1 / 24

BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL

TINGKATAN 3. BAHAGIAN AQIDAH . BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL. PENGERTIAN NABI DAN RASUL. NABI : Lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya sahaja, tanpa disuruh menyampaikan kepada orang lain.

aelwen
Download Presentation

BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TINGKATAN 3 BAHAGIAN AQIDAH BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL

  2. PENGERTIAN NABI DAN RASUL • NABI : Lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya sahaja, tanpa disuruh menyampaikan kepada orang lain. • Rasul : Lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya dan disuruh untuk menyampaikan kepada orang lain.

  3. Dalil Wajib Beriman Kepada Nabi Dan Rasul • ءَامَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيهِ مِن رَّبِّهِ وَالمُؤمِنُونَ كُلُّ ءَامَنَ بِاللهِ وَمَلئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ(البقرة : 285 ) • Rasul telah beriman kpd Al-Quran yg diturunkan kpdnya drpd Tuhannya. Demikian pula orang yg beriman, semua beriman kpd Allah & malaikatNya, kitabNya & rasulNya. (Mereka mengatakan) : “Kami tidak membezakan seseorang pun (dengan yang lain) drpd rasulNya.” Dan mereka mengatakan ; “Kami mendengar & kami taat.” Mereka berdoa ; “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkau tempat kami kembali.”

  4. WAJIB MENTAATI PERINTAH RASUL • Rasul adalah utusan Allah. Oleh itu mentaati Rasul bererti mentaati perintah Allah. Begitu sebaliknya. • Setiap mukmin wajib mentaati perintah rasul dan meninggalkan larangannya. • Orang yang tidak mentaati perintah rasul bererti dia tidak beriman kepada rasul. Orang tidak beriman kepada rasul bererti dia tidak beriman kepada Allah. Tidak beriman kepada Allah balasannya akan masuk ke dalam neraka.

  5. CIRI-CIRI ORANG YANG BERIMAN DENGAN AJARAN RASUL • Yakin bahawa ajaran Rasul adalah benar. • Mentaati semua perintah Rasul & meninggalkan segala larangannya. • Mencontohi akhlak, peribadi Rasul. • Menjadi ajaran Rasul sebagai rujukan utama. • Sentiasa memuliakan Rasul.

  6. TUGAS-TUGAS RASUL • Menyeru manusia mentauhidkan Allah. • Membawa ajaran agama yg benar & diredai Allah ; iaitu Islam. • Memberi petunjuk & rahmat kpd orang beriman. • Menyampaikan wahyu Allah kpd manusia. • Menyampaikan berita gembira & amaran. • Menjelaskan perkara yang menjadi perselisihan manusia. • Memberi tunjuk ajar & contoh akhlak terpuji.

  7. 25 NAMA RASUL • Adam.2. Idris.3. Nuh.4. Hud. 5. Salleh. 6. Ibrahim.7. Lut.8. Ismail. 9. Ishak.10. Yaakob.11. Yusuf. 12. Ayub.13. Zulkifli. 14. Syuib. 15. Musa.16. Harun.17. Daud. 18. Sulaiman.19. Ilyas.20. Ilyasak. 21. Yunus.22. Zakaria.23. Yahya. 24. Isa.25. Muhammad saw.

  8. RASUL ULUL AZMI • Pengertian : Rasul-rasul yang tinggi tahap ketabahan, kecekalan dan kesabarannya serta banyak menghadapi ujian , tentangan dan penderitaan ketika menyeru manusia kepada agama Allah swt.

  9. RASUL ULUL AZMI • NABI MUHAMMAD SAW • NABI NOH A.S • NABI IBRAHIM A.S • NABI MUSA A.S • NABI ISA A.S

  10. RASUL ULUL AZMI • NABI MUHAMMAD SAW : • Menerima tentangan daripada kafir Quraisy dan keluarga sendiri sehingga sampai ke peringkat hendak dibunuh.

  11. RASUL ULUL AZMI • NABI NOH A.S : • Menerima tentangan hebat daripada kaumnya termasuk anak dan isterinya. Allah tenggelamkan penentangnya dengan banjir besar.

  12. RASUL ULUL AZMI • NABI IBRAHIM A.S : • Ditentang oleh kaum dan ayahnya. Baginda dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud tetapi terselamat.

  13. RASUL ULUL AZMI • NABI MUSA A.S : • Menerima tentangan daripada kaumnya dan Raja Firaun. Baginda terselamat daripada buruan Firaun dan tenteranya.

  14. RASUL ULUL AZMI • NABI ISA A.S : • Menerima tentangan hebat daripada kaum Bani Israil. Baginda diburu untuk dibunuh tetapi terselamat. Allah SWT mengangkat baginda ke langit.

  15. SIFAT-SIFAT RASUL

  16. CIRI-CIRI KEPIMPINAN RASUL

  17. KESAN BERIMAN KEPADA RASUL

  18. AKIBAT MENOLAK SUNNAH RASUL

  19. MAKSUM BERMAKSUD : Rasul-rasul terpelihara daripada melakukan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar. Sekiranya Rasul tidak bersifat maksum, iaitu melakukan dosa seperti manusia lain atau mereka melakukan perkara yang boleh menjatuhkan martabatnya sudah pasti orang ramai tidak percaya dengan ajarannya. SEBAB RASUL PERLU BERSIFAT MAKSUM : Untuk menjamin kewibawaannya sebagai manusia pilihan Allah. Rasul menjadi contoh teladan terbaik kepada manusia dari segi akhlak, percakapan dan tingkahlaku. Rasul diutuskan dengan tanggungjawab yang sangat besar dan mulia untuk menyampaikan ajaran dan hukum-hukum Allah SWT. RASUL BERSIFAT MAKSUM

  20. MUKJIZAT RASUL • MUKJIZAT BERMAKSUD : Perkara luar biasa yang menyalahi adat, dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi dan Rasul dan tidak boleh ditandingi oleh manusia.

  21. TUJUAN RASUL DIKURNIAKAN MUKJIZAT • Untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa dirinya adalah Rasul atau Nabi pilihan Allah SWT. • Menjadi bukti bahawa ajaran yang disampaikan adalah benar. • Menyakinkan kepada orang ramai dengan ajaran yang disampaikan oleh rasul-rasul. • Mengukuh dan memantapkan orang yang telah menerima ajaran Rasul.

  22. KERAMAT : Perkara luar biasa yang dikurniakan Allah SWT kepada wali Allah atau orang soleh kerana taat dan tekunnya melaksanakan perintah Allah dan menjauhi perkara mungkar. Contohnya : Saidina Omar Al-Khattab ketika berkhutbah ditunjukkan keadaan tentera Islam sedang dikepung oleh tentera musuh, lantas beliau berkata “Naiklah ke atas bukit”. Kata-kata ini didengar dan dipatuhi oleh tentera Islam. MA’UNAH : Pertolongan Allah SWT kepada orang yang tidak jelas keadaannya sama ada baik atau jahat. IRHAS : Tanda permulaan kerasulan seperti awan melindungi Rasulullah SAW daripada cahaya panas sebelum dilantik menjadi rasul. PERKARA LUAR BIASA YANG LAIN DARI MUKJIZAT

  23. PERKARA LUAR BIASA SELAIN DARI MUKJIZAT • SIHIR : Perkara luar biasa dilakukan dengan cara mempelajari sebab musababnya seperti menggunakan tangkal, jampi dan lainnya. Ia boleh ditandingi dan dikalahkan oleh orang yang mengetahui cara-cara mengalahkannya. • ISTIDRAJ : Sebagai pendorong kepada orang-orang yang fasiq supaya bertambah lagi kefasiqannya.

  24. HABIS DAH ! BELAJARLAH DENGAN TEKUN DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH

More Related