1 / 69

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh. Pengenalan. U saha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar.

charlot
Download Presentation

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 1 :ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

  2. Pengenalan • Usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar. • Penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif). • Pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan. • Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum. • Memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara. • Pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  3. Integrasi Nasional • Akibat keretakan integrasi nasional • Perbezaan budaya dan agama • Ketidakpuasan hati • Kedudukan Geografi Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  4. Cabaran Mewujudkan Satu Sistem Sosial • Agama dan kebudayaan • Dasar Penjajah British • Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan • Amalan ekonomi yang berlainan • Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  5. Halangan Integrasi Nasional • Perbezaan budaya dan agama • Dasar Penjajahan • Sistem Pendidikan • Amalan Ekonomi • Perbezaan politik Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  6. Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran • Sistem Pendidikan Kebangsaan • Agenda Memperkasakan SK • Penerapan Nilai • Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan • Konsep Sekolah Wawasan • Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum • Perkasakan bahasa Kebangsaan • Pemantapan Aktiviti • Pupuk Kefahaman • Dasar Pelajaran kebangsaan - menggunakan sukatan pelajaran, - buku teks, peperiksaan, - pakaian seragam, - sistem latihan guru dan - bahasa penghantar yang sama Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  7. Memastikan Matlamat Perpaduan Kaum Dan Integrasi Nasional Dipelihara Dan Diperkukuhkan • Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan • Menjadikan agenda memperkasakan SK • Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian. • Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003 • Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan • Melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  8. Pupuk Integrasi Nasional Melalui RIMUP • Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik • Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan • Modul Aktiviti Kokurikulum • Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat • Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  9. Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional • Sekolah sebagai alat perpaduan • Sistem persekolahan yang sama • Penggunaan Bahasa Melayu • Pendedahan kepada nilai • Seminar/forum Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  10. Penglibatan Komuniti Setempat Untuk Pupuk Integrasi Nasional • Program Permuafakatan Masyarakat • Hari Keluarga • Acara Kebudayaan • Sambutan Perayaan • Aktiviti Kokurikulum • Bulan Kemerdekaan • Lawatan ziarah • Bina Insan Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  11. Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara keseluruhannya diharapkan akan dapat mencapai objektif seperti yang berikut; • meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia. • menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum. • menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum. • menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara pelajar berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  12. Pendemokrasian Pendidikan • Semua dapat hak yang sama • Sekolah dapat kemudahan yang sama • Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan • Sekolah satu aliran • Amalan kehidupan • Peluang pendidikan yang sama • Persamaan hak • Peluang yang luas • Pembangunan sumber manusia Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  13. Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan • Basmi buta huruf • Pendidikan universal • Penyediaan infrastruktur • Guru terlatih yang mencukupi • Pra sekolah untuk semua Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  14. Strategi Pelaburan Dalam Bidang Pendidikan • Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber yang ada. Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan. • Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi. • Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan dalaman dalam pengurusan. • Pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan. • Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  15. Tumpuan Bank Dunia Dalam Pendidikan • Pendidikan asas • Pendidikan wajib untuk semua • Kecekapan dalam pengurusan • Pengagihan sumber • Keperluan dengan pasaran kerja Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  16. Pendidikan Negara • Pelbagai peringkat • Kurikulum yang sama • Penubuhan sekolah agama rakyat • Peningkatan bilangan pelajar ke university • Pendidikan swasta • Pendidikan untuk semua • Pengagihan sumber kewangan • Pendidikan sawarjagat • Pertambahan guru dan bilangan kelas • Pendidikan Bertaraf Dunia • Pendidikan berterusan • Pendemokrasian pendidikan • Pendidikan berkualiti Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  17. Tonggak Pendidikan Unesco • Tonggak Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada; • pelajar belajar untuk tahu (Learning To Know) • belajar untuk membuat (Learning To Do) • belajar untuk menjadi apa (Learning To Be) • belajar untuk hidup bersama (Learning To Live Together) Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  18. Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO • Pengurus punyai kuasa autonomi • Memperkasakan kapasiti • Struktur terurus • Ukuran prestasi • Pemantauan prestasi • Kawalan sumber • Ketelusan Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  19. Laporan Unesco (2005): Kuasa Autonomi Bagi menguruskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya; • Pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya. • Sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya. • Sekolah memerlukan struktur yang terurus dan professional. • Kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segi pemantauan prestasi sekolah. • Sekolah perlu mengawal sumber-sumber. • Pengurusan sekolah mesti telus. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  20. Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO • Memenuhi keperluan pembelajaran asas • Membentuk wawasan • Akses kepada universal • Focus terhadap pembelajaran • Perluaskan skop • Penambahbaikan persekitaran • Perkukuhkan perkongsian • Pembangunan dasar • Gerakkan sumber • Perpaduan antarabangsa Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  21. Dasar KPM dan Kaitannya Dengan Tonggak Pendidikan UNESCO • Perkembangkan potensi individu • Tingkatkan kreativiti • Sistem pendidikan yang cekap • Pusat kecemerlangan pendidikan • Tingkatkan martabat pendidikan Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  22. Tujuan KPM : Membentuk Pembangunan Insan • Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). • Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar. • Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat. • Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. • Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. • Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  23. Pembangunan Modal Insan KPM • Perkembangkan potensi • Mempunyai pelbagai kemahiran • Bentuk peribadi • Kemahiran berkomunikasi • Kemahiran ICT • Pembelajaran sepanjang hayat • Nilai yang tinggi Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  24. Pembangunan Modal Insan Melengkapkan diri pelajar dengan; • kemahiran komunikasi berkesan. • kebolehan menggunakan ICT dengan baik. • berfikir secara kreatif dan kritis. • mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. • nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  25. Cabaran KPM Menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang dengan cara; • memperkembangkan potensi diri bagi setiap pelajar. • melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran. • membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  26. Pendidikan Berterusan • Institusi diperbanyakkan • Bekalkan kemahiran • Memenuhi guna tenaga sumber manusia • Ahli masyarakat yang berfungsi • Pemahaman kritikal • Bijak menggunakan masa lapang • Belajar sukarela • Sedar kepada biografi • Merancang kerja • Perkembangan bakat • Bentuk konsep kendiri Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  27. Pendidikan Berterusan Beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud dalam kalangan masyarakat; • Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan. • Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi. • Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  28. Pendidikan Berterusan • Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial. • Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan. • Membangunkan sikap belajar secara sukarela. • Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya. • Membantu orang dewasa dalam merancang kerjaya dan mencapai matlamat yang bererti. • Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendamdan mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  29. Pendidikan Seumur Hidup • Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologitinggi dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran. • Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri. • Mewujudkan program e-Latihan. • Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan awam. • Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan Berterusan. • Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan. • Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  30. Pendidikan Seumur Hidup • Galakan dalam teknologi • Pembangunan pgram latihan • E-learning • Persekitaran yang mesra • Penggunaan institusi • Kempen di peringkat kebangsaan Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  31. Perubahan Kurikulum • Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. • Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. • Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. • Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  32. Persediaan Menghadapi Persaingan Global • Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat. • Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa. • Meguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian. • Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru. • Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  33. Globalisasi Dalam Pendidikan Cabaran Globalisasidalam pendidikan adalah dari segi yang berikut; • Keperluan terhadap pembelajaran berterusan. • Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum • Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat. • Pengurusan pendidikan. • Pembentukan jati diri pelajar. • Kualiti guru. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  34. Cabaran Globalisasi • Kesediaan guru • Kurang rasa kepunyaan • Pertambahan beban • Kekurangan sokongan pengurusan • Pengurusan pendidikan • Sikap guru • Perbezaan tahap pengetahuan • Perubahan yang kerap • Penggunaan teknologi • Pembentukan jati diri • Budaya sekolah • Perkembangan profesionalisme guru Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  35. Kesan Globalisasi Pendidikan • Pembelajaran sepanjang hayat • Kebolehan berkomunikasi • Kemahiran teknologi • Kesediaan kognitif • Warganegara bertanggungjawab Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  36. Pembelajaran Berbantu Komputer • Perisian latih tubi • Perisian tutorial • Perisian simulasi • Perisian permainan • Perisian penyelesaian masalah Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  37. Pengurusan Maklumat Sekolah Menurut Rahmad Sukor (2006); • Permudahkan urusan • Tingkatkan kecekapan • Kurangkan beban • Jimatkan masa • Penempatan pelajar • Pengagihan jadual waktu guru dan pelajar • Pengagihan sumber • Rekod stok dan inventori Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  38. Perkembangan Profesionalisme Guru • Memimpin perubahan • Utamakan daya pengeluaran • Perkembangan semasa • Perkembangan teknologi • Perubahan inovasi Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  39. Cabaran Membentuk Perkembangan Profesionalisme Guru • Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas. • Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya. • Sentiasa mengikutiperedaran masa. • Memahami perkembangan teknologi. • Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  40. Perkembangan Profesionalisme Guru: Tingkah Laku Guru Fuller (1975) dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikan tingkah laku guru kepada tiga tahap iaitu; • Tumpuan Berkaitan Peribadi • Tumpuan Berkaitan Tugas • Tumpuan Berkaitan Kesan. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  41. Perkembangan Profesionalisme Guru: Tingkah Laku Guru Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjut mereka telah memurnikan klasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap berikut; • Tumpuan Tiada Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di sekolah. • Tumpuan Berkaitan Peribadi:Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya. • Tumpuan Berkaitan Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran. • Tumpuan Berkaitan Kesan:Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  42. Impak Globalisasi Kepada Perkembangan Profesionalisme Guru • Berdaya saing • Hubungan sumber pendidikan • Kemahiran berbahasa • Komunikasi rentas budaya • Produk dan perkhidmatan • Keupayaan nilai antarabangsa • Peningkatan bilangan institusi • Penyebaran teknologi • Cita rasa global Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  43. Kesan Negatif Globalisasi • Negara lemah ditindas • Ketidakadilan perkongsian • Pemantauan yang mendalam • Permintaan pasaran tenaga kerja • Meminggirkan bahasa Melayu • Terbuka kepada persaingan tidak sihat • Pengkomersilan pendidikan • Penafian pendemokrasian pendidikan • Penghayatan ilmu terhakis Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  44. Kepelbagaian Budaya • Perlu keadilan • Peluang pendidikan kepada semua • Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum • Program sekolah berkembar Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  45. Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (2001) Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan; • Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan pelajar secara aktif. • Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan pelajar. • Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  46. Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya • Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. • Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran. • Memastikan setiap pelajar yang berkelayakanmendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang. • Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  47. Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya • Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat. • Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. • Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan. • Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa. • Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  48. Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya • Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman. • Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasatermasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda. • Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran. • Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar). Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  49. Rumusan Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya • Sekolah kebangsaan sebagai peneraju • Kelayakan pelajar jadi penentuan • Pindaan akta • Tingkatkan kemudahan • Tingkatkan mutu pendidikan guru • Peluang latihan • Biasiswa kepada yang berkelayakan • Kuasai pelbagai bahasa Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  50. Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

More Related