1 / 16

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN & PENYELESAIAN MASALAH

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN & PENYELESAIAN MASALAH. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mampu mendorong seseorang individu untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau keputusan yang salah.

damita
Download Presentation

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN & PENYELESAIAN MASALAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN & PENYELESAIAN MASALAH • Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mampu mendorong seseorang individu untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau keputusan yang salah. • Terdapat empat jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh seseorang individu semasa berfikir. Ia adalah berfikir secara kabur, terburu-buru, bercelaru atau berkecamuk dan sempit.

  2. Sambungan….. • Tiga unsur utama yang membolehkan kita membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak ialah pemikiran kritis, pemikiran kreatif serta kefahaman dan kejelasan.

  3. Definisi masalah • Masalah adalah apa-apa keadaan di mana tidak semua perkara berlaku sepatutnya atau terjadi sepertimana yang kita inginkan. • Konsep Membuat Keputusan dan Penyelesaian Masalah • - Istilah penyelesaian masalah selalu digunakan bertukar ganti dengan istilah membuat keputusan • - Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses penyelesaian masalah • - Untuk menyelesaikan masalah,maka adalah perlu memutuskan apa yang patut dilakukan dan seterusnya melakukannya

  4. MEMBUAT KEPUTUSAN • Proses mental yang melibatkan seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan terbaik dari beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. • Tentulah kita hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru, kita tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Kita perlu menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tepat, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.

  5. Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking  mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".

  6. Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E. • J  untuk Jot down occasion for decision • U untuk Use brainstorming for alternatives • D untuk Decide on best possibilities • G untuk Gauge positive and negative outcomes • E untuk Express selection; DECIDE.

  7. LANGKAH-LANGKAHMEMBUAT KEPUTUSAN MENGENALPASTI KEPERLUAN ATAU OBJEKTIF MEMBUAT KEPUTUSAN TELITI PILIHAN-PILIHAN YANG ADA FIKIRKAN AKIBAT,ALASAN DAN NILAI SETIAP PILIHAN TENTUKAN PILIHAN YANG TERBAIK BERDASARKAN NILAI DAN KRITERIA BUAT KEPUTUSAN

  8. MEMBUAT KEPUTUSAN PILIHAN - PILIHAN Terus berjalan mendapatkan bantuan Berehat sementara berkhemah di sini PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN Berkhemah di sini AKIBAT ALASAN/KESAN NILAI Dapat berehat tidak meneruskan penting + perjalanan Ancaman binatang buas hutan ada binatang buas penting - Gangguan makhluk halus tempat gelap dan tiada org. tak penting – Pulihkan tenaga dapat merehat dan makan penting + Boleh merancang tenteram penting + KRITERIA Keselamatan KEPUTUSAN Keputusan hanya boleh dibuat setelah mempertimbangkan semua pilihan di atas

  9. MENYELESAIKANMASALAH • Satu proses menangani suatu situasi bermasalah • Wrekelgram(1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu usaha untuk mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini. • Van Dijk dan Kintsch(1983) menyatakan penyelesaian masalah berlaku apabila ia melibatkan langkah-langkah serta operasi mental. • Rumusan – proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

  10. Menyelesaikan sesuatu  masalah  boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan. • Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan. • Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula ataupun ditolak.

  11. LANGKAH MENYELESAIKAN MASALAH MENYEDARI MASALAH MEMAHAMI MASALAH MENEROKA PILIHAN PENYELESAIAN MENINJAU KESAN AKIBAT PILIHAN MASALAH MEMILIH PILIHAN TERBAIK SEBAGAI PENYELESAIAN - TINDAKAN

  12. MENYELESAIKAN MASALAH MASALAH: KEMUNGKINAN PILIHAN – PILIHAN PENYELESAIAN PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN KESAN SOKONG / TIDAK NILAI APA AKAN BERLAKU JIKA PILIHAN INI DIAMBIL PENTING ATAU TIDAK KESAN ITU. MENGAPA? PENYELESAIAN BARU UBAHSUAI CARA PENYELESAIAN YANG PERLU UNTUK MENGELAKKAN MASALAH

  13. Perbezaan MK dan PM • Contoh :Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah? Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur pelbagai perabot. Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur utama kerana saiznya terlalu besar. Situasi 2: Terperangkap di dalam lif. • Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan masalah.

  14. Kebaikan membuat keputusan yang tepat dan penyelesaian masalah yang baik • Dapat mengenal dan memberi keutamaan kepada masalah dengan lebih baik • Mengurangkan tekanan • Dapat mencapai satu cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah dengan membuahkan hasil yang lebih baik • Dapat mengurangkan penggunaan sumber seperti masa, tenaga kerja dan kewangan

  15. “ Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah Kemahiran Berfikir (KB). Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semulajadi. Kepintaran atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak mempunyai kemahiran itu” Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993 Wawasan Pend. Agenda Pengisian

  16. “ Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada diantara dua telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada diantara dua bahu kita, iaitu kekuatan, atau apa yang berada diantara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semulajadi” Dipetik daripada ucapan Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, ( Sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada 06/02/96 )

More Related