1 / 31

MUNAKAHAT 4

MUNAKAHAT 4. Ustaz Mohd Mazri Masripan. Rujuk. Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas berlaku persetubuhan Hukum rujuk adalah harus bagi suami Rujuk adalah hak suami semata-semata.

bart
Download Presentation

MUNAKAHAT 4

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MUNAKAHAT 4 Ustaz Mohd Mazri Masripan

  2. Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas berlaku persetubuhan Hukum rujuk adalah harus bagi suami Rujuk adalah hak suami semata-semata

  3. Hikmah Rujuk Hikmah rujuk adalah: Untuk memberi suami peluang menyedari kesilapannya Supaya isteri sedar kesilapannya dan memperbaikinya Peluang untuk bermaaf-maafan Berhati-hati dalam membuat tindakan dan berazam membina hidup baru

  4. Rukun Rujuk Rukun rujuk ada tiga: Suami yang merujuk Isteri yang dirujuk Kata-kata atau perbuatan yang menunjukkan rujuk

  5. Syarat Rujuk (Suami) Syarat bagi suami yang merujuk: Waras Cukup umur (baligh) Dengan kemahuan sendiri Islam

  6. Syarat Rujuk (isteri) Syarat isteri yang dirujuk: Bercerai dengan talak, bukan fasakh Isteri itu telah disetubuhi Isteri tidak diceraikan dengan tebus talak Belum sempurna bilangan talak Masih dalam penantian iddah

  7. Ucapan Rujuk Ucapan rujuk terbahagi kepada dua: Lafaz sorih(jelas) atau Lafaz kinayah(sindiran) Contoh lafaz sorih ialah: Aku rujuk kepadamu, aku balik kepadamu Rujuk jenis ini tidak perlu kepada niat, izin atau redha isteri atau penyaksian atau wali

  8. Ucapan Rujuk Contoh rujuk kinayah adalah: Marilah sini, abang sayangkanmu,awak cantik dan seumpamanya Rujuk juga sah jika dengan perbuatan suami seperti bersatu, ciuman, berasmara Rujuk mengurangkan bilangan talak suami

  9. Rujuk Keadaan isteri yang diceraikan suaminya: Berlaku perceraian sebelum persetubuhan Perceraian secara tebus talak(khuluq) Perceraian talak satu atau dua selepas persetubuhan Perceraian dengan talak tiga sama ada sekaligus atau satu persatu

  10. Rujuk Bagi isteri yang diceraikan talak satu atau dua sebelum disatui, tiada rujuk dan iddah baginya Dalilnya ialah Surah Al-Ahzab:49 Ini bermakna talak itu adalah talak bain Kalau mereka ingin kembali sebagai suami isteri, mesti diadakan majlis akad nikah dan maskahwin yang baru

  11. Rujuk Bagi isteri yang diceraikan talak tiga sebelum bersatu, maka tiada rujuk dan iddah dan dia tidak boleh kembali kepada suami pertama sehingga dia bernikah suami lain Jika suami menceraikan isteri dengan tebus talak sama ada sebelum atau sesudah persetubuhan, maka tiada rujuk dan ia diangap talak bain. Jika belum bersatu, tiada iddah tapi wajib iddah kalau sudah bersatu

  12. Rujuk Jika isteri diceraikan dengan talak satu atau dua selepas persetubuhan, maka dia boleh dirujuki dan ada iddah Dalilnya ialah Surah Al-Baqarah:228 Jika isteri diceraikan dengan talak tiga, maka tiada rujuk tapi ada iddah

  13. Rujuk Isteri yang dijatuhkan talak tiga hanya boleh kembali kepada suami pertama dengan syarat-syarat berikut: Iddah dengan suami pertama sudah selesai Dia bernikah dengan lelaki lain Dia disetubuhi oleh suami kedua Suami kedua menceraikannya Iddahnya dengan suami kedua selesai Dalilnya ialah Surah Al-Baqarah:230

  14. Iddah Ertinya: Tempoh penantian wanita yang diceraikan atau difasakh atau kematian suami Hukum iddah adalah wajib Hikmah disyariatkan iddah: Melaksanakan hak suami yang baru meninggal dunia

  15. Iddah Memastikan isteri tidak mengandung anak dari suami sebelumnya Memberi peluang suami lama untuk merujuk isterinya Memberi ketenangan kepada isteri kematian suami untuk memulakan hidup baru Memberi penghormatan kepada isteri yang berhak mendapatkan nafkah sepanjang iddah

  16. Dalil Iddah Firman Allah Taala mengenai iddah wanita yang kematian suami: 
Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat pada diri mereka menurut makruf. Allah Mengetahui apa yang kamu berbuat. (Surah al-Baqarah: 234)

  17. Dalil Sabda Rasulullah s.a.w.: 
"Tinggallah engkau di rumahmu sehingga habis masa iddahmu, maka beriddahlah engkau di sana selama empat bulan sepuluh hari." (HR Abu Daud & Tirmizi)

  18. Perbezaan pendapat mengenai Quru Hanafiyah dan Hanabilah : Quru maksudnya haid. Syafiiyah dan Malikiyah : Quru maksudnya suci

  19. Iddah Jenis-jenis iddah ada empat: Iddah isteri yang ada haid – 3 kali suci Iddah isteri yang telah putus haid- 3 bulan Iddah isteri yang kematian suami – 4 bulan 10 hari atau 130 hari Iddah isteri yang hamil – sehingga bersalin

  20. Iddah Tiga cara beriddah: Iddah dari segi quru(haid) Iddah dari segi bulan. Iddah dari segi hamil.

  21. Iddah Jika seorang isteri ditalak raj’ie kemudian kematian suaminya ketika iddah kemudian didapati dia mengandung semasa iddah, maka iddahnya sehingga dia bersalin Jika isteri ditalak raj’ie kemudian kematian suami semasa iddah, maka iddahnya 130 hari Jika isteri ditalak raj’ie kemudian dia hamil atau sebaliknya, maka iddahnya sehingga dia bersalin

  22. Iddah Keadaan isteri ketika iddah talak raj’ie: Isteri itu masih kekal isteri dan berhak mendapatkan nafkah (makan/minum/tempat tinggal) Suami berhak rujuk bila-bila masa tanpa pengetahuan atau izin isteri atau saksi Isteri tidak boleh keluar rumah suami tanpa izinnya atau keadaan darurat Isteri dilarang menerima pinangan orang lain

  23. Iddah Keadaan isteri ketika ditalak bain: Dia wajib iddah jika sudah disetubuhi Dia wajib tinggal di rumah bekas suaminya sehingga selesai iddahnya Dia tidak mendapat nafkah makan, minum dan pakaian Jika isteri hamil, maka dia berhak mendapatkan semua nafkah

  24. Iddah Jika isteri kematian suami, maka dia hanya berhak mendapatkan nafkah tempat tinggal sahaja kerana dia akan mewarisi pusaka suaminya Isteri ini juga perlu berkabung selama 130 hari dengan mengikuti syarat-syarat berikut:

  25. Iddah Meninggalkan memakai perhiasan dan wangi-wangian atau pakaian menarik perhatian, bercelak dan bersolek Tidak boleh keluar rumah kecuali ada hajat penting

  26. Berkabung Berkabung menurut bahasa ialah menegah dari berhias. Dan menurut syarak pula ialah meninggakan perhiasan, celak dan minyak wangi. Dan tidak mengapa jika menghias tempat tidur atau perkakas rumah. Begitu juga dibolehkan duduk di atas sutera.Diharuskan seorang perempuan berkabung di atas kematian saudara maranya seperti bapa, ibu dan adik selama tiga hari sahaja. Dan haram melebihi tempoh ini. Sabda Rasulullah s.a.w.: 
Ertinya: Tidak halal bagi seorang perempuan muslimah yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung melebihi tiga hari kecuali berkabung untuk suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  27. Berkabung Berkabung dengan meninggalkan perhiasan iaitu meninggalkan perkara-perkara di bawah ini: 
1. Memakai perhiasan emas, perak dan sutera. Termasuk di dalam maksud perhiasan di sini ialah mutiara, intan, permata dan lain-lain. 
2. Memakai harum-haruman. 
3. Memakai minyak rambut atau minyak untuk seluruh badan. 
4. Memakai celak. 
5. Memakai inai. 
6. Pakaian yang berwarna sebagai perhiasan.

  28. Perbezaan pendapat didalam masaalah keluar rumah Hanafiyah : Membezaka antara wanita yang diceraikan dan kematian suami. Jika talak bain atau rajie maka tidak boleh keluar rumah siang dan malam. Dalil : Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai iddah) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar 9dari situ). Surah AtTalak ayat 1. Bagi yang kematian suami dibenarkan keluar siang sahaja kerana hajat. Jika berlaku darurat seperti rumah terbakar maka wajib keluar.

  29. Perbezaan pendapat didalam masaalah keluar rumah Malikiyah dan Hanabilah : Perempuan yang beriddah dibenarkan keluar kerana darurat atau uzur. Dan perempuan yang kematian suami atau talak bain atau rajie dibenarkan keluar waktu siang kerana hajat. Dalil didalam hadis riwayah Nasai dan Abu Daud dari Jabir bahwa Rasulullah s.a.w mengizinkan wanita yang dicerai tiga keluar waktu siang kerana hajat. Syafiiyah : Tidak dibenarkan keluat bagi yang talak bain atau rajie atau kematian suami sama sekali melainkan ada keuzuran. Dalil : Surah At-Talak ayat 1 dan hadis dari Furai’ah Bte Malik bahawa rasulullah s.a.w melarang beliau keluar ddari rumah untuk beriddah di rumah keluarganya.

  30. Iddah kehilangan suami Maksud di sini ialah kehilangan suami dan tidak diketahui kemana suami pergi. Iddah ini berbeza pendapat ulama : Hanafiyah : Dia dikira masih hidup dan tidak diwarisi hartanya kecuali jika diketahui oleh orang yang dipercayai bahawa suminya telah mati atau menceraikannya. Syafiiyyah : Menggunakan kaedah Istishab untuk memahami hukum (seperti Hanafiyah ) Ali r.a berkata dalam masaalh ini : Bersabarlah sehingga diketahui kematian suami

  31. Iddah kehilangan suami Malikiyah dan Hanabilah : Isteri perlu tunggu selama empat tahun kemudian beriddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. Berdasarlan dalil dari Umar r.a bahawa seorang lelaki telah hilang dari isterinya, kemudian isteri tersebut mendatangi Umar dan menceritakan mengenai kehilangan suminya. Umar berkata : tunggulah selama empat tahun. Setelah empat tahun perempuan itu berjuma Umar dan Umar berkata : Iddah lah 4 bulan 10 hari. Setelah selesai iddahnya perepmpuan itu berjumpa Umar dan Umar berkata: Mana wali lelaki itu? Maka mereka membawa wali itu kepada Umar dan Umar berkata : ceraikanlah wanita ini dan lelaki itu lakukannya. Kemudian Umar berkata kepada wanita itu. Kahwinlah jika kamu inginkan.

More Related