Kuliah 2 ciri bahasa melayu klasik bmk pada batu bersurat
Download
1 / 18

Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat - PowerPoint PPT Presentation


  • 177 Views
  • Uploaded on

Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat. Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang. Pengenalan

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha
Download Presentation

PowerPoint Slideshow about ' Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat' - ankti


An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript
Kuliah 2 ciri bahasa melayu klasik bmk pada batu bersurat

Kuliah 2 CiribahasaMelayuKlasik BMK padabatubersurat

Prof.Madya Dr. ZaitulAzmaBintiZainonHamzah

JabatanBahasaMelayu

FakultiBahasaModendanKomunikasi

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang


Pengenalan

  • Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

  • Bahasa Melayu mengalami banyak penambahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan tulisan yang seterusnya membentuk ciri bahasa itu sendiri.


  • Ciri Bahasa Melayu Klasik – melibatkan sistem tulisan, kosa kata dan tatabahasa (morfologi dan sintaksis)

  • 1.Meluasnya penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang, yang kini tidak digunakan lagi.

  • Antaranya, adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun".

  • Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian sebaliknya penggunaan penanda wacana.


2. kosa kata dan tatabahasa (morfologi dan sintaksis) Strukturayat

  • Ayatpanjang-panjang, berulang-ulangdanberbelit-belit, gabunganbeberapaayattunggal yang dicantumkandenganmenggunakankata-katahubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupundenganmenggunakantandakomadantandakomabertitiksahaja.

    Sebagaicontoh, :

  • Setelahdilihatoleh Maharaja Jaya, maka Maharaja Jaya pun menampilkangajahnyamenempuhpadaorang Melaka, sama-samadenganTunDemang; barangdimanaditempuhnyabangkaiberkaparandimedan, darahmengalirdibumi. (SM 1982: hlm 107)


  • Terdapat ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh:

  • “Maka hidangan pun diangkat oranglah ke hadapan Seri Rama, dan segala orang yang ada hadir itupun makanlah” (SM 1982:185)

  • Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.


Metodologi
Metodologi predikat kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh:

3. Bentuk pasif

  • Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, :

  • Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim, diserahkannya mengaji kepada mualim ……

  • Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi seperti warna emas…..


4.Penggunaan Partikel atau kata penegas ‘lah’ dan ‘pun’

  • Banyak mengguna partikel ‘pun’ dan ‘lah’

  • Contoh; adapun, bertitahlah, berebutlah dsb

  • “Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” (Sejarah Melayu hal 55)

  • Maka baginda pun memberi anugerah akan segala mereka itu, melainkan Tun Ali Hati juga yang tiada mau datang…… (SM hlm 207)

  • Hatta, berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Kuala Johor. (SM hlm 227)


5. Banyak memperlihatkan kosa kata bahasa Arab, Sanskrit dan klasik

  • Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di kepulauan Melayu justeru bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini.

  • Arab: Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dll

  • Sanskrit: dosa, pahala, raja dll

  • Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutu manikam (batu permata) masygul (dukacita, sedih) ceritera (cerita) amarah (marah) dsb.


  • Menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’.(khamis, zakat, syarat…)

  • Unsur falsafah islam wujud dalam beberapa tulisan seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawuf, ilmu aqaid, al iman dll.

  • Dalam konteks bahasa Melayu moden pula, pengaruh kedua-dua bahasa tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walau bagaimanapun, pengaruh bahasa Inggeris kini lebih dominan iaitu meliputi pelbagai aspek, seperti perbendaharaan kata umum, istilah, sistem morfologi dan struktur ayat.


6. Bahasa istana ‘sy’.(khamis, zakat, syarat…)

  • bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya.

  • Contoh; ‘sembah, beta, titah, berangkat, gering dsb.

  • Hal in disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.

  • Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu biasa, yang mempunyai pelbagai larasnya, sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu.


7. penggunaan kiasan, perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi

  • Penggunaan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa.

  • Terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama.

  • Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.


8. Morfologi bahasa puisi

  • Penggunaan imbuhan

  • Awalan ‘mar’ dan ‘ni’ dalam BM Kuno digantikan dengan ‘ber’ dan ‘di’

  • Contoh berlepas, diperbuat


  • Catatan pada Batu Bersurat tentang Kebudayaan Islam bahasa puisi

    Batu bersurat yang menggunakan tulisan Arab berbentuk kufi:

  • Pekan, Pahang (1020M)

  • Wilayah Phanrang, Champa (1039M)

  • Bandar Seri Begawan, Brunei (1048M)

    Bahasa Arab dengan kaligrafi niski (popular di India pd pertengahan abad ke-13)

  • Batu nisan Sultan Malik al-Salleh (1297M)


  • Contoh Lain - Bmk Pada Batu Bersurat Abad Ke-14 bahasa puisi

  • Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

  • a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India yang mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

  • b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India . Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

  • c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu ketika itu.



  • Bahasa Melayu klasik dalam bentuk tulisan mula pesat pada abad ke-14 dan seterusnya

  • Kegemilangan bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

  • Zaman kerajaan Melaka

  • Zaman kerajaan Acheh

  • Zaman kerajaan Johor-Riau

  • Antara tokoh-tokoh penulis zaman Acheh yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.


  • Peranan BMK abad ke-14 dan seterusnya

  • Peranan kebudayaan – memperkembangkan kebudayaan Melayu Islam

  • Peranan kemasyarakatan- lambang jati diri bangsa dan alat penyatuan pelbagai suku bangsa/kaum

  • Peranan pendidikan – menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama, kesusasteraan dan perundangan. Juga sebagai alat menyampaikan pengajaran, panduan dan tatacara.

  • Peranan ekonomi- bahasa perdagangan (lingua franca) dan bahasa perantaraan antara para pedagang.


Sekian, terima kasih abad ke-14 dan seterusnya


ad