetengah pelabur asing > Dua orang peserta pertandingan debat > Datuk Panglima Hitam > Dua pasang subang berlian > Beberapa orang mahasiswa UPM

  10. BINAAN FRASA NAMA • Frasa Nama (inti + penerang) terbahagi dua, iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama. • Inti + Penerang Nama: keturunan, jenis, penyambut, kegunaan, kelamin, tempat, arah, anggota badan, tenaga penggerak, hal/perkara, milik/kepunyaan, nama khas, panggilan/gelaran. • Inti + Penerang bukan Nama: penentu (hadapan/belakang), kata kerja, kata adjektif, frasa sendi nama, dan bilangan ordinal. • Frasa Nama (Inti + inti) terbahagi dua, iaitu inti + penerang seerti dan inti + inti bertentangan.

  11. INTI + PENERANG NAMA • Inti + Penerang Keturunan orang Jawa bahasa Jepun keturunan lanun askar Melayu bangsa India • Inti + Penerang Jenis ular lidi baju kebaya buah mempelam pingat emas sukan Asia kayu cendana ayam Belanda

  12. INTI + PENERANG NAMA • Inti + Penerang Penyambut/Objek pemandu lori jaga bank anak haram pengarang novel pekerja kilang • Inti + Penerang Kegunaan minyak pengasih jamu penguat wang pengeras bacaan pendinding

  13. INTI + PENERANG NAMA • Inti + Penerang Kelamin ayam jantan pelayan perempuan setiausaha lelaki gajah betina • Inti + Penerang Tempat orang kampung Melayu Patani Cina Kelantan tepi kali

  14. INTI + PENERANG NAMA • Inti + Penerang Arah kulit dalam angin tenggara pintu belakang tingkat tengah • Inti + Penerang Anggota Badan rantai leher tali pinggang tudung kepala barah hati

  15. INTI + PENERANG NAMA • Inti + Tenaga Penggerak kereta api lampu minyak kipas angin kapal layar dapur gas • Inti + Penerang Hal surat nikah sijil perkahwinan hari wanita majlis berkhatan garis pemisah borang permohonan wanita penggoda

  16. INTI + PENERANG NAMA • Inti + Penerang Milik/Kepunyaan rumah kerajaan kulit buaya gading gajah kaki gergasi tapak harimau • Inti + Penerang Khas negara Cina sungai Sarawak Tanjung Bidara Kampung New Zealand

  17. INTI + PENERANG NAMA • Penerang Panggilan + Inti Profesor Diraja Ungku Aziz Wan Amuddin Tuan hakim Dato’ Seri Anwar Ibrahim Puan Azah Aziz Tuan Haji Sulaiman Encik Zamri Nik Mustapha

  18. INTI + PENERANG BUKAN NAMA • Penerang/penentu/bil./penj. bil. + Inti dua orang graduan beberapa sikat pisang segala aktiviti tiga kumpulan sukan segerombolan lanun • Inti + Kata Kerja fikiran terganggu filem bicara gunung berangkat hati terikat langit runtuh wad bersalin

  19. INTI + PENERANG BUKAN NAMA • Inti + Penerang Adjektif saudara dekat bulan gerhana pengantin baharu air suci demam panas • Inti + Penerang Frasa Sendi Nama novel oleh Hamka hadiah untuk kekasih lawatan ke Singapura kakak di bilik

  20. INTI + PENERANG BUKAN NAMA • Inti + Penerang Bilangan (bertingkat/ordinal) pelawat keseratus isteri keempat anak kesembilan tempat kedua kekasih pertama rumah ketiga

  21. INTI + INTI • Inti + Inti (seerti) sahabat handai ribut taufan hutan rimba semak samun bukit bukau sawah ladang kampung halaman bandar pekan

  22. INTI + INTI • Inti + Inti (bertentangan) api air bumi langit dapur serambi datuk datin guru murid hadapan belakang tuan puan jantan betina pria wanita

  23. HUKUM D - M D M D M lelaki Melayu majalah mingguan perempuan Cina sos cili lembu kereta pisang goreng kereta lembu faktor lain restoran Minang bola sepak klinik gigi hal lain perkataan lain askar Gurka jurnal bulanan

  24. KEKECUALIAN HUKUM D - M M D perdana menteri timbalan menteri naib canselor timbalan ketua pembantu penyelidik ibu pejabat pembantu pensyarah penolong pendaftar timbalan pengerusi timbalan pendaftar penolong bendahari

  25. CIRI FRASA NAMA YANG LAIN • Kata bilangan dan penjodoh bilangan hadir di hadapan KN inti. Contoh: kata bilangan penjodoh bilangan KN inti dua orang perdana menteri beberapa ekor unta se kawan gajah se gelintir mahasiswa para pendengar se jambak puisi se pucuk surat se keping hati se kumpulan perusuh se kuntum mawar

  26. CIRI FN YANG LAIN • Kata panggilan atau gelaran hadir di hadapan KN inti. Contoh: kata panggilan/gelaran KN inti Tuan Haji Mohamad Kasim Puan Zaiton Muda Raja Zazman Raja Hassan Tengku Norhayati bt Tengku Muhammad Datuk Nik Aziz Nik Mat TYT Tun Dato Seri (Dr) Haji Hamdan Sheikh Tahir Profesor Dr Haji Amat Juhari Moain

  27. CIRI FN YANG LAIN • Kata nama inti hadir dengan penerang lebih daripada satu. Contoh: inti + pen. Adj + penerang + pent. belakang kereta baharu ayah itu pintu besar rumah ini Isteri muda orang itu kekasih lama mahasiswa itu

  28. CIRI FN YANG LAIN • Inti + pen. Adj + pen. (inti + pen) + pent Kereta baharu ayah Ramli itu. Pintu besar rumah menteri itu. Isteri muda orang kaya ini. Kekasih lama mahasiswa kedekut itu.

  29. CIRI FN YANG LAIN • Dua FN wujud serentak dengan merujuk objek yang sama. Subjek FN FN semangkuk bubur kacang pengalas perut kosong sepucuk surat pemain bola sepak Terengganu dua buah rumah Perdana Menteri Thailand itu sepasang subang berlian pengantin baharu ini

  30. UNSUR BUKAN NAMA PENGISI FN • Bersukan menyihatkan badan. • Umpat-mengumpat menjadi kegemaran wanita. • Memfitnah perbuatan yang keji. • Hijau melambangkan kedamaian. • Pengisi jati yang dihilangkan adalah seperti yang berikut: • Kegiatanbersukan menyihatkan badan. • Kebiasaan umpat-mengumpat menjadi kegemaran wanita. • Perbuatan memfitnah perbuatan yang keji. • Warna hijau melambangkan kedamaian.

  31. FUNGSI FN • Konstituen subjek: Pakaian orang ituanggun. • Konstituen predikat: Suaminya guru sekolah agama. • Konstituen objek: Mereka menaiki kapal terbang. • Konstituen pelengkap: Anaknya menjadi pramugari. • Konstituen FSN: Wang hantaran itu untuk tunangnya. • Konstituen frasa keterangan: Pembangunan umah memerlukan iltizam daripada semua rakyat.

  32. FRASA ADJEKTIF • Unsur pengisi wajib FAdj ialah kata adjektif. Unsur lain merupakan tambahan yang bersifat pilihan sahaja. • Dua kata adjektif yang hadir serentak, dan membawa makna bertentangan, tidak boleh digugurkan. Contoh: besar kecil, tinggi rendah, panjang pendek… • Dua kata adjektif yang hadir serentak, dan membawa makna keserasian atau berunsur rima, kata adjektif kedua boleh digugurkan. Contoh: tinggi lampai, riang gembira…

  33. BINAAN FRASA ADJEKTIF • Satu perkataan: kata dasar satu kata, dan kata berimbuhan. • Dua perkataan: kata adjektif + kata adjektif: keserasian makna, berlawanan makna, unsur rima. kata adjektif + kata nama: keserupaan, kiasan

  34. BINAAN KATA ADJEKTIF SATU KATA • Kata dasar: sifatan, warna, ukuran, bentuk, pancaindera, waktu, jarak, cara, perasaan, dan kekerapan. • Sifatan: amat letih • Warna: darah putih • Ukuran: seluar pendek • Bentuk: kepala lonjong • Pancaindera: rasa: manis sangat, pandang: sungguh indah, dengar: terlalu merdu, aroma: tengik amat, sentuh: sungguh halus • Waktu: spontan amat • Jarak: amat jauh • Cara: menari lincah • Perasaan: begitu malu • Kekerapan: sungguh kerap

  35. BINAAN KATA ADJEKTIF BERIMBUHAN • Wajahnya kemerah-merahan. • Suaminya kemalu-maluan. • Abang tidak sehebat adiknya. • Hajatnya setinggi gunung Kinabalu. • Orang itu nampak kekampung-kampungan amat. • Perangainya masih kekelantanan. • Tindakannya nampak kecinaan. • Sifat kemelayuannya masih tidak berobah. • Mesyuarat UMNO nampak keindiaan. • Beliau telah meluahkan perasaan serindu-rindunya.

  36. BINAAN KATA ADJEKTIF DUA PERKATAAN • Kata adjektif + kata adjektif • Keserasian makna: pucat lesi, letih lesu, gagah berani, riang gembira, hitam manis… • Pertentangan makna: asyik jemu, baharu lama, bahagia derita, benar dusta, curam datar, mahal murah… • Unsur rima: tua bangka, kaya raya, terang benderang, indah permai, hina dina. • Contoh ayat: * Putera itu pucat lesi. * Bahagia derita menjadi asam garam kehidupan. * Suaminya sudah tua bangka.

  37. BINAAN KATA ADJEKTIF DUA PERKATAAN • Kata adjektif + kata nama (penerang) • Maksud kesamaan/keserupaan: merah menjahang, kuning merona, hijau daun, jinak lalat, hitam manggis, biru laut… • Maksud kiasan: panjang mata, panjang untung, keras tulang, panas hati, berat perut, ringan lidah, sakit akal, tua keladi, keras lutut, keras kematu… • Contoh ayat: * Jinak lalat mahasiswi itu. * Orang tua itu masih kuat lutut. * Orang baik selalunya keras tulang. * Wajahnya merah merona.

  38. HUBUNGAN FRASA ADJEKTIF DENGAN KATA LAIN • Kata penguat: hadapan: terlalu rajin, paling dungu, belakang: dalam sekali, cerdik benar, indah nian, bebas: amat malu, pelek sungguh… • Kata bantu: hadapan: sudah manis, belum masak, masih dingin, harus rajin… • Kata penegas: masih belum masak lagi. Catatan: • Dua penguat boleh hadir sederetan: sungguh amat sopan • Kata bantu boleh juga hadir sebelum atau sesudah penguat.: masih amat bodoh, belum terlalu jauh, benar telah kecewa…

  39. BINAAN FRASA ADJEKTIF • kb + kp + KAdj + KAdj + kata ket + AKomp • kb + KAdj: masih manis, belum sihat, mahu cantik, selalu baik… • kp + KAdj: sungguh malang, amat cetek, paling indah, agak bodoh… • kb + kp + KAdj: masih agak muda, belum terlalu tua, sudah amat terang, sudah agak baik… • KAdj + kp: indah nian, dalam sekali, pandai sungguh, cantik amat… • kb + KAdj + kp: masih muda benar, belum masak betul, sudah tua sangat… • kp + KAdj + kp: amat indah sekali, sangat bodoh betul, sungguh cantik nian… • kp + KAdj + ket: amat cinta akan kekasihnya, sungguh indah ibarat syurga idaman, sangat masam pada bahagian atasnya.

  40. BINAAN FRASA ADJEKTIF • kp + KAdj + AKomp * sungguh yakin bahawa dialah yang bersalah * amat percaya bahawa hidup ini penuh pancaroba dan pancarona * sangat sedar bahawa kita perlu bekerja keras • KAdj + kp + AKomp * Percaya amat bahawa kita akan berjaya * Sedar sungguh bahawa pasukannya akan kalah • kb + KAdj + KAdj * Masih tinggi rendah * Sudah muda belia * Masih riang gembira • Catatan: deretan KAdj boleh didahului kb tetapi tidak boleh didahului kp.

  41. FRASA ADJEKTIF DAN PERBANDINGAN • Darjah biasa: pensyarah itu kedekut, anaknya rajin, cuaca redup, dia masih kuat, suaranya merdu… • Darjah bandingan sama: suaranya semerdu suara Saloma, mahasiswa itu setampan mahasiswa ini, rumahnya sebesar istana… • Darjah bandingan berbeda: isteri pertama lebih garang daripada isteri kedua, isteri lebih nakal daripada suami, larinya lebih cepat daripada lari kancil, abang kurang cermat daripada adik… • Darjah penghabisan.

  42. KATA ADJEKTIF DAN PERBANDINGAN • Darjah penghabisan • se + KAdj + gandaan + KN: selembut-lembut biskut, seindah-indah lukisan, secantik-cantik bunga, sepandai-pandai tupai… • yang + ter + KAdj: yang termuda, yang tercinta, yang terlaju, yang terpendek… • paling + KAdj: paling nakal, paling tajam, paling sulit, paling cendekia… • KAdj + sekali: kuat sekali, lambat sekali, lazat sekali, masin sekali… • yang + ter + amat/sangat/sungguh: yang teramat besar, yang tersangat rindu, yang tersungguh pahit…

  43. MAKNA KETERANGAN DALAM FRASA ADJEKTIF • keterangan cara: miskin dengan tiba-tiba • keterangan bandingan: masam seperti cuka • keterangan hal: masih kaya dalam kemiskinan • keterangan tujuan: cermat demi masa hadapan • keterangan kekerapan: sering kecewa • keterangan terhadap: suka akan durian, takut akan hantu • keterangan musabab: kuat kerana tongkat Ali • keterangan waktu: bahagia ketika sekolah dahulu • keterangan tempat: bonjol pada bahagian bawahnya

  44. FRASA ADJEKTIF DAN AYAT KOMPLEMEN • Ayat majmuk. Contoh: * Hakim percaya bahawa banduan itu bersalah. * Orang itu kurang yakin bahawa negeri Terengganu akan muncul sebagai johan. * Kita mesti insaf bahawa perbuatan itu adalah tidak betul. * Saudara harus sedar bahawa perjuangan kita masih belum selesai. * Dia yakin bahawa suaminya masih hidup.

  45. FUNGSI FRASA ADJEKTIF • Sebagai predikat, hadir selepas subjek • Orang itu sangat alim (biasa), Sangat alim orang itu (songsang), Anaknya sudah besar (biasa), Sudah besar anaknya (songsang) • Sebagai keterangan, hadir selepas frasa kerja. • Mereka berjalan sangat lambat (biasa), sangat lambat mereka berjalan (songsang), air mengalir amat deras (biasa), amat deras air mengalir (songsang)… • Sebagai penerang kata nama, hadir dalam frasa nama. • Singa binatang buas, kereta lembu kenderaan lambat, pengat pisang makanan enak…

  46. KESIMPULAN • Pengertian frasa boleh diberi mengikut pendekatan tradisional, sistemik dan transformasi generatif. • Rumus frasa nama: > Bil + penj bil + gel +KNInti + KNInti + pen + pent • Rumus frasa adjektif: > Kb + kp + KAdj + KAdj + ket + AKomp • Frasa nama dan frasa adjektif dapat dijelaskan dari aspek binaan dan fungsinya

More Related