1 / 17

ISU-ISU SEMASA AGIHAN ZAKAT SERANTAU Prof. Madya Haji Rawi bin Nordin, Ustaz

ISU-ISU SEMASA AGIHAN ZAKAT SERANTAU Prof. Madya Haji Rawi bin Nordin, Ustaz Mohammad Sulaiman Zahlan dan Ustaz Abdullah Hj. Said KONFERENSI ZAKAT ASIA TENGGARA KOTA PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA 30 0KTOBER – 3 NOVEMBER 2007. ISU-ISU SEMASA AGIHAN ZAKAT SERANTAU. PENGENALAN

awen
Download Presentation

ISU-ISU SEMASA AGIHAN ZAKAT SERANTAU Prof. Madya Haji Rawi bin Nordin, Ustaz

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ISU-ISU SEMASA AGIHAN ZAKAT SERANTAU Prof. Madya Haji Rawi bin Nordin, Ustaz Mohammad Sulaiman Zahlan dan Ustaz Abdullah Hj. Said KONFERENSI ZAKAT ASIA TENGGARA KOTA PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA 30 0KTOBER – 3 NOVEMBER 2007.

  2. ISU-ISU SEMASA AGIHAN ZAKAT SERANTAU PENGENALAN FOKUS PERBAHASAN ISU-ISU SEMASA AGIHAN DANA ZAKAT PEMELUASAN PENGERTIAN ASNAF ZAKAT PEMAHAMAN MASYARAKAT TENTANG ASNAF PEMINDAHAN DANA ZAKAT KELUAR DAERAH 4. KESIMPULAN

  3. PENGENALAN • Allah s.w.t. berfirman; • إنماالصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليهاوالمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي السبيل الله وابن السبيل فريضة من الله والله عليم حكيم • (التوبة: 60( • Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

  4. Firman Allah: ” al Taubah: 103 خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"

  5. Menunaikan zakat serta pengagihannya merupakan suatu tuntutan syariat. Ia juga berfaedah untuk membangun kekuatan sosio-ekonomi sesebuah negara. Kegagalan agihan dana secara berkesan dan telus merupakan satu kesalahan kerana dalam menarik kepercayaan para muzakki maka kedua-dua aspek ini menjadi antara faktor penting. • Zakat dapat membersihkan jiwa dari sifat haloba dan bakhil kepada sifat-sifat pemurah dan kasih sayang antara muzakki dan mustahik. • Juga penyucian terhadap harta

  6. Dilihat dari sudut sejarah bahawa zakat merupakan antara sumber utama negara Islam. Justru itu, umat Islam harus bertanggungjawab untuk sama-sama memajukan masyarakat umat Islam melalui pelaksanaan keberkesanan agihan zakat.

  7. FOKUS PERBAHASAN • Adakah agihan zakat diberi kepada setiap asnaf atau harus diagihkan kepada satu golongan asnaf atau sebahagian asnaf tanpa menurut keutamaan. • Agihan kepada lapan asnaf itu kekal secara literal atau berdasarkan kepentingan semasa dan pendapat ijtihad. • Kadar, habuan dan sasaran agihan para asnaf itu sama ada dibahagi sama rata atau berasaskan kepada dasar keperluan. Sebagai contoh pada zaman pemerintahan Khalifah `Umar al-Khattab, baginda tidak mengagihkan bahagian zakat kepada golongan muallaf. • Ijtihad berkaitan dengan memindahkan dana zakat ke tempat lain.

  8. Contoh, Dr. Khalid `Abd al-Razaq al-`Ani, • berpendapat agihan zakat kepada lapan asnaf itu boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan berikut; • Agihan berasaskan kepada keperluan asnaf yang terdiri daripada golongan fakir, miskin, hamba (riqab), siberhutang (Gharimin) dan ibn al-sabil. • Agihan berasaskan kepada usaha dan aktiviti bagi meninggikan agama dan syariat Allah iaitu asnaf fi sabili’llah dan mualaf. • Agihan berasaskan kepada dorongan dan galakan ke arah menguruskan zakat dengan berkesan, iaitu amil.

  9. ISU-ISU SEMASA AGIHAN DANA ZAKAT • PEMAHAMAN MASYARAKAT TENTANG ASNAF PENERIMA ZAKAT • Zakat untuk semua asnaf atau • Kelapan-lapan asnaf diberi sama rata atau • Zakat perlu dibahagi mengikut keutamaan

  10. Contoh pandangan Dr. Yusof al-Qhardawi merumuskan, • menurut pendapat yang sahih, yang dipegang oleh sebahagian besar fuqaha’, dana zakat fitrah boleh diberikan kepada seorang ataupun beberapa orang miskin. Begitu juga sebaliknya iaitu beberapa orang pemberi zakat kepada seorang miskin

  11. 2. PEMELUASAN PENGERTIAN ASNAF ZAKAT • Miskipun dalam al-Quran jelas menyebutkan bahawa zakat hanya boleh dibelanjakan untuk lapan asnaf sahaja, namun konsep setiap asnaf itu perlu kepada penilaian semula dari masa ke semasa agar sesuai dengan objektif syariah menentukan asnaf berkenaan. (Dr. Mahmood Zohdi)

  12. Contoh Konsep Muallaf Orang yang baru menganut Islam, bagaimana dengan orang-orang kafir yg belum menganut Islam. • Wahbah Zuhaili (1994:954) Muallaf ialah orang yang masih lemah niatnya di dalam Islam dan terbahagi kepada dua golongan iaitu orang Islam dan orang Kafir. Muallaf kafir pula dibahagikan dua kumpulan iaitu yang diharap kebaikan dari mereka dan kumpulan yang ditakuti kejahatan mereka. • Yusof al-Qardawi melalui kitabnya Fiq al-Zakah (1999:547) memperluas maksud muallaf itu kepada orang yang baru memeluk agama Islam, orang jahat, orang Islam dan orang-orang kafir, sama ada baik ataupun jahat.

  13. 3. Memindahkan dana zakat ke luar daerah/negeri • Boleh atau tidak • Ulama’ berbeza pendapat

  14. Fatwa-fatwa Simposium Kedua Perbadanan Rasmi Zakat Sedunia (Berlangsung Di Kuwait Pada 11 Zulkaedah 1409 Bersamaan 14/6/1989) • Perpindahan pengagihan zakat. Bahawa zakat yang dipungut hendaklah diagihkan kepada golongan-golongan yang telah ditentukan oleh syarak dan tinggal di kawasan tersebut dan boleh zakat tersebut dipindahkan ke kawasan lain seandainya melebihi keperluan di kawasan tersebut, perinciannya adalah sebagaimana berikut:

  15. Pertama: Harus memindahkan zakat ke tempat lain sekiranya terdapat maslahat yang diizinkan. Antara kepentingan ummah tersebut ialah: • a)Dipindah ke negara yang sedang berperang di atas jalan Allah. b)Diberikan kepada badan-badan dakwah, pendidikan atau kesihatan yang menyalurkan bantuan kepada salah satu golongan lapan yang berhak menerima zakat. • c) Dipindahkkan kepada umat Islam yang sedang dilanda bencana alam seumpama kelaparan atau kebuluran. • d) Diberikan kepada sanak saudara pengeluar zakat yang memerlukan. • Kedua: Tidak mengapa mengeluarkan zakat diluar kawasan kutipan zakat walaupun tidak memenuhi syarat di atas akan tetapi makruh.

  16. KESIMPULAN ISU-ISU SEMASA TERMASUK ISU BARU KHUSUSNYA BERKAITAN ZAKAT SEHARUSNYA DISELESAIKAN DENGAN SEMANGAT AJARAN AL-QUR’AN DAN SUNNAH IAITU “WA AMRUHU SYURA BAINAHUM” (SEGALA URUSAN ORG ISLAM HENDAKLAH DIPUTUSKAN SECARA SYURA DI KALANGAN MEREKA). CTH KONFERENSI INI

  17. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related