MINGGU 6
Download
1 / 26

MINGGU 6 - PowerPoint PPT Presentation


  • 189 Views
  • Uploaded on

MINGGU 6. KLASIFIKASI BAHASA. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat menghuraikan bahasa berasaskan pendekatan: > genetik > tipologi > kawasan > sosiolingistik. KLASIFIKASI BAHASA. Bahasa di dunia sangat banyak, penggunanya pelbagai bangsa dan penggunaannya pelbagai ragam dan gaya.

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha
Download Presentation

PowerPoint Slideshow about ' MINGGU 6' - conan


An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

MINGGU 6

KLASIFIKASI BAHASA


Hasil pemelajaran
HASIL PEMELAJARAN

  • Pelajar dapat menghuraikan bahasa berasaskan pendekatan:

    > genetik

    > tipologi

    > kawasan

    > sosiolingistik


Klasifikasi bahasa
KLASIFIKASI BAHASA

  • Bahasa di dunia sangat banyak, penggunanya pelbagai bangsa dan penggunaannya pelbagai ragam dan gaya.

  • Klasifikasi bahasa bertujuan untuk mengenal pasti ciri persamaan bahasa dalam kelompok dan subkelompoknya.

  • Antara pendekatan yang popular digunakan ialah:

    > Pendekatan Genetik

    > Pendekatan Tipologi

    > Pendekatan Kawasan

    > Pendekatan Sosiolinguistik


Klasifikasi genetik
KLASIFIKASI GENETIK

  • Dikenali juga dengan nama klasifikasi Geneologi, iaitu klasifikasi yang berasaskan susur galur keturunan bahasa.Klasifikasi ini dibawahi oleh teori Pohon dan teori Gelombang.

  • Teori pohon mengatakan bahawa suatu bahasa proto akan pecah dan mewujudkan bahasa baharu, dua atau lebih. Bahasa baharu itu pula akan pecah dan mewujudkan bahasa baharu yang lain.

  • Teori Gelombang pula mengatakan bahawa perkembangan bahasa terjadi seperti gelombang yang disebabkan oleh seketul batu yang dijatuhkan di tengah kolam. Semakin jauh, riak gelombang semakin kurang, dan akhirnya hilang.


Klasifikasi genetik1
KLASIFIKASI GENETIK

  • Perubahan bahasa terjadi kerana penggunanya tersebar ke merata tempat kerana sebab tertentu. Oleh sebab tiada kontak dengan induknya, maka bahasa itu semakin berubah.

  • Klasifikasi genetik ini berasaskan kriteria persamaan bentuk bunyi dan makna. Bahasa yang mempunyai banyak persamaan ini bersumberkan bahasa proto yang sama. Kriteria ini juga dikenali dengan nama Kaedah Rekonstruksi Dalaman.

  • Kaedah Rekonstruksi Dalaman bergantung pada data diakronik yang ada dalam sesuatu bahasa. Kaedah ini berasaskan andaian wujudnya perubahan bunyi dengan tidak mengambil kira golongan morfologinya.


Klasifikasi genetik2
KLASIFIKASI GENETIK

  • Kaedah perbandingan dan kaedah rekonstruksi dalaman digunakan pada bahasa lisan untuk menentukan kekerabatan serta menyurih bentuk kuno. Asasnya ialah setiap bahasa akan berobah, dan setiap bahasa akan pupus.

  • Kadar pemupusan leksikon dalam sesuatu bahasa atau kadar pengekalannya telah digunakan dalam kajian linguistik sejarah untuk menentukan tahap kekerabatan sesuatu bahasa. Tatacara ini dinamakan glotokronologi atau leksikostatistik.


Klasifikasi genetik3
KLASIFIKASI GENETIK

  • Asas andaiannya ialah:

    * leksikon asas lebih lama pengekalannya daripada leksikon jenis lain.

    * kadar pengekalan leksikon asas lebih lama

    * kadar pemupusan sama antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.


Teori pohon
TEORI POHON

A

(bahasa proto)

A1 A2 A3

A11 A12 A13 A21 A22 A31 A32

A111 A112 A113 A211 A212 A311 A312 A313


Klasifikasi genetik4
KLASIFIKASI GENETIK

  • Klasifikasi ini akan dapat menentukan jarak masa terjadinya pemisahan antara kedua-dua bahasa yang berkeluarga itu.

  • Klasifikasi genetik ini juga bersifat tidak arbitrari, tetapi bersifat tuntas dan unik. Berasaskan sifat ini dan gejala persamaan, dianggarkan terdapat lebih 4ribu bahasa di dunia.

  • Pembahagiannya adalah seperti yang berikut:

    1. Bahasa Indo-Eropah

    a. Bahasa India: India Kuno (Sanskrit, Weda), India Pertengahan (Prakrit, Pali), India Moden (Hindi, Hindustani, Benggali…)


Bahasa indo eropah
BAHASA INDO-EROPAH

b. Bahasa Iran: Iran Kuno (Avesta, Persia Kuno), Iran Pertengahan (Pahlawi, Sogda, Saki), Iran Moden (Persia, Kurda, Afghanistan)

c. Bahasa Armenia: Armenia Kuno, Rusia, Armenia-Turki

d. Bahasa Albania

e. Bahasa Baltik: Baltik Kuno (Prusia Kuno), Baltik Moden

(Lihuania, Latvia)

f. Bahasa Slavia: Slavia Selatan (Bulgaria Kuno, Bulgaria, Bulgaria Moden, Sernia, Croatia, Slovenia), Slavia Timur

(Ukraina, Rusia Putih, Rusia Raja), Slavia Barat (Bohemia, Slowakia, Polonia, Sorbia, Polabia)

g. Bahasa Tochar (Asia Tengah)

h. Bahasa Hethit (Asia Kecil)


Bahasa indo eropah1
BAHASA INDO-EROPAH

  • Bahasa Yunani: Yunani Kuno (Ionia, Attika, Doris, Aeolia), Yunani Pertengahan (Koine), Yunani Moden

    j. Bahasa Itali: Oskia, Umbria, Faliskia, Latin, Romania, Perancis, Provence, Sepanyol, Portugis, Catalonia, Itali, Rheto-Romania

    k. Bahasa Kelt: Gallia, Pictia, Gaelia (Eire, Skot, Mank), Brotamoa (Welsh, Comish, Breton)

    l. Bahasa Jerman: Jerman Timur (Gotia, Vandal, Bourgondia), Jerman Utara (Norwegia Kuno, Norwegia, Iceland, Swedia, Denmark), Jerman Barat (Inggeris, Fries, Jerman Hulu, Jerman Hilir, Belanda).


Bahasa hamit
BAHASA HAMIT

  • Bahasa mesir: Koptis

  • Bahasa berber: Tuareg, Kabil

  • Bahasa Kushid, Cad


Bahasa semit
BAHASA SEMIT

  • Semit Timur: Assyria, Babylonia

  • Semit Barat: Ibrani, Funisia, Punia, Aram, Arab, Syria, Amhar, Ethiopia / Abesinia


Bahasa ural altai
BAHASA URAL-ALTAI

  • Finlandia-Urgia: Finlandia, Karelia, Estonia, Laplandia, Hungaria

  • Samoyid di Pantai Laut Artik

  • Altai: Turki (Osmani, Kirgis), Monggol, Manchu, Tungu, Jepun, Korea

  • Aleut-Eskimo


Bahasa jafet
BAHASA JAFET

  • Bahasa Kuno di Asia Kecil: Karia, Lydia, Lykia

  • Bahasa Kaukasus: Cerkes, Georgia, Basque, Etruria, Sumer


Bahasa austris
BAHASA AUSTRIS

  • Astro-Asia: Malaka Kuno, Khasi, Nikobar, Mon, Khmer, Munda

  • Austronesia: Nusantara, Melanesia, Mikronesia, Polinesia

  • Nusantara: Malagasi, Melayu, Jawa, bahasa di Kalimantan, Sulawesi, Formosa

  • Melanesia: bahasa di Irian, New Caledonia dan di Kepulauan Fiji

  • Mikronesia: bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Gilbert, Caroline

  • Polinesia: bahasa di Hawaii, Tonga, Easter dan Maori

  • Tibeto-Tionghua: Tibet, Burma, Tionghua, Muangthai, Annam


Bahasa lain di asia dan lautan pasifik
BAHASA LAIN DI ASIA DAN LAUTAN PASIFIK

  • Bahasa Papua

  • Bahasa Dravida (India): Telegu, Tamil, Kanari, Malayalam

  • Bahasa di Australia

  • Bahasa di Kepulauan Andaman

  • Bahasa Palco-Asia


Bahasa afrika
BAHASA AFRIKA

  • Bahasa Khisan: San, Nama

  • Bahasa Bantu (Afrika Selatan)

  • Bahasa Sudan (Afrika Tengah)


Bahasa amerika
BAHASA AMERIKA

  • Amerika Utara: Algonkin, Irokese, Na-dene, Penutia, Sioux

  • Amerika Tengah dan Mexico: Maya, Otomi, Mixe-Zoke

  • Amerika Selatan: Arawak, Cibea, Con, Caribia (Venezuela, Guyana, Amazona), Kicua


Klasifikasi kawasan
KLASIFIKASI KAWASAN

  • Asasnya ialah hubungan timbal balik antara bahasa dalam suatu kawasan dengan tidak mengambil kira aspek kekerabatan bahasa.

  • Yang penting ialah kewujudan data bahasa yang dipinjam dari aspek bentuk, makna, atau kedua-duanya kerana kontak sejarah bersifat historisdan konvergensif.

  • Klasifikasi ini bersifat arbitrari kerana dalam kontak sejarah bahasa, pengaruh timbal balik terjadi dalam hal tertentu sahaja.

  • Bahasa di dunia juga masih ada yang bersifat tertutup. Oleh itu, tidak dapat dikelompokkan mengikut kawasan.


Klasifikasi kawasan1
KLASIFIKASI KAWASAN

  • Berasaskan peta, diperlihatkan penyebaran geografi kelompok bahasa yang penting dengan ciri yang tertentu.

  • Peringkat fonologi: penyebaran bunyi pada posisi awal dan posisi akhir perkataan.

  • Peringkat morfologi: penyebaran kelompok kata yang konstrastif dalam semua gabungannya.

  • Peringkat leksikal: penyebaran sistem bilangan.

  • Peringkat sintaksis: penyebaran kategori kata benda dan kata ganti nama.


Klasifikasi tipologi
KLASIFIKASI TIPOLOGI

  • Asasnya ialah kesamaan unsur tertentu yang wujud berulang-ulang dalam semua peringkat tataran linguistik sesuatu bahasa. Oleh itu, hasilnya pelbagai alternatif tetapi tetap bersifat arbitrari, tuntas dan unik.

  • Kriteria morfologi: Isolatif – unit tetap yang tidak dapat dianalisis seperti bahasa Vietnam, Aglutinatif – perkataan dipenggal kepada untaian morf seperti bahasa Turki dan bahasa Swahili, Fleksi – perkataan tidak mudah dibahagikan kepada morf, - kaitan eksponen morfologi dengan tatabahasa amat rumit seperti bahasa Yunani dan bahasa Latin.

  • Kriteria sintaksis: subjek, kata kerja dan objek


Klasifikasi sosiolinguistik
KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK

  • Asasnya ialah hubungan antara bahasa dengan faktor yang berlaku dalam masyarakat dari aspek status, fungsi dan nilai.

  • Klasifikasi ini berasaskan 4 kriteria, iaitu pensejarahan, pembakuan, penggunaan aktif, dan penggunaan leksikon dan tatabahasa.

  • Pensejarahan bermaksud sejarah perkembangan dan penggunaan bahasa. Pembakuan berkaitan status bahasa rasmi dan tidak rasmi. Penggunaan aktif bermaksud penutur yang menggunakannya sehari-hari, dan adakah leksikon dan tatabahasa itu diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain.


Klasifikasi sosiolinguistik1
KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK

  • Berdasarkan kriteria itu, bahasa di dunia dapat dikelompokkan ke dalam kelompok tertentu. Walau bagaimanapun, hasilnya tetap tidak unik kerana sesuatu bahasa mempunyai status yang berbeda.

  • Bahasa Jerman di Jerman berstatus bahasa baku, tetapi di Swiss, bahasa Jerman berstatus kedaerahan.

  • Bahasa Ibrani merupakan bahasa klasik dalam ibadat Yahudi, tetapi Israel menjadikan bahasa itu sebagai bahasa rasmi dan bahasa baku.


Klasifikasi sosiolinguistik2
KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK

  • Klasifikasi ini juga tidak tekal dan mutlak. Kita masih dapat mempertikaikan kekompleksan bahasa di negara tertentu.Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa rasmi, bahasa baku, bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan bahasa daerah yang juga boleh bersifat rasmi dalam konteks kedaerahan.

  • Di Singapura, terdapat 4 bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil, tetapi penggunaan bahasa Inggeris lebih terserlah.

  • Di Filipina, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ialah bahasa Tagalog, tetapi bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran kerajaan ialah bahasa Inggeris.


Kesimpulan
KESIMPULAN

  • Klasifikasi bahasa dapat dihuraikan menerusi pendekatan genetik, tipologi, kawasan dan sosiolinguistik.

  • Pendekatan genetik berasaskan teori pohon dan teori gelombang yang membahagikan bahasa kepada 9 kelompok, iaitu Indo-Eropah, Hamit, Semit, Ural-Altai, Jafet, Austris, Bahasa di Asia dan Lautan Pasifik, Afrika, dan Amerika.

  • Klasifikasi kawasan menitikberatkan penyebaran geografi kelompok bahasa dari aspek fonologi, morfologi, leksikal dan sintaksis.

  • Klasifikasi tipologi berasaskan kesamaan unsur menerusi kriteria morfologi dan sintaksis

  • Klasifikasi sosiolinguistik berasaskan empat kriteria, iaitu pensejarahan, pembakuan, penggunaan aktif, dan penggunaan leksikon dan tatabahasa.


ad