Kuliah 5
This presentation is the property of its rightful owner.
Sponsored Links
1 / 14

KULIAH 5 PowerPoint PPT Presentation


  • 86 Views
  • Uploaded on
  • Presentation posted in: General

KULIAH 5. SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR. INSTITUSI YANG DIPERTUAN AGONG Jawatannya diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia Kedudukannya dinyatakan dalam Perkara 32: Ketua utama Negara

Download Presentation

KULIAH 5

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Presentation Transcript


Kuliah 5

KULIAH 5

SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN

DATIN DR. SARVINDER KAUR


Kuliah 5

INSTITUSI YANG DIPERTUAN AGONG

  • Jawatannya diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia

  • Kedudukannya dinyatakan dalam Perkara 32:

    • Ketua utama Negara

    • Tidak boleh didakwa dimana-mana Mahkamah kecuali Mahkamah Khas

  • Kuasa memerintah terletak pada YDPA, Per 40, tetapi Baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri yang dilantik oleh YDPA

  • Realiti: kuasa memerintah dijalankan oleh Jemaah Menteri.


Kuliah 5

  • Perkara-Perkara yang tidak boleh dibuat oleh YDPA:

    • Memegang jawatan bergaji

    • Masuk campur dalam perniagaan

    • Menerima gaji dari negerinya yang dibayar sebagai raja bagi negerinya

    • Keluar negara selama tempoh lebih dari 15 hari kecuali dengan kebenaran Majlis Raja-Raja atau untuk membuat lawatan rasmi ke negara lain.


Kuliah 5

  • YDPA tidak boleh menjalankan tugas-tugas negerinya kecuali Per 34:

    • Sebagai ketua agama Islam dalam negerinya

    • Perkara berkaitan dengan pindaan Perlembagaan negerinya

    • Melantik pemangku Raja & anggota-anggota Majlis Pemangku Raja.

  • Raja Permaisuri Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan dibawah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.


Kuliah 5

  • Pemilihan YDPA

    • Dibuat oleh MRR

    • Dibuat oleh 9 raja-raja sahaja

    • Sekurang-kurangnya 5 mesti menyokong perlantikan

    • Yang DiPertua Negeri (Melaka, PP, Sabah & Sarawak) tidak terlibat

    • Pemilihan adalah mengikut kekananan (seniority), mengambil giliran

    • Menyandang jawatan selama 5 tahun

  • Hanya layak dipilih kecuali tidak layak Jadual 3, Bhg. I, s1 dan s2:

    • Tidak cukup umur

    • Menolak jawatan tersebut

    • Didapati tidak alyak menjalankan tugasnya – masalah kesihatan (mental atau fizikal)

  • Sekiranya menolak atau tidak layak nama negerinya diletakkan dihujung senarai.

  • Pemecatan??????


Kuliah 5

  • Pemecatan

    • Baginda boleh meletak jawatan

    • Baginda boleh dipecat – oleh MRR

    • Sekurang-kurangnya 5 ahli MRR mesti menyokong pemecatan tersebut


Kuliah 5

  • Peranan-Peranan YDPA

    • YDPA mengetuai 3 badan utama Kerajaan

      • Badan Perundangan

        • Undang-undang Persekutuan digubal oleh Parlimen (DN & DR)

        • Selepas kedua-dua dewan meluluskan sesuatu rang undang-undang ia mesti diperkenankan oleh YDPA dalam masa 30 hari (Per 66(4))

        • Sekiranya tidak diperkenankan dalam masa 30 hari?

        • Sekiranya tidak dipersetujui oleh YDPA?


Kuliah 5

  • Badan Eksekutif

    • Mempunyai kuasa membuat perlantikan PM, Kabinet, Setiausaha DN dan DR dll.

  • Badan Kehakiman

    • Kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan Peguam Negara.

    • Kuasa mengampun kesalahan diturunkan oleh:

      • Mahkamah tentera

      • Mahkamah Jenayah: WPKL dan WP Labuan

      • Mahkamah Syariah: WPKL, WPL, Melaka, PP, Sabah & Sarawak

    • Perlaksanaan kuasa pengampunan tidak boleh dipersoalkan atau disemak (no judicial review)


Kuliah 5

  • Peranan-peranan lain

    • Mengisytiharkan Darurat (Per 50):

      • Bila Baginda berpuas hati bahawa keselamatan/kehidupan ekonomi/ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagain adalah terancam

      • Darurat boleh diisytiharkan walaupun sesuatu kejadian itu belum berlaku.

      • Mesti menerima dan melaksanakan tugas atas nasihat Kabinet

    • Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan

    • Ketua Agama Islam

    • Memelihara keistimewaan Masyarakat Melayu (Per 153)


Kuliah 5

  • Kuasa-Kuasa YDPA yang dijalankan mengikut budi-bicara Baginda:

    • Perlantikan PM (terhad kerana mengikut tradisi)

    • Menolak/menangguhkan pembubaran parlimen yang diminta oleh PM

    • Memanggil Raja-Raja supaya bersidang untuk membincangkan hak keutamaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja dan apa-apa tindakan yang akan diambil dalam persidangan Majlis itu.


Kuliah 5

  • Immuniti / kekebalan YDPA

    • Dalam kapasiti rasmi sahaja.

    • Kerajaan Malaysia masih boleh didakwa di mahkamah biasa

    • Selepas pindaan Perlembagaan dalam tahun1993, raja-raja hilang immuniti dalam kapasiti peribadi

    • Raja-raja boleh didakwa tetapi di Mahkamah Khas sahaja.

    • Tiada prosiding yang boleh dimulakan terhadap raja-raja tanpa izin dari Peguam Negara


Kuliah 5

  • MAJLIS RAJA-RAJA

    • Badan rasmi yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam susunan hierarki Kerajaan Persekutuan

    • Dianggotai oleh 9 sultan/raja dan 4 YDPN/gabenor

    • Setiausaha MRR ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

  • Persidangan

    • Tiga hingga empat kali setahun, mesyuarat khas boleh dipanggil oleh YDPA atau 3 orang raja-raja

    • Setiap persidangan berlangsung selama 3 hari

    • Hari kedua: YDPA diiringi oleh PM, raja-raja diiringi oleh menteri besar/ketua menteri masing-masing.

    • Tujuan: memberi nasihat kepada MRR berkenaan polisi-polisi negara dan dasar-dasar kerajaan dan membincangkan secara terbuka – persidangan dijalankan secara tertutup


Kuliah 5

  • Kuasa budi bicara MRR

    • Memilih / memecat YDPA

    • Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan

    • Mempersetujui atau tidak apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri/ menyentuh keistimewaan/kedudukan/kemuliaan/kebesaran raja-raja dan perkara-perkara lain yang berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    • Mempersetujui atau tidak apa-apa amalan, perbuatan/upacara agama Islam meliputi seluruh semenanjung.

    • Melantik dua (daripada lima) hakim untuk mendengar perbicaraan dalam Mahkamah Khas.

    • Memberi pengampunan sekiranya ahli keluarga Di-Raja didapati bersalah.


Kuliah 5

  • TIMBALAN YANG DIPERTUAN AGONG

    • Menjalan tugas YDPA apabila jawatan tersebut dikosongkan (cth. Sakit, tiada dalam Persekutuan)

    • Perlantikan:

      • Dipilih dalam persidangan MRR

      • Dilantik dari kalangan raja yang kedua dalam senarai terkanan (jika menolak namanya masih di atas dalam senarai)

    • Menyandang jawatan selama 5 tahun (mengikut YDPA)


  • Login