1 / 12

PERJUMPAAN BERSEMUKA KEDUA PELAJAR PJJ

PERJUMPAAN BERSEMUKA KEDUA PELAJAR PJJ BBJ 2402 19 FEBRUARI 2011. UNIT 4 Objektif : memahami perbezaan antara penanda ‘de’ dengan ‘ni’ 2. memahami perbezaan antara ‘gurai’ dengan ‘goro’

ciqala
Download Presentation

PERJUMPAAN BERSEMUKA KEDUA PELAJAR PJJ

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERJUMPAAN BERSEMUKA KEDUA PELAJAR PJJ BBJ 2402 19 FEBRUARI 2011

  2. UNIT 4 Objektif : memahami perbezaan antara penanda ‘de’ dengan ‘ni’ 2. memahami perbezaan antara ‘gurai’ dengan ‘goro’ 3. menerangkan aktiviti kehidupan harian dengan menggunakan struktur ayat mudah.

  3. Penggunaan ‘de’ Jika kata nama ialah nama peristiwa seperti peperiksaan atau mesyuarat, maka penanda ‘de’ digunakan untuk menandakan tempat peristiwa di dalam ayat dengan ‘arimasu’. Cuba ambil perhatian tentang makna ‘de’ iaitu penanda tempat berlakunya sesuatu peristiwa, sedangkan ‘ni’ ialah penanda tempat sesuatu berada atau seseorang hadir. Ayat contoh ( lihat m/s 91 ) 1)わたしは レストランで ひるごはんを たべます。 2)ともだちの うちで しゅくだいを します。 3)だいがくで しけんが あります。

  4. Penggunaan ‘amari’ ‘amari’ selalunya digunakan di dalam ayat negatif. ‘amari’ menunjukkan darjah perbandingan atau kekerapan atau kuantiti sesuatu yang tidak tinggi. amari + kata adjektif + kunaidesu amari + kata nama sifatan + ja arimasen amari + kata kerja + masen Ayat contoh ( lihat m/s 89 ) 1)わたしの へやは あまり ひろくないです。 2)ケーキが あまり すきじゃ ありません。 3)たなかさんは いつも あまり たべません。

  5. Penggunaan ‘kara’ dan ‘ made’ ‘kara’ menunjukkan permulaan sesuatu tempoh atau julat. ‘made’ menunjukkan penghujung tempoh atau julat. Ayat contoh ( lihat m/s 93 ) 1)にほんごの じゅぎょうは 2じから 3じまで です。 2)げつようびから きんようびまで はたらきます。 Penggunaan ‘ya’ ‘ya’ menghubungkan dua kata nama dalam sesuatu ayat. Apabila ‘ya’ digunakan, bermakna di samping kata nama 1 dan kata nama 2, ada sesuatu yang lain di dalam ayat itu. Atau dalam erti kata yang lain, apabila ‘ya’ digunakan di dalam ayat itu maka kata nama 1 dan kata nama 2 adalah mewakili barangan lain. Ayat contoh ( lihat m/s 94 & 95 ) 1)にちようび しんぶんや ざっしを よみます。 2)ドリアンや ナシラマが すきです。

  6. Penjodoh bilangan 1. jikan beri perhatian pada ‘yojikan’ dan ‘kujikan’. 2. fun beri perhatian pada ‘ippun’, ‘roppun’, ‘happun’ dan ‘juppun’. 1, 3, 4, 6, 8 dan 10 menggunakan ‘pun’ 2, 5, 7 dan 9 menggunakan ‘fun’ Ayat contoh ( lihat m/s 95 & 96)       1)まいばん レストランで よじかん アルバイトを します。 2)だいがくから うちまで さんじゅっぷん かかります。 Penggunaan ‘gurai’ ‘gurai’ ialah penanda untuk tempoh masa, harga dan kuantiti. ‘gurai’ digunakan apabila anda tidak tahu kuantiti yang tepat dan menunjukkan anggaran tempoh masa’ harga serta kuantiti sesuatu barangan. Ayat contoh ( lihat m/s 98 ) 1)S: いつも なんじかんぐらい やきゅうを しますか。   J: にじかんぐらい します。

  7. Penggunaan ‘goro’ ‘goro’ digunakan apabila anda mengetahui masa yang tepat. Apabila ‘goro’ digunakan untuk menandakan masa maka, jangan gunakan pananda masa ‘ni’. Ayat contoh ( lihat m/s 98 & 99 ) 1) S: いつも なんじごろ かいしゃへ いきますか。    J: しちじはんごろ いきます。

  8. UNIT 5 • Objektif : • 1. menggunakan struktur ayat mudah jenis kala lampau • 2. memahami penggunaan penanda ‘ni’ (tujuan) dan ‘ga’ (penghubung) • 3. bercerita tentang percutian menggunakan struktur ayat mudah jenis • kala lampau. • Kala lampau ( Kata Kerja ) • Terdiri daripada : • a) Ayat afirmatif • Untuk mengubah ayat afirmatif bukan kala lampau kepada kala • lampau, ‘masu’ hendaklah ditukarkan kepada ‘mashita’. • Ayat negatif • Untuk mengubah ayat negatif bukan kala lampau kepada kala lampau, • imbuhkan akhiran ‘deshita’ kepada ‘masen’ (‘masendeshita’). • Ayat contoh ( sila lihat m/s 114 ) •      1) わたしは きのう かいものしました。 •   2) せんしゅう うみで およぎませんでした。 •      3) アリさんは ひろごろ じむしょに いませんでした。

  9. Kala lampau (Kata Adjektif & Kata Nama) Untuk ubah ayat adjektif afirmatif bukan kala lampau kepada kala lampau, ubah ‘i’ kepada ‘katta’. Contoh : ‘ookii’ kepada ‘ookikatta’ Untuk ubah ayat adjektif negatif bukan kala lampau kepada kala lampau, ubah ‘kunai’ kepada ‘kunakatta’ Contoh : ‘chisakunai’ kepada ‘chisakunakatta’ perhatikan bahawa anda hendaklah menggunakan ‘desu’ dalam ayat adjektif kala lampau. Untuk ubah ayat nama atau nama sifatan afirmatif bukan kala lampau kepada kala lampau, ubah ‘desu’ kepada ‘deshita’. Untuk ubah ayat nama atau nama sifatan negatif bukan kala lampau kepada kala lampau, imbuhkan ‘deshita’ kepada bentuk negatif bukan kala lampau ‘ja arimasen’ ( ‘ja arimasen deshita’ ) Ayat contoh ( sila lihat m/s 116 & 117 ) 1) この かばんは たかかったです。 2)きのうの てんきは はれでした。 3) こうえんは しずかでした。

  10. Penggunaan ‘ni’ • KN wa KN2 he KN3 / KK1 ni masu • (tempat) (tujuan) (KK2) • Dalam stuktur ayat ini, kata kerja 2 mestilah ‘ikimasu’, ‘kimasu’ atau ‘kaerimasu’. Penanda ‘ni’ menunjukkan arah tuju pergerakan itu. • Oleh sebab kata kerja di atas digunakan, maka kata nama 2 menjadi destinasi yang ditandai dengan ‘he’. • Ayat contoh (sila lihat m/s 121 ) • 1)わたひは らいしゅう うみへ およぎに いきます。 • 2)くにへ かぞくに あいに かえります。 • 3)たなかさんは マレーシアへ べんきょうに きました。

  11. Penggunaan ‘ga’ ‘ga’ memberikan penanda pada sesuatu ayat dan menggabungkan dua ayat. Ayat 1 dan Ayat 2 seharusnya mempunyai makna yang berlawanan secara langsung dalam stuktur ayat ini. Sebarang jenis ayat boleh digunakan sebagai ayat 1 dan ayat 2. Ayat contoh (sila lihat m/s 123 & 124) 1)ちちは カラオケを しますが、ははは しません。 2)わたしは いつも コーヒーを のみますが、いもうとは    こうちゃを のみます。

  12. GAMBATTE KUDASAI

More Related