1 / 21

AQIDAH ISLAM

AQIDAH ISLAM. Mempercayai kewujudan malaikat Mengenali nama dan tugas malaikat Hikmah beriman kepada malaikat Memahami tujuan kita diturunkan Keistimewaan al-Quran. OBJEKTIF PENGAJARAN. Dapat menyatakan nama dan tugasan malaikat Dapat menyatakan hikmah beriman kepada malaikat

aoife
Download Presentation

AQIDAH ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. AQIDAH ISLAM Mempercayai kewujudan malaikat Mengenali nama dan tugas malaikat Hikmah beriman kepada malaikat Memahami tujuan kita diturunkan Keistimewaan al-Quran MODUL AQIDAH KBD

  2. OBJEKTIF PENGAJARAN • Dapat menyatakan nama dan tugasan malaikat • Dapat menyatakan hikmah beriman kepada malaikat • Dapat menyatakan kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah • Dapat menyatakan perbezaan antara al-Quran dengan kitab yang lain MODUL AQIDAH KBD

  3. IMAN KEPADA MALAIKAT • Mempercayai bahawa Allah telah menjadikan suatu makhluk daripada nur (cahaya) yang tidak dapat dilihat dengan mata. • Sifat dan tugasan malaikat tidak sama dengan manusia. • Tiada jantina. • Tidak makan atau tidur • Mempunyai tugas tertentu untuk mengatur ketertiban alam. • Taat dan tidak pernah meninggalkan perintah dan suruhan Allah CONTOH? MODUL AQIDAH KBD

  4. DALIL KEWUJUDAN MALAIKAT • Firman Allah : “Sebenarnya malaikat-malaikat itu ialah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya.” (al-Anbiya’ : 26-27) • Sabda Rasulullah SAW: “Para malaikat telah dicipta dari cahaya dan jin pula dicipta dari api yang menjulat.” (HR Muslim) MODUL AQIDAH KBD

  5. NAMA MALAIKAT DAN TUGASAN • JIBRIL : disebut ‘Ruhul Amin’ atau ‘Ruhul Qudus’ Tugasan: Menyamapaikan wahyu kepada para rasul dan merupakan utusan Allah kepada para nabi • MIKAIL Tugasan: Membahagikan rezeki kepada makhluk dan mengatur alam • ISRAFIL Tugasan: Meniup sangkakala pada hari kiamat MODUL AQIDAH KBD

  6. IZRAIL Tugasan : Mencabut nyawa seluruh makhluk • MUNKAR dan NAKIR Tugasan: Menyoal mayat di dalam kubur • RAQIB dan ‘ATID Tugasan: Mencatat amal perbuatan manusia di dunia • MALIK (ZABANIYAH) Tugasan: Menjaga neraka MODUL AQIDAH KBD

  7. RIDWAN Tugasan: Menjaga Syurga • HAFAZAH Tugasan: Menjaga manusia semasa dalam perjalanan, ketika jaga dan tidur dan pada sebarang keadaan CONTOH? MODUL AQIDAH KBD

  8. ALAM JASMANI DAN ROHANI • Alam Jasmani : Alam yang dapat di alami dengan pancaindera; ada yang boleh dilihat, diraba, dibau dan didengar. • Alam Rohani : Alam yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera. CONTOH? CONTOH? MODUL AQIDAH KBD

  9. Dalil mengenai alam rohani : Firman Allah : “Bahawasanya para malaikat itu tidak pernah derhaka terhadap apa yang diperintahkan oelh Allah, serta mereka mengerjakan dengan taat segala apa yang diperintahkan oleh Alalh kepadanya.” (al-Tahrim : 6) MODUL AQIDAH KBD

  10. HIKMAH BERIMAN KEPADA MALAIKAT • Mencontohi kepatuhan malaikat kepada Allah menerusi kejujuran dan disiplinnya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan • Kita selalu berusaha ke arah kebaikan dan menjauhi laranganNya kerana semua amal perbuatan kita dicatit oleh malaikat • Kita dapat terhindar dari kepercayaan tidak benar, keraguan dan khurafat yang bersangkutan dengan malaikat yang ditimbulkan manusia yang tidak beriman. MODUL AQIDAH KBD

  11. Menyedari bahawa jika manusia keseluruhannya enggan beriman kepada Allah, tetap ada makhlukNya yang sentiasa beribadah, bertasbih dan memujiNya tanpa jemu. • Menunjukkan kekuasaan Alalh mencipta setaat-taat makhluk seperti para malaikat dan juga sejahat-jahat makhluk seperti iblis yang dilaknati Allah. MODUL AQIDAH KBD

  12. IMAN KEPADA KITAB ALLAH • PENGERTIAN KITAB : 1) Percaya sepenuh hati bahawa Allah telah menurunkan kitab suci kepada para Rasul. 2)Wahyu-wahyu Allah yang diturunkan kepada para Rasul lalu dibukukan menjadi kitab suci 3) Kitab-kita suci yang diturunkan banyak dan hanya Allah yang Mengetahui 4) Kitab yang wajib diketahui hanyalah empat sahaja MODUL AQIDAH KBD

  13. KITAB TAURAT - Diturunkan kepada Nabi Musa a.s - Isinya : mengenai hukum syarak dan keimanan atau akidah yang menjelaskan kedatangan Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah. Oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitan Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya.” (al-Maaidah : 44) MODUL AQIDAH KBD

  14. KITAB ZABUR - Diturunkan kepada Nabi Dawud a.s. - Isinya: mengenai doa, zikir, nasihat dan berbagai hikmah. Adapun mengenai syariat dan keimanan, Nabi Dawud dan umatnya disuruh mengikuti syariat Nabi Musa a.s Firman Allah : “Dan Kami berikan Zabur kepada Dawud.” (al-Israa’ : 55) MODUL AQIDAH KBD

  15. KITAB INJIL - Diturunkan kepada Nabi Isa a.s. - Isinya: mengenai tauhid kepada Allah, berita kemunculan Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w . Menyempurnakan kitab Taurat Firman Allah : “Dan Kami iringkan jejak mereka (nabi-nabi Bani Israil) dengan Isa putera Maryam, membenarkan kitab yang sebelumnya, iaitu kitab Taurat, dan Kami telah memberikan kepadanya Kitab Injil sedang didalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan kitab sebelumnya, iaitu kitab Taurat.Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa.” (al-Maaidah : 46) MODUL AQIDAH KBD

  16. AL-QURAN - Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. - Isinya : menyempurnakan semua kitab-kitab yang terdahulu, sehingga menjadi kitab yang sempurna dan cukup menjadi pedoman bagi manusia hingga akhir zaman. Firman Allah: “Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kenbenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iatu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan al-Quran adalah ukuran untuk menentukan kebenaran terhadap kitab-kitab yang lain itu.” (al-Maaidah : 48) MODUL AQIDAH KBD

  17. HIKMAH DITURUNKAN KITAB SUCI • Kebaikan dan manfaat diturunkan kitab suci untuk manusia ialah: • Manusia mempunyai pedoman hidup yang pasti dan jelas • Manusia menyembah Allah, mentaati perintah-perintah Alalh dan menjauhi segala larangan Allah • Manusia mengetahui ada kehidupan yang lebih kekal. Perhitungan amal perbuatan manusia adalah penentu keberadaan di syurga atau neraka • Mendorong manusia berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan • Mengharap keredhaan Allah dari kemewahan dunia MODUL AQIDAH KBD

  18. PERBEZAAN AL-QURAN DENGAN KITAB YANG LAIN • Yang terakhir diturunkan • Ditujukan kepada sekelian manusia tanpa mengira bangsa atau bahasa • Menjadi pedoman bagi seluruh manusia hingga hari kiamat • Tidak akan diganti atau diubah • Mukjizat Nabi Muhammad yang terbesar • Manusia tidak mampu menandingi ayat-ayat al-Quran sekalipun mereka bekerjasama MODUL AQIDAH KBD

  19. AL-QURAN SEBAGAI PEDOMAN DAN DASAR HUKUM • Dalam kehidupan seharian manusia : Al-Quran adalah pedoman dan dasar hukum bagi manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. 1) Mengenai hukum ibadah 2) Mengenai hukum jual beli dan hutang piutang 3) Mengenai pernikahan 4) Hubungan internasional CONTOH? MODUL AQIDAH KBD

  20. Menunjukkan hukum dan aturan hidup dan kehidupan manusia sesuai dengan peranannya sebagai pedoman dan dasar hukum terutama bagi umat Islam. Firman Allah : “Sungguh Kami telah menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepadamu mengandung kebenaran, agar kamu mengadili di antara manusia dengan hukum yang telah diwahyukan kepadamu, dan janganlah kamu membela orang-orang yang khianat.” (al-Nisa’ : 105) MODUL AQIDAH KBD

  21. RUMUSAN • Sebutkan nama dan tugasan para malaikat yang wajib kita ketahui? • Apakah hikmah beriman kepada malaikat? • Apakah pengertian beriman dengan kitab? • Apakah keistimewaan al-Quran? MODUL AQIDAH KBD

More Related