1 / 115

BBM 3103 : Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu – Bersemuka Kedua 13 April 2013

BBM 3103 : Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu – Bersemuka Kedua 13 April 2013. PROF MADYA DR. ARBA’IE SUJUD JBM , FBMK,UPM . arbaie@fbmk.upm.edu.my 013-3641145, 03-89468662. Fokus Perbincangan. Interpretasi dan Apresiasi Teks Sastera Bahasa Dan Sastera: Dari Prespektif Kajian Bahasa

aviv
Download Presentation

BBM 3103 : Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu – Bersemuka Kedua 13 April 2013

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BBM 3103 : Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu – Bersemuka Kedua 13 April 2013 PROF MADYA DR. ARBA’IE SUJUD JBM, FBMK,UPM. arbaie@fbmk.upm.edu.my 013-3641145, 03-89468662

  2. Fokus Perbincangan • Interpretasi dan Apresiasi Teks Sastera • Bahasa Dan Sastera: Dari Prespektif Kajian Bahasa • Bahasa Sastera Cerminan Budaya Masyarakat • Teks Sastera Berdasarkan Penelitian Linguistik • Format Peperiksaan Akhir

  3. Bahan Pembelajaran • Modul Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu – BBM 3103 (Unit-unit tertentu) • Arba’ie Sujud.2010 . Apresiasi Bahasa: Interpretasi dan Ekspresi.Kuala Lumpur: Sarjana Press Sdn. Bhd.

  4. Hubungan dan Sastera B A H A N S A S T E R A Bahasa Sastera KEHALUSAN

  5. Hubungan Bahasa dan Sastera • Perkaitan Bahasa dan Sastera? • Komunikasi • Kesenian/Kehalusan • Kuasa Bahasa. • Berfungsinya bahasa, sehingga dapat merobah tanggapan, perasaan dan keperibadian seseorang. Bahasa mempunyai kuasa -Aristotle

  6. Bahasa juga merupakan suatu seni. • Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib, bersistem dan memiliki nilai keindahan. • Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni bahasa yang indah’.

  7. Deviasi dari Prespektif Stilistik • Deviasi bahasa semakin jelas dilihat jika sistem dalam sesuatu bahasa semakin terperinci. • Deviasi - penggunaan bahasa yang terkeluar daripada sistem peraturan tatabahasa. • Penyimpang diklasifikasikan mengikut bidang/disiplin bahasa.

  8. Aspek Deviasi Bahasa • Penyimpangan Morfologi - Morfologi bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. • Penyimpangan Sintaksis- Ayat yang tidak selamanya mengikut rumus tatabahasa. • Penyimpangan Semantik - kata yang digunakan menyimpang daripada rumus tatabahasa tetapi sesuai digunakan untuk mendapatkan ketepatan dengan pernyataan perasaan serta pengalaman penulis.

  9. Repitasi • Perulangan dilakukan dengan sengaja dan mempunyai tujuan tertentu. • Perulangan- rima, diksi, baris dan frasa, sintaksis dan rangkap. • Perulangan -rima adalah perulangan bunyi akan menghasilkan bentuk tertentu- bentuk konvensional, semi-konvensional atau bebas.

  10. Perulangan Baris- bertujuan menambah keindahan, bentuk dan pola puisi. • Perulangan baris panjang, baris pendek dan baris seimbang. • Perulangan baris menghasilkan bentuk dan pola puisi tradisional / moden / bebas • Menghasilkan kebebasan & keterbukaan pemikiran idea yang digagaskan.

  11. Penggabungan teknik perulangan baris dengan embjement dilakukan untuk menghasilkan bentuk visual sajak. • Perulangan baris - menghasilkan bentuk lihatan sajak bebas dengan baris-barisnya tidak seimbang. • Menghasilkan bentuk / pola sajak konkrit atau visual (RB&AS:101)

  12. Pemilihan kata atau diksi menghasilkan bentuk lihatan.(RBAS:104). • Pemilihan diksi, penyusunan kalimat serta bentuk-bentuk ada kaitan dengan makna. • Perulangan kata sama ada di awal, di tengah atau di akhir sesebuah sajak bertujuan tertentu. • Perulangan merupakan teknik -menerapkan elemen bahasa secara maksimum melalui kata, frasa dan kalimat mengikut kesesuaian untuk menyampaikan pemikiran. (RBAS:105)

  13. Perulangan perulangan bertujuan untuk mempertegas sesuatu penyataan atau pemikiran. • Kepelbagaian perulangan menimbulkan keragaman. • Perulangan bukanlah sesuatu pembaziran tetapi merupakan satu daripada ragam bahasa dalam karya kreatif imaginatif.

  14. Kuliah Bersemuka Kedua Stilistika : Penelitian Bahasa dan Sastera

  15. Hubungan Bahasa dan Sastera • Bahasa sebagai medium – alat untuk menyampaikan maksud/maklumat. • Sifat bahasa sastera • Emotif • Diskriptif dan imaginatif • Kepelbagaian makna • Tersirat dan tersurat • Ragam kreatif

  16. Bahasa Sastera • Lambang yang digunakan mengandungi makna-makna tertentu yang dapat mewakili maksud atau garapan idea penulis dan khalayak. • Setiap lambang mempunyai makna. • Lambang adalah sistem bahasa. • Bahasa sastera hidup dan sentiasa berkembang.

  17. Fungsi Bahasa Kepada Penulis • Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk untuk masyarakatnya. • Apakah maksud pernyataan tersebut? • Nyatakan rasionalnya, seorang penulis perlu menjadi tukang sibuk? • Bagaiamana bahasa berfungsi memperjelas maksud.

  18. Bahasa Penulis • Retorik • Idealisme. • Imaginasi dan fantasi • Cerminan dan lontaran idea. • Tanggung jawab sosial

  19. Tanggapan “Bahasa Sastera” • Bahasa jiwa. • Bersifat emosional • Orang seni / santun • Bagaimana penerimaan anda jika dikatakan begitu? • Mengapa? • Bagaimana? • Kenapa?

  20. Kekuatan Bahasa dan Sastera • Makna yang disampaikan. • Kehalusan penyampaian • Keluhuran penafsiran • Kebijaksanaan • Kebenaran • Ketulusan dan ketelusan

  21. Kuliah Bersemuka Kedua BAHASA DAN SASTERA

  22. FOKUS • Pengajaran Bahasa – SISTEM BAHASA • Penggunaan bahan Sastera – SENI BAHASA

  23. SISTEM BAHASA • Tatabahasa • Morfologi • penggolongan kata • KN, KK, KA • Pembentukan kata • Kata tunggal, penggandaan, pemajmukan, pengimbuhan • Struktur kata • Berdasarkan suku kata / satu atau lebih suku kata

  24. Sintaksis • Frasa • Klausa • Pola ayat • FN + FN • FN + FK • FN + FA • FN + FS • Jenis ayat • Ayat Penyata • Ayat tanya • Ayat Perintah • Ayat seruan

  25. Bentuk ayat • Ayat tunggal • Ayat majmuk • Ragam ayat • Ayat pasif • Ayat aktif

  26. Sistem Ejaan • Pola keselarasan vokal • Ejaan kata pinjaman • Sebutan dan Intonasi • Kosa Kata • sinonim • antonim

  27. PERIBAHASA • Simpulan bahasa • Perumpamaan • Pepatah • Bidalan • Perbilangan • Lidah pendita • Tamsil • Ibarat

  28. Peluasan • Untuk tujuan pengayaan bahasa dan penilaian bahasa dari sudut makna dan taraf peribahasa dapat berfungsi sebagai SENI BAHASA . • Penekanan bercirikan komponen dalam disiplin bahasa yang merangkumi fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

  29. Kuliah Bersemuka Kedua BAHASA DAN SASTERA:DARI PRESPEKTIF KAJIAN BAHASA

  30. Bahan Sastera dalam P&P Bahasa • Penggunaan bahasa • Seni bahasa • Unsur Nilai / pengajaran / nilai murn • Tersurat / tersirat • Struktur bahan (tema / persoalan/ watak dan perwatakan / latar / gaya bahasa / nilai

  31. PENGGUNAAN BAHASA • Seni Bahasa – unsur bahasa sastera yang memiliki nilai estetik / berseni / mengandungi pemikiran tersurat dan tersirat yang diungkapkan melalui : • Bahasa kiasan • Ragam bahasa

  32. Bahasa Kiasan • Bentuk bahasa yang merujuk sesutu dengan mengkiaskan dengan pekara lain secara penyebutan perbandingan langsung atau tidak • Kurus macam lidi • Lebai Malang

  33. Kiasan Asal • Kiasan yang menyebutkan bandingan dengan terang • Cantik bagai bidadari • Kulitnya halus, sehalus telus dikupas

  34. Kiasan berpindah • Kiasan yang tidak menyebut bandingan secara langsung • Telinga kuali • Tidur ayam

  35. Kiasan Terus • Kiasan yang mempunyai makna yang berlainan dengan makna asal • Kutu embun • Harimau berantai

  36. Kiasan bersajak • Kiasan yang menunjukkan perbandingan dengan cara yang berbungga atau bersajak . Sudah gaharu, cendana pula, Sudah tahu bertanya pula

  37. Kiasan Berbunga • Kiasan yang menggunakan rangkai kata yang berbunga / diksi indah • Dunia ini luas bagi mereka yang bercinta (Hujang Pagi)

  38. Kiasan Pemanis • Kiasan yang menggunakan perbandingan yang tidak tepat untuk melindungi sesuatu makna yang kurang elok atau kurang manis mengikut kesesuaian budaya • Kamar kecil • Pergi ke sungai besar • Meninggal dunia

  39. Kiasan berkacau • Kiasan yang memperlihatkan kesesuaian antara bahagian tertentu yang mengandungi unsur tidak logik. • Diam seribu bahasa

  40. Percambahan Idea 1 • Berdasarkan genre sastera yang anda kenal pasti : • Tentukan contoh-contoh bahasa kiasan yang dapat dikesan. • Berikan maksud / interpretasi maksud bahasa kiasan yang dikenal pasti • Apakah tujuan penggunaan bahasa kiasan yang dikenal pasti?

  41. Ragam Bahasa • Ciri gaya penceritaan tertentu menurut bidang penggunaan yang bertujuan untuk menguatkan dan mempertajam maksud supaya pembaca atau pendengar memperoleh kesan

  42. Bahasa Sindiran • Pernyataan yang ditujukan maksudnya kepada seseorang yang tidak ditujukan secara tepat / dikias-kias. • Kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga (sindiran)

  43. Bahasa Menggiat • Seperti bahasa sindiran yang lazim bertujuan mengusik, bergurau atau serius sehingga menimbulkan kesan mendalam kepada yang berkenaan. • Boleh tahan jugak orang tua ni! • Amboi, besarnya hati kawan kita nak kahwin dengan puteri raja.

  44. Bahasa Mengejek • Bahasa yang mengata / mengejek seseorang atau kumpulan dengan penggunaan kata yang memperlihatkan keburukan. Kata tersebut boleh menerbitkan rasa marah kepada mereka yang berkenaan. • Cerminlah betul-betul muka tu dulu. Ukur baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal jangan nak duga lautan dalam.

  45. Bahasa Terbalik • Diksi yang mempunyai maksud yang berlainan. • Hai, awal bangun, ayam pun tak masud reban lagi. • Makanlah jangan malu-malu. Kat dalam tu ada banyak lagi!

  46. Bahasa turun • Bahasa yang menurun daripada beremotif tegang ke kendur. Lazim mengungkapkan unsur kelucuan. • Malang benar nasibnya. Dah jatuh ditimpa tangga, terhempap pula dek pasu bunga. Mula-mula hilang kereta, lepas tu tunang, dan baru ni hilang kawan…

  47. Bahasa Naik • Diksi yang mengungkapkan emotif dari kendur ke emotif tegang untuk menuju puncak makna. • Sesuatu bangsa yang maju tidak cukup hanya dengan pemimpin yang bijak dan bercita-cita, tetapi memerlukan angkatan muda yang bukan saja cergas, tetapi juga bercita-cita. (Usman Awang)

  48. Bahasa Besar • Bahasa yang mengatakan sesuatu secara berlebih-lebihan dan ada ketikanya tidak masuk akal. • Merdu suaranya tiada tolak banding, burung yang terbang, terhenti terbangnya, air yang mengalir terhenti alirnya…

  49. Bahasa Kecil • Bahasa yang menggambarkan sesuatu yang kecil untuk tujuan merendahkan diri walaupun hakikatnya tidak. • Makanlah seadanya, inilah yang mampu dihidangkan.

  50. Kuliah Bersemuka Kedua BAHASA SASTERA CERMINAN BUDAYA MASYARAKAT

More Related