1 / 13

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno. berkembang di Jambi dan Sriwijaya pada abad ke-7 hingga abad ke-13 menerusi pelayaran pedagang India dan China adanya pengaruh budaya Hindu dan kesan kemasukan bahasa Sanskrit (asas pemodenan bahasa Melayu purba)

chaim
Download Presentation

Bahasa Melayu Kuno

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Bahasa Melayu Kuno berkembang di Jambi dan Sriwijaya pada abad ke-7 hingga abad ke-13 menerusi pelayaran pedagang India dan China adanya pengaruh budaya Hindu dan kesan kemasukan bahasa Sanskrit (asas pemodenan bahasa Melayu purba) aksara mula diperkenalkan dan wujud bahasa Melayu kuno yang mempunyai tulisan pengaruh Sanskrit meluas kerana BM kurang kosa kata, bahasa Sanskrit ialah bahasa bangsawan dan mempunyai ketamdunan tinggi

  2. perkembangan pesat BM kuno kerajaan Sriwijaya dibuktikan melalui penemuan batu-batu bersurat, catatan I-Tsing (BM kuno sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pengajaran agama Buddha dab bahasa Sanskrit • perkembangan BM kuno berakhir pada abad ke-11 apabila wujud kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa • BM kuno di Jambi terus kekal kerana sistemnya mudah, bersifat sederhana, mudah menerima pengaruh luar dan tidak terikat oleh perbezaan susun lapis masyarakat

  3. Bahan Bukti Kukuh Tentang Kewujudan Bahasa Melayu Kuno • Batu Bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada 683 M • Batu Bersurat Talang Tuwo di Palembang pada 684 M • Batu Bersurat Kota Kapur di Pulau Bangka pada 686 M • Batu Bersurat Karang Brahi di Meringin pada 692 M

  4. Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno • sistem tulisan dan ejaan: tulisan Lontar di Sulawesi Selatan, tulisan Batak di Sumatera Utara dan tulisan Rencong (merupakan huruf asli bahasa Melayu yang lebih tua daripada tulisan Jawa kuno) di Sumatera Selatan • berdasarkan batu-batu bersurat, terdapat beberapa tulisan yang digunakan, iaitu tulisan Palava (untuk penyebaran agama Hindu), tulisan Nagiri dari utara India dan tulisan Kawi (asalnya ditulis di atas kulit kayu dan daun lontar) yang bermaksud penyair

  5. Bandingan Kosa Kata BM Kuno dengan BM Moden

  6. Bahasa Melayu Klasik • Zaman transisi atau peralihan darip[ada pengaruh Hindu kepada pengaruh Islam adalah pada abad ke-11 dan ke-12. • Pengkaji-pengkaji membuat pembahagian kepada praklasik dan klasik.

  7. Bahasa Melayu Praklasik • antara abad ke-11 dan ke-14 kerana pengaruh Islam atau Arab • berdasarkan catatan sejarah, kerajaan pertama yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi ialah kerajaan Samudera Pasai (Merah Silu menukarkan nama kepada Sultan Malik Al-Salleh) • penggunaan bahasa Melayu kuno diresapi kosa kata Arab kerana BM kuno kurang istilah Islam • berlaku peminjaman bahasa Arab

  8. Bahasa Melayu Klasik • antara abad ke-14 dan ke-19, iaitu evolusi kedua pemilikan aksara sendiri hasil penyesuaian dengan abjad Arab • BM klasik mencapai tahap kegemilangan pada zaman kerajaan Kesultanan Melaka, Aceh dan Johor-Riau berasaskan BM sebagai lingua franca (bahasa pergaulan) seharian, bahasa pentadbiran atau urusan rasmi dan bahasa ilmu pengetahuan untuk menyampaikan ajaran Islam dan kesusasteraan • palam zaman pemerintahan kerajaan Kesultanan Melaka, BM klasik berkembang kerana pengaruh politik, bahasa penyebaran agama Islam dan perkembangan kosa kata bahasa Arab • di Aceh, peranan bahasa Melayu klasik yang berpaksikan intelek berkembang dalam peningkatan ilmu agama dan falsafah Islam, undang-undang, sejarah, ketatanegaraan dan kesusasteraan

  9. Bahan-Bahan Bukti BM Klasik • Batu Bersurat Pagar Ruyong (1356 M) • Batu Bersurat Minye Tujuh (1380 M) • Batu Bersurat Sungai Teresat (1303 M) • Karya sastera kerajaan Melayu Melaka (1403 – 1511) seperti Undang-Undang Laut Melaka, Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu • Karya sastera kerajaan Aceh (1606 – 1636) seperti Syair Dagangdan Syair Perahu oleh Hamzah Fansuri • Karya sastera kerajaan Johor-Riau (awal abad ke-19) seperti Hikayat Seri Rama dan Hikayat Raja-Raja Pasai • Daftar Kata seperti Cina-Melayu, Melayu-Itali dan Melayu-Belanda

  10. Ciri-Ciri BM Klasik • Kosa kata diperkaya dengan kosa kata bahasa Arab • Tatabahasa (aspek struktur ayat): ayat majmuk yang panjang, meleret-leret dan sukar difahami, banyak ayat songsang dan pasif dan pengulangan, seperti perkataan maka • Tatabahasa (aspek penggunaan perkataan): bahasa istana, kata pangkal ayat, partikel

  11. Konsep BM Moden • Pelopor ialah Abdullah Munsyi pada abad ke-19. • Perkembangan pesat apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

  12. Perkembangan BM Moden • PRAMERDEKA - BM sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar di institusi pendidikan - pegawai British seperti Winstedt, Wilkinson dan Skinner berminat dalam bahasa dengan menghasilkan buku-buku tentang BM, antaranya The Malay Grammar dan Simple Malay (Winstedt) dan Malay-English Dictionary (Wilkinson) - BM terpinggir selepas Perang Dunia Kedua - wujud sekolah aliran Inggeris - perkembangan majalah dan akhbar - wujud pertubuhan seperti Pejabat Karang Mengarang dan ASAS 50 untuk memperjuang dan memperkembang bahasa Melayu

  13. Tokoh-Tokoh BM Moden Zaman Pramerdeka • Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi mencipta perkataan baharu dan mengungkapkan perkara-perkara baharu dalam karya seperti Kisah Pelayaran Abdullah (1838) • Raja Ali Haji (1809 – 1870) melalui Kitab Pengetahuan Bahasa (menyusun kamus) • Za’ba menghasil Pelita Bahasa dan Ejaan Rumi

More Related