1 / 19

KULIAH 15 KULIAH 27 & 28 INSTITUSI POLITIK

KULIAH 15 KULIAH 27 & 28 INSTITUSI POLITIK. Badan Perlaksana / Eksekutif. Islam mempunyai undang-undang dasarnya dan undang-undang pentafsir.

darci
Download Presentation

KULIAH 15 KULIAH 27 & 28 INSTITUSI POLITIK

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KULIAH 15 KULIAH 27 & 28 INSTITUSI POLITIK

  2. Badan Perlaksana / Eksekutif • Islam mempunyai undang-undang dasarnya dan undang-undang pentafsir. • Kuasa dalam negara Islam baik eksekutif (khalifah atau imam) mahupun legislatif (ahlu hilli wal aqdi atau ahlu ra’yu) adalah amanah Allah yang diberikan kepada orang-orang yang mendapat mandat (ulul amri) untuk menjalankannya.

  3. Ulul Amri bertanggungjawab melaksanakan undang-undang, manakala rakyat wajib mentaatinya sebagaimana mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya. • Menurut Ibn. Khaldun, ulul amri perlu tergolong kepada 2 golongan iaitu: • Al-Umara (ketua-ketua negara) • Al-Ulama (para cendikiawan Islam) • Badan eksekutif perlu dibentuk dangan cara permesyuaratan.

  4. Badan Penggubal / Legislatif • Dalam istilah Fiqh Islam, badan legislatif dikenal sebadai ahlul hilli wal aqdi. • Tiada seorang atau pihak tertentu yang berkuasa untuk menggubal sebarang undang-undang yang bertentang dengan apa yang dijelaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah meskipun mereka mendapat keputusan dengan suara ramai.

  5. Fungsi badan legislatif ialah: • Melaksanakan dalil atau peraturan yang ada dalam Al-Quran dan As-Sunnah • Memutuskan tafsiran yang sesuai dan terbaik untuk diperlembagakan dan menentukan peraturan serta prinsip yang disebut oleh Al-Quran atau As-Sunnah yang mempunyai pelbagai maksud. • Menggubal peraturan dan hukuman bagi masalah yang disebut oleh Al-Quran atau As-Sunnah tentang prinsip-prinsip asas sahaja tetapi tiada keterangan secara meluas. • Mencari penyelesaian yang terbaik untuk maslahat ramai dan negara yang tiada dalilnya daripada Al-Quran atau As-Sunnah.

  6. Badan Kehakiman • Bersifat bebas dan terlepas daripada segala campur tangan, tekanan atau pengaruh, sehingga dapat membuat keputusan yang bebas dan adil mengikut perlembagaan negara. • Tujuan badan ini: • Menegakkan keadilan • Menghapuskan kebatilan • Memberi keinsafan dengan melaksanakan hukum ke atas perlanggaran hukum tuhan

  7. Matlamat kuasa kehakiman: • Menjamin hak negara dan rakyat. • Menghapuskan kejahatan(jenayah) sosial. • Mengingatkan ancaman dua keseksaan tuhan (dunia dan akhirat).

  8. Cara Pemilihan Khalifah Atau Ketua Negara • Tanggungjawab utama masyarakat Islam (ummat) ialah memilih dan menentukan ketua mereka untuk menerajui dan membimbing mereka dalam urusan agama dan negara. • Pemilihan perlu mengikut sistem syura berdasarkan prinsip siyasah sayriah • Pemilihan perlu sesuai dengan keadaan zaman dan suasana tempat masing-masing asalkan mengikut prinsip syura sebagaimana yang ditegaskan oleh Al-Quran dan amalan Rasul-Nya.

  9. Contoh proses pemilihan yang ditunjukkan di zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin: • Pemilihan bersifat perundingan , tanpa adanya sebarang calon. • Khalifah Abu Bakar. • Cara penunjukan atau cadangan kepada hanya seorang calon daripada khalifah terdahulu • Khalifah Umar • Cara penunjukan atau cadangan kepada beberapa orang calon oleh khalifah terdahulu untuk dirunding bagi dipilih salah seorang • Khalifah Uthman • Tanpa sebarang isyarat atau cadangan daripada khalifah terdahulu • Khalifah Sayyidina Ali

  10. Dr. Abu al-Maati Abul al-Futuh dalam bukunya ‘Islam, Politik dan Pemerintahan’ menyatakan: “Khalifah, imam, amirul mukminin atau ketua diberi kuasa dan tugas oleh ummah kepada pemerintah.” • Sayed Abul A’la al-Maududi menegaskan dalam bukunya ‘First Principles of the Islamic State’ bahawa semua keputusan perlu berdasarkan kemesyuaratan.

  11. 3 perkara utama dalam pemilihan ketua kerajaan (Sayed Abul A’la al-Maududi ): • Datang daripada kehendak masyarakat, • Tiada satu kaum atau kelas pun boleh memonopoli perkara ini (jawatan atau proses pemilihan). • Pemilihan dibuat mestilah berdasarkan kehendak bebas umat Islam tanpa sebarang gangguan, paksaan dan penipuan.

  12. Syarat-syarat Khalifah Dan Tanggungjawabnya • Syarat asasi : • Lelaki yang merdeka dan baligh • Sejahtera anggota dan pancaindera • Adil, mempunyai akidah yang benar • Keilmuan yang tinggi • Kuat dan mampu menjalankan tugas • Tanggungjawab khalifah : • Menegakkan Islam • Menguruskan urusan negara mengikut garis-garis syariah

  13. 10 tugas pokok khalifah (Al-Mawardi) • Menjaga agama • Menghentikan perselisihan, menghukum kejahatan • Menjamin keselamatan masyarakat umum • Memastikan terlaksananya hukum hudud • Memperkuatkan pertahanan negara • Berjihad melawan musuh-musuh Islam • Mengumpulkan harta pajak, sedekah dan seumpamanya • Menetapkan wang keluar dari Baitul Mal dengan jalan yang berpatutan serta penuh kesederhanan • Melantik orang yang benar-benar berkemampuan, jujur dan amanah untuk menjawat jawatan penting • Sentiasa memeriksa urusan-urusan pemerintahan dan meneliti hal ehwal negara.

  14. Tugas atau tanggungjawab utama khalifah (Sayed Muhammad Rasyid Ridha): • Mengembangkan dakwah kebenaran • Menegakkan keadilan • Melindungi agama dari sebarang musuh dan unsur bid’ah • Bermesyuarat dalam perkara atau masalah yang tiada nas

  15. Kepentingan Pembentukan Pemerintahan • Semua mazhab dalam Islam menganggap membentuk pemerintahan Islam adalah kewajipan iaitu fardu ain. • Plato dan Aristotles menegaskan bahawa pemerintahan diperlukan untuk mewujudkan keamanan dan perpaduan dalam masyarakat. • Oswald Spengler dan Hegel dalam ‘falsafah dan sarjana Barat modern’ menghuraikan kepentingan pemerintahan dengan mengaitkan asal semulajadi sifat kejadian manusia.

  16. Ibnu Khaldun (bapa sosiologi Islam) menghuraikan bahawasanya manusia merupakan makhluk yang bermasyrakat, berakal, berbudaya, berseni, berekonomi, berpolitik dan sebagainya secara semula jadi. • Muhammad Asad (sarjana Islam modern) menegaskan bahawa pemerintahan adalah perlu untuk menjamin kebebasan agar dapat diabdikan dalam masyarakat. • Islam dan Barat sepakat dalam menegaskan bahawa politik dan urusan mewujudkan suatu pemerintahan adalah yang terpenting dalam kehidupan manusia.

  17. Perbezaan Di Antara Fahaman Pemerintahan Barat Dengan Islam • Fahaman Barat: • Leberalisme • Marxisme • Demokrasi • Islam: • Theo-democracy

  18. Mengandugi unsur-unsur perkauman. Tujuannya adalah kebendaan semata-mata. Undang-undang dibuat dan dimansuhkan oleh rakyat dan dewan perundangan Tidak mengambil kira hubungan darah dan bangsa tetapi mementingkan aqidah Menumpukan aspek kerohanian. Al-Quran dan Al-Hadith adalah perlembagaan negara yang tertinggi. Perbezaan Sistem Politik Islam dengan Demokrasi Barat Demokrasi Barat Islam

  19. Kesimpulan Sistem pemerintahan yang berteraskan idealogi yang sihat mampu mewujudkan sebuah negara yang unggul dan sentosa. Pemerintahan Islam merupakan alternatif tunggal yang boleh menyelamatkan masyarakat manusia daripada terjerumus ke lembah kehancuran.

More Related