1 / 18

MINGGU 10

MINGGU 10. Fonetik dan Fonologi. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat: > merumuskan maksud fonologi > mengenal pasti bunyi konsonan, bunyi vokal dan diftong > menghuraikan bahagian fonetik. TATARAN LINGUISTIK. FONOLOGI. FON ( bunyi ) + LOGI ( ilmu ).

alexis
Download Presentation

MINGGU 10

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 10 Fonetik dan Fonologi

  2. HASIL PEMELAJARAN • Pelajar dapat: > merumuskan maksud fonologi > mengenal pasti bunyi konsonan, bunyi vokal dan diftong > menghuraikan bahagian fonetik

  3. TATARANLINGUISTIK FONOLOGI FON ( bunyi) + LOGI ( ilmu ) Bidang linguistik yang mempelajari, menganalisisdan membicarakanbunyi bahasa FONETIK FONEMIK

  4. FONETIK Mempelajari bunyi bahasa dengan tidak memperhatikan fungsi bunyi itu sama ada pembeda makna atau tidak Fonetik Artikulasi Mempelajari bagaimana mekanisme artikluasi alat tutur manusia digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa dan bagaimana bunyi itu diklasifikasi. Fonetik Akustik Mempelajari bunyi bahasa sebagai peristiwa fizikal atau fenomenon alam. Bunyi itu diselidiki frekuensi getaran dan intensitinya. Fonetik Auditori Mempelajari bagaimana mekanisme penerimaan bunyi bahasa itu oleh telinga kita

  5. ALAT UJARAN Daerah Artikualsi boleh digerakkan Titik Artikulasi Tidak boleh digerakkan CARA BUNYI DIHASILKAN • Udara dari paru-paru dihembuskan keluar • 2. Bahagian alat ujaran digerakkan • 3. Pita suara digetarkan atau tidak digetarkan

  6. BUNYI BAHASA KONSONAN VOKAL Arus udara melalui rongga mulut mengalami sekatan Arus udara melalui rongga mulut tanpa sekatan. Kawasan artikulasi Cara artikulasi Kedudukan lidah Bahagian lidah yang terlibat Keadaan bibir

  7. KAWASAN ARTIKULASI LABIAL ( BIBIR) Bunyi terhasil apabila bibir digerakkan. Apabila bibir dirapatkan terhasillah bunyi [p, b, m], iaitu bunyi bilabial (dua bibir) Bunyi labiodental (bibir gigi) [f, v] terhasil apabila gigi atas menyentuh bibir bawah INTERDENTAL (GIGI) Bunyi terhasil apabila lidah diletakkan antara dua bibir. Contohnya bunyi , iaitu bunyi pinjaman bahasa Arab θ

  8. ALVEOLAR (GIGI GUSI) Hujung lidah dinaikkan ke kawasan antara gigi dengan gusi akan menghasilkan bunyi [t, d, n, s, z] PALATAL (LELANGIT KERAS) Depan lidah yang diangkat ke kawasan lelangit keras akan menghasilkan bunyi [ž , š]. Bunyi [ž] tiada dalam BM. VELAR Belakang lidah yang diangkat menyentuh lelangit lembut akan menghasilkan bunyi [k, g, ŋ].

  9. CARA ARTIKULASI HENTIAN DAN LETUPAN Hentian terjadi apabila udara yang melalui rongga mulut disekat sepenuhnya di tempat tertentu. Antara bunyi hentian ialah [p, b, t, d, k, g, m, n, ŋ]. Sebahagian bunyi itu juga merupakan bunyi letupan (plosit) kerana udara yang disekat itu dilepaskan serta merta. Antara bunyi letupan ialah [p, b, t, d, k, g]. Bunyi [m, n, ŋ] ialah bunyi hentian sepenuhnya. [ p, b, m ] = hentian bilabial [ t, d, n ] = hentian alveolar [ k, g, ŋ ] = hentian velar [ m, n, ŋ ] = hentian sengau

  10. FRIKATIF / GESERAN Udara dihalang dengan cara penyempitan rongga mulut, dan ini menyebabkan udara itu bergeser. Contohnya [ s, z, f, v, θ, x ]. [ f, v ] = frikatif labiodental [ s, z ] = frikatif alveolar [ θ ] = frikatif interdental [ s ] = frikatif palatal [ x ] = frikatif velar AFRIKAT / LETUSAN Gabungan dua cara artikulasi, iaitu antara bunyi hentian dengan bunyi frikatif. Udara disekat dalam rongga mulut dan kemudiannya dilepaskan secara menggeserkannya. Bunyi ini juga dinamakan bunyi letusan.Misalnya [ č, ] = bunyi afrikat alveolar.

  11. NASAL Bunyi yang dikeluarkan melalui hidung kerana disekat pada titik artikulasi seperti bilabial, alveolar dan velar. Antara bunyi nasal ialah [ m, n, ŋ , n ]. BERSUARA / TIDAK BERSUARA Berasaskan getaran pada pita suara. Jika pita suara bergetar, itu ialah bunyi bersuara dan jika pita suara tidak bergetar, itu ialah bunyi tidak bersuara. Contohnya ialah : [ t, p, k, s, č ] = bunyi tidak bersuara [ d, b, g, z, ] = bunyi bersuara

  12. VOKAL KEDUDUKAN LIDAH Darjah ketinggian lidah, iaitu jarak antara permukaan lidah dengan lelangit VOKAL SEMPIT Lidah diangkat ke lelangit setinggi mungkin tetapi tidak menyentuhnya. Ruang sempit yang terjadi akan mewujudkan bunyi [ I, u ] VOKAL SEPARUH SEMPIT Lidah diangkat 2 / 3 daripada kedudukan biasanya. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ e, o ]

  13. VOKAL SEPARUH LUAS Lidah diangkat 1 / 3 daripada kedudukan biasa. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ ε, د ] [ b ε k ε ŋ ] [ د r a ŋ ] VOKAL LUAS Lidah berada serendah mungkin atau dalam keadaan biasa. Ruang yang wujud akan menghasilkan bunyi [ a ]

  14. BAHAGIAN LIDAH DEPAN TENGAH BELAKANG [ ә ] [ u ] sempit [ o ] separuh sempit [ د ] separuh luas [ b ] luas [ i ] sempit [ e ] separuh sempit [ ε ] separuh luas [ a ] luas KEADAAN BIBIR BUNDAR NEUTRAL HAMPAR

  15. Belakang Depan Tengah i u Sempit o e Separuh sempit ә Separuh luas ε د ь Luas a CARTA VOKAL

  16. DIFTONG Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain. Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan. Contoh : [ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi * capai, hairan [ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi * kacau, kalau [ oi ] = vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi * baloi, kaloi [ el ] -------- age [ eldz] [ әu ] -------- home [ hәum ] [ eә ] -------- hair [ heә ]

  17. TRANSKRIPSI • Proses catatan pertuturan dalam bentuk tulisan dengan menggunakan • satu sistem tanda graf. • Penggunaan abjad fonetik yang ditetapkan oleh International Phonetics • Association ( IPA ) • Satu lambang untuk satu bunyi dan ditulis kembali serapi mungkin untuk • mewakili pertuturan sebenarnya. Contoh : tulisan Saya belajar di UPM [ sayә bәlaja di yu pi εm ]

  18. KESIMPULAN • Fonologi ialah bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan membicarakan bunyi bahasa. • Fonetik terbahagi tiga bahagian, iaitu artikulasi, akustik dan auditori. • Alat ujaran terbahagi dua, iaitu yang boleh digerak-gerakkan dan yang tak boleh digerak-gerakkan. • Bunyi konsonan dapat dianalisis melalui cara artikulasi dan kawasan artikulasi • Bunyi vokal dapat dianalisis berdasarkan kedudukan lidah, bahagian lidah yang terlibat, dan keadaan bibir.

More Related