1 / 44

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM. SEKTOR PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. KATA-KATA HIKMAH TENTANG PEMBACAAN. “ There is more treasure in books than in all the pirate’s loot on Treasure Island”.

delta
Download Presentation

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PELAKSANAAN PROGRAM NILAM SEKTOR PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  2. KATA-KATA HIKMAH TENTANG PEMBACAAN “ There is more treasure in books than in all the pirate’s loot on Treasure Island”. - Walt Disney “Reading maketh a full man” - Francis Bacon

  3. “A wonderful thing about a book in contrast to a computer screen, is that you can take it to bed with you” - Daniel J. Boorstein “ A library should be like a pair of open arms” - Roger Rosenblatt

  4. Pengertian Konsep : Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

  5. Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (pengurusan) • Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. (aktiviti) • Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. (penilaian)

  6. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah, Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah Menengahpada 1999. • Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998

  7. MATLAMAT Satu strategi untuk menanam minat membaca secara terancang dan tersusun di kalangan rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

  8. OBJEKTIF • Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja) • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

  9. CIRI-CIRI PERLAKSANAAN • Rekod Bacaan (buku rekod murid) • Borang Rekod (penilaian guru) • Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap) (cth: Tokoh Membaca/Tokoh NILAM)

  10. TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM Pelaksanaan Program NILAM dibahagikan kepada dua tahap: 1. Tahap Jauhari Membaca banyak buku & direkodkan (bil/ tajuk/ penulis/ ringkasan) 2. Rakan Pembaca Sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan

  11. NILAM TAHAP JAUHARI Sekolah Rendah Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).

  12. JADUAL PEMBACAAN TAHAP JAUHARISEKOLAH RENDAH 90 - 179 buku - Gangsa 180 - 269 buku - Perak 270 - 359 buku - Emas 360 buku ke atas - NILAM (permata)

  13. NILAM TAHAP JAUHARI Sekolah Menengah Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu

  14. JADUAL PEMBACAAN TAHAP JAUHARISEKOLAH MENENGAH 72 - 143 buku - Gangsa 144 - 215 buku - Perak 216 - 287 buku - Emas 287 buku ke atas - NILAM (permata)

  15. RAKAN PEMBACA Ciri-ciri Rakan Pembaca : • sudah membaca lebih dari 100 buah buku dalam Tahap Jauhari. • menggalakkan orang lain membaca dengan menjalankan pelbagai aktiviti galakan membaca.

  16. Fasilitator membantu murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara formal ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja amal / di kelas)

  17. akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat – tempat aktiviti untuk menjalankan aktiviti RP. • dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku

  18. akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. • Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP

  19. MARKAH PENGIKTIRAFAN 100-199 Gangsa 200-299 Perak 300-399 Emas 400 ke atas Nilam JADUAL SISTEM GANJARAN RP

  20. AKTIVITI RAKAN PEMBACA • Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit. • Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan (cth: bedtime stories)

  21. Berucap secara tidak formal di dalam kelas (public speaking) semasa proses pengajaran. Cth: • menerangkan proses kitaran hujan (Sains) hasil dari pembacaan • menerangkan jalan cerita / watak & tema dari buku sastera yang dibaca • menerangkan tentang ‘13 Mei’ / gerakan ‘Enlightenment’ (Sejarah)

  22. CONTOH AKTIVITI KIRAAN PEMARKAHAN TAHAP RAKAN PEMBACA

  23. STRATEGI PELAKSANAAN Pengurusan & Pemantauan

  24. LANGKAH KEDUA • Menyediakan bahan bacaan sebanyak mungkin di PSS atau adakan Peti Buku Bergerak / adakan perkhidmatan menjilid/ pinjaman • Menyediakan buku rekod (jual/ riso)

  25. LANGKAH KETIGA • Wujudkan satu polisi di sekolah cara mengumpul data NILAM : - sebulan sekali/ 3 bulan sekali. - tarikh akhir hantar laporan atau data - ada laporan ringkas peningkatan. bacaan pelajar secara individu / kelas. - ada profil murid pembaca NILAM. - ada rekod pencapaian jumlah buku ikut subjek – kelas – tingkatan.

  26. Galakkan murid membaca di sekolah semasa ketiadaan guru atau pada masa senggang di rumah • Galakkan pemberian token / hadiah apabila murid capai ke satu tahap membaca (cth : SK - beri sticker pd buku rekod / SM – beri kupon utk tukar hadiah minuman/ T-shirt/cap)

  27. Mengadakan kaedah kutipan rekod (cth) : - guru matapelajaran tanda semasa kelas. - guru kelas kutip buku rekod / fail pada setiap akhir dua bulan - buku rekod NILAM simpan di PSS ikut kelas / ruang khas di PSS - guru beri data kepada penyelaras NILAM - guru NILAM kumpul data, buat analisis kira statistik & hantar data kepada penyelaras PSS.

  28. LANGKAH KEEMPAT • Belajar & mengajar Teknik Kemahiran Membaca kepada murid • Adakan sesi aktiviti membaca dengan Kemahiran Membaca (satu masa khusus dalam PSS / semasa proses P&P) dan guru tahu masalah membaca

  29. STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI & MASA PELAKSANAAN Guru-guru hendaklah memantau aktiviti pembacaan di sekolah misalnya : • Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.

  30. Gunakan masa 1-2 waktu di PSS utk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS). • Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran dan catat sedikit nota (point form) ke dalam rekod, laporan penuh direkodkan hanya apabila habis satu buku yg dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai seminggu atau tulis di whiteboard)

  31. Membuat sesi bacaan puisi / poem recital semasa sesi pengajaran sebagai aktiviti Rakan Pembaca • Gunakan 10-15 minit utk. Membaca Dengan Kuat (Reading Aloud) dalam P&P terutamanya dalam pelajaran B.I, Arab,agama atau satu aktiviti formal • Utk m.pelajaran lain spt Sejarah / Kimia/ Sains, galakkan tugasan folio & catatkan ringkasan ttg. buku rujukan utk tugasan.

  32. CONTOH AKTIVITI MEMBACA • Projek Pukal • Projek Iqra’ • Forum Buku (tajuk/ diskusi ttg tema dll) • Khemah Membaca (pelbagai aktiviti) • Bacaan Kegemaran Saya • Kuiz Bestari (uji I.Q, Pengetahuan Am) • Ulasan buku (secara menulis/lisan) • Projek Cakna • Peti Buku Bergerak (bawa buku ke kelas) • Rantai Buku (sambung cerita)

  33. LANGKAH KELIMA Mengadakan Promosi Galakan Membaca • Menampal poster NILAM / buat brosur NILAM di PSS & beri pada hari PIBG • Kempen beli buku terpakai / derma buku semasa Bulan Membaca/ Minggu PSS / Hari Kantin / Mesy. PIBG • Adakan Kelab Buku Sekolah / PSS & dapatkan diskaun buku

  34. Galakkan pemberian hadiah / anugerah kepada guru : - mencapai rekod mengumpul data NILAM terlengkap. - data murid menghantar ‘rekod bacaan’ NILAM teramai. (dinner/ hi-tea for 2 / hadiah barangan elektrik semasa jamuan tahunan)

  35. LANGKAH KEENAM : GANJARAN • Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun. • Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan peringkat Menengah.

  36. CONTOH COP NILAM DLM KAD KEMAJUAN

  37. Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya. • Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak menerimanya. • Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM.

  38. FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIBERI PENEKANAN • Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber. • Sokongan pihak pentadbir sekolah (pemantauan & kewangan) • Penglibatan ibubapa/ PIBG/ Y.B/JPN • Sponsor / sumbangan syarikat, NGO

  39. BAHAN-BAHAN BACAAN KARYA AGUNG / ‘CANON LITERATURE’ • ‘Karya Agung’ / ‘Canon Literature’ adalah karya yang ditulis oleh sasterawan / penulis terkenal dan berwibawa. • Mempunyai tema yg. boleh memberi kesan kepada masyarakat. • Mempunyai mesej yang mendalam.

  40. CONTOH BACAAN KARYA AGUNG • Huckleberry Finn (Mark Twain) – tentang sistem perhambaan Amerika • Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) ttg keperitan masy. tani • Pinnochio (Carlo Coloddi) ttg moral supaya anak-anak bercakap benar.

  41. CONTOH PROMOSI : POSTER BUKU BARU : KARYA AGUNG Noli me Tangere (Jose Rizal) : Pembebasan Filipina drp kulit putih. (S.Men) BUKU BARU : KLASIK KANAK2 Charlie And The Chocolate Factory (Roald Dahl) : Kehidupan dan keinginan serta fantasi kanak-kanak (S.K)

  42. SEKIAN TERIMA KASIH MERCI BEAUCOUP SYUKRAN JAZILAN MUCHAS GRACIAS DOMO ARIGATO GOZAIMASU

  43. Membaca dan belajar , amalan hidup mulia Jadikanlah panduan wawasan anda NILAM program membaca, memberikan semangat Membaca dengan jaya, budaya kita membaca, matlamat NILAM kita, Ganjaran yang diterima, tidak terhingga Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari Pembaca yang bestari, Anugerah diberi chorus NILAM, NILAM, Anugerah NILAM Menerangi jalan suram, NILAM, NILAM, Anugerah NILAM Idaman pembaca jaya. Membaca dan belajar , amalan hidup mulia Jadikanlah panduan wawasan anda NILAM program membaca, memberikan semangat Membaca dengan jaya,budaya kita Tabiat membaca, matlamat NILAM kita, Ganjaran yang diberi, tidak terhingga Jika suka membaca, dunia indah sekali, Akal bijak bistari, hidup berseri chorus NILAM, NILAM, Anugerah NILAM Menerangi jalan suram, NILAM, NILAM, Anugerah NILAM Idaman pembaca jaya… LAGU NILAM

More Related